speech

5
Selamat pagi dan salam sejahtera saya lafazkan kepada Yang dipertua Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sekoi, Tuan Haji Muhammad Bin Ali, barisan penolong-penolong kanan , guru-guru, rakan pelajar sekalian, serta tuan-tuan dan puan-puan. Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi saya peluang untuk menyampaikan ceramah sempena sambutan Program “Sekolahku Syurgaku”. Sempena hari yang mulia ini, izinkanlah saya untuk memperkatakan maksud yang tersirat dalam program 3K, yakni keceriaan, keselamatan, dan kebersihan. Keceriaan jitu ditakrifkan sebagai amalan kudsi yang dilakukan oleh sekumpulan individu yang beretika secara konsisten di institusi pendidikan. Program ini semakin pudar dalam kalanga pelajar kerana kurangnya kesedaran permuafakatan dalam usaha untuk mewujudkan sekolah yang ceria dan harmoni. Sampailah masa untuk menopang dagu dan merenungi kepentingan program ini dalam gawang minda, apakah kemaslahatan program ini kepada warga sekolah? Apakah usaha-usaha paling pragmatik untuk menceriakan sekolah? Tepuklah dada tanya selera. Sidang dewan yang saya hormati, Dari segi pandangan dan persepsi masyarakat, aktiviti rewang untuk membersihkan persekitaran kawasan sekolah merupakan

Upload: hasdey-harimin

Post on 07-Feb-2016

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sport speech

TRANSCRIPT

Page 1: speech

Selamat pagi dan salam sejahtera saya lafazkan kepada Yang dipertua Pengerusi Majlis, Yang

Berusaha Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sekoi, Tuan Haji Muhammad Bin Ali,

barisan penolong-penolong kanan , guru-guru, rakan pelajar sekalian, serta tuan-tuan dan puan-

puan.

Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan terima kasih kepada

pihak sekolah kerana memberi saya peluang untuk menyampaikan ceramah sempena sambutan

Program “Sekolahku Syurgaku”. Sempena hari yang mulia ini, izinkanlah saya untuk

memperkatakan maksud yang tersirat dalam program 3K, yakni keceriaan, keselamatan, dan

kebersihan. Keceriaan jitu ditakrifkan sebagai amalan kudsi yang dilakukan oleh sekumpulan

individu yang beretika secara konsisten di institusi pendidikan. Program ini semakin pudar dalam

kalanga pelajar kerana kurangnya kesedaran permuafakatan dalam usaha untuk mewujudkan

sekolah yang ceria dan harmoni. Sampailah masa untuk menopang dagu dan merenungi

kepentingan program ini dalam gawang minda, apakah kemaslahatan program ini kepada warga

sekolah? Apakah usaha-usaha paling pragmatik untuk menceriakan sekolah? Tepuklah dada

tanya selera.

Sidang dewan yang saya hormati,

       Dari segi pandangan dan persepsi masyarakat, aktiviti rewang untuk membersihkan

persekitaran kawasan sekolah merupakan wadah yang mendatangkan dampak kepada setiap

individu. Hal ini memanglah wajar kerana amalan ini dapat mewujudkan sekolah yang ceria,

sekali gus dapat menjanakan sahsiah diri ampuh dalam kalangan anak didik. Amalan  ini

wajarlah dijadikan iktibar oleh semua warga sekolah kerana sekolah akan dijauhi pembiakan

wabak penyakit dan tempat pembiakan vektor  penyakit juga akan dibersihkan sama sekali.

Kerjasama sesama warga sekolah bagai antan dengan lesung akan memudahkan kerja yang

rumit, di samping menyemarakkan nilai murni dan amalan mahmudah dalam lubuk kalbu setiap

warga sekolah. Alangkah baiknya sekiranya aktiviti bergotong-royong tetap digalakkan setiap

bulan mengikut kelas yang berbeza ataupun sebagai hukuman amal kepada pelajar yang

bermasalah disiplin. Sudah terang lagi bersuluh bahawa hanya dengan usaha bagai bukit sama

didaki, lurah sama dituruni akan mewujudkan sekolah yang harmoni dan ceria.

Page 2: speech

        Warga sekolah juga mesti berpegang pada slogan 'sekolahku, syurgaku' agar menyuntik

semangat cinta akan sekolah dalam atma setiap warga sekolah. Sukakan guru kerana ilmunya,

sukakan gaharu kerana harumnya. Pembangunan fizikal sesebuah sekolah mestilah seiring

dengan pembangunan persekitaran yang menghijau. Sebagai analoginya, sekolah dalam taman

merupakan idaman setiap manusia supaya alam kita terus dipelihara dan dilestarikan dengan

pokok yang menghijau. Menurut kajian dan tinjauan dalam Laporan Alam Sekitar, pencemaran

akan melunturkan minat seseorang pelajar untuk belajar dengan selesa. 

Sidang dewan yang dihormati,

Sebagai masyarat yang mengutamakan kebersihan, keceriaan dan keselamatan menjadi

pendokong utama, kita perlu lah mematuhi dan yakin untuk mengikuti setiap garis panduan yang

telah disediakan sebagai contohnya arahan keselamatan seperti berikut;

Menyediakan pelan laluan kebakaran.

Memberi pendedahan kepada murid mengenai keselamatan jalan raya , harta benda

sekolah, kemudahan asas , pokok-pokok bunga dan kawasan persekitaran sekolah.

Mengadakan aktiviti tunjuk cara mengenai cara menyelamatkan diri daripada kebakaran

oleh pihak Bomba 2 kali setahun.

Memastikan bangunan sekolah berada dalam keadaan selamat.

Memastikan semua alat pemadam api berfungsi apabila diperlukan.

Memastikan murid berada di dalam keadaan selamat semasa berada di sekolah.

Pintu pagar sekolah sentiasa ditutup kecuali jika ada sebarang urusan atau keperluan.

Memastikan penggunaan Pas Pelawat bagi mereka yang berurusan dengan pihak sekolah.

Page 3: speech

Garis panduan seperti ini adalah perlu untuk memastikan keselamatan di sekolah terjamin dan

sentiasa siapsiaga. Rasional keselamatan sekolah dalam banyak keadaan keselamatan kerap

diabaikan dan jarang dijadikan asas utama pertimbangan. Warga sekolah dewasa ini terdedah

dengan isu-isu keselamatan fizikal, social, emosi dan teknikal. Justeru, polisi yang berterusan

perlu diwujudkan. Kurang mendapat kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dengan

institusi pendidikan dari segi keselamatan. Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu

keselamatan amat terbatas, tanpa sokongan keluarga dan komuniti

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Ibubapa adalah tongak utama untuk memberi kerjasama kepada pihak sekolah. Membantu pihak

sekolah melaksanakan program-program kebersihan dan keceriaan serta membaiki kerosakan-

kerosakan kecil perabot dan bangunan. Ibubapa perlulah sentiasa menasihati anak-anak tentang

ciri-ciri keselamatan ketika berada di sekolah. Melaporkan tentang individu atau situasi yang

mencurigakan kepada pihak sekolah. Kerjasama ini adalah amat diperlukan unutk menjamin

perlaksanaan program berjalan dengan lancar dan mencapai objektif program.

Sekolahku Syurgaku tidak akan mencapai objektif sekiranya kita sebagai warga sekolah tidak

memberi komitmen kepada setiap program yang dibuat oleh pihak sekolah. Sekolah yang

sihat,ceria dan selamat tidak akan Berjaya sekiranya kita tidak bersatu hati utuk menjayakan

setiap program yang telah dirancangkan. Dengan ini saya akhiri ceramah saya dengan ucapan

terima kasih kepada semua warga sekolah dan juga ahli jawatamkuasa program 3K. Semoga

setiap program yang dirancang akan mencapai objektif seperti yang kita harapkan iaitu

“Sekolahku Syurgaku”. Sekian terima kasih.