stigma hiv.pdf

Upload: kekasihku-bonda

Post on 02-Nov-2015

18 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 3/19/2014 Stigma HIV

    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/StigmaHIV/Article/cetak 1/3

    Stigma HIV

    Oleh Saadiah Ismail

    [email protected]/06/14

    Persidangan terbesar Asia tangani isu gejala penyakit bawa maut

    Impak HIV maha hebat. Sudah tentu yang disahkan HIV merana teruk dan terpaksa melalui proses pemulihan

    rapi dan sebilangannya mati begitu saja. Bagi ibu bapa, anak dan sanak-saudara pula mempunyai ahli keluarga

    yang dijangkiti HIV pula selalunya terpaksa menanggung malu.

    Implikasi paling merugikan ialah dari segi sosial dan ekonomi kerana ia menjadi masalah kesihatan yang serius di

    dunia. Jika dilihat dari segi statistik punca utama kematian di seluruh dunia sejak 30 tahun lalu amat tinggi.

    Sepanjang tempoh itu, seramai 30 juta penghidap HIV di seluruh dunia mati akibat virus HIV manakala ketika ini

    kira-kira 34 juta orang akibat menderita penyakit itu yang boleh merosakkan sel darah yang penting untuk sistemimun seseorang.

    Di negara ini, penagih dadah dikenal pasti menyumbang kepada 60 hingga 70 peratus jangkitan baru HIV.

    Menerusi program dilakukan kerajaan sejak 2005, separuh daripada bilangan penghidap HIV berjaya yang

    dikesan akibat pengambilan dadah.

    Lelaki mewakili majoriti 90 peratus kes HIV terkumpul. Daripada laporan mendapati, 48 peratus jangkitandiperoleh melalui penggunaan suntikan dadah dan 47 peratus menerusi transmisi seksual.

    Wanita, kanak-kanak jadi mangsa

    Tidak terkecuali, wanita turut menjadi mangsa penyakit ini yang dibawa menerusi hubungan heteroseksual, iaitu

    sebanyak 87 peratus.

    Kadar jangkitan baru dalam kalangan lelaki menurun sangat ketara berbanding wanita yang dilihat peratusannya

    semakin meningkat. Wanita dan kanak-kanak perempuan membentuk kira-kira 21 peratus kadar jangkitan baru

    pada 2011 berbanding lima peratus pada 10 tahun yang lalu.

  • 3/19/2014 Stigma HIV

    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/StigmaHIV/Article/cetak 2/3

    Data itu jelas menunjukkan bagaimana profil wabak HIV di negara ini, perlahan-lahan bergerak daripada hampir

    keseluruhannya lelaki yang lebih tinggi dicatatkan berbanding wanita.

    Pengarah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan AIDS (CERIA), Prof Dr Adeeba Kamarulzaman, berkata apa

    yang pasti apabila wanita mahu pun kanak-kanak itu dijangkiti oleh HIV dan AIDS, tanggapan serong itu tidak

    dapat dinafikan masih ada sehingga kini.

    Katanya, faktor utama perkara itu masih berlaku kerana dasar kejahilan tinggi dalam kalangan masyarakat yang

    menganggap apabila seseorang itu dijangkiti HIV, mereka akan mati keesokannya. Pada hal, perkara ini masih

    boleh ditangani.

    Stigma masyarakat masih menganggap ia adalah penyakit berjangkit walhal kita tahu HIV tidak mudah untuk

    berjangkit melainkan melalui berkongsi jarum dadah, bersetubuh dengan pesakit HIV dan tidak menerima

    rawatan.

    Perkara ini juga yang menjadi antara tumpuan kami untuk mendidik walaupun kita berada di dalam era

    teknologi moden dan pemikiran yang maju, katanya.

    Pencegahan transmisi

    Adeeba berkata, walaupun senario HIV dan Aids di negara ini menurun secara umumnya di kalangan pengguna

    dadah menerusi suntikan, tetapi faktor lain masih lagi perlu diberikan fokus dan perhatian yang sepenuhnya.

    Katanya, sehingga kini tiada kajian atau kaji selidik dilakukan bagi menganggarkan jumlah kanak-kanak yang

    terkena jangkitan selain mengkaji kelemahan mereka kepada jangkitan HIV.

    Daripada jumlah 94,841 kes HIV yang terkumpul sejak 1986. Seramai 2,324 orang (2.4 peratus) adalah

    individu yang berusia 19 tahun ke bawah. Pada 2011, kanak-kanak dan belia berusia 19 tahun ke bawah iaituseramai 120 orang (3.5 peratus) daripada 3,479 kes baru dilaporkan HIV membabitkan 65 orang berusia

    bawah 13 tahun, katanya.

    Justeru, pada 1998 kerajaan melaksanakan program pencegahan transmisi ibu kepada anak di semua pusatkemudahan kesihatan kerajaan. Kira-kira 75 peratus wanita hamil di seluruh negara mempunyai akses kepada

    penjagaan antenatal di pusat kesihatan awam.

    Pada 2011, sebanyak 443,453 wanita hamil yang menghadiri penjagaan antenatal menjalani saringan HIV

    hampir 100 peratus. Berdasarkan saringan itu segelintir HIV positif dan sebahagiannya diberi rawatan

    antiretroviral (ART).

    Oleh itu, beliau menggesa wanita dan kanak-kanak yang mempunyai simptom tidak kira menerusi saluran apa

    sekalipun diharap dapat membuat pemeriksaan untuk mengelak tragedi lebih buruk hingga disisih masyarakat.

    Persidangan terbesar Asia mengenai HIV

    Sindrom HIV/AIDS bukan penyakit yang boleh dipandang remeh dan ia sewajarnya ditangani secara tuntas

  • 3/19/2014 Stigma HIV

    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/StigmaHIV/Article/cetak 3/3

    untuk mengekang daripada terus merebak kepada generasi akan datang.

    Sehubungan itu, Persatuan AIDS Antarabangsa (IAS) dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Penyelidikan

    AIDS (CERIA) akan menganjurkan Persidangan IAS Kali Ke-7 berkenaan Patogenesis, Rawatan dan

    Pencegahan HIV (IAS 2013).

    Persidangan itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan bermula 30 Jun hingga 3 Julai

    ini.

    Persidangan terbesar di Asia itu diadakan setiap dua tahun dan dijangka menarik kira-kira 5,000 perwakilan dari

    seluruh dunia.

    Sepanjang tempoh persidangan itu, pakar kesihatan awam, doktor dan saintis terkemuka dunia serta pemimpinmasyarakat berbincang, mencari pendekatan dan mendedahkan perkembangan terkini dalam penyelidikan

    berkaitan HIV, selain meneroka bagaimana kemajuan saintifik bagi melawan penyakit terbabit.

    Orang ramai dialu-alukan menyertai persidangan itu. Mereka yang berminat mengikuti persidangan ini boleh

    melayari laman web www.ias2013.org.

    INFO: Mengenai HIV:* HIV bermaksud virus kurang daya tahan manusia yang akhirnya menyebabkan terjadinya AIDS yang merujuk

    sindrom kurang daya tahan.

    * HIV akan merosakkan sel darah yang penting dan sistem imun seseorang.* Penagih dadah dikenal pasti menyumbang kira-kira 60 hingga 70 peratus jangkitan baru HIV, di Malaysia.

    * Sejak 2005 separuh penagih dadah dapat dikurangkan terdedah kepada HIV/AIDS.* 90 peratus kes HIV terkumpul adalah lelaki

    * 87 peratus jangkitan HIV oleh Wanita adalah menerusi hubungan heteroseksual

    FAKTA: Mengenai HIV

    * Populasi penduduk ialah 28,859,154 (2011).

    * Bilangan orang menghidap HIV ialah 81,000 (2011).* Kes terbaru HIV ialah 3,479 (2011) - (6,978 pada 2002).

    * Kematian akibat AIDS ialah 5,800 kes [4,500 - 7,200] (2009).* Kelaziman HIV: 0.5 peratus.

    * Jumlah terkumpul jangkitan HIV dilaporkan sejak 1986 ialah 94,841.

    * Jumlah terkumpul kes AIDS dilaporkan sejak 1986 ialah 17,686.* Jumlah terkumpul kematian yang dilaporkan berkaitan dengan HIV/AIDS sejak 1986 ialah 14,986 kes.

    Hak Cipta Terpelihara Berita Harian 2012 Emel kami untuk sebarang maklum balas.