sosioemosi

24
[PENDIDIKAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK] KAL 3033 RIS SEMESTER PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013 KAL 3033 PENDIDIKAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON PUSAT PEMBELAJARAN: EL 1 | Page Setiap kanak-kanak melalui proses sosialisasi di mana ianya berlaku dalam persekitaran sosialnya. Persekitaran sosial yang dimaksudkan ialah ahli keluarganya sendiri, saudara mara, jiran, pengasuh dan juga segala yang terdapat di sekelilingnya. Bincangkan bagaimana persekitaran sosial mempengaruhi perkembangan konsep kendiri kanak-kanak. PEMARKAHAN

Upload: dayang-rudiah-aimi

Post on 10-Dec-2014

150 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

konsep kendiri

TRANSCRIPT

Page 1: sosioemosi

[ ] KAL 3033

RIS

SEMESTER

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013

KAL 3033

PENDIDIKAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

PUSAT PEMBELAJARAN: EL

NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________

TARIKH SERAH: ________________

1 | P a g e

Setiap kanak-kanak melalui proses sosialisasi di mana ianya berlaku dalam persekitaran sosialnya. Persekitaran sosial yang dimaksudkan ialah ahli keluarganya

sendiri, saudara mara, jiran, pengasuh dan juga segala yang terdapat di sekelilingnya.

Bincangkan bagaimana persekitaran sosial mempengaruhi perkembangan konsep kendiri kanak-kanak.

PEMARKAHAN

Page 2: sosioemosi

[ ] KAL 3033

1.0 Pendahuluan

Kendiri membawa maksud diri sendiri atau pemikiran tentang diri serta keupayaan diri sendiri

dan pemikiran orang lain terhadap diri individu.Fahaman tentang diri sendiri arau perasaan

tentang diri sendiri sebagai individu yang ada ciri-ciri tersendiri iaitu fizikal, jantina, tingkah laku,

emosi, kebolehan, minat dan juga matlamat.keseluruhan perkembanagan sahsiah individu

mengganggap kelebihan atau kekurangan diri berdasar maklumat dari orang lain semasa

bergaul, bekerjasama dan berinteraksi.Selain itu, Konsep kendiri juga merupakan pandangan

diri seseorang dalam pembetukan diri individu,Semakin meningkat usia seorang murid,

pembentukkan konsep kendiri yang positif adalah amat penting.dalam konteks ini, guru-guru

memainkan peranan penting dan perlu memahami dan menyuburkan konsep kendiri positif

dalam diri murid-muridnya.Sebagai guru tugas mereka tidak hanya tertakluk meyampaikan

maklumat berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar tetapi juga sebagai penbentuk tingkah

laku, sahsiah, sikap dan nilai pelajar-pelajarnya.Ini adalah kerana matlamat Pendidikan Negara

adalah melahirkan generasi yang mantap dari segi jasmani, emosi, rohani dan juga

fizikalnya.Oleh keran guru mendidik geberasi baru.Guru mestilah juga menguasai aspek

psikologi perkembangan manusia khususnya perkembangan manusia khusunya perkembangan

manusia dan konsep kendiri dari sudut sosioemosi.

2 | P a g e

Page 3: sosioemosi

[ ] KAL 3033

2.0 Definisi Konsep Kendiri

Pelbagai takrifan yang diberikan berkenaan dengan konsep kendiri.Menurut Merrian Erbster

Online Dictionary, konsep kendiri adalah pandangan diri individu terhadap diri

kendirinya,Bukatko & Daehler (2001) mendefinisikan konsep kendiri sebagai satu kombinasi

pandangan dan nilaui yang beradsarkan keprcayaan terhadap dirinya sendiri.Konsep kendiri

juga merangkumi bagaimana seseorang itu menilai dirinya dalam pelbagai aspek sosial dengan

norma-norma yang dimilikinya.

Carl Rogers

Menurut cal Rogers, konsep kendiri individu dipengaruhi oleh dua faktor iaitu dirinya

sendiri dan juga persekitarannya.Ianya merangkumi faktor fizikal, minda psikologi, etika moral

dan norna-norma personaliti yang kuat dipengaruhi oleh keluarga dan persekitaran

sosialnya.Carl Rogers juga mengatakan bahawa individu-individu boleh menggambarkan

konsep kendiri yang berbeza mengikut tingkah laku diri mereka sendiri.Ini adalah kerana

mereka perlu mneyesuaikan diri dengan rakan-rakan sebaya dan sekerja secara sosial dan

professional.Perasaan sebenar diri individu akan berubah-ubah melalui pengalamannya.Ini

boleh menyebabkan kekeliruan personaliti dan masalah sakit jiwa jika keterlaluan.

3 | P a g e

Page 4: sosioemosi

[ ] KAL 3033

Menurut beliau juga, konsep kendiri yang teguh membenarkan individu-individu

menghadapi cabaran tanpa merasa tertekan atau terancam dalam mindanya.Ini menghasilkan

keadaan seimbang (homoestasis).Konsep kendiri boleh merangkuni aspek-aspek fizikal,

kesihatan, kebolehan, kekuatan, kelemahan dan tingkah laku.Konsep kendiri adalah satu

komponen penting dalam perkembangan personaliti manusia.

2.1 Jenis Konsep kendiri

Manusia menilai dirinya yang sebenar dengan keadaan sekelilingnya yang berbeza-

beza.Faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan konsep kendiri adalah system kepercayaan,

kesihatan, pengalaman, latarbelakang keluarga, aspek sosial dan kerjaya, intelek dan aktiviti-

aktiviti di masa lapang.

Konsep kendiri boleh dipelajari dan dinamik, iaitu berubah dan berevolusi sehingga

seseorang itu meningkat potensi diri bagi mengembangkan konsep kendiri yang positif dan

realistik,Potensi diri boleh dicungkil oleh guru-guru ibu bapa dan murid-murid itu sendiri supaya

konsep kendiri negatif boleh dielakkan.

Terdapat dua jenis konsep kendiri iaitu :

Konsep kendiri positif

Konsep kendiri Negatif

2.1.1 Konsep kendiri Positif

Murid-murid yang mempunyai konsep kendiri positif mempunyai ciri-ciri berikut:

a) Melalui pengalaman yang membawa lebih banyak kejayaan berbanding kegagalan.

b) Sentiasa mendapat pujian, dan periang, berkeyakinan dan yakin pada diri sendiri.

c) Bersedia menghadapi kesukaran dan cabaran,

d) Optimistik, bersikap terbuka dan bersedia menerima kritikan daripada orang lain.

e) Sentiasa tenang dan boleh menyesuaikan diri dengan orang lain serta mudah ditegur.

f) Memiliki emosi yang stabil.

g) Mendapat kasih sayang dan perhatian yang mencukupi dari ahli keluarga dan rakan-

rakan.

4 | P a g e

Page 5: sosioemosi

[ ] KAL 3033

2.1.2 Konsep Kendiri Negatif

a) Sentiasa menghadapi kegagalan dalam aktiviti akademik dan ko-kurikulum

b) Sentiasa dikritik oleh guru-guru dan rakan-rakan.

c) Memiliki emosi yang kurang stabil(sensitive dan mudah sedih)

d) Tidak diterima oleh rakan-rakan sebaya.

e) Mempunyai keyakinan diri rendah positif dan sentiasa bersendiri dan kurang bersosial

f) Suka membuat kerja yang mudah dan tidak suka menghadapi cabaran.

g) Suka bergaul dengan orang yang lebih muda daripadanya.

h) Mempunyai tahap intelektual yang rendah

i) Kurang mendapat kasih ayang daripada keluarga.

Guru-guru perlu mengenalpasti murid-murid yang mempunyai konsep kendiri yang negative

supaya mereka boleh dilentur dari usia yang muda lagi.Bagi membantu mereka, guru-guru perlu

mengenalpasti terlebih dahulu punca-punca yang menyebaabkan pandanagn negatf ini

sebelum mengambil langkah-langkah bagi memeperbaiki konsep kendiri rendah mereka.

2.2 Faktor-faktor yang menyebabkan konsep kendiri Negatif.

Konsep kendiri negatif akan mempengaruhi perkembangan individu sepanjang hidupnya

sekiranya langkah-langkah pemulihan tidak diambil.Tingkah laku yang tidak bermoral akan

berlaku kerana konsep kendiri yang negative terpupuk sejak seseotang itu kecil lagi.Berikut

adalah punca-punca pelakar yang mempunyai konsep kendiri yang negatif.

2.2.1 Perlabelan tingkahlaku

Teori perlabelan mengatakan bahawa manusia mudah untuk bertingkah laku seperti yang telah

dilabelkan oleh orang lain.Perlabelan boleh memberi kesan yang negatif kepada seseorang

individu dari segi sosial dan psilologi.mereka yang dilabelkan negatif akan cenderung untuk

kecewa dan memiliki konsep kendiri yang rendah.

2.2.2. Pengalaman lepas yang pahit dan kegagalan yang dialami.

Kematian atau penceraian di dalam keluarga boleh mengakibatkan trauma menyebabkan

seseorang kanak-kanak yang masih kecil membina konsep kendiri yang negatif.

5 | P a g e

Page 6: sosioemosi

[ ] KAL 3033

2.2.3 Kritikan

Penerima kritikan yang berterusan daripada ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan juga akan

memberi kesan negatif terhadap konsep kendiri kanak-kanak.

2.2.4 Kasih sayang dan penerimaan.

Kekurangan kasih sayang daripada ibubapa, guru-guru dan orang dewasa yang lain turut

memberi kesan terhadap pembentukkan psikologi dan emosi kanak-kanak.Di sekolah

kurangnya penerimaan dari rakan-rakan sebaya akan memberi kesan negtif terhadap konsep

kendiri seseorang murid, Ini adalah kerana murid tersebut mempunyai perasaan tidak diterima

oleh ahli kumpulan dan ini kan membuat dirinya berasa rendah diri,

Pencapaian akademik yang rendah dan kurang mendapat pujian atau pengikhtirafan di

atas usaha-usahanya akan memberi kesan terhadap konsep seseorang individ.Pencapaian

rendah dalam bidang sukan dan permainan juga menyumbang kepada perasaan rendah diri

terhadap kemampuan fizikal diri murid-murid.Ini akan menyebabkan konsep kendiri negatif.

Selain daripada itu, tekanan ibu bapa atau guru-guru juga menyebabkan pembentukkan

konsep kendiri yang tinggi.Kegagalan murid-murid mencapai objektif pembelajaran yang

ditetapkan oleh guru-guru juga menyebabkan mereka membina konsep kendiri negatif dalam

diri mereka, membandingkan markah atau pencapaian dengan rakan sebaya oleh ibu bapa

adan guru-guru turut mempengaruhi pembentukkan konsep kendiri negatif kanak-kanak

terutama apabila mereka tidak dapat memenuhi harapan orang dewasa.

2.2.5 Hubungan sosial

Konsep kendiri negative juga disebabkan oleh murid-murid yang tidak bersosial atau kurang

menadapat peluang untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya.

2.2.6 Status sosio ekonomi

Latarbelakang sosio-ekonomi yang renfah berbanding dengan rakan-erakan yang lain juga

menyababakn seseorang murid-murid itu menyendiri dari rakan sebaya.ini kemudiannya akan

menyumbnag kepada pembinaan konsep kendiri yang negatif.

6 | P a g e

Page 7: sosioemosi

[ ] KAL 3033

2.2.7 Keadaan Fizikal

Apa-apa jua kecacatan atau kekurangan diri dari segi fizikal juga boleh menyebabkan

seseorang murid itu mempunyai konsep kendiri yang negatif.

3.0 Cara-cara bagaimana Guru boleh membantu pembinaan konsep kendiri yang positif.

Guru-guru boleh mengambil pelbagai langkah untuk membantu murid-murid dalam pembinaan

konsep kendiri yang positif dan mengelakkan konsep kendiri yag negatif.Terdapat lima cara

bagaimana guru-guru boleh menggalakkan pembinaan konseo kendiri semasa pengajaran dan

oembelajaran iaitu :

3.1 Elakkan dari melabelkan

Guru-guru tidak sepatutnya melabel murid-murid dengan perkatan-perkataan yang negative

seperti “bodoh”, “lembab” dan sebagainya.Ini adalah kerana murid-murid tersebut akan percaya

dan yakin bahawa mereka memang sebenarnya bodoh.

3.2 Penilaian akademik yang fleksibel

Guru-guru perlu lebih bijak dalam mengggunakan system penilaian akademik yang fleksibel

kerana pencapaian murid-murid sentiasa berubah.cara-cara pembelajaran yang pelbagai perlu

dititikberatkan oleh guru-guru dalam menilai pencapaian individu.Oleh itu, guru-guru perlu

mneggunakan pelbagai cara atau meteodologi dalam penialian seperti kerja projek, kuiz, ujian,

penilaian dari rakan sebaya, penulisan, jurnal.Penilaian sumatif dan sebagainya.Ini ialah supaya

murid-murid diberi peluang yang lebih untuk menunjukkan pencapian dan potensi mereka.

3.3 Membuat pernyataan positif dalam diri murid-murid

Guru-guru perlu menggalakkan murid-murid untuk membuat pernyataan positif terhadap diri

seperti:

a) Saya suka diri saya

b) Saya bangga dengan diri saya

c) Saya menyukai tulisan saya

7 | P a g e

Page 8: sosioemosi

[ ] KAL 3033

Dengan menggynakan pernyataan-pernyataan positif sebegini, murid-murid dapat membina

konsep kendiri yang positif.Guru-guru juga boleh menggalakkan murid-murid menghasilkan

buku skrap yang bertajuk “Saya suka diri saya” yang mengandungi pernyatan-pernyataan positif

sebanyak mana yang boleh di dalam buku skrap tersebut.Projek sebegini akan menjadi

penggalak kepada motivasi instrinsik dan membian konsep kendiri murid-murid.

3.4 Melayan murid-murid sebagai individu yang unik dan berbeza

Guru-guru tidak boleh membandingkan murid-murid antara satu sama lain kerana setiap

individu adalah unik dan berbeza.Guru-guru juga tidak boleh menjangkakan bahawa setiap

prestasi setiap murid adalah sama tinggi.

Selain itu, guru-guru perlu memastikan bahawa suasana kelas adalah kondusif dan

menerima perbezaan-perbezaan yang wujud dalam persekitaran tersebut.Semua murid-murid

perlu diberi peluang yang sama rata untuk meningkatkan potensi mereka ke tahap yang

optimum.

3.5 Membina imej diri sendiri yang sihat

Guru-guru perlu mengajar murid untuk membina imej diri sendiri yang positif dan

memiliki identity yang sihat.Ini dapat dicapai dengan mengajar mereka supaya lebih

berkeyakinan dan berdikari dengan mendedahkan mereka dengan pelbagai kemahiran belajar

dan kemahiran komunikasi.Murid-murid juga digalakkan untuk tidak takut dalam meluahkan apa

yang mereka rasai di samping memberi idea atau pendapat mereka.Pelbagai peluang harus

disediakan supaya murid-murid boleh membina imej individu mereka dengan membenarkan

mereka untuk meluahkan perasaan dalam suasana yang bebas dan selamat.

8 | P a g e

Page 9: sosioemosi

[ ] KAL 3033

4.0 Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri kanak-kanak

4.1 Keluarga (Ibu bapa)

Banyak kajian tentang konsep kendiri telah dibuat dngan menggunakan pelbagai alat

kajian.Ramai pengkaji yang berusaha mengenal pasti factor-faktor yang mempenraguhi konsep

kendiri seseoran.Mengikut Samuel(1982) dan Schwartz(1982), konsep kendiri kanak-kanak

bagi ibu bapa yang tinggi konsep kendirinyaadalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan

konsep kendiri kanak-kanak bagi ibu bapa yang rendah konsep kendirinya.Ibu bapa memainkan

peranan yang amat penting dalam membentuk harga diri (self-estim) kanak-kanak.Self-estim

adalah kunci yang sangat penting untuk mereka Berjaya dalam kehidupan pada masa akan

datang.Self estim adalah bagaimana kita memahami diri kita sebenarnya.

Kanak-kanak yang mempunyai self-estim yang tinggi merupakan kanak-kanak yang

mampu memperlihatkan tanggungjawab, yang boleh mengurus emosi yang positif dan negative

dan juga boleh menawarkan bantuan kepada orang lain.kanak-akank yang mempunyai self

estim yang rendah pula akan bertingkah laku contohnya kanak-akank merasakan diri terhadap

kebolehan dan bakat yang dimiliki dan juga kanak-kanak tersebut akan mengelak untuk

melakukan sesuatu yang baru.kanak-kanak yang mempunyai penghargaan kendiri yang rendah

kerana mendapat sokongan yang berkurangan daripada ibu bapa mereka iaitu ibu bapa yang

tidak mengambil tahu dan mengambil berat akan pelajaran anak-anak mereka.Penghargaan

kendiri kanak-kanak berkait rapat dengan corak perhubungan dalam keluarga dan juga korelasi

yang positif antara penghargaan kendiri yang tinggi dengan gaya ibu bapa yang

autoritatif.Kanak-kanak merasakan perlakuan merka dikawal oleh ibu bapa, semakin rendah

penghargaan diri mereka.Manakala anak lelaki selalu menjadikan ayah sebagai idola mereka.

4.2 Pengaruh sosio budaya.

Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan

kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang diterima oleh masyarakat serta

budaya.Pendek kata perkembangan sosial melibatkan poses sosiolisasi atau melakukan

penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial.dapat dikaji melalui

beberapa sapek sosiolosasi yang penting seperti proses peniruan dan identifaksi, aktiviti

bermain, perkembangan kongnisi sosial, persahabatan dan pembahagian anatar rakan

9 | P a g e

Page 10: sosioemosi

[ ] KAL 3033

sebaya.Sepanjang proses sosialisasi sosial mereka.Kanak-kanak mempelajari tradisi,

kepercayaan, nilai dan cadangan yang dianut oleh kumpulan sosial mereka.

Mereka juga mempelajari peraturan sosial yang diamalkan oleh kumpulan sosial.Proses

sosialisasi ini pula ditentukan oleh konteks budaya.Tingkah laku sosial yang sesuai bagi

sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya lain.Namun demikian banyak

tingkah laku sosial yang bersifat universal merentasi pelbagai kaum etnik dan budaya.

4.3 Masyarakat sekaliling (Persahabatan)

Kanak-kanak gemar meniru tingkah laku sahabatnya,Biasanya kanak-kanak meniru tingkah

laku kanak-kanak yang popular dan sesiapa sahaja yang telah membentuk hubungan rapat

dengannya.Kanak-kanak meniru orang yang sebaya dan lebih tua daripadanya.Mereka akan

meniru tingkah laku yang positif ataupun negatif.Sebaliknya, mendapat sahabat yang baik maka

kanak-kanak akan belajar belajar berdikari lebih pandai berinteraksi dengan orang lain.

Sebaliknya, mungkin dipelajari ialah tingkah laku agresif, tamak, tidak menghormati

oranng tua dan lain-lain.Litman dan Bricker(1967) telah menjalankan kajain tentang pengaruh

sahabat terhadap tingkah laku langsung kanak-kanak yang berumur tiga hingga lima

tahun.Mereka mendapati kanak-kanak yang sering dibuli sering memberi peneguhan contoh

kepada si pembuli itu.

4.5 Pengamatan diri sendiri.

Apabila kanak-kanak membesar, mereka berupaya umtuk meluahkan penerangan diri

fizikal dan perasan mereka serta bercakap tentang diri mereka atau “kendiri-

saya”(harter,1988).Apabila konsep kendiri ini semakin berkembang, mereka akan menumpu

kepada pengetahuan tentang diri sendiri sendiri dan penilaian sifat kendiri.Mereka akan

mempunyai konsep kendiri yang terdiri daripada kebolehan, kelakuan, sifat dan nilai yang

memaparkan dirinya sebagai seorang individu yang berlainan daripada orang lain.Selepas

memulakan persekolahan pada peringkat rendah, konsep kendiri kanak-kanak menjadi senakin

abstrak.Salah asatu daripada aspek ini ialah gambaran kendiri yang menjadi lebih

signifikan.Misalnya, mereka melihat diri mereka tidak hanya sebagai seorang yang pintar atau

sebaliknya, tetapi dengan membandingkan diri sendiri dengan orang lain.(Ruble & Dwek : 1995,

Ruble & Fluet: 1988, Pomerantz et.al: 1995).

10 | P a g e

Page 11: sosioemosi

[ ] KAL 3033

Para penyelidikan telah membuat kajian pada kanak-kanak untuk mendapatkan 20

jawapan daripada soalan tentang “siapa saya?” di kalangan kanak-kanak yang berumur antara

9 hingga 18 tahun(Nottleman: 1987, Zimmerman et.al, 1997).kajian merka mendapati bahwa

kanak-kanak yang termuda(9 tahun) menghuraikan diri mereka seperti contoh yang berikut:

“Nama saya Harun.Mata saya berwarna coklat.rambat saya berwarna hitam.saya

berumur 9 tahun .Saya sukan bersukan.saya ada Sembilan orang adik beradik..”

Kenyataan mereka berbeza dengan kenyataan yang diberi oelh kanak-kanak yang berumur 11

tahun yang menggambarkan dirinya lebih terperinci;

“Nama saya Suria.saya adalah orang biasa.saya seorang perempuan.saya boleh

dipercayai.Saya tidak tidak begitu cantik.saya lebih tinggi jika dibandingkan dengan

kanak-kanak lain yang sama usia.saya perenang yang baik”

Mereka bukan hanya menggambarkan dirinya secara luaran sahaja tetapi juga meghuraikan

sikapnya, kebolehannya, jantinya, sifatnya dan lain-lain lagi.

4.6 Baka

Faktor baka brkaitan rapat dan memepengaruhi perkembanagn kanak-kanak Menurut ahli

sosiologi, faktor warisan secara biologi yang merangkumi faktor biologi dan genetic merupakan

faktor yang amat berkait dengan perkembangan konsep kendiri.Kanak-kanak akan mewarisi

gen dari ibu bapa.Dengan itu, pewarisan seperti emosi, keberanian, kejujuran dan sebaginya

yang berkaitan akan membentuk peribadi kanak-kanak.Secara langsung, ianya mempengaruhi

konsep kendiri kanak-kanak.

11 | P a g e

Page 12: sosioemosi

[ ] KAL 3033

4.7 Faktor lain

1. Genetik dan Faktor Fizikal

a) Jantina

Kanak-kanak lelaki dan perempuan mempunyai kualiti yang berbeza dalam psoses personaliti.

b) Umur dan Kematangan

Personaliti berubah melalui pembesaran individu daripada peringkat kanak-kanak, dewasa,

pertengahan umur dan tua.

c) Ketinggian dan saiz

Ketinggian dan berat badan mempengaruhi personaliti seseorang.

2. Sosial dan faktor Persekitaran

a. Asuhan Penjaga

Personaliti ibubapa, datuk/nenek atau penjaga akan mempengaruhi personality anak-anakyang

dijaga kerana mereka akan mengikut tingkahlaku penjaga mereka.

b. Keluarga dan rakan-rakan

Latarbelakang keluarga sama ada yang mantap dengan nilai-nilai yang positif mempengaruhi

pembesaran kanak-kanak dari aspek pemikiran, tingkahlaku dan perangai.

c. Latarbelakang sosio Ekonomi

Taraf atau darjat keluarga sama ada daripada kelas tinggi , sederhana atau bawahan serta

jumlah pendapatan keluarga menentukan kualiti hidup dan pembentukkan personaliti kanak-

kanak.

d. Sekolah dan taraf pendidikan

Jenis sekolah, guru-guru dan rakan sebaya juga mempengaruhi dan membentuk personaliti

seorang kanak-kanak.Guru-guru yang penyayang dan prihatin akan memberi kesan yang positif

dalam penbentukan personality pemikiran murid-murid.Pengaruh rakan sebaya jiga ditentukan

melalui latarbelakang pusat pendidikan di mana seseorang iru belajar, sekiranya mereka dari

12 | P a g e

Page 13: sosioemosi

[ ] KAL 3033

kawasan miskin kemungkinan banyak pengaruh negative dalam personaliti kanak-kanak

tersebut.

e. Agama dan budaya

Sekiranya kanak-kanak dibesarkan dalam keluarga yang mengamalkan kepercayaan agama

dan amalan tradisi yang kuat, nilai-nilai tersebut akan diterapkan dan peringkat bayi lagi.Kanak-

kanak tersebut akan berpegang kuat terhadap kepercayaan dan amalan-amalan tradisi tersebut

sehingga dia membesar.

3. Pengalama lalu

a. Kejadian trauma

Kemalangan, penceraian ibubapa atau perpisahan sementara dan ibubapa semasa kecil akan

meninggalkan impak besar dalam personaliti seseorang kanak-kanak.

b. Tragedi yang berlaku kepada keluarga

Kematian ibubapa, datuk nenek atau penjaga mungkin akan mempengaruhi seorang murid bila

ianya berlaku sewaktu peringkat kanak-kanak.

c. Pengalaman atau kenangan yang diingati dan menyenangkan.

Kejadian yang jarang berlaku seperti percutian, majlis perkahwinan.Perjumpaan dengan

selebriti atau sebagainya meninggalkan kenangan abadi juga dapat mempengaruhi personality

seseorang bacaan atau perjumpaan dengan orang yang terkenal yang mungkin menjadi

teladan peranan model juga mempengaruhi personality kanak-kanak.

13 | P a g e

Page 14: sosioemosi

[ ] KAL 3033

Jadual 1.1 : Perkembangan Konsep kendiri

Semasa bayi Semasa kanak-

kanak

Semasa Remaja Semasa Dewasa Semasa

Pertengahan

Umur dan

berusia tua

Konsep kendiri

positif terbina

melalui

penjagaan

ibubapa semasa

bayi

Konsep kendiri

terbina dengan

memenuhi

keperluan bayi

tersebut.

Semasa kanak-

kanak dan

prasekolah,

mereka boleh

mengawal dan

mengambil

inisiatif menjadi

lebih berkuasa

Konsep kendiri

kanak-kanak

lebih tertumpu

kepada

beberapa kriteria

yang konkrit

seperti fizikal,

hak milik dan

kemahiran.

Sebagai anak

remaja dan

muda usianya

mereka

mendapatkan

pelbagai ilmu

pengetahuan,

membina

personaliti diri

dan peka

terhadap

pertumbuhan

fizikal badan.

Konsep kendiri

menjadi semakin

abstrakdan

rumit.kanak-

kanak membina

mekanisme

helah bela diri

bila menghadapi

masalah sosial

dan psikologi.

Dalam peringkat

semakin dewasa

mereka lebih

menumpukan

pada kerjaya dan

mula mempunyai

hubungan intim

dan mula

berumah tangga.

Memahami

dengan jelas

bahawa konsep

kendiri yang

positif dan

negatif memberi

impak terhadap

kerjaya dan

hubungan-

hubungan inter-

personal.

Semasa

pertengahan

usia dan

meningkat tua,

mereka melalui

pelbagai

perubahan fizikal

kepada tubuh

badan:lebih

berkongsi

tentang

pengalaman

manis yang

lepas dan

besedia mental

menghabiskan

usia tua .Hidup

dengan tenang

dengan konseo

kendiri yang

positif tetapi

menyesal dan

khuatir jika ada

kehendak yang

tidak dipeuhi.

14 | P a g e

Page 15: sosioemosi

[ ] KAL 3033

5.0 Penutup

Kesimpulannya, murid-murid perlu memiliki konsep kendiri yang tinggi supaya mereka berasa

seronok semasa mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.Dengan memiliki konsep

kendiri yang tinggi ini, murid-murid akan menjadi lebih berkeyakinan untuk menghadapi

cabaran-cabaran di sekolah untuk mendapat pencapaian akademik yang terbaik.Konsep kendiri

juga adalah dinamik dan sentiasa berubah-ubah.Konsep kendiri bergantung kepada interaksi

sosial seseorang yang mempenraguhi persekitaran.dalam hal ini semakin banyak seseorang

bergaul, pengalamannya juga bertambah.Rogers (1951)telah menyatakan bahawa manusia itu

memang mempunyai potensi untuk menuju ke arah kesempurnaan kendiri dengan syarat

seseorang itu harus mempunyai keyakinan terhadap dirinya.Dengan ini adalah penting untuk

seseorang memiliki konsep kendiri yang baik yang akan membantunya menuju kea rah

kesempurnaan kendiri bagi menjamin kehidupan yang lebih bermakna.

15 | P a g e

Page 16: sosioemosi

[ ] KAL 3033

Bibligrafi

Kamaruddin Husin.1996. Sekolah dan perkembangnan kanak-kanak.Utusan Publications &

Distrubutors sdn.Bhd ; Kuala Lumpur.

Ragbir kaur Jogender Singh.2011.Panduan ilmu Pendidikan.Kumpulan Budiman Sdn.Bhd ;

Selangor Darul Ehsan

Ramlan & mahani Razali.2004.Psikologi Pendidikan: Pendekatan Kontemporari.McGraw Hill

Malaysia Sdn.Bhd ; Kuala Lumpur

16 | P a g e

Page 17: sosioemosi

[ ] KAL 3033

6.0 Lampiran

Gambar rajah 1: Hierarki Konsep Kendiri

17 | P a g e

Page 18: sosioemosi

[ ] KAL 3033

Gambar rajah 2: faktor mempengaruhi konsep kendiri

18 | P a g e