sebagai sebuah institusi islam yang dinamik, unggul ... sarjana pembangunan sumber manusia,...

22
“ Memartabatkan TH sebagai sebuah institusi islam yang dinamik, unggul & profesional“ BULETIN INTEGRITI EDISI 1/2018 Tone from the Top PENGERUSI LEMBAGA TABUNG HAJI Ucapan YB Pengerusi TH semasa Majlis Ikrar Bebas Rasuah Kumpulan TH pada 30 Mei 2017 menyatakan isu integri adalah satu masalah yang universal yang perlu satu penyelesaian dan ditangani secara tanggungjawab bersama (collecve responsibility). Menyusuri pengurusan pentadbiran organisasi iaitu Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekuf, Pengurusan Ternggi dan anak-anak buahnya perlu memahami dan mengamalkan integri seper yang dituntut oleh majikan dan Islam. Beliau juga berkata ianya merupakan kemuncak amanah yang dipertanggungjawabkan untuk menunaikan ibadah haji. Impak secara langsung kepada pengamalan Rukun Islam kelima. Sekiranya kita dak peka dan mengambil sambil lewa isu-isu integri, perkara ini boleh menjejaskan objekf murni TH sekaligus menjejaskan keberkatan organisasi. Sejajar dengan hasrat tersebut, TH telah menambahbaik standard amalan tadbir urusnya dengan memperngkatkan tahap integri, ketelusan dan kenggian sahsiah tanpa bertolak ansur kepada penyelewengan, rasuah serta mutu perkhidmatan yang boleh diperkai oleh masyarakat umum. Justeru, TH memberi penekanan kepada usaha membina penghayatan dan pembudayaan terhadap integri sebagai pendekatan untuk menyemai jiwa integri ke dalam diri semua anggota. 1 MEI, NOVEMBER & DISEMBER 2017 Majlis Ikrar Bebas Rasuah TH NOVEMBER 2017 TH menerima Pensijilan ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System TH NOVEMBER 2017 Penubuhan Jawatankuasa Integriti TH APRIL 2017 Ketua Pegawai Integriti TH Lapor Diri ISU MENARIK EDISI KALI INI

Upload: phungdien

Post on 09-Mar-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: sebagai sebuah institusi islam yang dinamik, unggul ... Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (2002) Pengalaman berkhidmat di SPRM dan jawatan terakhir sebelum

“ Memartabatkan TH sebagai sebuah institusi islam yang dinamik, unggul & profesional“

BULETIN INTEGRITI EDISI 1/2018

Tone from the Top PENGERUSI LEMBAGA TABUNG HAJI

Ucapan YB Pengerusi TH semasa Majlis Ikrar Bebas Rasuah Kumpulan TH

pada 30 Mei 2017 menyatakan isu integriti adalah satu masalah yang

universal yang perlu satu penyelesaian dan ditangani secara

tanggungjawab bersama (collective responsibility). Menyusuri

pengurusan pentadbiran organisasi iaitu Ahli Lembaga Pengarah, Ketua

Pegawai Eksekutif, Pengurusan Tertinggi dan anak-anak buahnya perlu

memahami dan mengamalkan integriti seperti yang dituntut oleh

majikan dan Islam.

Beliau juga berkata ianya merupakan kemuncak amanah yang

dipertanggungjawabkan untuk menunaikan ibadah haji. Impak secara

langsung kepada pengamalan Rukun Islam kelima. Sekiranya kita tidak

peka dan mengambil sambil lewa isu-isu integriti, perkara ini boleh

menjejaskan objektif murni TH sekaligus menjejaskan keberkatan

organisasi.

Sejajar dengan hasrat tersebut, TH telah menambahbaik standard

amalan tadbir urusnya dengan mempertingkatkan tahap integriti,

ketelusan dan ketinggian sahsiah tanpa bertolak ansur kepada

penyelewengan, rasuah serta

mutu perkhidmatan yang boleh

dipertikai oleh masyarakat

umum. Justeru, TH memberi

penekanan kepada usaha

membina penghayatan dan

pembudayaan terhadap

integriti sebagai pendekatan

untuk menyemai jiwa integriti

ke dalam diri semua anggota.

1

MEI, NOVEMBER & DISEMBER 2017

Majlis Ikrar Bebas Rasuah TH

NOVEMBER 2017

TH menerima Pensijilan ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System TH

NOVEMBER 2017

Penubuhan Jawatankuasa Integriti TH

APRIL 2017

Ketua Pegawai Integriti TH Lapor Diri

ISU MENARIK EDISI KALI INI

Page 2: sebagai sebuah institusi islam yang dinamik, unggul ... Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (2002) Pengalaman berkhidmat di SPRM dan jawatan terakhir sebelum

DARI MEJA PENGARAH URUSAN KUMPULAN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TH

TH sebagai sebuah organisasi yang mengurus

jemaah haji dan dana umat Islam terbesar negara,

sentiasa menyokong agenda Pelan Integriti

Nasional dan pelaksanaan Prinsip Pencegahan

Rasuah bagi badan korporat di Malaysia.TH

sentiasa menjalankan urusniaga berlandaskan

syariah dan perkhidmatan selaras dengan prinsip

dan nilai-nilai Islam yang amat menitikberatkan sifat

amanah dan benar.

Oleh itu, sudah semestinya TH harus muncul

sebagai organisasi yang berwibawa bukan sahaja

melalui peningkatan kepakaran dan kompetensi

kerja, malah lebih penting ialah dari segi

pengukuhan integriti dan moral yang tinggi di kalangan anggota. Integriti perlu menjadi

pegangan dan amalan setiap individu dalam organisasi.

Mengambil kira kepentingan integriti, TH telah mengambil inisiatif menubuhkan Bahagian

Integriti dan menandatangani Ikrar Integriti Korporat sebagai usaha mendokong dan

membudayakan integriti di TH. Isu-isu tadbir urus dan pematuhan serta kawalan dalaman

telah diberi perhatian dan fokus utama dalam mengurus tadbir TH. TH telah mengambil

beberapa langkah yang proaktif bagi memastikan tadbir urus korporat yang lebih telus

dan amalan prinsip integriti diterapkan dalam organisasi.

Alhamdulillah, TH telah berjaya menerima Pensijilan ISO 37001:2016 Anti Bribery

Management System (ABMS) daripada pihak SIRIM QAS International Sdn Bhd pada

10 November 2017. Ia memberi manfaat kepada TH sebagai salah satu agensi awal

melaksanakan dan mendapat pensijilan tersebut. Ini menunjukkan kesungguhan TH

dalam menyediakan panduan sistem pengurusan yang direka untuk membantu organisasi

mencegah, mengesan dan bertindakbalas terhadap rasuah dan undang-undang

berkuatkuasa. Selain itu, TH juga komited dalam memastikan polisi TH ke arah

pencegahan rasuah secara sistematik. Pelaksanaan ABMS juga dapat memberi impak

yang tinggi kepada keyakinan pelanggan ke atas pengurusan dan pelaburan TH.

Saya menyeru agar semua anggota dan anak-anak syarikat TH sama-sama menjalankan

tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi, berintegriti dan berdisiplin demi

kelestarian TH, InsyaAllah.

2 BULETIN INTEGRITI EDISI 1/2018

Page 3: sebagai sebuah institusi islam yang dinamik, unggul ... Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (2002) Pengalaman berkhidmat di SPRM dan jawatan terakhir sebelum

KETUA PEGAWAI INTEGRITI TH MELAPOR DIRI YBHG. DATO’ MOHAMAD YUSOFF

Tanggal 03 April 2017, YBhg. Dato’ Haji Mohamad Yusoff Akope telah memulakan karier di Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai Ketua Pegawai Integriti setelah persaraan YBhg. Dato’ Latifah Md Yatim pada 27 Mac 2017. Beliau adalah Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipinjamkan ke TH selama 2 tahun untuk menerajui Bahagian Integriti di bawah Pejabat Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH. Penemuramah : Assalamualaikum Dato’. Selamat datang ke Lembaga Tabung Haji. Pihak Buletin Integriti ingin menemubual YBhg. Dato’ untuk mengenali serba sedikit latar belakang dan hasrat YBhg. Dato’ sebagai Ketua Pegawai Integriti TH. YBhg. Dato’ Yusoff : Wa’alaikumsalam WBT. Terima kasih. Penemuramah : Boleh YBhg. Dato’ ceritakan sedikit mengenai latar belakang YBhg. Dato’? YBhg. Dato’ Yusoff : Saya dilahirkan pada 03 Mei 1959 di Sungai Bakap, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Mendapat kelulusan :

Ijazah Kepujian Sains Sosial (Komunikasi), Universiti Kebangsaan Malaysia (1984)

Diploma Sains Pengurusan, Institut Tadbiran Awam Negara (1995)

Ijazah Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (2002)

Pengalaman berkhidmat di SPRM dan jawatan terakhir sebelum berkhidmat di TH :

Pegawai Siasatan, Cawangan Penerbitan dan Perhubungan, Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (1984)

Pernah berkhidmat sebagai Pegawai Penyiasat Kanan di Kedah dari tahun 1985 – 1992 dan Pegawai Perisikan (1992-1995) di Bahagian Risik.

Dalam tempoh 1995 – 2006 pernah bertugas sebagai Ketua Cawangan Perhubungan Masyarakat, Ketua Cawangan Penyelidikan, di Sektor Pencegahan SPRM.

Timbalan Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (2005 - 2006)

Pengarah Badan Pencegah Rasuah Sarawak (2006 - 2008)

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat. (2008 - 2009)

Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan (2010) dan Pengarah SPRM Kedah (2010 - 2011)

Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya sehingga April 2017 Penemuramah : Apakah matlamat YBhg. Dato’ sebagai Ketua Pegawai Integriti di TH? YBhg. Dato’ Yusoff : Matlamat saya di sini akan meneruskan objektif pengwujudan Bahagian Integriti dalam TH iaitu penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan dan pengesanan salah laku dapat dikuatkuasakan secara efisien dan mencapai keberhasilan yang optimum berdasarkan 4 pendekatan iaitu Pendidikan, Pencegahan, Penambahbaikan dan Pengiktirafan & Punitif. Ini akan membentuk persekitaran perniagaan yang adil, telus dan berintegriti bebas daripada rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa. Persekitaran organisasi yang baik akan meningkatkan keberkesanan tadbir urus korporat dan etika perniagaan untuk kepentingan semua stakeholder dan terutamanya pendeposit TH. Selain itu, kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan dan kawalan dalaman juga dapat ditingkatkan serta integriti dapat dibudayakan di dalam TH.

3 BULETIN INTEGRITI EDISI 1/2018

Page 4: sebagai sebuah institusi islam yang dinamik, unggul ... Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (2002) Pengalaman berkhidmat di SPRM dan jawatan terakhir sebelum

Penemuramah : Apa perancangan YBhg. Dato’ untuk merealisasikan matlamat tersebut? YBhg. Dato’ Yusoff :Bahagian Integriti adalah sebagai penggerak utama warga kerja TH untuk memupuk budaya integriti dalam TH. Antara perancangan utama Bahagian Integriti adalah untuk melaksanakan program-program seperti berikut:

Ikrar bebas rasuah tumpuan Pengurusan Kanan TH 2017

Corporate Integrity Pledge (CIP) bersama pembida dan konsultan

Penyediaan Bengkel Pelan Pengurusan Risiko Rasuah TH dan Anak Syarikat.

Pelaksanaan 10 inisiatif di bawah Corporate Integrity Pledge (CIP) TH

Persijilan Anti-Bribery Management System ISO 37001:2016 TH

Program-program tersebut adalah sebahagian usaha Bahagian Integriti dalam memastikan pembudayaan nilai-nilai murni dan integriti dapat dijalankan secara strategik dan berkesan di TH. Penemuramah : Apa relevannya Bahagian Integriti di dalam struktur organisasi Kumpulan TH sebagai satu organisasi yang berlandaskan syariah dan mempunyai pengalaman lebih 50 tahun dalam Deposit, Perkhidmatan & Operasi Haji dan Pelaburan? YBhg. Dato’ Yusoff : Bahagian Integriti membentuk perniagaan yang berintegriti, bebas daripada rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dengan menjalankan fungsi yang menyentuh enam elemen iaitu memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan, melaksanakan pengukuhan integriti dalam Kumpulan TH dengan memastikan pembudayaan, penginstitusian dan perlaksanaan integriti dalam organisasi. Selain itu, Bahagian Integriti TH juga memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa. Seterusnya, Bahagian Integriti juga menjalankan fungsi mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta perlanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil. Bahagian ini juga bertanggungjawab untuk melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab. Bahagian Integriti TH juga menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan atau maklumat mengenai salahlaku jenayah serta perlanggaran tatakelakuan dan etika organisasi. Manakala elemen tatatertib, Bahagian Integriti sebagai pemerhati prosiding tatatertib TH. Penemuramah : Secara ringkasnya, apa yang anggota TH dan orang awam perlu tahu mengenai rasuah? YBhg. Dato’ Yusoff : Rasuah merupakan satu jenayah dalam undang-undang dan ia adalah satu amalan yang terkutuk dan keji. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang yang menjadi orang perantaraan”. (Riwayat Ahmad). Oleh yang demikian, semua harta yang diperolehi dari jalan rasuah, menyimpannya dan membelanjakannya adalah haram. Rasuah satu perbuatan yang bertentangan dengan prinsip amanah. Siapa yang tidak amanah ia khianat. Khianat kepada organisasi, khianat kepada masyarakat dan negara. Maka, khianat kepada perintah Allah. Allah berfirman yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu sedang kamu mengetahui”. (Al-Anfal: 27) Anggota TH dan orang awam juga perlu faham mengenai jenis-jenis kesalahan rasuah secara umum. Pertama, meminta/menerima/memberi/menawar sebagai dorongan atau upah untuk melakukan sesuatu tindakan yang melibatkan urusan rasmi. Kedua ialah membuat tuntutan palsu iaitu sesiapa yang mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu dalam membuat tuntutan bayaran. Terakhir ialah pegawai yang menyalahgunakan kuasa atau jawatan dalam membuat keputusan atau mengambil tindakan yang melibatkan kepentingan diri sendiri, keluarga dan sekutu. Penemuramah : Apakah perlindungan kepada pemberi maklumat sekiranya mereka berhasrat untuk memberi maklumat mengenai kesalahan rasuah dan salah laku sesebuah organisasi? YBhg. Dato’ Yusoff : TH telah mewujudkan Dasar Bagi Pendedahan Maklumat Tentang Salah Laku Di Tempat Kerja (Whistleblowing Policy) yang mana pemberi maklumat bertindak seperti sistem amaran awal tentang risiko bahawa sesuatu salah laku atau jenayah rasuah berkemungkinan akan berlaku bagi mengenal pasti masalah atau mencegah situasi yang memudaratkan TH. Maklumat boleh disalurkan melalui pelbagai saluran iaitu telefon, surat-menyurat, emel, faksimili atau pemberi maklumat boleh hadir terus ke Pejabat Ketua Pegawai Integriti TH.

4 BULETIN INTEGRITI EDISI 1/2018

Page 5: sebagai sebuah institusi islam yang dinamik, unggul ... Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (2002) Pengalaman berkhidmat di SPRM dan jawatan terakhir sebelum

PETUNJUK PRESTASI UTAMA BAHAGIAN INTEGRITI TH KOMITED MEMENUHI HASRAT LEMBAGA TABUNG HAJI

5 BULETIN INTEGRITI EDISI 1/2018

FUNGSI TERAS PETUNJUK PRESTASI

UTAMA

Tadbir Urus Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.

Cadangan dasar baru/ penambahbaikan

kepada dasar sedia ada.

Pengukuhan Integriti

Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan perlaksanaan integriti

dalam organisasi.

Aktiviti-aktiviti pengukuhan integriti.

Pematuhan

Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang

berkuatkuasa.

Pemeriksaan pematuhan ke atas dasar

berkaitan hal-hal penginstitusian integriti.

Tatatertib

Melaksanakan tindakan pemantauan ke atas prosiding tatatertib.

Bilangan penyelesaian kes-kes prosiding

Lembaga Tatatertib.

Pengesanan dan Pengesahan

1. Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelang-

garan tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan

susulan yang sewajarnya diambil.

2. Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang

bertanggungjawab.

1. Bilangan kes berunsur jenayah yang

dirujuk kepada agensi penguatkuasa.

2. Bilangan kes-kes yang dirujuk kepada

urusetia Lembaga Tatatertib untuk

tindakan.

Bilangan jumlah aduan yang diterima

berkaitan salahlaku dan pelanggaran

integriti.

Pengurusan Aduan

Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat

mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika

organisasi.

Sehubungan itu, pemberi maklumat akan diberikan perlindungan di bawah polisi ini dengan syarat bahawa pendedahan yang dibuat adalah benar dan jujur. Polisi ini menggunapakai Akta berkaitan Perlindungan Pemberi Maklumat termaktub di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711). Pemberi Maklumat akan diberi perlindungan seperti identiti serta maklumat adalah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan kepada sesiapa pun termasuk semasa perbicaraan di mahkamah, Pemberi Maklumat tidak dikenakan apa-apa tindakan sivil, jenayah datau tatatertib akibat daripada pendedahan tersebut, Pemberi Maklumat dilindungi daripada sebarang tindakan yang memudaratkan hasil tindakbalas pendedahan tersebut dan perlindungan turut diberikan kepada mereka yang mempunyai ikatan atau hubungan dengan Pemberi Maklumat. Walau bagaimanapun, perlindungan kepada pemberi maklumat boleh terbatal sekiranya individu tersebut terlibat dengan perlakuan yang tidak wajar dan dengan sengaja memberikan kenyataan palsu, pendedahan maklumat berniat jahat dan pendedahan perkara remeh dan menyusahkan. Penemuramah : Terima kasih YBhg. Dato’ kerana sudi ditemuramah oleh pihak Buletin Integriti. Pihak kami mengucapkan selamat berkhidmat di TH dan semoga semua hasrat YBhg. Dato’ untuk menginstitusikan integriti di TH dipermudahkan agar TH menjadi ikon organisasi yang berintegriti. YBhg. Dato’ Yusoff : Sama-sama. In Shaa Allah.

Page 6: sebagai sebuah institusi islam yang dinamik, unggul ... Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (2002) Pengalaman berkhidmat di SPRM dan jawatan terakhir sebelum

6

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI INTEGRITI BERSAMA PENGURUSAN TABUNG HAJI (APRIL 2017)

BULETIN INTEGRITI EDISI 1/2018

Bersama YBhg. Datuk Rozaida Omar,

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TH

Bersama Tuan Haji Abd Kadir Sahlan,

Ketua Pegawai Pelaburan

Bersama Tuan Haji Badrul Hisham

Mohd Salleh, Pengurus Besar

Pengurusan Risiko

Bersama Dato’ Sri Syed Saleh Syed

Abdul Rahman, Pengurus Besar

Kanan Haji

Bersama YBhg. Dato’ Badlisyah Abdul

Ghani, Timbalan Ketua Pegawai

Eksekutif TH

Bersama YBhg. Dato’ Adi Azuan Abdul

Ghani,Ketua Pegawai Operasi TH

Bersama Tuan Haji Imran Mohammad

Khayat, Pengurus Besar Syariah

Bersama Encik Nik Abdul

Hamid Shukri bin Nik Abdullah,

Pengurus Besar Kewangan

Korporat dan Perkhidmatan

Bersama pihak KESAKTI

Page 7: sebagai sebuah institusi islam yang dinamik, unggul ... Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (2002) Pengalaman berkhidmat di SPRM dan jawatan terakhir sebelum

BULETIN INTEGRITI EDISI 1/2018 7

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH KUMPULAN TH PADA 30 MEI 2017

30 Mei 2017 - Majlis Ikrar Bebas Rasuah Kumpulan TH te-

lah diadakan bertempat di Dewan Besar Lantai 1, Menara

TH Tun Razak, Kuala Lumpur.

Seramai 65 anggota TH yang terdiri daripada Ahli Lembaga

Pengarah TH, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua

Pegawai Eksekutif TH, Pengurusan Tertinggi TH dan Ketua

Pegawai Eksekutif Anak Syarikat TH telah menandatangani

Ikrar Bebas Rasuah TH yang telah disaksikan oleh Ketua

Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

(SPRM).

Lafaz Ikrar Bebas Rasuah telah diketuai oleh Pengarah

Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, YBhg.

Datuk Seri Johan Abdullah.

Page 8: sebagai sebuah institusi islam yang dinamik, unggul ... Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (2002) Pengalaman berkhidmat di SPRM dan jawatan terakhir sebelum

BULETIN INTEGRITI EDISI 1/2018 8

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH TH CAWANGAN ZON TENGAH

(TH SELANGOR, TH WILAYAH PERSEKUTUAN & TH PERAK)

PADA 12 NOVEMBER 2017

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH TH CAWANGAN ZON SELATAN (TH NEGERI

SEMBILAN, TH MELAKA & TH JOHOR) PADA 18 NOVEMBER 2017

Majlis Ikrar Bebas Rasuah TH Cawangan juga telah diadakan mengikut zon pada bulan November dan Disember 2017. Semua anggota TH Negeri dari peringkat Eksekutif sehingga Pengarah TH Negeri telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah disaksikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Ketua Pegawai In-tegriti TH dan Pengarah SPRM Negeri. Lafaz Ikrar Bebas Rasuah telah diketuai oleh Pengarah TH Negeri yang menjadi tuan rumah majlis tersebut.

Page 9: sebagai sebuah institusi islam yang dinamik, unggul ... Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (2002) Pengalaman berkhidmat di SPRM dan jawatan terakhir sebelum

BULETIN INTEGRITI EDISI 1/2018 9

Majlis Ikrar Bebas Rasuah TH Cawangan mengikut Zon bertujuan untuk mencapai objektif iaitu

meletakkan integriti, amalan tadbir urus korporat terbaik, pematuhan kepada undang-undang

dan peraturan-peraturan berkuatkuasa dan pembanterasan rasuah dalam organisasi TH.

Selain itu, sesi penerangan pelaksanaan ISO 37001:2016 ABMS TH

telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohamad Yusoff Akope, Ketua

Pegawai Integriti TH dalam majlis ini untuk memberikan pendedahan

dan kefahaman kepada semua anggota mengenai sistem pengurusan

yang dibentuk untuk membantu organisasi mencegah, mengesan dan

bertindakbalas terhadap rasuah dan undang-undang berkuatkuasa.

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH TH CAWANGAN ZON TIMUR

(TH TERENGGANU, TH KELANTAN & TH PAHANG) PADA 02 DISEMBER 2017

Page 10: sebagai sebuah institusi islam yang dinamik, unggul ... Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (2002) Pengalaman berkhidmat di SPRM dan jawatan terakhir sebelum

Lembaga Tabung Haji telah menerima Pensijilan ISO

37001:2016 Anti Bribery Management Systems (ABMS)

daripada pihak SIRIM QAS International Sdn Bhd pada

Majlis SIRIM Industri yang telah diadakan pada 10

November 2017 bertempat di Hotel Dorsett Grand,

Subang. YBhg. Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan

Ketua Pegawai Eksekutif TH mewakili Lembaga Tabung

Haji menerima sijil daripada YB Datuk Wira Dr. Abu

Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains,

Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

10 BULETIN INTEGRITI EDISI 1/2018

PENSIJILAN ISO 37001:2016

ANTI BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM

LEMBAGA TABUNG HAJI

Page 11: sebagai sebuah institusi islam yang dinamik, unggul ... Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (2002) Pengalaman berkhidmat di SPRM dan jawatan terakhir sebelum

11 BULETIN INTEGRITI EDISI 1/2018

PROSES PENSIJILAN ISO 37001:2016

ANTI BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM LEMBAGA TABUNG HAJI

Mei - Oktober 2017 - Lembaga Tabung Haji telah menyertai Program Perintis Pensijilan ISO 37001:2016

Anti Bribery Management System (ABMS).

Pensijilan ISO 37001:2016 ABMS TH adalah berdasarkan standard Pensijilan ISO yang meliputi

Klausa 4 (Konteks Organisasi), Klausa 5 (Kepimpinan), Klausa 6 (Perancangan), Klausa 7

(Sokongan), Klausa 8 (Operasi), Klausa 9 (Penilaian Prestasi) dan Klausa 10 (Peningkatan).

Proses utama dan fungsi TH adalah Tabungan, Haji, Pelaburan, Kewangan Korporat dan

Perkhidmatan, Kewangan, Perolehan, Hartanah, Teknologi Maklumat, Sumber Manusia dan Hal

Ehwal Komunikasi Korporat.

Mesyuarat Pembukaan Audit SIRIM ISO 37001:2016 ABMS TH oleh pihak SIRIM QAS International Sdn Bhd.

Barisan auditor SIRIM semasa Mesyuarat

Penutupan Audit SIRIM ISO 37001:2016 ABMS TH Pasukan Audit Dalam TH selepas Mesyuarat Penutupan Audit Dalam

37001:2016 ABMS TH

Mesyuarat Semakan Pengurusan JITU TH Bil. 12 (04/2017 - Khas) yang membincangkan ISO 37001:2016 ABMS TH yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.

Page 12: sebagai sebuah institusi islam yang dinamik, unggul ... Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (2002) Pengalaman berkhidmat di SPRM dan jawatan terakhir sebelum

BULETIN INTEGRITI EDISI 1/2018 12

PROSES PENSIJILAN ISO 37001:2016

ANTI BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM LEMBAGA TABUNG HAJI

Gambar Kiri :

Mesyuarat Pre Certification oleh Puan Kamsiah Mansoor, Auditor SIRIM bagi ISO 37001:2016 ABMS TH pada 28 dan 29 September 2017.

Gambar Kanan :

Mesyuarat Pembukaan Audit SIRIM Peringkat 1 oleh Puan Aine Jamaliah, Auditor SIRIM bagi ISO 37001:2016 ABMS TH.

Antara kandungan Dokumen ISO 37001:2016 ABMS TH adalah seperti berikut :

Polisi-polisi Integriti TH yang berkuatkuasa dan terkandung dalam Pensijilan ISO 37001:2016 ABMS TH adalah terdiri daripada Kod Etika Perniagaan TH, Peraturan-Peraturan Tatatertib TH 2010, Polisi Whistleblowing TH, Kod Etika Pembekal TH, Garis Panduan berhubung Penerimaan Hadiah, Polisi Integrity Pact dalam Perolehan TH, Polisi Pemilikan dan Pengisytiharan Harta oleh Anggota TH, Polisi Tanggungjawab Korporat TH dan Polisi Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Kega-nasan (AML/CFT) 2012.

Komitmen dan tanggungjawab Badan Pentadbir dan Pengurusan TH dalam Pensijilan ISO 37001:2016 ABMS TH.

TH telah membentuk Pelan Pengurusan Risiko Rasuah TH bagi semua Jabatan/Bahagian di TH untuk mengenalpasti potensi risiko, menganalisa risiko dan mewujudkan kawalan risiko. TH telah membentuk Risk Map Risiko Rasuah TH.

Melaksanakan proses Due Diligence yang merupakan kaedah dan proses tindakan kawa-lan ke atas potensi risiko TH.

Melaksanakan penilaian prestasi ISO 37001:2016 ABMS TH melalui proses pemantauan, pengukuran, analisis dan penambahbaikan Polisi dan Prosedur, Sistem dan Proses serta Anggota dan Budaya.

Mesyuarat Semakan Pengurusan telah diadakan di peringkat Bahagian Integriti, Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) TH dan makluman ke Mesyuarat Lembaga Pengarah TH Bil 05/2017.

TH telah berjaya melepasi proses auditan Audit Dalam TH dan Audit SIRIM. Seterusnya menerima Pensijilan ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS) pada 10 November 2017.

Page 13: sebagai sebuah institusi islam yang dinamik, unggul ... Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (2002) Pengalaman berkhidmat di SPRM dan jawatan terakhir sebelum

13 BULETIN INTEGRITI EDISI 1/2018

BENGKEL PELAN PENGURUSAN RISIKO RASUAH TH (JUN 2017)

21 Jun 2017—Lembaga Tabung Haji telah mengadakan Bengkel Pelan Pengurusan Risiko Rasuah TH

selama dua hari pada 20 hingga 21 Jun 2017 bertempat di TH Hotel Kelana Jaya, Selangor yang

dihadiri oleh Pengurusan TH dari semua Jabatan dan Bahagian. Pelan Pengurusan Risiko Rasuah

merupakan komponen utama dalam

Klausa 4.5 Standard Pensijilan ISO

37001:2016 Anti Bribery Management Sys-

tem (ABMS).

Melalui Bengkel Pelan Pengurusan

Risiko Rasuah ini, TH telah mengenalpasti

potensi risiko rasuah, menganalisa risiko

rasuah dan mewujudkan kawalan risiko ras-

uah dalam aktiviti utama Jabatan dan Baha-

gian di TH. Proses penulisan bagi Pelan Risi-

ko Rasuah TH adalah seperti di gambar ra-

jah di sebelah.

TH telah mengenalpasti Tahap Risiko Kasar (Gross Risk), Kawalan Sedia Ada & Kawalan Tambahan,

Keberkesanan Kawalan dan hasil keputusan Tahap Baki Risiko (Residual Risk) bagi setiap potensi risi-

ko rasuah Jabatan/Bahagian di TH.

Pengurusan TH yang hadir ke Bengkel Pelan Pengurusan Risiko Rasuah TH mengikut Jabatan dan Bahagian.

Page 14: sebagai sebuah institusi islam yang dinamik, unggul ... Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (2002) Pengalaman berkhidmat di SPRM dan jawatan terakhir sebelum

BULETIN INTEGRITI EDISI 1/2018 14

MESYUARAT JAWATANKUASA INTEGRITI DAN TADBIR URUS TH (JITU)

Mesyuarat JITU TH telah diadakan di Bilik Lembaga Lantai 38, Bangunan TH. Ia telah dipengerusikan oleh

YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (PUK & KPE) TH

dan dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Operasi, Pengurus Besar Kanan Jabatan,

Pengurus Besar Bahagian di bawah Pejabat PUK/KPE dan Pengurus Besar Operasi Pejabat Cawangan.

Mesyuarat JITU TH dalam tahun 2017 telah diadakan sebanyak 5 kali iaitu Mesyuarat JITU TH Bil.09 (01/2017)

pada 27 Mac 2017, Mesyuarat JITU TH Bil.10 (02/2017) pada 15 Jun 2017, Mesyuarat JITU TH Bil.10 (03/2017–

Khas) pada 28 Julai 2017, Mesyuarat JITU TH Bil.11 (04/2017- Khas) pada 12 September 2017 dan Mesyuarat

JITU TH Bil.12 (05/2017) pada 19 Oktober 2017.

YBhg. Datuk Seri telah menyampaikan amanat penting dalam mengukuhkan tadbir urus TH serta tindakan-

tindakan yang perlu diambil dalam meningkatkan integriti agar menjadi amalan semua anggota TH.

Mesyuarat JITU TH membincangkan kertas kerja berkaitan isu-isu pematuhan, tadbir urus, integriti, saluran

aduan dalaman, pelanggaran tatakelakuan, aduan pelanggan dan isu-isu risiko yang menyentuh dalam 6 terma

rujukan JITU iaitu : Dasar dan Perundangan; Sistem dan Prosedur Penyampaian Perkhidmatan; Tindakan

Pengesanan; Punitif dan Pemulihan; Pembudayaan Nilai-nilai Murni dan Kod Etika; Pengurusan Pelanggan; dan

Membina Permuafakatan dengan Pihak Berkepentingan.

Page 15: sebagai sebuah institusi islam yang dinamik, unggul ... Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (2002) Pengalaman berkhidmat di SPRM dan jawatan terakhir sebelum

BULETIN INTEGRITI EDISI 1/2018 15

PENUBUHAN JAWATANKUASA INTEGRITI (JKI) TH

1 2 3

Mesyuarat Lembaga Pengarah TH Bil. 05/2017 (354) telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Integriti TH. Keahlian JKI yang telah dilantik adalah terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah TH seperti berikut : 1. YBhg. Datuk Mohd Zuki Ali (Pengerusi)

2. YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah (Ahli)

3. YB Datuk Rosni Sohar (Ahli)

Penubuhan Jawatankuasa Integriti Lembaga Tabung Haji (TH) adalah berdasarkan terma Rujukan Jawatankuasa Integriti bagi membentuk organisasi yang berintegriti dan telus dengan amalan tadbir urus korporat terbaik dan bagi memenuhi keperluan, semangat dan pematuhan dalam melaksanakan pensijilan ISO 37001 : 2016 ABMS TH. Pelaksanaan Mesyuarat JKI akan diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

PRAKTIS TADBIR URUS TERBAIK:

.DASAR TIDAK MENERIMA & MEMBERI HADIAH TH

Lembaga Tabung Haji (TH) membudayakan integriti dan mengurus tadbir

organisasi berdasarkan pematuhan syariah selaras dengan Visi dan Misi TH .

Anggota TH tidak boleh menerima hadiah daripada pihak luar

Anggota TH tidak boleh memberi hadiah kepada pihak luar

Dasar ini bertujuan untuk mengelakkan konflik atau percanggahan kepentingan dalam mana-mana urusan yang sedang berlangsung dengan Lembaga Tabung Haji. Anggota TH dikehendaki mengamalkan budaya berintegriti bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Tatatertib TH 2010 dan Kod Etika Perniagaan TH.

Page 16: sebagai sebuah institusi islam yang dinamik, unggul ... Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (2002) Pengalaman berkhidmat di SPRM dan jawatan terakhir sebelum

L embaga Tabung Haji (TH) menyedari bahawa langkah mengadakan sistem pemberian maklumat

boleh membantu menjadikan organisasi lebih cekap dan berkesan. Dasar pemberian maklumat ini

telah diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah pada 12 Mac 2010, bertujuan untuk membolehkan anggota

dan orang lain membuat pendedahan tentang salah laku pada peringkat awal lagi kepada seseorang yang

dilantik dalam TH tanpa berasa takut atau mengalami apa-apa tindakan balas supaya masalah dapat

dikenal pasti dan diselesaikan dengan segera dalam TH. Penyediaan dasar ini adalah kerana TH komited

untuk mengamalkan nilai ketelusan, integriti, kesaksamaan dan kebertanggungjawaban semasa

menjalankan perniagaan dan urusannya. TH menghendaki salah laku seperti penipuan, rasuah,

penyelewengan kewangan yang serius dan salah pengurusan yang serius dilaporkan dan TH

memudahkan laporan dibuat menerusi mekanisme dalaman.

Dasar pemberian maklumat mencerminkan falsafah TH untuk sentiasa berada dalam keadaan

bersiap sedia. Ia meliputi pendedahan tentang risiko bahawa sesuatu salah laku berkemungkinan akan

berlaku. Pendedahan sedemikian bertindak seperti sistem amaran awal bagi mengenal pasti masalah atau

mencegah situasi yang memudaratkan TH. Ini menunjukkan komitmen TH dan anggotanya untuk mencapai

standard undang-undang dan etika yang tinggi agar TH berupaya memelihara integritinya dan mampu

menghadapi penelitian umum.

Pemberi maklumat akan diberikan perlindungan di bawah polisi ini dengan syarat bahawa

pendedahan yang dibuat adalah benar dan jujur. Akta berkaitan Perlindungan Pemberi Maklumat

termaktub di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

PRAKTIS TADBIR URUS TERBAIK: DASAR BAGI PENDEDAHAN MAKLUMAT TENTANG SALAH LAKU DI TEMPAT KERJA (WHISTLEBLOWING POLICY TH)

16 BULETIN INTEGRITI EDISI 1/2018

SKOP PELAPORAN

Rasuah dan Penipuan

Kesalahan Jenayah

Penyalahgunaan Dana atau Aset TH

Salah pengurusan yang serius dalam TH

Penyelewengan kewangan atau pelanggaran peraturan kewangan yang serius dalam TH.

Pelanggaran serius Kaedah-kaedah Am Lembaga Tabung Haji 1983, Surat-surat Pekeliling serta terma syarat lain bagi perkhidmatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk kakitangan dan Anggota TH.

Sesuatu tindakan atau pengabaian yang menimbulkan bahaya yang cukup besar dan khusus terhadap nyawa, kesihatan atau keselamatan anggota TH atau orang ramai atau alam sekitar.

Kegagalan mematuhi peruntukan Akta Tabung Haji 1995

Kegagalan mematuhi peruntukan Akta Parlimen yang lain sekiranya pesalah laku dengan sengaja tidak mengendahkan atau tidak mematuhi peruntukan tersebut.

Dengan sengaja mengarahkan atau menasihati seseorang supaya melakukan mana-mana satu daripada Salah Laku yang tersebut di atas.

LAPORKAN KEPADA KAMI

BAHAGIAN INTEGRITI

Lembaga Tabung Haji

Lantai 15,

Menara TH Tun Razak

201, Jalan Tun Razak

50400, Kuala Lumpur

[email protected]

8.00 pagi - 5.00 petang

03-2054 3317

03-2161 1443

Hadir ke Bahagian

Integriti TH

Page 17: sebagai sebuah institusi islam yang dinamik, unggul ... Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (2002) Pengalaman berkhidmat di SPRM dan jawatan terakhir sebelum

17

USAHA TH KE ARAH SIFAR RASUAH: ZERO TOLERANCE TO CORRUPTION

1. Polisi Pemilikan & Pengisytiharan Harta oleh anggota 2003

2. Garis panduan berhubung penerimaan hadiah 2005

3. Dasar bagi Pendedahan Maklumat tentang Salah laku di Tempat Kerja (Whistleblowing Policy 2010)

Program

Pendidikan untuk

meningkatkan

Kesedaran,

Pengetahuan dan

Kemahiran

Integriti kepada

Ahli Lembaga

Pengarah, ang-

gota TH dan

pembekal.

1. Polisi Integriti Pact Da-lam Perolehan TH

2. Program Bicara Integriti TH

3. Bengkel Corruption Risk Management (CRM) TH

4. Luncheon Talk bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada ALP, Pengurusan TH dan Anak Syarikat.

5. Pengendalian aduan dan tindakan pengesanan dan pengesahan.

Mewujudkan

saluran

integriti

(whistleblower)

kepada

Stakeholder

Penubuhan

Bahagian

Integriti TH

Oktober

2013

Menan-

datangani

Corporate

Integrity

Pledge (CIP)

13 April

2012

1. Pelancaran Pelan Integriti TH

2. Kod Etika Perniagaan TH

3. Kod Etika Pembekal TH

4. Pelantikan Duta Integriti TH

5. Program Bicara Integriti Anak-anak Syarikat TH

6. Perlaksanaan Bulan Integriti TH Nov 2015

7. Lawatan Kerja Operasi Haji Tanah Suci 1436H

8. Penguatkuasaan Polisi-polisi Integriti

Polisi

Pencegahan

Pengubahan

Wang Haram dan

Pencegahan

Pembiayaan

Keganasan

(AML/CFT) 2012

1. Bengkel CRM Anak-anak Syarikat TH

2. Program Melestarikan Integriti bersama Masyarakat

3. Pengiktirafan Pejabat Paling Berintegriti

4. Khidmat rundingan isu-isu Pematuhan dan Tad-bir Urus.

5. Mekanisme kawalan dalaman

Integriti

menjadi

budaya di TH

TAHUKAH ANDA APAKAH PERCANGGAHAN KEPENTINGAN?

PASTIKAN Menjalankan segala urusan perniagaan dengan cara

yang profesional, tidak berat sebelah dan berdaya saing.

Elakkan urusan perniagaan dan hubungan peribadi yang menyebabkan atau boleh menyebabkan konflik kepentingan dengan kepentingan TH.

Menilai sebelum membuat keputusan untuk menawarkan atau menerima hadiah dan hiburan serta perlu mendapatkan kelulusan dari pihak atas TH jika perlu.

Isytihar kepentingan dan tarik diri daripada sebarang proses membuat keputusan jika mempunyai kepentingan yang pengaruhi atau dilihat sebagai mempengaruhi keupayaan anda untuk membuat keputusan di dalam urusan perniagaan TH.

JANGAN

Memegang jawatan dalam organisasi yang mempunyai urusan perniagaan dengan TH (termasuk pesaing, pelanggan atau pembekal atau perniagaan anda sendiri atau keluarga) jika berada dalam kedudukan untuk mempengaruhi transaksi atau jika hubungan itu sendiri menwujudkan percanggahan konflik.

Mengambil kerja atau mempromosikan secara langsung saudara terdekat atau kenalan kecuali ia telah dibenarkan secara khusus.

Menawarkan atau menerima hadiah atau hiburan kepada atau daripada organisasi atau individu yang terlibat dalam bidaan atau tender dengan TH.

Menyalahgunakan sumber TH atau kedudukan atau pengaruh di TH untuk manfaat diri sendiri.

BULETIN INTEGRITI EDISI 1/2018

1. Pensijilan ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS) TH

2. Pengwujudan Jawa-tankuasa Integriti TH

3. Ikrar Bebas Rasuah Kumpulan TH

4. Program Pendidikan Integriti TH dan Anak Syarikat

5. Pelan Tindakan CRM dan pemantauan pelaksanaan ABMS

6. Pengwujudan integriti dan ABMS dalam Anak Syarikat TH dan associate

7. Bengkel CRM Anak Syari-kat TH

Sebelum 2010

2012 April 2012

Bermula Mei

2012

Okt 2013

Dis 2013

2014 2015 2016

2017 &

Moving

Forward

Page 18: sebagai sebuah institusi islam yang dinamik, unggul ... Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (2002) Pengalaman berkhidmat di SPRM dan jawatan terakhir sebelum

MAJLIS PERPISAHAN SANJUNGAN BUDI YBHG. DATO LATIFAH MD YATIM

27 Mac 2017 – Majlis Perpisahan dan Persaraan Ketua Pegawai Integriti iaitu YBhg. Dato’ Latifah Md Yatim telah diadakan di Dewan Besar Tabung Haji. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif TH, YBhg. Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH dan barisan Pengurusan Tertinggi TH.

YBhg. Dato’ Latifah Md Yatim telah memulakan kariernya di TH mulai 01 Oktober 2013 sehingga 27 Mac 2017 iaitu selama 3 tahun 6 bulan. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah me mberikan komitmen dalam membentuk budaya integriti di TH serta membangunkan Pelan Integriti TH, Buku Kod Etika Perniagaan TH dan Buku Kod Etika Pembekal TH untuk membentuk keperibadian yang unggul di kalangan warga TH dan pihak berkepentingan selaras dengan Visi dan Misi TH. Pelbagai program integriti berbentuk seminar, bengkel dan taklimat termasuk sambutan Bulan Integriti telah dilaksanakan sepanjang perkhidmatan YBhg. Dato’ di TH berdasarkan pendekatan pendidikan dan pencegahan untuk menyebar luas pengetahuan, kesedaran dan kemahiran mengenai integriti kepada Ahli Lembaga Pengarah TH, anggota TH di Ibu Pejabat dan TH Cawangan, pembida/konsultan TH serta anak-anak syarikat TH. YBhg. Dato’ mewujudkan dan menguatkuasakan Polisi-polisi Integriti TH iaitu Polisi Integrity Pact dalam Perolehan TH, Dasar Pendedahan Maklumat Tentang Salahlaku di Tempat Kerja (Whistleblowing Policy) dan Polisi Pemberian dan Penerimaan Hadiah TH.

Selain itu, Majlis Sanjungan Budi YBhg. Dato’ Latifah telah diadakan pada 23 Mac 2017 bertempat di Restoran Wadi Hadramawt, Jalan Ampang yang dihadiri oleh semua anggota Bahagian Integriti. Segala sumbangan beliau amatlah dihargai dalam mempertingkatkan imej organisasi ke arah memantapkan keyakinan masyarakat terhadap TH dengan memastikan tadbir urus yang mantap, telus dan berintegriti; pengurusan maklumat yang diterima secara efektif; pematuhan kepada sistem dan prosedur kerja; pengendalian kes-kes khidmat rundingan dengan cekap, berkesan dan berhemah; dan keterlibatan semua peringkat lapisan pengurusan dan anggota TH dan anak-anak syarikat bagi program integriti secara efektif.

18 BULETIN INTEGRITI EDISI 1/2018

Page 19: sebagai sebuah institusi islam yang dinamik, unggul ... Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (2002) Pengalaman berkhidmat di SPRM dan jawatan terakhir sebelum

PROGRAM BICARA INTEGRITI TH TRAVEL & SERVICES (MEI 2017)

19 BULETIN INTEGRITI EDISI 1/2018

KUNJUNGAN HORMAT TH HOTEL RESIDENCE (MEI 2017)

YBhg. Dato’ Mohamad Yusoff Akope, Ketua Pegawai Integriti

TH telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’

Yasmin Dato’ Yazid, Ketua Pegawai Eksekutif dan Tuan Haji

Zulkeffli Ahmad, Pegawai Kewangan TH Hotel Residence Sdn

Bhd untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan integriti

etika dan tadbir urus pada 31 Mei 2017.

18 Mei 2017—TH Hotel Travel & Services (THTS) Sdn Bhd telah mengadakan Program Bicara Integriti ber-

tempat di Kinrara Resort, Kinrara Selangor. Program sehari ini memberi pendedahan kepada anggota THTS

mengenai Peranan Bahagian Integriti TH, Kesalahan-Kesalahan Rasuah – Katakan Tidak Kepada Rasuah, Inter-

nalization of Integrity in Organization dan Round Table Discussion bertajuk Integriti Menjana Pembangunan

THTS. Seramai 77 anggota THTS telah menandatangani Ikrar Integriti THTS di akhir program tersebut.

Page 20: sebagai sebuah institusi islam yang dinamik, unggul ... Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (2002) Pengalaman berkhidmat di SPRM dan jawatan terakhir sebelum

20 BULETIN INTEGRITI EDISI 1/2018

Karnival Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH)

17 September 2017 - Lembaga Tabung Haji telah menyertai

Karnival Gerakan Revolusi Anti Rasuah anjuran Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersempena

Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SPRM bertempat di Dataran

Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur. Objektif karnival GERAH

adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan

silaturrahim antara SPRM dan rakyat. Sebanyak 23 agensi

kerajaan, penguatkuasaan, badan berkanun dan swasta

termasuk TH Wilayah Persekutuan telah membuka booth

pameran mengenai agensi masing-masing dengan prinsip

mesra dan santai.

Booth kaunter TH menyediakan perkhidmatan kemaskini Buku Akaun Simpanan, promosi Aplikasi THiJARI yang

memberi kemudahan kepada semua pendeposit membuat transaksi seperti menyemak baki simpanan,

pindahan wang, membuat dan menyemak pendaftaran haji dan tawaran haji sepanjang satu hari karnival ini

berlangsung.

Page 21: sebagai sebuah institusi islam yang dinamik, unggul ... Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (2002) Pengalaman berkhidmat di SPRM dan jawatan terakhir sebelum

21 BULETIN INTEGRITI EDISI 1/2018

LAWATAN KERJA DARI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

PADA 14 DISEMBER 2017

LAWATAN KERJA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)

PADA 19 DISEMBER 2017

LAWATAN KERJA DARI UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) PADA 14 NOVEMBER 2017

Lawatan kerja daripada Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM ke Bahagian Integriti yang diketuai oleh

Puan Salwa binti Muharam, Timbalan Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan bagi perkongsian

kejayaan pelaksanaan Pensijilan ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS) TH.

Lawatan kerja daripada Bahagian Undang-Undang UIAM yang diketuai oleh YM Raja Badrol Hisham Raja

Mohd Ali, Penasihat Undang-Undang ke Bahagian Integriti bagi perkongsian maklumat mengenai pelaksanaan

Polisi Whistleblowing TH.

Lawatan kerja daripada Unit Integriti, Unit MAMPU ke Bahagian Integriti bagi perkongsian ilmu berkaitan integriti

seperti Polisi Pemberian dan Penerimaan Hadiah TH, Kod Etika TH, Polisi Whistleblowing TH dan lain-lain polisi

integriti yang berkuatkuasa.

Page 22: sebagai sebuah institusi islam yang dinamik, unggul ... Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (2002) Pengalaman berkhidmat di SPRM dan jawatan terakhir sebelum

22 BULETIN INTEGRITI EDISI 1/2018

LAWATAN AGENSI LUAR KE BAHAGIAN INTEGRITI

(SEPTEMBER, NOVEMBER & DISEMBER 2017)

LAWATAN KERJA FELDA

GLOBAL VENTURES (FGV)

PADA 30 NOVEMBER 2017

LAWATAN KERJA BANK ISLAM

PADA 26 SEPTEMBER 2017

Lawatan kerja daripada Bank Islam Malaysia Berhad adalah bertujuan untuk perkongsian mengenai

peranan dan fungsi Unit Integriti di Bank Islam.

Lawatan balas daripada Unit Integriti FGV yang

diketuai oleh YBhg. Datuk Abdul Wahab Abdul Aziz,

Ketua Bahagian Tadbir Urus Kumpulan FGV adalah

bertujuan untuk perkongsian di kalangan GLC

mengenai 6 Fungsi Unit Integriti di TH

SIDANG REDAKSI

PENAUNG

YBHG. DATUK SERI JOHAN ABDULLAH

KETUA EDITOR

YBHG. DATO’ MOHAMAD YUSOFF AKOPE

EDITOR

HAJAH NORISMALILY HJ ISHAK

SIDANG PENGARANG, SUSUN ATUR DAN PERSEMBAHAN

HANI HATIMMAH AHMAD DAHALAN