b u l e t i n akademi -...

6
PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PENAUNG : Dato’ Sri Haji Abu Kassim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM PENASIHAT : Dato Haji Zakaria bin Haji Jaffar, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM KETUA PENGARANG : P/TPj Abdul Wahab bin Abdul Aziz PENGARANG : P/PPj Rasidah binti Abdul Karim SIDANG PENGARANG : Ps Cheong Zhit Hou PkPs Normiriati binti Haini PPs Mohd Ihsan bin Anuar PPs Affendy bin Hamad En.Ahmad Fitri bin Jasni PENYUNTING : Psk Farah Najwa binti Abdul Aziz JURUGAMBAR : En.Saidin Omar bin Muchlis ATURHURUF/REKABENTUK : En.Ahmad Fitri bin Jasni EDARAN : Pusat Perancangan, Penyelidikan & Korporat, MACA BULETIN Keluaran 2/2012 AKADEMI SIDANG REDAKSI MACA Peneraju Pusat Kecemerlangan Pencegahan Rasuah PAPARAN KELUARAN INI : Pelancaran Program Pegawai Integrti Bertauliah (CeIO) 2 Pelancaran Portal MACA 3 Majlis Penutup Program Mentor - Mentee 4 MACA Executive Talk 4 Kursus Kepimpinan Pegawai SPRM Gred P42 5 Kursus Pengurusan Awam 5 TELEKOM - MACA 6 TNB - MACA 6

Upload: lekhuong

Post on 30-Mar-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: B U L E T I N AKADEMI - 203.217.178.130203.217.178.130/pdf/Penerbitan/BULETIN_AKADEMI_PENCEGAHAN_RASUAH... · warga kerja SPRM, pihak-pihak kerajaan, syarikat- ... Pengurusan Kesihatan

P E N C E G A H A N R A S U A H M A L A Y S I A

PENAUNG :

Dato’ Sri Haji Abu Kassim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM

PENASIHAT :

Dato Haji Zakaria bin Haji Jaffar, T imbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme ) SPRM

KETUA PENGARANG :

P/TPj Abdul Wahab bin Abdul Aziz

PENGARANG :

P/PPj Rasidah binti Abdul Kar im

SIDANG PENGARANG :

Ps Cheong Zhit Hou

PkPs Normiriati binti Hain i

PPs Mohd Ihsan bin Anuar

PPs Affendy bin Hamad

En.Ahmad Fitr i bin Jasni

PENYUNTING :

Psk Farah Najwa binti Abdul Aziz

JURUGAMBAR :

En.Saidin Omar bin Muchlis

ATURHURUF/REKABENTUK :

En.Ahmad Fitr i bin Jasni

EDARAN :

Pusat Perancangan, Penyelidikan & Korporat, MACA

B U L E T I N

Keluaran 2/2012

AKADEMI SIDANG REDAKSI

MACA

“ Peneraju Pusat Kecemerlangan Pencegahan Rasuah “

P A P A R A N K E L U A R A N I N I :

Pelancaran Program Pegawai

Integrti Bertauliah (CeIO)

2

Pelancaran Portal MACA 3

Majlis Penutup Program

Mentor - Mentee

4

MACA Executive Talk 4

Kursus Kepimpinan Pegawai

SPRM Gred P42

5

Kursus Pengurusan Awam 5

TELEKOM - MACA 6

TNB - MACA 6

Page 2: B U L E T I N AKADEMI - 203.217.178.130203.217.178.130/pdf/Penerbitan/BULETIN_AKADEMI_PENCEGAHAN_RASUAH... · warga kerja SPRM, pihak-pihak kerajaan, syarikat- ... Pengurusan Kesihatan

AKTIVITI PENINGKATAN KAPASITI SPRM Halaman 2

“ Peneraju Pusat Kecemerlangan Pencegahan Rasuah “

PE L A N C A RA N P R O G RA M PE G A WA I I N T E G R IT I B E RT A U L I A H ( C E I O )

Kerajaan memandang rasuah sebagai musuh

nombor satu negara dan perlu diperangi habis-

habisan. Justeru itu, usaha membasmi rasuah

tidak boleh ditangani secara individu tetapi

penglibatan semua pihak termasuk agensi kerajaan

dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) secara

holistik.

Bersesuaian dengan Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2009, Gerakan Pemantapan

Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia, Siri 1 No.1 Tahun 2011 Pelaksanaan Program Pegawai Integriti Bertauliah yang menetapkan semua Ketua-Ketua Jabatan

mewujudkan Pegawai Integriti Bertauliah di Jabatan dan agensi masing-masing pada 27 Februari

2012, satu Majlis Perasmian Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIo) telah diadakan.

Majlis ini diadakan sebagai pengiktirafan atas usaha yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia (SPRM) dan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dalam meningkatkan

integriti di setiap organisasi dalam kerajaan dan swasta serta menggalakkan budaya menolak gejala

rasuah. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji

Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, turut menyatakan dalam ucapan beliau,

“MACA melalui Pusat Pembangunan Integriti Korporat pada tahun 2008 telah berjaya

membangunkan satu program khas untuk melahirkan pegawai integriti bertauliah yang berperanan

merancang, melaksana dan memantau keberkesanan program di sektor awam dan swasta. Ia amat

penting bagi meningkatkan kecekapan dan integriti agensi kerajaan termasuk pihak swasta. Pegawai

CeIO ini mampu menangani isu membabitkan integriti di sesebuah organisasi sehingga ke akar

umbi”.

Program CeIO ini merupakan bukti keprihatinan dan kesungguhan selaras dengan hasrat kerajaan

melalui Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dimana

sebanyak 7 Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) yang

diperkenalkan meliputi bidang-bidang kritikal yang

perlu dititikberatkan kerana membabitkan banyak

pihak terutamanya rakyat selain mengukuhkan

jentera kerajaan menuju status negara berpendapatan

tinggi, maju dan dinamik.

Page 3: B U L E T I N AKADEMI - 203.217.178.130203.217.178.130/pdf/Penerbitan/BULETIN_AKADEMI_PENCEGAHAN_RASUAH... · warga kerja SPRM, pihak-pihak kerajaan, syarikat- ... Pengurusan Kesihatan

Halaman 3

“ Peneraju Pusat Kecemerlangan Pencegahan Rasuah “

Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) sekali

lagi mencipta sejarah tersendiri apabila melancarkan

portal rasmi MACA pada 27 Mac 2012 oleh YBhg.

Dato’ Sri Abu Kassim bin Mohamed, Ketua Pesuruh-

jaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Portal ini bakal digunakan sebagai rujukan kepada

warga kerja SPRM, pihak-pihak kerajaan, syarikat-

syarikat swasta dan juga orang awam dalam

mengenali serta memahami peranan MACA dalam

pencegahan rasuah. Dengan cara ini, penyampaian

maklumat khususnya MACA sebagai sebuah pusat

latihan yang berkaitan pencegahan rasuah dan

integriti dapat dilaksanakan dengan lebih pantas,

efisien dan penuh interaktif. Menurut Pengarah

MACA, Timbalan Pesuruhjaya Abdul Wahab bin

Abdul Aziz, pewujudan portal rasmi MACA

merupakan antara kriteria untuk mencapai salah

satu daripada 'MACA Key Result Area' (MKRA) iaitu

meningkatkan imej MACA sebagai 'Centre of Excel-

lence'. Tambahnya, usaha ini diharapkan dapat

menggiatkan promosi MACA di peringkat

antarabangsa dan tempatan.

"Kewujudan portal ini diharapkan dapat

memantapkan kolaborasi dan jalinan kerjasama

antara MACA dengan badan-badan antarabangsa

seperti United Nations Development Programme

(UNDP), Organisation for Economic Co-operation and

Development (OECD), Asian Development Bank (ADB)

serta United Nations Asia and Far East Institute for

the Prevention of Crime and the Treatment of Offend-

ers (UNAFEI). Jalinan kerjasama MACA dengan

agensi-agensi kerajaan

PELANCARAN PORTAL MACA

dan swasta, juga akan dipertingkatkan lagi,"

ujar beliau ketika Majlis Pelancaran Portal

MACA di Kuala Lumpur.

INFO MACA :

Kursus Yang Ditawarkan MACA Jan - Mac 2012

Jenis Kursus Bilangan Kursus

Bilangan Peserta

Kursus Dalaman (Pegawai dan Kakitangan SPRM)

23 677

Kursus Dalam Negara (Agensi Kerajaan dan Korporat)

2 58

Kursus Antarabangsa 1 18

JUMLAH 26 753

AKTIVITI PEMBANGUNAN PORTAL

Page 4: B U L E T I N AKADEMI - 203.217.178.130203.217.178.130/pdf/Penerbitan/BULETIN_AKADEMI_PENCEGAHAN_RASUAH... · warga kerja SPRM, pihak-pihak kerajaan, syarikat- ... Pengurusan Kesihatan

Halaman 4

MAJLIS PENUTUP PROGRAM MENTOR MENTEE

”Kepimpinan Melalui Teladan ” itulah yang sering

didengari dalam perkhidmatan awam. Bagi

mempersiapkan pegawai baru dalam SPRM, satu

program latihan dalam perkhidmatan (On Job

Training) atau turut dikenali sebagai Program

Mentor-Mentee telah dianjurkan oleh Pusat Latihan

Asas, MACA.

Program ini telah dijalankan selama 6 bulan,

bermula pada 1 Oktober 2011 sehingga 31 Mac

2012 yang lalu iaitu sejurus selepas berakhirnya

Kursus Asas 2011. Seramai 57 orang pegawai SPRM

lantikan baru berpangkat Penguasa dan Penolong

Penguasa telah menyertai program ini sebagai

mentee dan dibimbing oleh 37 orang Mentor

berpangkat Penolong Penguasa Kanan hingga

Penolong Kanan Pesuruhjaya dari SPRM Bahagian

dan Negeri.

“ Peneraju Pusat Kecemerlangan Pencegahan Rasuah “

AKTIVITI PENINGKATAN KAPASITI SPRM

Melalui program ini, para peserta berpeluang

mempraktikkan latihan yang diterima dalam

kursus asas serta diaplikasikan dalam situasi

tugas sebenar pegawai SPRM. Majlis penutup

program telah disempurnakan oleh Ketua

Penolong Kanan Pesuruhjaya, Mohd Jaafar Bin

Haji Hussen, Timbalan Pengarah MACA pada

29 Mac 2012 yang lalu.

Sempena Majlis Pelancaran Portal MACA pada 27 Mac 2012 yang

lalu, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia telah menganjurkan

buat julung kalinya sebuah program yang dinamakan MACA

Executive Talk (MET) yang dikelolakan oleh Pusat Pengajian

Antarabangsa, MACA.

Program MET ini telah menampilkan Dr. Chris Saville iaitu salah

seorang ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa MACA dengan

syarahan bertajuk ”Development of an Article Infrastructure - Code of Ethics”.

Program MET ini telah disertai oleh 61 orang peserta antaranya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (MAS),

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB),

Jabatan Kerja Raya (JKR), IKRAM Training and Infrastructure Development Institute (ITIDI), Maktab

Koperasi Malaysia (MKM), Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Pusat

Pelancongan Islam (ITC), International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Institut

Pengurusan Kesihatan (IPK) dan English Language Teaching Centre (ELTC).

MACA EXECUTIVE TALK

Page 5: B U L E T I N AKADEMI - 203.217.178.130203.217.178.130/pdf/Penerbitan/BULETIN_AKADEMI_PENCEGAHAN_RASUAH... · warga kerja SPRM, pihak-pihak kerajaan, syarikat- ... Pengurusan Kesihatan

AKTIVITI PENINGKATAN KAPASITI SPRM Halaman 5

Setiap hari penjawat awam berhadapan dengan

pelbagai aduan awam dalam tugas seharian. Justeru,

MACA melalui Sekolah Pencegahan Rasuah dan

Pengurusan, mengambil inisiatif dalam menganjurkan

sebuah program latihan iaitu Kursus Pengurusan

Aduan Awam kepada pegawai-pegawai SPRM. Aspek

yang diberi penekanan dalam kursus ini adalah

pengurusan aduan awam yang tepat dan efisien agar

setiap peserta akan memahami dengan jelas konsep

sebenar dalam menjalankan tugas menerima dan

memproses aduan yang diterima setiap hari. Selain itu, kursus ini merupakan platform untuk

mempertingkatkan pengalaman dan kemahiran sedia ada dalam mengendalikan aduan seharian.

Seramai 60 orang pegawai SPRM yang terdiri Gred P29-P38 dari seluruh Malaysia telah menghadiri

program ini dengan jayanya selama 3 hari bermula 19– 21 Mac 2012 bertempat di MACA.

PENINGKATAN PROFESIONALISME PENGURUSAN ADUAN AWAM SPRM

“ Peneraju Pusat Kecemerlangan Pencegahan Rasuah “

KURSUS KEPIMPINAN PEGAWAI SPRM PENGUASA GRED P42 Integriti memerlukan usaha dan pengorbanan dalam usaha

merealisasikannya. MACA sebagai sebuah institusi latihan awam

melihat keperluan melatih pegawai SPRM sebagai satu tenaga kerja

proaktif dan pemimpin berintegriti perlu dijalankan. Sehubungan

itu modul latihan kepimpinan telah dijalankan pada 27 Februari

2012 yang lalu di mana seramai 70 orang pegawai SPRM

berpangkat Penguasa P42 telah menghadiri sesi latihan kali ini.

Latihan berterusan selama 11 hari ini dimulakan dengan para peserta didedahkan dengan kepentingan

kepimpinan dalam melaksanakan tugas di mana peserta diberi cabaran khusus di Perting Valley

Adventure Camp, Bentong Pahang. Ini bertujuan mempertingkatkan asas pengetahuan peserta

berkenaan tingkah laku manusia serta keperluan dan nilai-nilai yang perlu diamalkan oleh seseorang

pemimpin dalam menyelesaikan tugas.

Selain itu, peserta juga mempelajari kaedah-kaedah membina keyakinan sebagai pemimpin yang

berkesan di dalam organisasi. Adalah menjadi hasrat pengurusan tertinggi SPRM untuk melahirkan

pegawai-pegawai yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dalam usaha mewujudkan sebuah

organisasi yang mantap dalam usaha memerangi rasuah.

Page 6: B U L E T I N AKADEMI - 203.217.178.130203.217.178.130/pdf/Penerbitan/BULETIN_AKADEMI_PENCEGAHAN_RASUAH... · warga kerja SPRM, pihak-pihak kerajaan, syarikat- ... Pengurusan Kesihatan

Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai sebuah Pusat

Latihan Awam di Malaysia khusus dalam pencegahan rasuah

sentiasa menganjurkan pelbagai program latihan bersama agensi

kerajaan dan swasta. Bertempat di MACA, pada 19 Mac 2012 yang lalu, satu perbincangan antara pihak

Tenaga Nasional Berhad dan MACA telah diadakan. Ini bertujuan bagi melihat peluang-peluang

mengadakan latihan bersama di antara kedua-dua agensi. Sesi perbincangan ini telah dihadiri oleh PPj

Thilagavathy a/p S.Thamboo, Ps Jaafar bin Tajuddin dan Ps Cheong Zhit Hou dari MACA. Manakala pihak

TNB diwakili oleh Puan Zalina binti Nayop dari Jabatan Hal Ehwal Dalaman, Bahagian Sumber Manusia

TNB. Hasil daripada perbincangan ini, TNB bersetuju untuk mengadakan program latihan bersama MACA,

khusus dalam modul penyiasatan dan pendakwaan seperti yang ditawarkan oleh MACA. Program latihan

ini dijangkakan akan diadakan pada 22 – 24 Mei 2012 di MACA.

KERJASAMA STRATEGIK

Telefon: 03 - 62092800

Faks: 03 - 62016197

Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia

Persiaran Duta, Off Jalan Duta , 50480 Kuala Lumpur

Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA)

sentiasa membuka peluang-peluang pembelajaran

khusus dalam pencegahan rasuah kepada agensi

kerajaan dan swasta.

Pada 15 Mac 2012 bertempat di Bilik Sindiket

Egypt, MACA satu perbincangan antara pihak

TELEKOM dan MACA telah diadakan.

Perbincangan ini diadakan bagi meneliti peluang-

peluang kerjasama antara kedua-dua agensi

dalam penganjuran kursus dan program latihan

pencegahan rasuah kepada agensi luar.

Sepanjang sesi perbincangan berlangsung, MACA

telah diwakili oleh PPj Abdul Razak bin Hamzah,

PPj Thilagavathy a/p S.Thamboo, P/Ps Norsyahida

binti Alias, Ps Cheong Zhit Hou manakala Encik

Norazlan bin Mohd Razali dan Encik Zulkhairani

Hussin dari Special Affair Unit (SAU) mewakili

pihak TELEKOM Malaysia.

KOMITMEN BERSAMA MACA - TELEKOM

TNB & MACA

Hasil daripada perbincangan ini, TELEKOM

bersetuju untuk mengadakan satu siri program

latihan bersama MACA, khusus dalam

pembentukan modul asas penyiasatan seperti

yang ditawarkan oleh MACA. Pihak TELEKOM

turut menyatakan minat untuk menggunakan

kemudahan - kemudahan asas di MACA seperti

penginapan asrama dan kemudahan-kemudahan

lain sepanjang program.

“ Peneraju Pusat Kecemerlangan Pencegahan Rasuah “