sprm charter

9
PERLEMBAGAAN SEKRETARAIAT PENCEGAHAN RASUAH (SPRK) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (IPG KPMM Januari 2015) BAHAGIAN I Fasal 1 Nama 1.1Jawatankuasa ini dikenali dengan nama Sekretariat Pencegaan Ra!"a Ka#$"! (SPRK) Institut Pendidikan Guru. Fasal 2 Bahasa Rasmi 2.1Bahasa Melayu Fasal 3 Alamat 3.1Sekretariat Pencegahan Rasuah d/a Jaatan !al "hwal Pela#ar Institut Pendidikan Guru $%lamat IPG &am'us( BAHAGIAN II Fasal 4 Cogan Kata SPRK ).1*Satu +isi Satu %s'irasi, Fasal 5 Logo SPRK -.1 -.2&eterangan l g adalah se'erti erikut $a( SPR& Sekretariat Pencegahan Rasuah IPG. $( 0arna Biru &ese'aduan yang utuh dalam kalangan SPR&. $c( 0arna Putih &eikhlasan dan kesungguhan ahli SPR& dalam melaksanakan amanah yang telah dierikan. $d( Bulatan i. Gerak ker#a SPR& yang h listik meli'uti keseimangan dalam as'ek #asmani em si r hani intelek s sial kea#ikan etika dan 'r esi nalisme seagai mahasiswa guru di IPG. ii. SPR& mengamalkan udaya ker#a er'asukan.

Upload: syauqi-zamry

Post on 04-Nov-2015

245 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Newly Done Propose Charter

TRANSCRIPT

PERLEMBAGAANSEKRETARAIAT PENCEGAHAN RASUAH (SPRK)INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA(IPG KPMM Januari 2015)

BAHAGIAN IFasal 1Nama1.1 Jawatankuasa ini dikenali dengan nama Sekretariat Pencegahan Rasuah Kampus (SPRK) Institut Pendidikan Guru.

Fasal 2Bahasa Rasmi2.1 Bahasa Melayu

Fasal 3Alamat3.1 Sekretariat Pencegahan Rasuah d/a Jabatan Hal Ehwal PelajarInstitut Pendidikan Guru(Alamat IPG Kampus)

BAHAGIAN IIFasal 4Cogan Kata SPRK4.1 Satu Visi Satu AspirasiFasal 5

Logo SPRK5.15.2 Keterangan logo adalah seperti berikut:(a) SPRKSekretariat Pencegahan Rasuah IPG.

(b) Warna BiruKesepaduan yang utuh dalam kalangan SPRK.

(c) Warna PutihKeikhlasan dan kesungguhan ahli SPRK dalam melaksanakan amanah yangtelah diberikan.

(d) Bulatani. Gerak kerja SPRK yang holistik meliputi keseimbangan dalam aspekjasmani, emosi, rohani, intelek, sosial, kebajikan, etika danprofesionalisme sebagai mahasiswa guru di IPG.ii. SPRK mengamalkan budaya kerja berpasukan.Fasal 6Visi

6.1 Sekretaraiat Pencegahan Rasuah peneraju kepimpinan pelajar berkualiti.

Fasal 7Misi

7.1 Menyokong pihak IPG melahirkan guru berintegriti, berkarisma dan kompetenselaras dengan aspirasi IPG.Fasal 8Objektif SPRK

8.1 Objektif SPRK adalah seperti ketentuan berikut:(a) Menerapkan nilai anti rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan di kalangan pelajar IPG.(b) Mendidik dan mendedahkan pelajar IPG kepada program pencegahan rasuah melalui aktiviti kemasyarakatan di dalam dan di luar kampus yang menekankan pada nilai-nilai murni.(c) Menjadikan pelajar IPG sebagai penyampai mesej anti rasuah kepada masyarakat kampus dan di luar kampus serta pelajar sekolah di mana mereka belajar nanti.(d) Menjadikan kesedaran dan penghayatan terhadap nilai-nilai integrity semasa menjalankan tugas. (e) Mewujudkan pusat rujukan ilmiah mengenai kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan serta peranan SPRM dalam menangani jenayah ini.(f) Meningkatkan perkongsian pintar di antara SPRM dan IPG dalam usaha memupuk kesedaran pencegahan rasuah.

BAHAGIAN IIIFasal 9Keahlian

9.1 Semua pelajar yang mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa di IPG adalah layak mendaftar sebagai Rakan Sekretariat Pencegahan Rasuah IPG.9.2 Pelajar yang berminat dikehendaki mengisi borang keahlian sebagai ahli Sekretariat Pencegahan Rasuah.9.3 Permohonan oleh pemohon akan ditapis mengikut butiran seperti berikut;-

Fasal 10Tanggungjawab Ahli

10.1 Setiap ahli mestilah patuh kepada Perlembagaan Sekretaraiat Pencegahan RasuahIPG dan berpegang teguh kepada dasar dan objektifnya.10.2 Menghormati dan mematuhi Akta 174, perlembagaan serta peraturan SPRK.10.3 Tidak dibenarkan menganggotai dan melibatkan diri secara rasmi denganpertubuhan politik di dalam atau di luar negara.10.4 Setiap ahli mestilah berusaha untuk melaksana dan mencapai objektif persatuan.10.6 Menunjukkan imej yang positif dan tidak mencemar nama baik SPRK dan IPG.

Fasal 11Hak Keahlian

11.1 Semua ahli berhak menggunakan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan yangdisediakan oleh pihak SPRK dengan mematuhi peraturannya tanpa sebaranghalangan kecuali telah ada sabitan yang dikeluarkan oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT)SPRK bahawasanya ahli tersebut telah tidak dibenarkan untuk menggunakanperalatan yang ditetapkan atau apa-apa jua peralatan atas alasan yang difikirkanmunasabah bergantung kepada budi bicara AMT SPRK.11.2 Semua ahli berhak mengikuti semua aktiviti SPRK tanpa sebarang halangan kecualitelah ada sabitan yang dikeluarkan oleh AMT SPRK atau bahawasanya ahli tersebuttelah tidak dibenarkan untuk menghadiri aktiviti yang ditetapkan atau apa-apa juaaktiviti atas alasan yang difikirkan munasabah bergantung kepada budi bicara AMTSPRK.11.3 Semua ahli berhak mengetahui perkembangan dan perubahan dalam strukturorganisasi serta pergerakan SPRK.11.4 Semua ahli berhak menyuarakan pandangan kepada SPRK atau kepada pihak ketigamelalui SPRK dengan menggunakan saluran-saluran yang beretika.

BAHAGIAN IVFasal 12Organisasi SPRK

12.1 Organisasi SPRK dikendalikan oleh Ahli Sekretaraiat Pencegahan Rasuah yang terdiridaripada AMT dan AMM.(a) Ahli Majlis Tertinggi:i. Ketua Sekretariatii. Timbalan Ketua Sekretariatiii. Setiausaha Agung Kehormativ. Naib Setiausaha Agung Kehormatv. Bendahari Agung Kehormatvi. Naib Bendahari Agung Kehormat(b) Ahli Majlis Mesyuarat (AMM)i. Exco Ceramahii. Exco Seminar/Forum/Bengkeliii. Exco Round Table Discussioniv. Exco Pameranv. Exco Aktiviti Keagamaan/Nilai-nilai Murnivi. Exco Risalahvii. Exco Radioviii. Exco Majalah/Newsletter/Bahan-bahan Penerbitan Lainix. Exco Facebook/Twitter/Flickr(c) Jawatankuasa BiroSetiap biro terdiri daripada ahli berikut:i. Pengerusi ii. Naib Pengerusi iii. Setiausaha (dipilih oleh Exco)iv. Empat orang Ahli Jawatankuasa (dipilih oleh Exco)

Fasal 13Perjawatan

13.1 Ahli Majlis Tertinggi(a) Pemilihan AMT dan AMM dilakukan melalui Lantikan Dalaman yang dilakukansetiap satu ( 1 ) tahun dalam tempoh 30 hari selepas pembubaran jawatankuasa terdahulu SPRK.

Fasal 14Perletakan dan Perlucutan Jawatan

14.1 Perletakan Jawatan(a) Sebarang permohonan perletakan jawatan hendaklah dibuat secara bertuliskepada Pengerusi Majlis Penasihat SPRK berserta dengan alasan munasabah.(b) Pengesahan perletakan jawatan hanya akan berlaku setelah diputuskan olehPenyelaras Bersama SPRK (SPRK IPG dan SPRM Negeri).14.2 Perlucutan Jawatan(a) Dibuang dari mengikuti pengajian di IPG.(b) Menarik diri dari mengikuti pengajian di IPG.(c) Berpindah pusat pengajian.(d) Tidak berada di IPG selama 6 bulan berturut-turut sama ada melanjutkanpelajaran ke luar negara atau sakit yang berpanjangan atau menangguhkanpengajian.(e) Pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib (termasuk yang sedang menunggukeputusan perbicaraan tatatertib) oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar, akanhilang kelayakan daripada bertanding dan menjadi Ahli Sekretariat Pencegahan Rasuah.(f) Tidak dapat memberi komitmen kepada organisasi SPRK.

Fasal 15Kekosongan Jawatan

15.1 Jika kekosongan jawatan berlaku dalam AMT SPRK atau MT SPRK dalam jangkamasaenam bulan selepas pemilihan maka pemilihan baharu boleh dilaksanakan.15.2 Jika kekosongan jawatan berlaku dalam AMT SPRK, pemilihan baharu akandiputuskan melalui mesyuarat dalaman SPRK dan tempoh perjawatannya adalah sehingga tamat sesi pentadbiran tersebut.15.3 Jika kekosongan jawatan berlaku dalam MT SPRK, pemilihan baharu akan dibuatberdasarkan budi bicara Ketua Eksekutif atau wakilnya.

BAHAGIAN VFasal 16Bidang Tugas Umum16.1 Ahli Majlis Tertinggi(a) Fungsi AMT ialah mengelola, mengatur hala tuju dan gerak kerja, sertamembuat keputusan atas perkara-perkara tentang perjalanan SPRK mengikutPerlembagaan SPRK. AMT juga hendaklah mengemukakan laporan setiapaktiviti yang dijalankan kepada Pengerusi Majlis Penasihat SPRK atauwakilnya.

(b) AMT hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua bulan sekali.Sekurang-kurangnya lima daripada bilangan AMT hendaklah hadir bagimengesahkan dan memenuhkan korum mesyuarat.

(c) Sekiranya timbul perkara mustahak yang memerlukan kelulusan AMT tetapimesyuarat AMT tidak dapat diadakan, maka Setiausaha Agung Kehormatboleh mendapatkan kelulusan daripada AMT secara pengedaran suratpekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilahdisempurnakan sebelum keputusan Ahli Majlis Ahli Jawatankuasa Tertinggiboleh dianggap sebagai diterima:

i. Masalah yang dibangkitkan itu mestilah dibutirkan dengan terangdalam surat pekeliling yang diedarkan kepada semua AMT.ii. Sekurang-kurangnya lima daripada bilangan AMT mestilahmenyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadanganitu.

iii. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklahdilaporkan oleh Setiausaha Agung Kehormat kepada mesyuarat AMTberikutnya untuk disahkan dan dicatatkan dalam peringatanmesyuarat.

(d) Ahli Majlis Tertinggi boleh memberi arahan kepada Setiausaha AgungKehormat dan MT atau ahli yang lain untuk menjalankan urusan SPRK denganmelantik Pengerusi/Pengarah Aktiviti dan jawatankuasa yang dirasakanmustahak. Jawatankuasa Tertinggi juga boleh menggantungkan danmelucutkan jawatan sebarang Pengerusi/Pengarah Aktiviti dan jawatankuasakerana tidak amanah dalam tugas atau dengan sebab-sebab yang difikirkanboleh merosakkan kepentingan SPRK.

(e) AMT berkuasa membatalkan sesuatu aktiviti pelajar yang bercanggahdengan dasar dan perlembagaan SPRK.

(f) AMT berkuasa membatalkan sesuatu keputusan mesyuarat yang diadakanoleh majlis mesyuarat SPRK jika dirasakan perlu.

16.2 Ahli Majlis Mesyuarat(a) Mengeluarkan arahan atau kenyataan umum bagi pihak SPRK.

(b) Membincangkan dan merancang aktiviti SPRK berdasarkan peruntukan dalamperlembagaan serta bersesuaian dengan dasar SPRK.(c) Mesyuarat MT hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali setahun.(d) Hendaklah dihadiri sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) daripada MT.

Fasal 17Bidang Tugas Khusus

17.1 Ahli Jawatankuasa Tertinggi(a) Ketua Sekretariati. Mempengerusikan mesyuarat AMT dan mesyuarat AMM SPRKii. Memantau mesyuarat Biro SPRKiii. Menerima dan memanjangkan arahan pihak pengurusaniv. Mengarah dan menguruskan aktiviti yang dirancang oleh pihak pengurusan dan pelajarv. Memantau pengurusan kewangan SPRKvi. Menjaga kebajikan semua ahli SPRKvii. Menjadi penghubung antara pentadbiran dengan pelajar dan sebaliknyaix. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat bersama pengurusan SPRM Negeri dan IPGx. Merancang dan mengadakan kursus berkaitan kepimpinan untuk SPRKxi. Sentiasa berkolaborasi dengan pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar(JHEP)

(b) Timbalan Ketua Sekretariati. Memangku tugas Ketua Sekretariat ketika ketiadaan Ketua Sekretariatii. Menjaga kebajikan semua ahli SPRKiii. Bertindak sebagai penghubung dengan SPRK IPG lainiv. Menjadi perantara SPRK dengan ketua-ketua kumpulan bagi setiap unitpengajian.v. Mengawasi perjalanan aktiviti setiap Jawatankuasa dan aktiviti institute berkaitan integriti dan pendidikan rasuahvi. Menerima arahan daripada YDP dan pihak pentadbiranvii. Mengarah dan menguruskan aktiviti yang dirancang oleh pentadbirandan pelajarviii. Menjadi penghubung antara pentadbiran dengan pelajar dansebaliknyaix. Memantau portfolio setiap Jawatankuasa x. Mengurus dan menyelia bilik gerakan SPRKxi. Memantau blog atau laman web SPRKxii. Mengurus dan menapis borang aduan pelajarxiii. Membantu merancang dan mengadakan kursus berkaitan kepimpinanuntuk SPRKxiv. Sentiasa berkolaborasi dengan pihak JHEP

(c) Setiausaha Agung Kehormat dan Naib Setiausaha Agung Kehormati. Menguruskan urusan surat menyuratii. Menyediakan surat jemputan mesyuarat atas arahan Ketua Sekretariatiii. Menyediakan minit mesyuarat dan laporan SPRKiv. Menyediakan kertas kerja bagi setiap aktiviti induk SPRKv. Menerima arahan dari Ketua dan Timbalan Ketua Sekretariatvi. Menyelia, mengurus papan kenyataan dan carta organisasi SPRKvii. Menapis setiap iklan, risalah dan memo di semua papan kenyataanviii. Membantu merancang dan mengadakan kursus berkaitan kepimpinanuntuk SPRKix. Menyedia dan mengurus inventori di bawah kelolaan SPRKx. Sentiasa berkolaborasi dengan Jabatan HEP

(d) Bendahari Agung Kehormat dan Naib Bendahari Agung Kehormati. Mengurus segala urusan berkaitan kewangan SPRKii. Merancang dan mengurus sumber kewangan SPRKiii. Memantau aktiviti Biro Keusahawanan SPRKiv. Menguruskan kewangan setiap aktiviti yang dirancang dan dijalankanoleh SPRKv. Menyediakan laporan kewangan SPRKvii. Menerima arahan dari Ketua dan Timbalan Ketua Sekretariatviii. Membentangkan laporan kewangan mengikut keperluanix. Menguruskan pembelian segala alatan dan keperluan yang diperlukanoleh SPRKx. Membantu merancang dan mengadakan aktiviti berkaitan kepimpinanuntuk SPRKxi. Sentiasa berkolaborasi dengan JHEP

(e) Ahli Majlis Mesyuarati. Membantu menguruskan aktiviti IPG yang dirancang oleh pihakpengurusan dan pelajarii. Merancang dan melaksanakan aktiviti Biro SPRKiii. Menyediakan laporan tahunan Biro SPRKiv. Mendokumentasikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut Biro SPRKv. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Eksekutif,Pengerusi Majlis Penasihat, Ketua Pensyarah Penasihat SPRK, danPenasihat SPRK

BAHAGIAN VIFasal 18

Majlis Penasihat18.1 Penaung Ketua Eksekutif & Pengarah SPRM Negeri18.2 Pengerusi Majlis Penasihat SPRK Timbalan Pengarah IPG & Timbalan Ketua Pengarah SPRM Negeri18.3 Penasihat SPRK Pegawai Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri18.4 Pensyarah Penasihat SPRK Dilantik oleh Ketua Eksekutif

BAHAGIAN VIIFasal 19Kewangan

19.1 SPRK tidak dibenarkan menubuhkan tabung kewangan dengan menerima ataumengutip atau mengambil sebarang jenis sumbangan atau dana dalam bentuk wangatau harta dari mana-mana sumber kecuali dengan membuat permohonan bertulisserta kelulusan daripada Ketua Eksekutif atau SPRM Negeri. Segala tuntutan bayaran hendaklah disertakan resit atau baucer pembelian kepada Ketua Eksekutif dan SPRM Negeri.

Fasal 20Tahun Kewangan

20.1 Tahun kewangan dikira selepas perlantikan AMT SPRK yang baru dan berakhirselewat-lewatnya 3 hari sebelum pembubaran.Fasal 21Juru Audit

21.1 Dua orang daripada pelajar institut boleh dilantik sebagai Juru Audit oleh oleh AMT.Para Juruaudit akan memegang jawatan tersebut selama setahun dan boleh dilantiksemula.21.2 Juru Audit adalah dikehendaki memeriksa kira-kira SPRK bagi setahun dan membuatlaporan atau pengesahan kepada Ketua Eksekutif atau wakilnya. Mereka jugadikehendaki pada bila-bila masa oleh Ketua Sekretariat SPRK mengaudit kira-kira SPRKbagi mana-mana masa dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporankepada AMT.

BAHAGIAN VIIIFasal 22Pilihan Ahli

22.1 Pemilihan ahli SPRK hendaklah diadakan dalam tempoh 30 hari selepas pembubarandan tertakluk kepada kelulusan SPRM Negeri.

Fasal 23Bentuk Pemilihan

23.1 Pemilihan ahli Jawatankuasa SPRK dibuat melalui proses pengundian semasa Mesyuarat Agung Tahunan SPRK IPG.

BAHAGIAN IXFasal 26Pembubaran

26.1 Ketua Eksekutif mempunyai kuasa mutlak untuk membubarkan SPRK.26.2 SPRK akan dibubarkan sekiranya berlaku salah satu daripada situasi berikut:(a) Telah cukup tempoh satu (1) tahun pentadbiran SPRK.(b) Tidak cukup korum untuk membentuk AMT SPRK.(c) Sebab-sebab lain yang difikirkan munasabah oleh Ketua Eksekutif.26.3 SPRK boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan dua pertiga (2/3)daripada jumlah MT dengan kelulusan Ketua Eksekutif.26.4 Sekiranya SPRK hendak dibubarkan secara yang tersebut di atas, maka segala hutangdan tanggungan SPRK yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan danbaki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui olehPengarah SPRM Negeri.26.5 SPRK dengan rasminya dibubarkan setelah tamat tempoh perkhidmatan yang ditetapkan dan notis pembubaran dikeluarkan oleh Pengarah SPRM Negeri.

BAHAGIAN XFasal 27Pindaan Perlembagaan

27.1 Sebarang pindaan boleh dilakukan dengan mengemukakan usul dan cadangansecara bertulis kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM melalui SPRM Negeri (Unit PenMas).27.2 Keputusan Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah muktamad.

BAHAGIAN XIFasal 28Pertikaian Dan Kekeliruan

Jika timbul sesuatu pertikaian atau kekeliruan tentang mana-mana Bahagian dan Fasal atausama ada seseorang ahli atau pemegang-pemegang bagi SPRK atau bagi sesuatujawatankuasa ad hoc SPRK telah dipilih atau dilantik dengan sewajarnya, mengikut manayang berkenaan, atau adalah berhak menjadi atau masih menjadi ahli atau pemegangjawatannya, maka pertikaian itu hendaklah diputuskan oleh Ketua Eksekutif mengenainyaadalah muktamad.