spm physics paper3a

Upload: tan-szening

Post on 06-Oct-2015

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

paper 3 new format

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAKANUJIAN 4 TINGKATAN 4 2014PHYSICS4531/2Kertas 3AOct 2014 jamSatu jam empat puluh lima minit

1. 2. Jawab semua soalan.

3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 45 minit untuk menjawab soalan dalam bahagian A dan 45 minit untuk Bahagian B.

4. Rekodkan pemerhatian dan kesimpulan di ruang yang disediakan. Anda boleh kertas jawapan dan kertas graf tambahan jika perlu.

Untuk kegunaan Pemeriksa

BahagianSoalanMarkah PenuhMarkah Diperoleh

A110

B220

Jumlah

30

Disediakan oleh:Disemak oleh:Disahkan oleh:

______________________(MISS TAN SZE NING)

_________________________(MR ABUSRAH B. MADINI)

________________________(MR SUNANG AK NYAWAI)

Guru Mata PelajaranPenyelaras Mata Pelajaran FizikGuru Kanan Jabatan Sains dan MatematikPenolong Kanan Akedemik

KERTAS SOALAN INI DIHASILKAN OLEH SMK PAKANKertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetakSENARAI SEMAK RADAS DAN BAHAN YANG DIBEKALKAN

SOALAN 1Arahan:Dalam masa 5 minit yang pertama, anda dikehendaki menyemak semua senarai bahan dan radas yang dibekalkan kepada anda.

Bil Radas / Bahan Kuantiti Tandakan ( )

1 Beaker / bikar 1 ( )

2 Bunsen burner / Penunu Bunsen 1 ( )

3 Wire gauze / Kasa dawai 1 ( )

4 Glass marble / Guli kaca 2 ( )

5 Tripod stand / Tungku kaki tiga 1 set ( )

6 Plastic spoon / Sudu plastik 1 ( )

7 Thermometer mercury / Termometer merkuri 1 ( )

8 Polystyrene cup / Cawan polistirena 1 ( )

9 Measuring cylinder / Silinder penyukat 1 ( )

10 Hot water /Air panas 250cm3 ( )

11 Towel / Tuala 1 ( )

SOALAN 2Arahan:Dalam masa 5 minit yang pertama, anda dikehendaki menyemak semua senarai bahan dan radas yang dibekalkan kepada anda.

Bil. Radas / Bahan Kuantiti Tandakan ( )

1 Cork / Gabus 1 ( )

2 Half meter rule / Pembaris setengah meter 1 ( )

3 Stop watch / Jam randik 1 ( )

4 Retort stand with clamp / kaki retort dengan pengapit 1 ( )

5 Different masses of plasticine labeled 15g, 20g, 25g, 30g, 35g / Plastisin dengan jisim berbeza berlabel 15g, 20g, 25g, 30g, 35g 1 set ( )

6 Hacksaw blade / Bilah gergaji 1 ( )

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MENGENDALIKAN PERALATAN

Soalan 1 1) Anda hendaklah berhati-hati semasa mengendalikan bikar yang mengandungi air panas. 2) Pastikan mancis dinyalakan terlebih dahulu sebelum membuka injap gas penunu Bunsen. 3) Padamkan nyalaan penunu bunsen selepas selesai eksperimen ini.

Soalan 2 1) Pastikan sudut ayunan tidak terlalu besar semasa eksperimen dijalankan. 2) Berhati-hati semasa mengendalikan bilah gergaji.

Jawab semua soalan[30 markah ]

Soalan 1 [10 markah ]

TujuanTujuan eksperimen ini adalah untuk menentukan muatan haba tentu, c, guli kaca.Kaedah1) Susun radas yang diberikan seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.1

2) Masukkan 2 biji guli kaca ke dalam bikar berisi 250 cm3 air panas. Panaskan air sehingga mendidih sepenuhnya.3) Sukat 50.0 cm3 air dan tuangkan ke dalam cawan polistirena.4) Ukur suhu awal air itu, o dan rekodkan bacaan dalam Jadual 1. 5) Keluarkan 2 biji guli dari bikar dengan menggunakan sudu plastik berlubang dan masukkan dengan segera ke dalam cawan polistirena seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2

6) Kacau air dalam cawan polistirena dengan sudu plastik secara perlahan-lahan.7) Ukur suhu maksimum, m, yang dicapai oleh air dan rekod bacaan dalam Jadual 1.8) Hitung kenaikan suhu air, a, di mana; a = m o9) Hitung penurunan suhu guli kaca, k, dimana; k = 100 m

A. Penjadualan data

1. Rekodkan nilai-nilai o, m, a, k dalam Jadual 1

Initial temperature of water, o Suhu awal, o (oC) Maximum temperature of water, m Suhu maksimum air, m (oC) Rises in temperature, a Kenaikan suhu, a (oC) Decreases in temperature, k Penurunan suhu, k (oC) a----k

2. Hitung dan rekodkan dalam jadual 1. [6 markah]

B. Pengiraan 1. Hitung muatan haba tentu bagi guli kaca, c, dengan menggunakan c = (1.75 x 104) ( a ) k = .......................[3 markah]

C. Langkah berjaga-jaga

1. State one precaution should be taken to improve the result of this experiment. Nyatakan satu langkah berjaga-jaga yang perlu diambil untuk memperbaiki keputusan eksperimen itu.

[1 markah]

Soalan 2[20 markah ]

Tujuan

Tujuan eksperimen ini adalah untuk menentukan hubungan antara jisim satu beban, m, dengan tempoh ayunan, T, sebuah neraca inersia.

Kaedah1) Apitkan satu hujung bilah gergaji yang diberi antara gabus yang dibelah dua seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Pastikan jarak antara hujung gergaji ke gabus ialah 28.0 cm.

2) Lekatkan plastisin berjisim 15 g pada hujung bilah gergaji. 3) Sesarkan hujung atas gergaji itu ke sebelah dan lepaskan.4) Catat masa yang diambil untuk 20 ayunan lengkap, t. 5) Hitung tempoh bagi satu ayunan lengkap, T, menggunakan T = t 20 6) Hitung kuasa dua tempoh ayunan, T2 7) Ulang eksperimen dengan menggunakan plastisin berjisim 20 g, 25 g, 30 g dan 35 g.

a) Bagi eksperimen yang diterangkan pada halaman 21, nyatakan: i. Satu hipotesis yang sesuai .. [1 markah]

i. Pembolehubah dimanipulasikan

[1 markah]

i. Pembolehubah bergerakbalas

. [1 markah]

i. Pembolehubah dimalarkan

[1 markah]

b) Jadualkan data anda bagi semua nilai m, t, T dan T2 dalam ruang di bawah.

[6 markah]

c) Pada kertas graf lukis graf T2 melawan m. [8 markah]

d) Berdasarkan graf di 2(c), nyatakan hubungan antara T2 dan m.

.... [1 markah]

e) Nyatakan satu langkah berjaga-jaga yang perlu diambil untuk memperbaiki ketepatan bacaan dalam ekperimen ini.

.... [1 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT