ssa contoh

15
SSA_RPH_B11 Social Scientific Approach( SSA ) Tajuk pembelajaran SSA Kemalangan jalanraya: faktor manusia atau teknikal? Isu sosiosaintifik/ konteks Adakah kemalangan kenderaan disebabkan oleh faktor kecuaian manusia atau faktor teknikal? Satu tinjauan di Malaysia Tingkatan Dua Tempoh 80 minit Tema Pembelajaran Daya Dan Gerakan Bidang pembelajaran Dinamik Objektif pembelajaran Mengaplikasikan daya geseran dalam kehidupan seharian. Hasil Pembelajaran Di akhir pembelajaran pelajar akan dapat : i. Menerangkan contoh-contoh kewujudan daya geseran ii. Menerangkan kekurangan dan kelebihan daya geseran iii. Menerangkan cara untuk meningkatkan daya geseran iv. Menerangkan cara untuk mengurangkan daya geseran v. menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghalang dan mengawal pencemaran udara. Pengetahuan sedia ada Pelajar sudah mengetahui maksud daya dan kesannya. Kemahiran Proses Sains Menganalisis Dan Aplikasi Alat Bantu Mengajar Petikan Teks Dari Internet Nilai Murni Jujur, Bekerjasama Pengenalan Malaysia adalah sebuah negara di dunia yang telah mencatatkan jumlah kemalangan jalan raya yang tinggi. Pelbagai punca kemalangan jalan raya telah dikenal pasti. Antara puncanya ialah kecuaian pemandu, keadaan kenderaan yang kurang memuaskan dan juga keadaan jalanraya itu sendiri. Memandu secara cuai,jalanraya yang tidak diselenggara dengan baik mahupun tayar kenderaan yang botak adalah merbahaya kerana ia boleh menyebabkan ____________________________________________________________________________________________________ Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2013

Upload: nur-lala

Post on 31-Jan-2016

256 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ssa contoh

TRANSCRIPT

Page 1: SSA contoh

SSA_RPH_B11

Social Scientific Approach( SSA )

Tajuk pembelajaran SSA Kemalangan jalanraya: faktor manusia atau teknikal?Isu sosiosaintifik/ konteks Adakah kemalangan kenderaan disebabkan oleh faktor

kecuaian manusia atau faktor teknikal? Satu tinjauan di Malaysia

Tingkatan DuaTempoh 80 minitTema Pembelajaran Daya Dan GerakanBidang pembelajaran DinamikObjektif pembelajaran Mengaplikasikan daya geseran dalam kehidupan

seharian.Hasil Pembelajaran Di akhir pembelajaran pelajar akan dapat :

i. Menerangkan contoh-contoh kewujudan daya geseran

ii. Menerangkan kekurangan dan kelebihan daya geseran

iii. Menerangkan cara untuk meningkatkan daya geseran

iv. Menerangkan cara untuk mengurangkan daya geseran

v. menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghalang dan mengawal pencemaran udara.

Pengetahuan sedia ada Pelajar sudah mengetahui maksud daya dan kesannya.Kemahiran Proses Sains Menganalisis Dan AplikasiAlat Bantu Mengajar Petikan Teks Dari InternetNilai Murni Jujur, BekerjasamaPengenalan Malaysia adalah sebuah negara di dunia yang telah

mencatatkan jumlah kemalangan jalan raya yang tinggi. Pelbagai punca kemalangan jalan raya telah dikenal pasti. Antara puncanya ialah kecuaian pemandu, keadaan kenderaan yang kurang memuaskan dan juga keadaan jalanraya itu sendiri. Memandu secara cuai,jalanraya yang tidak diselenggara dengan baik mahupun tayar kenderaan yang botak adalah merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Apalah faktor utama boleh mengakibatkan terjadinya kemalangan jalan raya?

Rujuk lampiran 1

____________________________________________________________________________________________________ Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2013

Page 2: SSA contoh

SSA_RPH_B11

____________________________________________________________________________________________________ Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2013

Fasa Cadangan aktiviti Cadangan komunikasiOrientasi

Memerhati Menciri

(5 minit)

Video: Kemalangan Kenderaan Lumba

(Auto Racing Crash)

Auto Racing Crash Compilation WW 20.part

URL: http://www.youtube.com/watch?v=FiQ21yLwScQ

Apa yang berlaku dalam video tadi?

Jangkaan Jawapan Pelajar (j.p):

kemalangan

Pencetusan idea

Meneroka Merancang Mengelas Meramal

(20 minit)

Guru menulis pernyataan berikut di papan putih:

“Kemalangan jalanraya: faktor manusia atau teknikal?”

Seterusnya guru menyediakan 2 kertas mahjong di depan kelas untuk memberi peluang murid-murid menyatakan alasan masing-masing.

Kump.A

Kemalangan kenderaan adalah kerana faktor kenderaan sebab…

Kump.B

Kemalangan kenderaan adalah kerana faktor jalan raya sebab…

1.

2.

3.

1.

2.

3.

Setiap pelajar diberi peluang menulis pendapat mereka

Seterusnya guru meminta seorang wakil dari setiap kumpulan menghujahkan pendapat kumpulan masing-masing

Adakah punca utama kemalangan jalan raya disebabkan oleh faktor jalanraya atau faktor keadaan kenderaan itu sendiri? Nyatakan pendapat anda.

Penstrukturan Idea

Membina hipotesis

Menguji hipotesis

Guru memberi input kepada pelajar dengan memberikan mereka satu isu semasa/senario berkaitan dengan kemalangan jalan raya di Malaysia.

Murid diberikan lampiran 1 dan dikehendaki mencari isi-isi penting.

Apakah isu yang cuba ditonjolkan dalam lampiran 1?

j.p : Kemalangan jalan raya di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia dan melibatkan kerugian yang banyak kepada negara.

Page 3: SSA contoh

SSA_RPH_B11

____________________________________________________________________________________________________ Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2013

Page 4: SSA contoh

SSA_RPH_B11

Lampiran 1

KEMALANGAN KENDERAAN DISEBABKAN OLEH FAKTOR JALAN RAYA? SATU TINJAUAN DI MALAYSIA

Jika diteliti data kajian Forum Pengangkutan Antarabangsa Paris, ketika 30 negara menunjukkan penurunan kadar kematian jalan raya dari tahun 2000 hingga 2009, hanya tiga negara merekodkan peningkatan. Paling menonjol di antara tiga negara itu ialah Malaysia yang menjadi tumpuan bersama Argentina dan Kemboja.

Daripada kajian melibatkan semua negara, Malaysia berada di kedudukan paling atas dengan kadar kematian tertinggi iaitu seorang bagi 100,000 penduduk. Berdasarkan 23.8 kematian bagi setiap 100,000 penduduk tahun lalu, kadar kematian akibat kemalangan di Malaysia adalah 6.3 kali lebih tinggi berbanding dengan United Kingdom (UK), Sweden dan Belanda. Ini bermakna bahawa 6.3 kematian di Malaysia bagi setiap satu nyawa penduduk UK pada tahun lalu.

Kemalangan jalan raya mengakibatkan ekonomi Malaysia kehilangan RM9 bilion tahun lalu dari segi kehilangan nyawa dan cedera. Tahun lalu berlaku 6,640 kemalangan jalan raya atau 18.2 kematian sehari, bermakna setiap 1 jam 20 minit seorang rakyat Malaysia terbunuh di jalan raya.

Kementerian Pengangkutan memaklumkan, kelajuan di jalan awam telah terbukti secara saintifik sebagai faktor utama peningkatan ketara risiko maut dan cedera bukan sahaja kepada pemandu dan penumpang tetapi juga kepada pengguna jalan raya lain yang tidak bersalah. Kira-kira 60 hingga 70 peratus kemalangan berlaku akibat kelajuan.

Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), motosikal dan kereta masing-masing mencatatkan lebih 60 peratus dan 20 peratus kematian di jalan raya. Sementara kadar kemalangan maut paling tinggi melibatkan orang muda yang berumur di antara 16 hingga 25 tahun.

Ramai menyatakan sebab utama berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu itu sendiri. Kebanyakan kes kemalangan jalan raya berlaku disebabkan sikap pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan. Kebanyakan pemandu cenderung untuk memandu laju iaitu melebihi had laju yang ditetapkan oleh kerajaan. Terdapat juga pemandu yang melanggar lampu isyarat merah di persimpangan jalan dan memberhentikan kenderaan di tempat yang dilarang.

Namun begitu tahukah anda bahawa keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik turut menjadi penyebab. Kenderaan yang hendak digunakan di jalan raya sewajarnya diselenggara sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Kebanyakan kos kemalangan berlaku disebabkan sistem brek yang gagal berfungsi dengan baik. Terdapat juga kemalangan berlaku disebabkan tayar kenderaan meletup akibat tayar tersebut haus atau anginnya berlebihan. Oleh itu, pengguna jalan raya perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk menyelenggara kenderaan mereka.

Sebab seterusnya berlaku kemalangan jalan raya ialah keadaan jalan raya yang kurang baik. Jalan raya yang kurang baik membuatkan pemandu kenderaan terpaksa memberikan sepenuh perhatian apabila melalui jalan tersebut. Selain itu, pemandu kenderaan juga mesti lebih berhati-hati apabila melalui jalan tersebut pada waktu malam. Antara ciri-ciri jalan raya yang kurang baik ialah terdapat banyak

____________________________________________________________________________________________________ Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2013

Page 5: SSA contoh

SSA_RPH_B11

selekoh tajam, jalannya tidak rata serta berlubang. Oleh itu, pemandu kenderaan mestilah mematuhi had laju yang ditetapkan apabila melalui jalan berbahaya.

Jadual 1 : Statistik Kemalangan Mengikut Jenis Jalan Raya Di Malaysia

Jenis Jalan Raya

2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008

Lebuh raya 21549 24953 27257 27511 30107 33613 35761Jalan Persekutuan

70400 72988 78550 84965 81923 90476 93550

Jalan Utama

45826 47641 56066 56153 57214 60202 61994

Jalan penghubung

114801 124986 136953 134571 155355 163104 165617

Lain-lain 27135 28085 27989 25064 16653 15924 16649JUMLAH 279711 298653 320815 328264 341252 363319 373071

( Sumber ; The Star 2009 )

Faktor cuaca juga boleh menjadi penyebab kepada berlakunya kemalangan jalan raya. Di Malaysia, cuaca hujan sering menyebabkan jalan raya basah dan licin. Dalam keadaan yang sedemikian, kemalangan jalan raya banyak berlaku khususnya di lebuh raya kerana pemandu tidak sempat membrek apabila kenderaan di hadapan tiba-tiba memperlahankan kenderaannya. Hujan yang turun juga boleh menyebabkan pemandangan pemandu kabur dan terhad. Sewajarnya pengguna jalan raya berhati-hati apabila memandu dalam keadaan cuaca hujan dan jalan raya licin.

____________________________________________________________________________________________________ Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2013

Page 6: SSA contoh

SSA_RPH_B11

Lampiran 2 (Penilaian)

1. Terangkan secara ringkas bagaimana daya geseran membolehkan kita berjalan?

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

[ Konstruk : Memahami, Aras : Sederhana, ]

2. Bola sepak merupakan permainan yang paling diminati di seluruh dunia. Dalam permainan ini, aksesori yang paling penting ialah kasut bola sepak itu sendiri. Dalam keadaan padang bola sepak yang lembut dan licin, apakah penyesuaian yang dilakukan terhadap kasut bola berbanding kasut biasa?Jelaskan kenapa?

[ Konstruk :Menilai, Aras : Sukar ]

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3. Fatimah memakai sebentuk cincin emas di jarinya. Fatimah menghadapi masalah untuk menanggalkan cincin tersebut kerana permukaan kulitnya yang kering. Apakah cara yang boleh dilakukan oleh Fatimah untuk menanggalkan cincin tersebut dari jarinya. Terangkan jawapan anda.

[Konstruk : Menilai, Aras : Sukar]

___________________________________________________________________________

4. Daya geseran boleh menjadi sesuatu yang berguna tetapi kadangkala ia boleh menjadi satu gangguan. Buat justifikasi kebaikan dan keburukan daya geseran dalam kehidupan seharian kita?

[ Konstruk : Menilai, Aras : Sukar ]

Kebaikan Keburukan

1. 1.

____________________________________________________________________________________________________ Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2013

Page 7: SSA contoh

SSA_RPH_B11

2. 2.

5. Semua negara Eropah mengalami empat musim setahun. Semasa musim sejuk, salji yang tebal menyukarkan pergerakan kereta di jalan raya.

Apakah inovasi yang dapat anda lakukan terhadap tayar supaya membolehkan kereta bergerak dengan lebih mudah di atas permukaan jalan raya yang bersalji?

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

[Konstruk : Merekacipta, Aras : Sukar]

____________________________________________________________________________________________________ Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2013

Page 8: SSA contoh

SSA_RPH_B11

Contoh Skema Jawapan Guru:

1.Daya geseran membenarkan kasut mencengkam permukaan tanah. Oleh sebab itu kita dapat berjalan tanpa tergelincir.

2.Dengan menambahkan struktur berpaku (stud) pada permukaan bawah kasut bola sepak. Ini akan meningkatkan daya geseran antara tapak kasut bola dengan permukaan padang.

3. Untuk menanggalkan cincin tersebut Fatimah boleh menggunakan minyak masak atau cecair sabun untuk menjadikan permukaan tangannya licin. Jadi daya geseran antara cincin dan kulit jari dapat dikurangkan.

4.

Kebaikan Keburukan1.Untuk menggerakkan dan memberhentikan kenderaan.

1. Meningkatkan penggunaan petrol jika tayar mempunyai tekanan rendah.

2.Memudahkan kita memegang sesuatu benda

2. Permukaan bahagian-bahagian mesin akan terkakis malah menghasilkan haba yang boleh merosakkan mesin

5.Mencipta pembalut tayar yang mempunyai bunga tayar yang tebal dan tajam (atau pelajar boleh lukis )

____________________________________________________________________________________________________ Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2013

Page 9: SSA contoh

SSA_RPH_B11

Rubrik Pembentangan : Daya Geseran

Nama Guru : ________________________________________

Nama Pelajar:   ________________________________________

Kategori 4 3 2 1

Isi Kandungan Menunjukkan kefahaman yang amat jitu dan mendalam mengenai topik ini.

Menunjukkan kefahaman yang memuaskan mengenai topik ini

Menunjukkan kefahaman yang baik mengenai sebahagian topik ini.

Tidak menunjukkan kefahaman dalam topik ini.

Kefahaman Pembentang dapat menjawab dengan tepat semua soalan yang dilontarkan oleh rakan sekelas mengenai topik ini.

Pembentang dapat menjawab dengan tepat sebahagian besar soalan yang dilontarkan oleh rakan sekelas mengenai topik ini.

Pembentang dapat menjawab sebahagian kecil soalan yang dilontarkan oleh rakan sekelas mengenai topik ini

Pembentang tidak dapat menjawab soalan yang dilontarkan oleh rakan sekelas mengenai topik ini.

Kesediaan Pembentang bersedia sepenuhnya untuk pembentangan.

Pembentang bersedia untuk pembentangan tetapi perlukan beberapa latihan

Pembentang agak bersedia untuk pembentangan tetapi kurang latihan

Pembentang tidak bersedia untuk membuat pembentangan.

Pertuturan Bercakap dengan amat jelas dan lancar (100-95%) sepanjang masa.

Bercakap dengan jelas dan lancar

Bercakap agak jelas dan lancar tetapi ada kesilapan dalam pertuturan.

Bercakap dengan kurang jelas dan pertuturan tidak difahami serta ada kesilapan dalam pertuturan.

Masa Pembentangan mengambil masa 5 minit

Pembentangan mengambil masa 4 minit.

Pembentanga mengambil masa 3 minit.

Pembentangan mengambil masa kurang 2 minit.

Pengiraan :

Skala yang diberi X 5 kategori = Jumlah markah yang diperolehi

JUMLAH KESELURUHAN : 20

____________________________________________________________________________________________________ Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2013

Page 10: SSA contoh

SSA_RPH_B11

Penulis :

1. Pn. Khalidah Bt Ahmad (IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru)2. Pn. Rosmina Bt Kaderi (SMK Bau, Kuching)3. En. Rosdi Bin Abu Bakar (SMK Sungai Kob, Kulim)4. En. Saranusun Bin Jusoh (SMK Paloh, Gua Musang)5. En. Nazarudin bin Abdullah (SMK Clifford, Kuala Lipis)

____________________________________________________________________________________________________ Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2013