ssukan

Upload: mat-king

Post on 03-Apr-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 ssukan

    1/7

    BUKU SUMBER SA INS SU KAN

    87

    TINGKATAN 5

    atau plaster dibuka, tulang itu hendaklah dikenakan tekanandan latihan beban untuk mengembalikan kekuatan tulang itu.

    Sumber: Bergeron, J. D., & Greene, H. W. ( 1989). Coaches Guide to Sport Injuries

    Rajah 6.6 : Mekanisme kecederaan patah

    (vii) Dislokasi

    Dislokasi berlaku apabila hujung tulang yang membentuksendi itu tercabut atau terkeluar dari tempat lekatannya. Tisu-tisu lembut seperti otot, ligamen, tendon dan salur darah akanmengalami kecederaan apabila dislokasi berlaku. Dislokasisering berlaku di bahagian sendi bahu. Dislokasi biasanyamengakibatkan kehilangan (deformiti) bentuk sesuatu sendiitu.

    (viii) Kecederaan kepala

    Konkusi ialah hentakan ke atas kepala yang biasanya traumaotak. Konkusi biasanya berlaku dalam sukan kontek sepertibola sepak, ragbi, hoki, tinju dan sukan mempertahankan diri.

    Kerap kali atlit yang mengalami konkusi akan merasa loya danhilang imbangan seketika walaupun kes amnesia jarangberlaku. Simptom konkusi tidak jelas kelihatan dan mangsaharus dirujuk kepada pakar perubatan secepat mungkin.

    Sumber: Prentic e, W. E. (1999). Fitness a nd Wellness for Life

  • 7/28/2019 ssukan

    2/7

    BUKU SUMBER S AINS SU KAN

    88

    TINGKATAN 5

    7.2.2 Pengurusan kecederaan/bantu mula

    Semua kecederaan sukan yang dialami semasa bertanding ataulatihan mestilah diuruskan dan diperiksa untuk menentukan samaada mangsa itu dibenarkan meneruskan latihan atau beraksi ataudirujuk dengan segera kepada pakar perubatan.

    Terdapat beberapa kaedah pengurusan menilai kecederaan sukan.

    (a) TOTAPS

    Talk - bolehkah mangsa itu bercakap, bertanyakepadanya peringkat kesakitan dan

    tempat kecederaan.

    Observe - perhatikan dan periksa tempatkecederaan dan keadaan mangsaterutamanya kecederaan yang dialami keatas kepala mangsa.

    Touch - rasakan tempat kecederaan, periksasebarang bengkak atau deformiti anggotabadan tersebut.

    Active

    Movement - suruh mangsa gerakkan anggota badanyang cedera, sekiranya mangsa rasasakit rujuk kepada pakar perubatandengan segera.

    PassiveMovement - gerak perlahan bahagian yang tercedera

    untuk periksa tahap kecederaan.Rengangkan otot dan benarkan mangsakembali beraksi setelah pasti dengansepenuhnya kecederaan tidak serius.

    Stand - suruh mangsa itu berdiri, jalan, lari danlompat untuk mempastikan tahapkecederaan. Benarkan mangsa sambungbermain bila tiada tanda kecederaan yangkhusus.

  • 7/28/2019 ssukan

    3/7

    BUKU SUMBER SA INS SU KAN

    89

    TINGKATAN 5

    (b) DRABC

    Kaedah ini digunakan untuk memberi bantu mula kepadamangsa yang tidak sedarkan diri atau mengalami kejutan.

    Danger - pastikan mangsa bebas dari bahayasekitarnya contohnya jika mangsatersepit, singkirkan bendasing yangmenyepitnya.

    Response - cuba gerakkan atau perhatikan sebaranggerakbalas mangsa untuk mengetahuikeadaan sebenar. Panggil nama,

    tanyakan keadaan, sentuh dan rasabahagian badan untuk melihat sebarangrespons.

    Airway - pastikan salur pernafasan tidak tersekat.Periksa hidung dan mulut mangsa agartiada bendasing menghalang salurpernafasan.

    Breathing - periksa sama ada mangsa masihbernafas melalui hidung atau mulut.

    Sekiranya tiada berikan bantuanpemulihan pernafasan dengan segera.

    Circulation - maksud peredaran darah. Periksa kadardenyutan nadi yang rendah menunjukkandenyutan jantung yang lemah. Jikaterdapat punca kehilangan darah sepertiluka, balut dan tutup luka tersebut.

  • 7/28/2019 ssukan

    4/7

    BUKU SUMBER S AINS SU KAN

    90

    TINGKATAN 5

    (c) RICE

    Tindakan awal ini diberikan untuk tujuan berikut:

    (a) Mencegah tisu-tisu lembut lain daripada mengalamikecederaan.

    (b) Mengurangkan kesakitan yang dialami.(c) Mengurangkan dan menurunkan bengkak.(d) Mengekalkan kecergasan sementara bahagian

    kecederaan yang cedera.(e) Mengembalikan keyakinan mangsa terhadap bahagian

    yang cedera.(f) Mencegah berlaku semula kecederaan yang sama.

    Pengurusan RICE ini adalah sesuai untuk kecederaan tertentuseperti terseliuh, dislokasi, hentakan, sengal, retak dankontusi, ketegangan dan kekejangan otot.

    Rest - setelah mendapat kecederaan, mangsaharus direhatkan. Sebarang pergerakanyang diteruskan ditempat yang cederaakan mengakibatkan pengaliran darah

    meningkat atau berterusan dan inimemburukkan lagi kecederaan.

    Ice - ais yang dibalut dengan kain atau plastikdidemah ke atas tempat yang cedera.Kecederaan yang tidak melibatkan lukaterbuka sesuai diberi rawatan ini. Janganbenarkan ais secara langsung ke atastempat cedera kerana akanmengakibatkan ice-burn dan mematikansel-sel di sekeliling tempat yang cedera.

    Demahan ais ini menurunkan suhu tisudan sel yang telah mengalamikecederaan dan dapat memulihkan selyang rosak dengan lebih cepat.

    Compression - bahagian yang cedera harus dibalutkanuntuk mengelakkan bengkak yangketerlaluan.

  • 7/28/2019 ssukan

    5/7

    BUKU SUMBER SA INS SU KAN

    91

    TINGKATAN 5

    Elevation - meninggikan bahagian yang cederamemudahkan dan mempercepatkanpengembalian darah masuk ke jantung.Ini mengurangkan pendarahan terhadaptempat yang cedera. Bahagian yang lukaharus lebih tinggi daripada paras jantung.

    Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang pertama.Walau bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus dijalankansecepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut atlet tidakdigalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkanbanyak komplikasi.

    7.2.3 Terapi kecederaan sukan

    Rehabilitasi atau pemulihan seorang atlit yang cedera biasanyadirancang dan diuruskan oleh fisioterapis atas arahan pakarperubatan.

    Kecederaan ke atas sendi dan otot mungkin tidak dipulihkan melaluirehat sahaja melainkan keadaan yang ringan. Seorang atlit perlumenjalani rawatan pemuliharaan atau rehabilitasi untuk

    mengembalikan bahagian yang cedera itu ke keadaan asal. Antarafaktor yang diambilkira semasa rehabilitasi ialah:

    Menguatkan otot, ligamen dan tendon yang telah pulih darikecederaan.

    Memulihkan tahap kecergasan atlit ke keadaan asal. Meningkatkan julat pergerakan dan kestabilan sendi atau otot. Mengembalikan keyakinan atlit terhadap keupayaannya.

    (a) Fisioterapi

    Fisioterapi ialah kaedah perawatan yang dijalankan oleh ahlifisioterapi yang terlatih di atas arahan doktor perubatan. Objektifutama fisioterapi sukan ialah membantu mempercepatkan kadarpenyembuhan sesuatu kecederaan sukan. Matlamatnya ialahmengembalikan atlit yang cedera itu kepada keadaan asal danbersedia untuk beraksi atau berlatih. Antara teknik-teknik rawatanoleh ahli fisioterapi ialah seperti berikut:

  • 7/28/2019 ssukan

    6/7

    BUKU SUMBER S AINS SU KAN

    92

    TINGKATAN 5

    (i) Elektroterapi

    Penggunaan beberapa alatan elektronik yang sesuai ke atasotot atau sendi yang cedera. Ini bertujuan supaya dapatmerangsang peredaran darah ketempat yang cedera. Contohalat fisioterapi yang sering digunakan ialah mesin ultrasound ,shortwave diathermy, laser therapydan interferential.

    (ii) Hidroterapi

    Hidroterapi ialah rehabilitasi yang menggunakan air untuk

    memulihkan kecederaan. Atlit boleh menjalankan latihankecergasan dalam permulaan dengan bantuan daya apunganair. Air dapat mengapungkan atau menyokong berat badanseseorang itu semasa beliau menjalankan latihan kecergasan.Ini mengurangkan daya hentakan yang dikenakan ke atasanggota badan atlit tersebut.

    (iii) Terapi Haba (Heat Therapy)

    Terapi haba digunakan ke atas kecederaan yang tidak

    melibatkan luka terbuka. Terapi jenis ini harus diawasi dandipantau agar darjah kepanasan terapi tidak menjadi terlalutinggi hingga membakar tisu-tisu atau sel-sel tempat rawatanterapi itu.

    Terapi haba meningkatkan relaksasi otot dan mengurangkankesakitan tempat yang mengalami kecederaan. Terapi habameningkatkan peredaran darah ke kawasan yang cederadengan itu membolehkan lebih banyak nutrien dan oksigendihantar untuk membaiki kerosakan tisu dan sel sementaramengangkut hasil buangan seperti karbon dioksida dari tempat

    tersebut.

    Alatan dan cara yang digunakan dalam terapi haba:

    Rendam bahagian yang cedera dalamair yang suhu antara 40-41oC selama10-20 minit.

    Pundi gel yang dipanaskan juga bolehdiletakkan ke atas tempat yang cedera.Perhatian harus diambil ke atas kulit

  • 7/28/2019 ssukan

    7/7

    BUKU SUMBER SA INS SU KAN

    93

    TINGKATAN 5

    atau tempat meletak pek ini agar ia tidakmelecur akibat terlalu panas atau terlalulama.

    Lampu infraredbiasa digunakan dalam terapi haba.

    (b) Urutan Sukan

    Satu daripada bentuk rawatan kecederaan sukan termasuk urutanyang diberi kepada otot-otot tertentu. Setelah mengenalpasti tiadaterdapat faktor-faktor kontradiksi seperti kecederaan akut, luka,patah dan demam panas.