stab6143 botani ekonomi dan etnobotani

23
STAB6143 BOTANI EKONOMI DAN ETNOBOTANI Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Kampung Bukit Kemboja, Langkawi dan Taman Herba Negeri Perak pada 14 – 17 April 2016 NAMA PELAJAR NO PELAJAR MOHD HELMI BIN ROSLI P83898 NURSHAHIRA BINTI ZAKARIA P81743 NURUL IWANI BINTI MOHD SALLEH P81758 SYUHADA BINTI FADZILAH P81739 TUAN NUR AQLILI RIANA BINTI T.ALI P85535 PENSYARAH: Prof. Madya Dr. AHMAD BIN ISMAIL

Upload: others

Post on 19-Oct-2021

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: STAB6143 BOTANI EKONOMI DAN ETNOBOTANI

STAB6143

BOTANI EKONOMI DAN ETNOBOTANI

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke

Kampung Bukit Kemboja, Langkawi dan

Taman Herba Negeri Perak pada

14 – 17 April 2016

NAMA PELAJAR NO PELAJAR

MOHD HELMI BIN ROSLI P83898

NURSHAHIRA BINTI ZAKARIA P81743

NURUL IWANI BINTI MOHD SALLEH P81758

SYUHADA BINTI FADZILAH P81739

TUAN NUR AQLILI RIANA BINTI T.ALI P85535

PENSYARAH: Prof. Madya Dr. AHMAD BIN ISMAIL

Page 2: STAB6143 BOTANI EKONOMI DAN ETNOBOTANI

PENGENALAN

Pada 14 hingga 17 April 2016, satu program lawatan sambil belajar oleh pelajar STAB6143

(Botani Ekonomi dan Etnobotani) bersama Prof. Madya Dr. Ahmad bin Ismail, pensyarah

STAB6143, serta 2 orang pegawai ke Kampung Bukit Kemboja, Langkawi dan Taman Herba

Negeri Perak.

Seramai 21 orang pelajar ijazah menyertai lawatan ini yang mengambil masa 3 hari secara

keseluruhannya. Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul

Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kekayaan dan

kepelbagaian sumber geologi, landskap, flora dan fauna serta kepelbagaian sumber budaya yang

diwarisi oleh Kepulauan Langkawi merupakan suatu aset terpenting dalam pembangunan

industri pelancongan di era moden yang berteraskan pengalaman dan ilmu pengetahuan tentang

alam sekitar, kepelbagaian geologi, biologi dan budaya.

OBJEKTIF LAWATAN

Tujuan utama lawatan sambil belajar ini diadakan adalah bagi mendedahkan para pelajar kepada

tumbuhan-tumbuhan herba yang masih ditanam dan diamalkan oleh para perubatan tradisional

yang terdapat di Langkawi. Ini kerana, dengan era pemodenan dan globalisasi ini, tumbuhan

herba makin kurang diguna dan diamalkan oleh remaja zaman kini. Jadi dengan lawatan ini, para

pelajar yang juga generasi muda dapat menggunakan ilmu atau meneruskan pengetahuan yang

ada pada tumbuhan herba. Para pelajar juga boleh mempelajari mengenai beberapa khasiat lain

serta kepentingan ekonomi dan etnobotani kepada manusia termasuk peranan tumbuhan di

dalam kebudayaan dan tamadun manusia disekitar kawasan lawatan. Diakhir lawatan ini, para

pelajar juga harus penyedian laporan serta membuat pembentangan dihadapan pensyarah dan

pelajar yang lain.

Page 3: STAB6143 BOTANI EKONOMI DAN ETNOBOTANI

KAMPUNG BUKIT KEMBOJA (16 APRIL 2016)

RUMAH 1

Rumah pertama yang kami lawati ialah rumah milik Encik Umar Bin Musa dan pasangannya Puan

Halijah Binti Mohd. Encik Umar yang berumur 66 tahun iaitu bekas pekerja JKR ,manakala

isterinya berumur 62 tahun, tidak bekerja, menjadi surirumah sepenuh masa, kelihatan masih

sihat, dan mereka sedikit pun tidak kedekut untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan

tentang perubatan tradisional yang menggunakan tumbuhan sekitar rumah mahupun kampung.

Mereka dikurniakan lima orang anak dan kesemuanya berjaya dalam kehidupan masing – masing.

Kami tertarik dengan kepelbagaian jenis pokok yang ditanam di sekitar rumahnya.

Kebanyakannya mempunyai rahsia dan cara kegunaannya yang tersendiri.

Encik Umar Bin Musa Puan Halijah Binti Mohd

Gambar kenangan

bersama pelajar UKM

dan tuan rumah

Page 4: STAB6143 BOTANI EKONOMI DAN ETNOBOTANI

1. Hempedu Bumi

Digunakan untuk merawat penyakit darah tinggi dan

demam. Cara yang diamalkan adalah dengan

mengambil beberapa helai daunnya dan dibersihkan.

Kemudian daun-daun direndam dalam segelas air

panas dan biarkan sehingga suam dan minum sekali

sehari.

Pokok ati-ati

Pokok ati-ati boleh digunakan untuk mengubati lelah.

Cara penggunaan ialah dengan mengambil beberapa

helai daun ati-ati, bersihkan kemudian digiling atau

ditumbuk halus. Sapukan daun yang telah halus tadi

pada dada sehingga paras pusat.

2. Pokok Bunga Melur

Menurut penduduk yang ditemubual pokok ini

digunakan untuk merawat demam dan sakit kepala

dengan mengambil segenggam daun dan bunganya

kemudian diramas dalam air dan airnya digunakan

untuk membasahkan dahi.

3. Pokok Misai Kucing

Digunakan untuk merawat kencing manis dan

menurunkan tekanan darah tinggi. Cara penggunanya

adalah dengan mengambil beberapa kuntum bunga

misai kucing dan direbus dengan 5 cawan air atau

digunting kecil-kecil/dikoyakkan dan direndam dengan

secawan air panas. Tutup dan biarkan suam. Diamalkan

minum setiap hari pagi dan malam sebelum atau

selepas makan.

Page 5: STAB6143 BOTANI EKONOMI DAN ETNOBOTANI

4. Mengkudu

Pucuk mengkudu sering digunakan dalam masakan

kampung dan turut dibuat ulam rebus. Pucuk pokok ini

dikatakan dapat memberi khasiat awet muda kepada

pengamalnya. Selain dari itu, daun mengkudu juga

digunakan sebagai pelapik (balutan) batu tungku bagi

perempuan selepas bersalin.

5. Aloe vera / Pokok Lidah Buaya

Kegunaan lidah buaya yang yang sering dipraktikkan

secara tradisional adalah membantu mengatasi

masalah kesihatan rambut dan kulit. Cara

penggunaannya adalah dengan mengambil lendir atau

isi pokok ini dan diramas-ramas untuk mengeluarkan

lagi banyak lendiran kemudian disapu pada rambut

sehingga ke kulit kepala disertakan dengan sedikit

urutan untuk membolehkan cecair daun ini meresap

dan membersihkan kulit kepala kemudian dibilas.

Untuk merawat masalah kulit pula hanya dengan

menyapu lendiran daunnya terus ke bahagian yang

bermasalah dan dibiarkan 15 minit atau kering dan

kemudian dibilas.

6. Pokok Cemumar / Cemumaq

Pucuk cemumar muda biasanya dijadikan ulam. Dan

bahagian yang diambil sebagai ulam ialah bunganya

yang belum berkembang dan pucuk muda yang masih

lembut.

Page 6: STAB6143 BOTANI EKONOMI DAN ETNOBOTANI

7. Pokok Mambu

Digunakan dalam perubatan tradisional penduduk

kampung untuk merawat demam campak dengan cara

tidur diatas daun mambu dan juga daun diramas-

ramas kemudian dicampurkan dengan air untuk

digunakan ketika mandi, dan pati air daun mambu

boleh juga dicampur dengan bedak sejuk dan disapu ke

badan untuk menurunkan suhu badan.

8. Pokok Nanas Hijau

Dimakan mentah atau dimasukkan dalam masakan.

Tetapi nanas hijau ini amat tidak sesuai dimakan oleh

wanita hamil kerana boleh menyebabkan keguguran.

9. Pokok Keembong / Bunga Pacat

Bunga pokok keembung boleh melegakan luka dan

bisul. Caranya adalah dengan menghancurkan

bunganya dan ditampal pada bisul, atau luka.

Page 7: STAB6143 BOTANI EKONOMI DAN ETNOBOTANI

Nama saintifik:

Cynometra cauliflora

Nama vernakular:

Pokok Nam Nam

Buah ini dipercayai amat baik

untuk merawat pesakit darah

tinggi.

Daun muda (merah) dijadikan

ulam

Merendahkan kolestrol

Nama saintifik: Citrus maxima

Nama vernakular: Limau Bali

Dengan memakan buahnya dapat:

- Mencegah jangkitan saluran kencing

- Penyembuhan luka dengan cepat – kaya vitamin c

- Menyembuhakan selesma

- Menanggalkan daki dan kotoran di badan (skrub)

- Melawaskan dan melancarkan system

percernaan.

- Meredakan bengkak dengan cepat

Page 8: STAB6143 BOTANI EKONOMI DAN ETNOBOTANI

Nama saintifik: Nephelium

lappaceum

Nama vernacular: Rambutan

Daunnya diramas disapu di

rambut untuk melebatkan dan

melebatkan rambut

Buahnya dapat mengurangkan

rasa mual bagi orang yang hamil.

Nama saintifik: Cocos nucifera

Nama vernakular: Kelapa

Batangnya didikan titi di parit kecil

Isi buahnya dijadikan santan

Air nya dikatakan memudahkan

wanita dalam proses bersalin

Umbuk dalam buah dan di bahagian

atas batang boleh dimakan

Tempurung nya dijadikan sebagai kraf

tangan

Nama saintifik: Parkia speciosa

Nama vernakular: Pokok Petai

Dengan memakan isi buahnya secara mentah

ataupun dimasak dapat:

- Mudah untuk buang angin dan toksin dalam

badan

- Merawat kencing manis dan darah tinggi

- Mempunyai kadar potassium, vitamin c,

kalsium, zat besi.

- Melawaskan sembelit

Page 9: STAB6143 BOTANI EKONOMI DAN ETNOBOTANI

Nama saintifik: Phyllanthus acidus

Nama vernakular: Pokok Cermai

Daun pokok boleh menurunkan berat

badan

Air rebusan kulit akar dijadikan ubta

asma dan penyakit kulit.

Merawat sembelit

Daun yang ditumbuk halus bagi

merawat gigitan serangga

Merawat darah tinggi dan kencing

manis dan dapat menurunkan berat

badan

Nama saintifik: Hibiscus rosa-sinensis

Nama vernakular: Pokok Bunga Raya

Daun diramas di dalam air, digunakan untuk mengurangkan suhu

badan dan mengurangakan sakit kepala

Air rebusan daun boleh mengurangkan tekanan darah tinggi dan

kolestrol

Bunga dijadikan the bagi melegakan radang penafasan.

Page 10: STAB6143 BOTANI EKONOMI DAN ETNOBOTANI

Nama saintifik: Punica granatum

Nama vernakular: Pokok Delima

Buah menambahkan selera

makan bagi kanak kanak.

3g daun dan ditumbuk dan

campurkan sedikit kapur, airnya

digunakan untuk merawat

penyakit kuning bayi.

Biji digunakan untuk menurunkan demam, batuk, mengatasi

keracunan dan mengobati cacing. Caranya, ambil, masukkan serbuk

biji delima kering dalam segelas jus nanas yang belum terlalu masak.

Akar dan kulit kayu digunakan untuk merawat masalah cacing.

Nama saintifik: Clinacanthus nutans

Nama vernakular: Belalai Gajah

Merawat kencing manis dan darah tinggi dan menurunkan

kolestrol.

Dapat mencegah kanser.

Merendahkan urik asid dalam badan – gout

Membuang toksin dalam badan

1. Daunnya dijadikan ulaman

2. 5-6 helai daun dan segelas air putih dikisar dan dicampur

dengan ¼ jus lemon. Kemudian, minum.

Page 11: STAB6143 BOTANI EKONOMI DAN ETNOBOTANI

RUMAH 2

Nama respondan: Ismail bin Aziz

Umur respondan: 65 tahun

Pekerjaan: Kerja Kampung

Nama isteri: Rahmah bin Suhani

Umur Isteri: 63 tahun

Pekerjaan: Suri rumah (Menghidap penyakit strok)

Bilangan anak: 7 orang (Semua lelaki)

Kediaman En. Ismail bin Aziz

En. Ismail bin Aziz

Kami bersama En. Ismail

Page 12: STAB6143 BOTANI EKONOMI DAN ETNOBOTANI

Nama Pokok Bahagian Yang

Digunakan Cara Menggunakannya Khasiatnya Gambar

Nama famili:

Menispermaceae

Nama tempatan:

Seruntun/Patawali

Nama saintifik:

Tinospora crispa

(miers)

Akar

- Rebus akarnya, dan

airnya diminum.

- Dapat mengelakkan

daripada dihidapi

penyakit

- Mengubati batu karang

- Boleh menghalang

nyamuk daripada

mengigit badan

Nama famili:

Moraceae

Nama tempatan:

Sinai

Nama saintifik:

Streblus asper

Daun

- Daunnya diletakkan di

tempat yang sakit dan

juga direbus

- Ubati sakit gigi

- Untuk cirit birit

Nama tempatan:

Timang jatuh

Daun

- Direbus daunnya dan

dibuat mandi

- Untuk merawat pesakit

yang terkena strok

Page 13: STAB6143 BOTANI EKONOMI DAN ETNOBOTANI

Nama famili:

Moraceae

Nama tempatan:

Nangka bubuk

Nama saintifik:

Artocarpus

heterophyllus

Akar

- Direbus akarnya dan

airnya diminum

- Merawat penyakit asma

Nama tempatan:

Sepit ketam nipah

Akar

- Diasah

- Merawat penyakit strok

Nama tempatan:

Kayak

Buah

- Ditumbuk halus dan

ditampal pada kayap

- Orang yang terkena

kayap

Nama famili

-

Nama tempatan

- Pokok kemetut

Nama saintifik

Daun, pucuk

yang muda

- Bahagian pucuk dimakan

seperti ulam

- Menjadikan awet muda

dan menyihatkan badan

Page 14: STAB6143 BOTANI EKONOMI DAN ETNOBOTANI

Nama famili:

Schizophyllaceae

Nama tempatan:

Kulat api atau

Kualt sisir

Nama saintifik

Schizophllyum

commune

Semua bahagian

- Semua bahagian

cendawan dibakar

sehingga menjadi minyak

kemudian disapu pada

kudis

- Dapat memulihkan

barah

- Menyembuhkan kudis

buta

Nama famili

Simaroubaceae

Nama tempatan

Tongkat ali

Nama saintifik

Eurycoma

longifolia

Akar

Daun

- Cara merawat demam

dan kecacingan ialah

dengan meramas-ramas

daunnya didalam baldi

yang mengisi air

kemudian dibuat mandi

- Untuk menghilankan

kahak, bahagian akar

diasah kemudian

direndam di dalam air

untuk minum

- Merawat penyakit

cacing bagi kanak-kanak

- Menyembuhkan demam

- Mengeluarkan kahak

Page 15: STAB6143 BOTANI EKONOMI DAN ETNOBOTANI

Nama tempatan

Madu kelulut

- Madu diminum sehari

sekali

- Merawat kencing manis

dan darah tinggi

Nama famili

Arecaceae

Nama tempatan

Pokok pinang

Nama saintifik

Areca catechu

Biji

- Makan bahagian biji

- Merawat kencing manis

Nama famili

Moraceae

Nama tempatan

Pokok sukun

Nama saintifik

Artocarpus altilis

Daun pucuk

muda

- Pucuk muda yang masih

dilindungi oleh daun

besar, dikunyah seperti

biasa

- Merawat sakit dalaman

badan

Page 16: STAB6143 BOTANI EKONOMI DAN ETNOBOTANI

TAMAN HERBA NEGERI PERAK (17 APRIL 2016)

Taman Herba ini terletak di Kampung

Kepayang Negeri Perak Darul Ridzuan.

Berkeluasan 22 hektar dan

mempunyai 527 spesis tumbuhan

herba untuk pelbagai kegunaan

seperti perubatan, aromatherapi, dan

kosmetik, termasuk sebagai ulam dan

rempah. Taman Herba ini turut

dilengkapi dengan kemudahan seperti

trem, tapak perkhemahan, surau dan

dewan taklimat, Kedudukannya yang terpencil juga sesuai bagi aktiviti seperti memancing.

Bekas Pegawai Pusat Taman Herba ini Puan Azizah Meor Hashim telah memberikan

penerangan yang cukup menarik dan berinformasi mengenai pelbagai jenis tumbuhan herba

dan kegunaannya untuk kesihatan. Seramai 21 orang pelajar termasuk 3 orang pensyarah dan

pegawai pengiring yang mengikuti lawatan ke tempat kedua pada 17 April 2016 ini.

Sebelum aktiviti melawati sekitar

kawasan Taman Herba, Puan

Azizah memberi penerangan

mengenai beberapa jenis

tumbuhan herba serta kegunaan

yang terdapat di pusat tersebut

antaranya Pokok Israel, Ara Tanah,

Ketumpang Air, Pokok Batu

Karang, Kecubong, Belimbing

Tanah dan bermacam-macam lagi.

Puan Azizah Meor Hashim

Bekas Pegawai Pusat

Taman Herba Negeri Perak

Para pelajar mendengar taklimat dan maklumat mengenai

tumbuhan herba yang disampaikan oleh Puan Azizah Meor Hashim

Puan Azizah Meor Hashim membawa para pelajar dan pegawai

mengunjungi tempat-tempat di Taman Herba Perak

Page 17: STAB6143 BOTANI EKONOMI DAN ETNOBOTANI

Pokok Israel / Ara Songsang

Nama Tempatan: Ara sungsang / Rumput Israel / Chinese Violet

Nama Saintifik: Asystasia gangetica

Famili: Acanthaceae

Tumbuhan ini tumbuh meliar di kawasan

tanah rata, bukit bukau dan ia sangat cepat

dan mudah membiak. Nilai perubatannya

ialah ia dapat menyembuhkan masalah

kencing tidak lawas dengan cara merebus 15

gram atau segenggam tumbuhan ini dan

diminum secara 5 cawan air rebusan dan

ditinggalkan 2 cawan air.

Pokok Ara Tanah

Nama tempatan: Ara Tanah / Gelang Susu / Ambin Jantan

Nama Saintifik: Euphorbia hirta

Famili: Euphorbiaceae

Tumbuhan ini adalah tumbuh secara renek dan mempunyai

susu getah yang dikatakan mampu merawat dan menyusut

kan ketuat dengan penggunaan kerap. Ara Tanah juga boleh

mengubati penyakit asma, lelah, batuk, penyakit kulit

seperti kurap dan boleh mengubati meroyan pada ibu lepas

bersalin.

Pokok Ketumpang Air

Nama Tempatan: Ketumpang Air / Sireh Raja / Sireh Cina

Nama Saintifik: Peperomia pellucida

Famili: Piperaceae

Tumbuhan ini tumbuh liar di dalam pasu dan celah-celah

parit yang lembap dan teduh, boleh dimakan sebagai ulam

mahupun dibuat sayur. Tumbuhan ini dikatakan mampu

merawat atau memecahkan batu karang dengan meminum

air rebusan dan juga diamalakn oleh masyarakat Cina

dimana ia mampu merawat masalah katarak mata.

Page 18: STAB6143 BOTANI EKONOMI DAN ETNOBOTANI

Pokok Batu Karang

Nama Tempatan: Batu Karang / Pecah Beling / Pecah Kaca

Nama Saintifik: Strobilanthes crispus

Famili: Acanthaceae

Tumbuhan ini amat mudah ditanam dikawasan keliling

rumah sama ada diatas tanah atau didalam pasu. Tumbuhan

ini hidup subur di kawasan-kawasan lapang atau belukar

dan selalu dilihat sebagai rumpai atau tumbuhan yang tidak

diingini. Nilai perubatan yang terdapat pada tumbuhan ini

adalah ia mampu memecahkan batu karang dan

mempunyai sifat anti-kanser. Pakar farmasi dan perubatan

telah menggunakan tumbuhan ini sebagai kapsul dan

diamalkan sebagai teh bagi masyarakat kampung.

Kecubong

Nama Tempatan: Kecubong

Nama Saintifik: Datura metel

Famili: Solanaceae

Tumbuhan ini banyak ditana, sebagai tumbuhan hiasan kerana

bunganya yang cantik dan unik. Bunga kecubong membentuk

serombong besar dan boleh dijumpai dalam

saiz dan warna yang berbeza. Kegunaan

tumbuhan ini, ia mampu merawat sakit angin

pasang dengan menyapu sedikit minyak

kelapa pada bahagian daun dan ditempel

atau tampal pada badan. Serbuk buah kecubung kering juga

digunakan sebagai bahan untuk menghayal dan membuatkan

seseorang menjadi halusinasi.

Belimbing Tanah

Nama Tempatan: Belimbing Tanah / Belimbing Bukit

Nama Saintifik: Oxalis barrelieri

Famili: Oxalidaceae

Tumbuhan ini boleh ditemui hidup liar dikawasan lembah,

di tanah yang lembap dan di padang.

Seperdu tumbuhan ini (akar, daun dan buah)

direbus hingga mendidih. Air rebusan

diminum 2 kali sehari untuk menyembukan

penyakit buasir, darah tinggi dan kencing

manis.

Page 19: STAB6143 BOTANI EKONOMI DAN ETNOBOTANI

Lalang

Nama Tempatan: Lalang

Nama Saintifik: Imperata cylindrical

Famili: Gramineae

Tumbuhan ini sering tumbuh meliar dikawasan tanah yang

terbuka atau sedikit terlindung. Ia merupakan tanaman tutup

bumi yang amat berguna bagi mengelak hakisan tanah. Bahagian

pokok yang sering digunakan untuk perubatan

adalah akarnya yang juga mempunyai rasa manis

apabila dimakan. Nilai perubatannya adalah ia

mampu mengubati penyakit batu karang,

mengatasi masalah bengkak dan banyak lagi.

Ati-Ati Nama Tempatan: Ati-ati

Nama Saintifik: Coleus blumei, Coleus hybridus

Famili: Lamiaceae

Sejenis tumbuhan saka yang berasal dari kawasan tropikal,

merupakan tumbuhan hiasan yang mempunyai daun dua warna.

Paling baik daun yang berwarna merah

kehitam-hitaman dimana ia mampu merawat

penyakit asma. Cara ia adalah dengan

menumbuk sebilangan jumlah daun

dicampurkan kapur dan diletakkan dibahagian

dada.

Keremak Merah

Nama Tempatan: Keremak Merah / Bintang Merah/Langit

Nama Saintifik: Alternanthera sessilis

Famili: Amaranthaceae

Tumbuhan rumpai yang mempunyai taburan meluas. Mudah

dijaga dan tumbuh dengan cepat. Selain dari merebus pokok ini

sebagai rebusan herba, daun keremak merah

juga boleh dimakan sebagai ulam-ulaman dan

sesetengah penggemar menjadikannya

sebagai sayur-sayuran. Dikatakan ia boleh

menurunkan paras kolestrol, melegakan

demam, sakit ginjal, membersihkan salur

darah jantung yang tersumbat.

Page 20: STAB6143 BOTANI EKONOMI DAN ETNOBOTANI

Daun Lemuju

Nama Tempatan: Lemuju / Bangun-Bangun

Nama Saintifik: Solenostemon amboinicus

Famili: Lamiaceae

Tumbuhan ini mempunyai rasa yang kuat, berbau harum

dan membuat rasa pedar di lidah serta sedikit masam.

Seluruh tanaman boleh digunakan untuk perubatan.

Tumbuhan ini digunakan sebagai herba atau rawatan

alternatif bagi merawat asma, batuk, demam, sakit kepala,

menjaga kerongkong dan banyak lagi. Daun diambil

mengikut bilangan ganjil seperti 3, 5, 7 dan direbus untuk

diminum.

Bunga Kertas

Nama Tempatan: Bunga Kertas / Kembang Kertas

Nama Saintifik: Bougainvillea spp.

Famili: Nyctaginaceae

Tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang

banyak terdapat dalam dekorasi tanaman di

Malaysia. Mempunyai bunga yang pelbagai

warna dan bentuk. Nilai kegunaan yang ada

pada tumbuhan ini adalah ia dapat mengembalikan kitaran haid

yang tidak teratur, keputihan dan bisul. Cara penyediaanya

adalah dengan bunganya dijemur dan dijadikan teh.

Page 21: STAB6143 BOTANI EKONOMI DAN ETNOBOTANI

Lelipan

Nama Tempatan: Lelipan

Nama Saintifik: Pedilanthus tithymaloides ssp. smallii

‘Nana’,

P. tithymaloides ssp. smallii ‘Variegatus’,

P. tithymaloides ssp. smallii ‘Albino’

Famili: Euphorbiaceae

Batang pokok berbentuk bulat dan bila dipatahkan akan

mengeluarkan getah berwarna putih susu. Batangnya ditumbuk

dijadikan salap untuk digunakan sebagai ubat sakit sendi dan

sakit kepala. Getah ini beracun kalau termakan, hanya sesuai

untuk kegunaan luaran sahaja. Getah yang keluar dari bahagian daun boleh digunakan untuk

mengurangkan bengkak kerana patah tulang dan bisul serta menghalang luka berdarah.

Dalam perubatan tradisionl getah yang diambil dari daunnya boleh disapukan pada bekas

gigitan lipan untuk mengurangkan bisa dan bengkak.

Buah Tunjuk Langit / Mahagani

Nama Tempatan: Buah Tunjuk Langit / Mahogani

Nama Saintifik: Swietenia macrophylla

Famili: Meliaceae

Pokok Tunjuk Langit mempunyai akar yang serumpun, berwarna

merah dan memiliki rasa lemak. Ia mudah tumbuh di kawasan

lembah yang lembab dan agak teduh. Kebiasannya herba ini

boleh didapati berhampiran dengan kampung dan kebun kecil

getah di bahagian utara Semenanjung. Tumbuhan ini dipanggil

sebagai "buah tunjuk langit", kerana buah ia seolah-olah

tergantung terbalik diatas

pokok. Khasiat Buah Tunjuk

Langit adalah ia dapat mengatasi

masalah kencing manis

(menurunkan kadar gula dalam

darah), kuruskan badan (obesiti)

dan migrain. Selain itu juga,

Buah Tunjuk Langit boleh

membantu menurunkan paras kolestrol, gout, sakit dan lemah jantung.

Page 22: STAB6143 BOTANI EKONOMI DAN ETNOBOTANI

Haba Neraka

Nama Tempatan: Haba Neraka

Nama Saintifik: Neomarica longifolia

Famili: Iridaceae

Tumbuhan ini tumbuh seakan-akan pokok serai tetapi ia

mengeluarkan bunga. Pokok ini dikatakan amat bahaya bagi ibu

mengandung kerana bunga tumbuhan ini akan mengeluarkan

sejenis debu yang mampu menyebabkan berlakunya keguguran

kepada wanita tersebut. Cara penggunaan lain pula adalah

memakan bahagian akar tumbuhan ini bersama daun sireh.

Terdapat juga beberapa tumbuhan lain seperti Ekor Naga, Lukut-Lukut, Periuk Kera, Spider

Lily, Hempedu Beruang, Mata Ayam, Temu Lawak, Bisa Ular, Keladi Bisu, Pandan Wangi,

Ceraka Biru, Palas Tikus, Nyonya Makan Sireh, Pucuk Paku, Bawang Serai, Lidah Jin, Halia

Angin, Jemuju, Tembaga Suasa Kecil, Puding Ulam, Pokok Ribu-Ribu dan beberapa lagi

tumbuhan yang banyak tumbuh dikawasan Taman Herba Perak. Kebanyakkan kegunaan

tumbuhan herba tersebut adalah untuk mengubati dan mencegah penyakit yang serius serta

organ dalaman.

Bawang Serai Jemuju Tembaga Suasa Kecil Terung Susu Kambing

The Pagar Asam Batu Lidah Naga Buah Asam Renda

Page 23: STAB6143 BOTANI EKONOMI DAN ETNOBOTANI

RUMUSAN

Sebagai kesimpulan, diakhir lawatan ini para pelajar telah pun didedahkan dengan tumbuhan herba

yang terdapat di kawasan Kampung Bukit Kemboja, Langkawi dan Taman Herba Negeri Perak yang

masih dijaga dan apa yang dapat dirumuskan adalah objektif utama lawatan ini telah berjaya

dilaksanakan. Lawatan sambil belajar ini memberi manfaat kepada para pelajar dalam menimba ilmu

di dalam bidang Etnobotani serta dapat mengeratkan hubungan diantara satu sama lain. Para pelajar

telah melakukan pembentangan kajian pada hari kedua lawatan mengenai tumbuhan herba di

Kampung Bukit Kemboja, Langkawi.

Sesi pembentangan yang dilakukan oleh para pelajar selepas selesai

sudah mengunjungi kawasan sekitar di Taman Herba Negeri Perak.