stanne
DESCRIPTION
stanneTRANSCRIPT
=
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK
JALAN DATO MOHD MUSA,
94300 KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
PORTFOLIO
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
FASA 1
NAMA : LUCY HII HIE HUING
NOMBOR MATRIKS : 2011/6721
NOMBOR KAD PENGENALAN : 880401-52-5632
KUMPULAN : PISMP PM 1613
SEMESTER : 1/2013
AMBILAN : JUN 2013
TARIKH PBS : 19-23 Ogos 2013
1
Isi kandungan
1.0 Biodata Peribadi..............................................................................................................................3
Penghargaan..........................................................................................................................................4
Pengenalan............................................................................................................................................5
Tujuan Pernyataan Profesional..............................................................................................................6
2.0Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti.........................................................................................8
2.1 Pernyataan sebelum PBS.........................................................................................................8
2.2 Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang difokus...........................................................................10
5.0 Ilmu/ pengetahuan baru melalui...................................................................................................12
5.1 PEMERHATIAN.......................................................................................................................12
5.2 SENARAI SEMAK.....................................................................................................................13
5.3 TEMU BUAL............................................................................................................................15
6.0 REFLEKSI........................................................................................................................................17
7.0 Laporan Akhir................................................................................................................................18
2
1.0 Biodata Peribadi
Nama : Linda Eu Hai Lun
Kumpulan : PISMP 2A
Ambilan : Januari 2014
Nombor Kad Matrik :
Umur : 21 Tahun
Tarikh Lahir : 21 September 1993
No IC : 930921-13-6000
Asal : Sarikei
Bangsa : Cina
Agama : Buddha
Nombor Telefon Bimbit : 013 572 1190
Alamat E-mel : [email protected]
3
Penghargaan
Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga Sekolah
Kebangsaan ST. Anne kerana dengan kerjasama dan bimbingan warganya dapat
jua saya menghasilkan folio pengalaman berasaskan sekolah ini dalam masa yang
telah ditetapkan. Terutamanya kepada rakan saya yang bersama PBS di sekolah Sk
St. Anne dari IPG lain, kerana telah banyak membantu saya dalam mendapatkan
maklumat untuk menghasilkan folio ini. Tidak lupa juga kepada rakan sekelas saya
yang juga telah banyak memberi dorongan dan nasihat kepada saya.
Kepada kedua-dua ibu bapa saya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih
yang memberi semangat saya apabila saya menghadapi masalah terhadap KKP
semasa saya menjalankan program pengalaman berasaskan sekolah ini dengan
jayanya. Tidak lupa juga kepada kakak ipar saya kerana membantu dan memberi
pandangan dalam penghasilan folio ini. Kepada rakan-rakan seperjuangan jasa
kalian tidak saya lupakan.
Sekian.
4
Pengenalan
Portfolio ini mengandungi data-data serta maklumat-maklumat yang berkaitan
dengan Sekolah Kebangsaan ST Anne. Kesemua bahan-bahan ini diperolehi
apabila saya menjalankan Program Pengalaman Berasaskan Sekolah pada 19Ogos
hingga 23 Ogos 2013 yang lalu.
Di dalam bahan-bahan tersebut terkandung pelbagai maklumat seperti
temubual dengan pihak pengurusan sekolah, guru, kakitangan sekolah dan murid.
Terdapat juga data-data yang berkaitan dengan perkembangan semasa murid-murid
di dalam bidang akademik dan bukan akademik. Kesemua ini boleh dijadikan
sebagai rujukan tentang sekolah ini pada masa yang akan datang.
Program Pengalaman Berasaskan Sekolah ini telah banyak membantu saya
dalam menyediakan diri untuk menjadi seorang guru pada masa yang akan datang.
Portfolio ini lebih kepada pengalaman saya ketika berada di sekolah tersebut selama
seminggu. Terdapat banyak maklumat bergambar dan mempunyai data di dalam
portfolio ini. Maklumat-maklumat bergambar adalah seperti gambar sekitar kawasan
sekolah sama ada di padang, bangunan kelas, bilik guru dan sebagainya.
5
Tujuan Pernyataan Profesional
Saya telah menjalankan program Pengalaman Berasaskan Sekolah di
Sekolah Kebangsaan ST. Anne yang terletak di Sarikei, Sarawak. Alasan utama
mengapa saya memilih sekolah ini ialah lokasinya yang dekat dengan bandar
Sarikei. Saya berada di Sekolah Kebangsaan ST. Anne selama satu minggu dan
pengalaman di sana banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan saya yang
harus dihantar selepas cuti hari raya.
Nama asal SK St. Anne Sarikei ialah Sekolah Rendah St Anthony (St.
Anthony Primary School) dan terletak di tapak Sekolah Menengah Bantuan St
Anthony sekarang ini. Sekolah Rendah St Anthony ditubuhkan oleh mendiang Rev.
Father Ching Ting Huong pada tahun 1936 dan ditadbir oleh Mubaligh Katolik.
Beberapa tahun kemudian sekolah tersebut telah membuka kelas-kelas menengah
iaitu tingkatan 1, 2 dan 3. Dengan itu sekolah rendah dan sekolah menengah
diwujudkan dengan berkongsi bangunan. Bahasa pengantar pada masa itu ialah
bahasa Inggeris manakala sekolah rendah dalam aliran bahasa Cina diadakan pada
waktu petang.Pada tahun 1960, nama sekolah tersebut telah ditukar kepada St.
Anne Primary School dan guru besarnya yang pertama ialah Rev. Mother Angela
Goh.
SK St. Anne merupakan sebuah sekolaj dalam kategori sekolah bandar jenis
Gred A. Sistem pengurusanya yang teratur, berkesan dan proaktif telah menjadikan
sekolah ini mengalami banyak perubahan yang memberansangkan serta
menggalakkan. Pencapaian prestasi sekolah ini sentiasa cemerlang dan
mengkagumkan sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulum, disiplin, sahsiah
murid dan juga prasarana sekolah.
Misi Sekolah Kebangsaan ST. Anne adalah berusaha memberi pendidikan
yang menyeluruh dan berkualiti melalui kerja berpasukan. Jika kita lihat dengan lebih
dalam lagi visiadalahberusaha memantapkan keunggulan dan kecemerlanganSK St.
Anne. Pengurusan sekolah amat menitikberatkan kemudahan untuk murid-murid
dan para guru dalam menyahut seruan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin 6
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis . Visi Sekolah pula adalah untuk
mewujudkan kecemerlangan dalam pelbagai disiplin pendidikan . Melalui tinjauan
saya , saya mendapati bahawa sekolah ini telah berjaya mewujudkan pelbagai
budaya pendidikan yang cemerlang seperti pelaksanaan sudut membaca di ruang
bawah setiap tangga yang terdapat di sekolah tersebut .
Pencapaian para pelajar Sekolah Kebangsaan ST. Anne pula adalah amat
cemerlang dengan rekod, Sekolah Kebangsaan ST. Anne berjaya muncul sekolah
terbaik di negeri Sarawak dengan mencatat bilangan calon yang paling ramai
mendapat A dalam UPSR. 54 mendapat A dalam semua mata pelajaran daripada
162 calon menduduki UPSR.
Sekolah Kebangsaan St. Anne juga melaksanakan program Rancangan
Makanan Tambahan yang diberikan kepada para pelajar yang kurang
berkemampuan pada waktu rehat dengan menyediakan makanan-makanan untuk
mereka. Selain itu, kemudahan-kemudahan infrastruktur sekolah disediakan dengan
sepenuhnya.
Kesimpulannya , Sekolah Kebangsaan ST. Anne telah berjaya menerapkan
pelbagai aspek dan berjaya mewujudkan budaya cemerlang dalam pelbagai disiplin
pendidikan. Ini merupakan aspek yang termaktub di dalam visi Sekolah Kebangsaan
ST. Anne, misi serta visi telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang oleh pihak
pengurusan serta seluruh warga Sekolah Kebangsaan ST. Anne.
7
2.0Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti
2.1 Pernyataan sebelum PBS
Pengalaman Berasakan Sekolah (PBS) merupakan satu
program bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini memberi peluang
kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan
dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian
dokumen, refleksi dan interaksi dengan komuniti sekolah.
Tugasan PBS ini dijalankan di sekolah rendah yang telah dipilih oleh
guru pelatih masing-masing. Tujuannya untuk mencari maklumat
berdasarkan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah bagi
melengkapkan kerja kursus yang berkaitan.
i. Tugasan yang diberikan oleh IPG
Aktiviti pemerhatian, laporan, kolaborasi dan refleksi yang
perlu disediakan selepas PBS.
ii. Tugasan Pengajian Profesional
Bahagi kepada
a) EDU3101 mendapatkan nilai-nilai murni dan matlamat
Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan diaplikasikan.
b) EDU3102 mendapatkan maklumbalas atau kajian
daripada pelajar yang dipilih dengan menggunakan
Instrumen Piaget’s Conservation Tasks.
Untuk itu, saya telah memilih sekolah yang berada di bandar
asal saya Sarikei, Sarawak iaitu SK ST.ANNE dengan nombor
8
pendaftaran YBB6101. Saya berminat untuk menjalankan PBS di
sekolah kerana yang berada di area bandar dan gred sekolah ini ialah
gred A dan dekat dengan rumah saya senang bagi saya ulang alik
rumah. Sebelum memulakan PBS di sekolah tersebut, saya
mendapatkan maklumat sekolah dahulu seperti alamat lengkap dan
nombor telefon untuk rujukan pihat institusi.
Setiap pelaksanaan memerlukan perancangan yang rapi agar
tugasan dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan iaitu selepas
dua minggu selepas PBS. Pada mulanya, saya menyediakan draf awal
dengan rakan saya untuk setiap perkara yang akan dilakukan sebelum
bermula PBS. Terutamanya Kajian bagi Perkembangan Kanak-kanak,
lakaran kajian yang hendak dikaji bagi pelajar yang dipilih.
Setiap perkara yang akan dilakukan sepanjang PBS disediakan
dengan laporan refleksi yang akan dilakukan sepanjang PBS dengan
laporan refleksi yang akan direkodkan selepas sahaja selesai
melakukan sesuatu perkara tersebut. Ini bertujuan untuk motivasi diri
dan membaik kelemahan yang terdapat dalam diri ketika melakukan
sesuatu perkara.
9
2.2 Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang difokus
Semasa menjalankan PBS selama seminggu, saya telah melaksanakan
beberapa aktiviti seperti yang telah dirangcang dengan berpandukan senarai semak
tugas yang telah disediakan. Saya telah belajar untuk berinteraksi dengan komuniti
sekolah sepanjang PBS ini. Berikut adalah tindakan yang telah lakukan sepanjang
tempoh PBS di SK ST. Anne.
Bil Tarikh Tindakan
1. 19 Ogos 2013 Melapor diri
Mengikuti taklimat staf
Menghadiri perhimpunan sekolah
Guru besar memberi taklimat kepada guru pelatih
Berjumpa dengan PK1, mendapatkan jadual guru
Jumpa guru kelas untuk mendapatkan biodata
pelajar yang dipilih bagi tujuan buat kajian tentang
KKP
Mengumpul biodata pelajar yang dipilih
2. 20 Ogos 2013 Jumpa guru pemulihan khas bagi tujuan minta
keizinan tengok beliau mengajar keesokkan hari
Dapatkan 3 orang murid mengikut tahap untuk
aplikasi Teori Perkembangan Piaget yang diberi
tugasan daripada pensyarah
Mengumpulkan maklumat tentang
Sejarah
Carta organisasi
kemudahan
3. 21 Ogos 2013 Memerhatikan proses P&P yang dijalankan di
kelas pemulihan khas dan tahun 2
Mengambilkan gambar semasa guru mengajar
sebagai contoh lampiran
ganti kelas 3A, guru mata pelajaran tersebut
10
mengikuti kursus di luar
Bagi borang soal selidik kepada pelajar bagi
mengumpul data
4. 22 Ogos 2013 Temubual dengan guru besar, PK 1, PKKK,
mentor, guru dan kakitangan
Mengumpul maklumat
Mengambil gambar kawasan persekitaran sekolah
Pemerhatian kepada nilai-nilai murni dan
kemudahan yang terdapat di kawasan
persekitaran supaya buat laporan selepas ini
5. 23 Ogos 2013 Mengumpul semua maklumat yang dikehendaki
Menyemak bahan-bahan yang telah dipelajari
Mendapatkan tandatangan guru besar untuk
pengesahan kehadiran sepanjang PBS
Mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah
atas kerjasama yang diberikan
11
3.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA
Instrumen pengumpulan data adalah salah satu alat atau cara dalam proses
pemerolehan dan pengumpulan ilmu. Sesebuah instrumen itu sendiri seharusnya
terdapat pelbagai kaedah dan cara bagaimana kita hendak mendapatkan bahan
atau data semasa menjalankan sebarang kajian contohnya kajian pemerolehan data
semasa melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Semasa saya
melakukan aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan
St. Anne, saya banyak menggunakan pelbagai teknik dan instrumen untuk
memudahkan proses pengumpulan data dan bahan seterusnya membantu saya
untuk dimuatkan hasilnya di dalam portfolio. Antaranya saya menggunakan kaedah
pemerhatian, senarai semak, temu bual dan soal selidik seperti yang dicadangkan
oleh pensyarah.
3.1 PEMERHATIAN
Kaedah pemerhatian ini dapat membantu saya dalam melihat serta merasai sendiri
pengalaman sebagai seorang guru di sekolah ketika sesi persekolahan dijalankan.
Kaedah ini memerlukan amat membantu say dalam menngumpul maklumat yang
diperlukan. Berdasarkan hasil pemerhatian saya, antara beberapa maklumat yang
saya peroleh melalui kaedah ini adalah:
1. Guru haruslah memikirkan kaedah yang menarik untuk menarik minat
pelajar untuk belajar.
2. Murid-murid perlu sampai kawasan sekolah selewat-lewatnya pada pukul
6.40 petang.
3. Guru baharu haruslah mempunyai seorang mentor untuk diberi bimbingan
oleh guru lama supaya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan.
4. Pelajar haruslah ditegur bila melakukan kesalahan
5. Pendekatan yang harus dilakukan semasa mengajarpelajar kelas
pemulihan adalah dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang
dapat menarik minat mereka
12
6. Kanak-kanak sekolah rendah lebih suka melakukan aktiviti praktikal
seperti menari dan menyanyi
Saya juga dapat merasai suasana persekolahan di persekitaran sekolah ini
dan membuat pemerhatian melalui soalan yang difikirkan sendiri iaitu adakah
kemudahan yang disediakan ini diguna dengan baik atau tidak. Saya juga
mendapati terdapat ayat-ayat perangsangdan kata-kata hikmah digantung dan ditulis
di dinding-dinding bangunan yang terdapat di sekitar sekolah terutama di kantin dan
di sekitar tempat perhimpunan. Pelbagai corak mural dan lukisan juga dapat dilihat
di sekeliling bangunan. Visi dan misi sekolah juga turut di gantung di dalam bilik guru
dan di pejabat sekolah dan dicat dibahagian luar bangunan.
Kaedah ini juga digunakan saya sebagai satu cara untuk memperoleh ilmu
baharu. Sebagai guru pelatih, saya telah memerhati cara dan pendekatan yang
digunakan oleh guru-guru di sini terutamanya dalam kelas yang terdapat di sekolah
ini. Apa yang menarik perhatian saya mengenai sekolah ini ialah sekolah yang saya
menjalankan kajian ini merupakan sekolah integrasi yang mempunyai kelas aliran
perdana, kelas khas masalah pembelajaran, prasekolah dan prasekolah. Oleh itu,
saya dapat sedikit sebanyak maklumat mengenai jenis-jenis aliran yang diajarkan di
sini.
3.2 SENARAI SEMAK
Dalam program pengalaman berasaskan sekolah ini, saya telah
menggunakan kaedah senarai semak untuk memastikan portfolio yang dibuat
selaras dengan isu yang hendak dibincangkan. Pensyarah penyelaras telah
memberikan senarai semak untuk dijadikan garis panduan dalam penyediaan
portfolio ini. Saya dan rakan-rakan telah menggunakan senarai semak tersebut
untuk dijadikan bahan rujukan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan kepada
saya. Hal ini telah memudahkan lagi kerja saya untuk menyiapkan tugasan yang
diberikan okeh pensyarah penyelaras.
Senarai semak yang pertama ialah senarai semak penyediaan portfolio.
Senarai semak ini bertindak sebagai garis panduan utama dalam membuat satu
13
portfolio yang lengkap. Senarai semak ini juga bertindak sebagai rujukan kepada
kami tentang apakah bahan atau maklumat yang hendak diperoleh dari sesebuah
sekolah atau dengan kata lainnya bertujuan untuk mendapatkan maklumat
keseluruhan dari pelbagai aspek mahu pun yang konkrit atau abstrak. Selain itu, ia
akan membantu saya untuk membuat semakan sebelum portfolio ini diserahkan
kepada pensyarah penyelaras.
3.3 TEMU BUAL
Temu bual merupakan salah instrumen yang saya guna untuk mendapatkan
maklumat pentadbiran di Sekolah Kebangsaan Methodist Anglo Chinese. Sepanjang
lima hari saya di sekolah saya telah menemu bual Guru Besar, Penolong Kanan
Kurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, Penolong Kanan 1, Guru biasa serta
pegawai keselamatan
Antara perkara yang saya peroleh dengan menggunakan kaedah ini ialah :
i. Guru Besar
Tempoh menceburi bidang perguruan
Bidang tugas
Ciri-ciri guru besar berkaliber
Kepuashatian terhadapan pencapaian sekolah
Cabaran yang dihadapi sebagai guru besar
ii. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Tempoh menceburu bidang perguruan
Peranan sebagai PK HEM
Cara meningkatkan interaksi antara guru dan pelajar
Nilai-nilai yang diterapkan dalam pelajar
Harapan terhadap sekolah
14
iii. Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
Tempoh menceburi dalam bidang perguruan
Peranan sebagai PKKK
Penglibatan pelajar dalam kokurikulum sekolah
Masalah yang dihadapi semasa menjalankan aktiviti kokurikulum
Kelebihan untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
iv. Guru Biasa
Tempoh menceburi dalam bidang perguruan
Masalah yang dihadapi semasa proses pengajaran dan
pembelajaran
Cara yang berkesan untuk mengatasi masalah disiplin
Pandangan terhadap sistem PBS
Nilai-nilai muri yang diterap dalam murid
v. Pegawai Keselamatan
Tempoh perkhidmatan
Peranan sebagai pegawai keselamatan
Keselesaan tempat bekerja
Cadangan terhadap kemudahan sekolah
Tempoh bekerja setiap hari
Harapan terhadap diri sendiri
3.4 SOAL SELIDIK
Kaedah soal selidik pula bertujuan untuk melengkapkan sesuatu data itu
dengan lebih terperinci dan tepat. Ia juga bertujuan untuk menyatakan pendapat
umum mengenai elemen-elemen yang hendak dikaji di sekolah.
Melalui kaedah ini, saya terpaksa menempuhi berbagai halangan dan
kekangan ketika melakukan tugasan. Soal selidik ini juga tidak dapat dijalankan
kerana ketika saya melakukan kajian ini sekolah ini sedang menjalani ujian selaras
dan saya tidak berniat untuk mengganggu ujian yang sedang berlangsung. Bagi
15
penambahan maklumat akan saya lakukan ketika saya menjalankan aktiviti serta
kajian semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang kedua. Persediaan
yang lebih akan saya susuli untuk memenuhi kajian yang dijalankan.
KESIMPULAN INSTRUMEN KAJIAN.
Dapatlah disimpulkan bahawa setiap kaedah instrumen kajian yang saya
gunakan sepanjang saya melakukan PBS ini, saya dapati penggunaan pelbagai
kaedah pengumpulan data amat penting dalam menyiapkan tugasan dan
menghasilkan portfolio yang baik. Saya berpendapat, setiap instrumen ada kekuatan
dan kelemahannya tersendiri dan ia bergantung kepada bagaimana cara kita
menggunakannya dan untuk mengatasi kelemahan yang ada. Saya lebih suka
menggunakan cara pemerhatian dan temu bual kerana kita dapat melihat sendiri
bukti bagaimana sesuatu perkara itu dilakukan, saya akan cuba untuk mencari
jawapan apakah rasionalnya perkara tersebut dibuat. Melalui temu bual pula,
sesuatu perkara itu dapat ditentukan kesahihannya dengan membuat sesi soal
jawab dengan individu itu sendiri di samping mendapatkan hasil perbincangan yang
mantap. Hasilnya, semua kaedah di ata dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya
walaupun hanya sedikit maklumat yang diperolehi melalui kaedah soal selidik.
Namun begitu, saya dapat juga mengumpul maklumat yang diperlukan dengan baik
dan teratur.
16
4.0 KOLABORASI
1. PERBINCANGAN DENGAN
PENGURUSAN SEKOLAH
2. PERBINCANGAN DENGAN MENTOR
3. PERBINCANGAN DENGAN GURU-GURU
LAIN
4. PERBINCANGAN DENGAN KAKITANGAN
SEKOLAH
5. INTERAKSI DENGAN MURID
17
5.0 Ilmu/ pengetahuan baru melalui
5.1 PEMERHATIAN
Selama lima hari menjalankan PBS di SK St. Anne, saya telah memerhatikan
suasana persekitaran dan kemudahan yang disediakan di sekolah ini.
Melalui pemerhatian, saya mendapati bahawa prasarana di sekolah ini adalah
lengkap dan kebanyakan adalah dalam keadaan yang baik. Sekolah ini dilengkapi
dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kipas, lampu, meja, kerusi, papan
notis, sudut pembelajaran, tandas dan lain-lain lagi. Selain itu, Pusat Sumber juga
dilengkapi dengan penghawa angin, meja, kerusi, sudut sejarah sekolah dan
komputer.
Infrastruktur seperti bilik KH, pondok-pondok, bilik muzik, dewan, gelanggang
bola keranjang tertutup, kelas pemulihan khas, kelas pemulihan linus dan kantin juga
telah disediakan di dalam sekolah ini.
Selain itu, sekolah ini juga amat mengambil berat dengan kebersihan dan
keceriaan kawasan sekolah.Sebagai contoh, terdapat banyak graffiti dinding di
sekitar sekolah terutamanya dinding luar tandas. Ini secara tidak langsung akan
memberikan imej yang baik kepada orang lain. Bagi menjaga kebersihan sekolah,
pihak sekolah telah menyediakan tong sampah.Hal ini adalah untuk mengelakkan
murid daripada membuang sampah di merata-rata tempat..
SK ST. Anne ini tidak menghadapi sebarang masalah disiplin. Saya amat
berkagum dengan guru besar iaitu Pn. Mary Ranggau kerana beliau telah berjaya
memimpin sekolah dengan baik. Selain itu, murid-murid sekolah ini bersopan-santun
dan mempunyai nilai murni yang baik. Mereka sentiasa menegur sapa dengan guru
semasa tersempak dengan guru.
18
Di samping itu, saya mendapati bahawa terdapat kata-kata hikmah
dipamerkan di sekeliling sekolah.Perkara ini adalah bertujuan untuk membentuk
nilai-nilai murni dalam kalangan murid.
Secara keseluruhannya, kawasan sekolah ini amat sesuai untuk proses
pengajaran dan pembelajaran. Pada pemerhatian saya, pihak sekolah ini dapat
menjamin perkembangan kanak-kanak dengan sempurna kerana kemudahan-
kemudahan dan suasana yang desediakan adalah sangat lengkap.
5.2 SENARAI SEMAK
Melalui PBS di SK ST. Anne, saya telah mempelajari banyak ilmu
pengetahuan dan pengalaman baru tentang perihal sekolah. Saya mendapati
pengurusan dan organisasi sekolah adalah sesuatu perkara yang agak rumit jika
tidak dilaksanakan dengan bijaksana. Namun begitu, sekolah ini telah menguruskan
carta organisasi dengan bijaknya. Saya berasa kagum terhadap pihak pengurusan
sekolah ini.Selain itu, peranan semua warga sekolah seperti guru besar, guru
penolong kanan, ketua panitia dan guru adalah jelas disenaraikan dan dilaksanakan
bagi meningkatkan prestasi dan nama baik sekolah.
Selain itu, prasarana yang terdapat di sekolah ini adalah memuaskan bagi
penggunaan warga sekolah.Kemudahan-kemudahan seperti sudut pembelajaran,
dewan, tandas, pusat sumber dan gelanggang bola keranjang telah disediakan oleh
pihak sekolah.Kemudahan dan infrastruktur yang berada dalam keadaan yang baik
telah menghasilkan suasana dan persekitaran belajar yang selesa.
Kata-kata hikmah juga ditampalkan di sekitar dinding bangunan sekolah.Ini
merupakan satu usaha pihak sekolah untuk mengingati murid supaya sentiasa
berkelakuan baik dan menjadi seorang insan yang berguna dan berbakti kepada
negara pada masa depan. Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan turut
dipaparkan di sekeliling dinding sekolah.
Di samping itu, nilai-nilai murni juga diamalkan di sekolah ini.Sebagai contoh,
murid-murid sentiasa bersalaman dengan guru semasa tersempak dengan
19
guru.Amalan ini adalah amalan yang baik dalam membentuk sahsiah yang baik
dalam diri murid.
Selain itu, saya juga telah menjalankan senarai semak dalam bilik
darjah.Saya mendapati bahawa semua bilik darjah telah dilengkapi dengan
infrastruktur seperti kipas, lampu, meja, kerusi, jadual waktu kelas, jadual tugas
murid, dan peraturan sekolah.Manakala di luar bilik darjah pula, terdapatnya alat-alat
pemadam api digantung pada dinding. Ini adalah untuk menjamin keselamatan jika
berlakunya sebarang kebakaran.
Pada waktu petang, sekolah ini dipenuhi dengan kelas tambahan dan aktiviti
kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bola jaring, olahraga, bola keranjang, bola
tampar, ping pong telah dijalankan pada waktu petang.
5.3 TEMU BUAL
Dalam program ini, saya telah menemu bual dengan Guru Besar, guru
penolong kanan1, guru penolong kanan kokurikulum, mentor, guru, dan pembantu
tadbir sekolah SK ST. Anne. Banyak ilmu saya mempelajari menerusi pandangan
dan pengalaman mereka.
Melalui temu bual dengan guru besar, beliau telah mengatakan bahawa dia
menceburi diri dalam bidang perguruan selama 32 tahun. Beliau juga memberitahu
saya tentang peranan sebagai seorang guru besar. Peranan besar menjadi seorang
guru besar, lebih menguruskan kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, hubungan
luar dan juga kemudahan sekolah. Beliau juga sentiasa bertanggung mengurus
sekolah, memastikan bahawa kakitangan sekolah dan pelajar meningkatkan prestasi
sekolah, menjaga persekitaran sekolah dalam keadaan bersih dan keselesaan.
Beliau mengatakan bahawa sekolah tersebut menghadapi masalah kewangan yang
tidak dapat menampung bilangan guru sekolah termasuklah tiada bilik mesyuarat.
Pada pandangan beliau, beliau sangat berpuas hati terhadap pencapaian pelajar
sekolah. Namun, beliau berharap prestasi UPSR 2014 akan manjadi lebih baik
daripada sebelumnya. Beliau berharap SK ST. Anne terus kekal sebagai sekolah
cemerlang di kawasan ini.
20
Apabila temubual dengan penolong kanan kokurikulum, saya memahami
peranannya adalah sangat penting dalam kokurikulum sekolah.Peranan penolong
kanan kokurikulum adalah bertanggungjawab kepada guru besar di dalam semua
aspek pengurusan kokurikulum termasuk sidang petang. Penolong kanan
Kokurikulum juga mangajar sebilangan mata pelajaran.Beliau berkata pihak sekolah
belum menghadapi sebarang masalah sebelum dan pada masa kini.
Selain bertemu bual dengan guru besar dan penolong kanan kokurikulum,
saya juga telah menemu bual dengan mentor saya, iaitu Pn Sharipah Maria binti
Wan Junaidi. Beliau telah berkhidmat sebagai seorang guru selama 17 tahun.
Jawatan yang disandang oleh beliau di sekolah tersebut ialah Penyelaras
Linus .Pada pandangan beliau, masalah yang dihadapi oleh beliau ialah pelajar tidak
menguasai kemahiran asas 3 M iaitu membaca menulis dan mengira. Sehubungan
itu, pelajar senang lupa bahan-bahan yang telah diajar pada hari sebelumnya. Beliau
perlulah sentiasa melaksanakan latihan tubi dan menggunakan alat bantu mengajar.
Selain itu beliau juga telah menceritakan bahawa terdapat juga program pemulihan
khas untuk pelajar tahap 2 iaitu PROTIM, juga seperti LINUS, mementingkan 3M
tetapi berda di tahap yang lebih tinggi. Sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu
juga, beliau juga menghadapi masalah komunikasi kerana sesetengah pelajar tidak
memahami Bahasa Melayu.
Selain itu, saya turut menemu bual dengan seorang guru di sekolah itu iaitu
Cikgu Leong Nguk Shim yang amat berpengalaman. Peranan beliau adalah
mendidik murid matematik. Menurut beliau, sebagai seorang guru mestilah tegas
tapi bukan garang. Guru menyalur ilmu kepada murid agar menjadi seorang yang
berilmu dan berkhidmat untuk negara. Oleh itu beliau mengatakan bahawa beliau
akan menggunakan set induksi untuk menarik minat pelajar untuk belajar mata
pelajaran tersebut. Selain itu, beliau juga akan menggunakan bahan-bahan maujud
untuk membantu pelajar lebih mudah memahami tentang tajuk tersebut. Selain itu,
beliau juga mengatakan ibu bapa memberikan sokongan juga dan fotostat buku
keperluan dan buat di dalam rumah selepas habis bersekolahan.Harapan beliau
terhadap murid-murid sekolah ini ialah rajin belajar.
Di samping itu, saya juga telah menemu bual dua oorang pengawal
keselamatan sekolah, iaitu En. Eddewayy dan juga En. Hunter ak Tahir. Peranan
21
mereka adalah mengawal keselamatan sekolah dengan mengawal kemasukan
orang luar. Orang luar yang ingin masuk ke kawasan sekolah haruslah mendapatkan
pas daripada mereka. Mereka juga membuat rondaan di sekeliling sekolah. Mereka
kadang-kadang juga mengawal kelas yang membuat kebisingan. Dalam
perkhidmatan mereka, mereka menghadapi masalah lalu lintas terutamanya pada
masa kemuncak. Cara untuk mengatasinya adalah dengan menambahkan lagi
parking lot dan juga peranan polis trafik untuk mengurangkan kesesakan.
22
6.0 REFLEKSI
Dalam minggu yang singkat ini, saya telah mempelajari banyak ilmu menerusi
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini.Dalam program PBS ini, saya telah
mempelajari bahawa semangat kerjasama antara kawan dan pihak sekolah adalah
kunci untuk menyelesaikan program PBS.Sekiranya tiada semangat kerjasama,
maka folio PBS tidak akan disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
Disiplin sesebuah sekolah akan menentukan nama dan maruah sekolah
tersebut. Namun, SK ST. Anne ini tidak menghadapi sebarang masalah disiplin.Saya
amat berkagum dengan guru besar iaitu Pn. Mary Ranggau kerana beliau telah
berjaya memimpin sekolah dengan baik.Selain itu, murid-murid sekolah ini
bersopan-santun dan mempunyai nilai murni yang baik.Mereka sentiasa menegur
sapa dengan guru semasa tersempak dengan guru.
Program PBS ini memberikan banyak manfaat kepada
saya.PBSmembolehkan saya bergaul mesra dengan guru-guru yang
berpengalaman dan murid-murid yang comel. Selain daripada bergaul dengan
mereka, saya juga berpeluang untuk membuat pemerhatian terhadap cara
pengajaran guru dalam kelas.
Akhirnya, saya ingin mengucapkan beribu-ribu terima kasih kepada guru besar
dan guru-guru di sekolah ini atas bimbingan dan tunjuk ajar mereka sepanjang masa
saya menjalankan PBS saya. Tanpa bantuan mereka, PBS ini sudah tentu tidak
akan disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditentukan. Bimbingan dan tunjuk
ajar guru besar dan guru-guru amatlah saya hargai.
Sekian, terima kasih.
23
7.0 Laporan Akhir
Pada 19 Ogos 2013 saya melaporkan diri di pejabat sekolah pada
pukul 6.47 pagi. Lepas itu, saya mengikuti taklimat guru pada pukul 7 pagi.
Setiap minggu hari Isnin adalah perhimpunan sekolah, jadi saya menghadiri
juga perhimpunan pada pukul 7.25. Selepas tamat perhimpunan, guru besar
bagi taklimat kepada guru pelatih yang PBS di sekolah ini.
Sepanjang PBS ini, saya dengan rakan saya tempat di pusat sumber
Sekolah Kebangsaan ST. Anne sebab terlalu ramai sebanyak 25 oarang guru
pelatih PBS di sekolah tersebut. Di sini saya dapati bahawa pelbagai
kelengkapan seperti kerusi, meja, buku-buku dan sebagainya disusun dengan
rapi dan kemas sekali. Segala maklumat boleh diperolehi dari pusat sumber
ini. Pada hari keempat, saya meluru ke pejabat untuk berjumpa dengan pihak
pentadbir sekolah. Di sini saya dilayan dengan baik sekali. Segala pertanyaan
saya tentang sekolah dijawab dengan tepat dan terperinci. Untuk
meningkatkan lagi mutu kerja saya, saya telahpun mengambil pelbagai jenis
gambar yang berguna untuk dijadikan lampiran pada laporan PBS saya nanti.
Pada hari yang kedua, saya cari murid yang dipilih untuk membuat
kajian yang disuruh oleh pensyarah. Selepas itu, jumpa dengan guru
pemulihan khas dan guru BM bagi tujuan minta keizinan tengok beliau
mengajar masa keesok harian.
Pada hari ketiga tersebut, saya telahpun mengganti kelas ekoran
ketidakhadiran seorang guru yang kursus di luar. Saya menganggap ini
adalah peluang saya untuk bersama murid mengenali mereka dengan lebih
dekat lagi. Saya beranggapan bahawa ini adalah kebiasaan bagi saya sebab
pernah pengalaman mengajar semasa guru sandaran tidak terlatih dulu. Saya
berasa gembira sebab murid dengar, sangat taat dan murid menumpukan
perhatian dan khusyuk mendengar arahan saya. Saya pun mengambil
kesempatan untuk mengenali dan menemubual beberapa orang murid. Saya
bertanya beberapa soalan kepada mereka tentang prasarana, tabiat guru,
24
dan aktiviti-aktiviti sekolah yang mereka ceburi. Hasil dari temubual tersebut
saya dapati bahawa rata-rata murid di Sekolah Kebangsaan SK St. Anne ini
menunjukkan nilai-nilai dan ciri-ciri murid yang akan berjaya dan bakal
menerajui negara dengan cemerlang, gemilang, dan terbilang. Setelah itu,
saya ke bilik guru untuk mendapatkan bahan-bahan untuk PBS ini. Di sana,
saya telahpun berbual dengan dua orang guru lelaki dan seorang guru
perempuan.
Hari yang keempat pula, saya menjalankan temuduga dengan
pengurusan sekolah, guru besar, pk1, pk HEM, PKKK, guru, dan kakitangan.
Justeru itu, saya minta gambar sukan dan ko-kurikulum daripada PKKK dan
guru KK. Selain itu, saya juga mengambil gambar persekitaran sekolah
sebagai contoh lampiran.
Hari yang kelima adalah hari yang paling ditunggu. Ini adalah kerana
ini adalah hari yang terakhir di sekolah. Saya berasa amat gembira kerana
memilih sekolah PBS yang cemerlang ini.
Sekolah ini telah banyak memberi sumbangan kepada penduduk
setempat. Ia bukan sahaja mementingkan bidang akademik sahaja tetapi
mendidik murid-murid menjadi individu yang seimbang dari segi emosi,
jasmani, rohani, intelek dan sosial. Sekolah ini telah melahirkan generasi
muda yang berpengetahuan dan beretika baik serta dapat memberi
sumbangan yang besar kepada masyarakat.
Sepanjang saya berada di sekolah berkenaan selama 1 minggu, saya
telah mendapatkan pelbagai maklumat untuk menghasilkan portfolio ini.
Antara kaedah saya mendapatkan maklumat adalah membuat temubual
dengan murid, kakitangan sekolah, guru dan pihak pengurusan. Program ini
sangat berkesan kepada bakal-bakal guru di masa akan datang kerana dapat
merasai pengalaman ketika berada di sekolah.
25
Lampiran
26
Gambar-gambar
27