sosioemosi pembentangan.pptx

36
PRA 3107 PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI OLEH : ROHANI BT BADARUDDIN (690201-08-6340) ULIA BT AA!AR (710"10-08-"742) PPG #!EB#2012 TAUK TUGASAN: 3$ T%&' * + , &' .%/ + % 5, & - & 5 / &' ,*% / &' & %- % $ B%& &' & 5 &5 &' 5%&' * , &' 5% &' / &' ,*% / &' & % % & - & . & . &' & - / 5% + ,&5, &' 5 % + * 5 ,5 NAMA PENS;ARAH: PN RATANAMLA A#P KALIMUTHU

Upload: rohani-badaruddin

Post on 04-Nov-2015

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

PRA 3107PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI OLEH : ROHANI BT BADARUDDIN (690201-08-6340) JULIA BT JAAFAR (710510-08-5742) PPG /FEB/2012 TAJUK TUGASAN:3. Tingkah laku yang dipelajari sewaktu kanak-kanak membesar amat mempengaruhi perkembangan sosio-emosi mereka. Bincangkan tentang tingkahaku negatif yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak dan cadangkan cara-cara praktikal untukmengatasi masalah tersebutNAMA PENSYARAH: PN RATANAMLA A/P KALIMUTHU

Konsep Perkembangan sosio

Merujuk kepada interaksi kanak-kanak sesama mereka dan dengan orang dewasaTermasuk kemahiran berkongsi ,bekerjasama, mematuhi peraturan.Melibatkan komunikasi lisan dan bukan lisanBerlaku secara peniruan dan pemodelan Konsep Perkembangan emosi

Bermaksud bergerak atau semangat yang menggerakkan kitaBersifat dalaman Suatu keadaan dialami oleh manusia Melibatkan perubahan proses fisiologi,diri dan psikologi.

Konsep Tingkah lakuApa yang seseorang itu lakukan dan katakanMempunyai satu atau lebih dimensi yang boleh diukurBoleh diperhati, dihurai dan direkodkanMempunyai kesan kepada persekitaranMempunyai hukum ada penyebabBersifat dalaman dan luaran

Konsep Perkembangan sosioemosi

Memberi fokus kepada penguasaan kemahiran emosi yang matang

Perkembangan emosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskanemosi sendiri ,diikuti dengan pencapaian emosi yang positif

Kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri, semangat berdikari dan bersikap positif terhadap pembelajaran

Keupayaan menguruskan emosi diri sendiri, membolehkan murid memahami emosi,Keperluan dan menghormati pandangan orang lain

Penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak kerana ia menjadi asas kepada pembelajaran dan perkembangan murid seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran mereka

Membina kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra dan berharmoni

Konsep tingkah laku negatif / bermasalah:

-Individu yang mempunyai konsep kendiri negatif akan berasa tidak puas hati, tidak gembira, cepat merajuk serta mudah tersinggung perasaannya.

-Masalah-masalah tingkah laku seperti ini menyebabkan dirinya kurang diterima oleh rakan-rakan sebaya, guru dan masyarakat.

-Keadaan ini akan memburukkan lagi imej kendiri pelajar berkenaan.

-Mereka akan mempunyai aras keyakinan diri yang rendah, sifat rendah diri, pasif, muram, tidak bersedia untuk bersosialisasi ataupun mula menarik diri, mudah tersinggung, tidak gembira, cepat merajuk dan pesimistik.

Menurut Atkinson (1990)

tingkah laku bermasalah adalah merupakan tingkahlaku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatumasyarakat.

Tingkah laku bermasalah boleh merangkumi tingkah lakudestruktif, tingkahlaku desruptif, pergantungan berlebihan, tingkah lakukebimbangan, tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri.

Tingkah laku bermasalah ini akan menjadi lebih berbahaya sekiranya ianya melibatkan klik yang mana akhirnya akan mengakibatkan keganasan sekiranya tidak dibendung dengan lebih awal.

CONTOH TINGKAH LAKU NEGATIFPergantungan berlebihanMengangguHiperaktifKebimbanganMerosakkanPengunduran Diri

1. Pergantungan berlebihanTingkah laku bermasalah juga mungkin berbentuk pergantungan berlebihan yang menunjukkan individu yang tidak dapat berdikari. Sebaliknya, individuyang sebegini amat bergantung kepada orang lain dan kumpulannya.Tingkah laku pergantungan berlebihan ini kerap berlaku di kalangan kanakkanak yang berumur sepuluh tahun ke bawah. Namun, ianya juga mungkin akan berlarutan hingga remaja. Pada suatu ketika, apabila orang yang diharapkan tiada, individu ini akan berasa cemas, takut, bimbang, tertekandan tidak tahu apa yang dilakukannya. Individu yang sebegini juga mudahmengikut percakapan orang lain dan mudah dipengaruhi. Ini akanmenimbulkan masalah pembentukan personaliti dan kendiri diri pelajar khasnya apabila mudah dipengaruhi oleh orang lain. Kemungkinan ianyaakan menimbulkan tingkah laku bermasalah yang lebih agresif seperti desruptif ataupun destruktif akibat terlalu bergantung kepada klik. Pendirianindividu yang mempunyai tingkah laku pergantungan berlebihan ini juga kurang tegas khasnya apabila berkaitan dengan sesuatu pendapat. Merekajuga kadang kala teragak-agak untuk membuat keputusan namun lebihmenyebelahi klik atau individu yang diharapkan. Individu sebegini jugamerupakan individu yang pendiam, tidak aktif, rendah diri, selalu mengalami kebimbangan dan tekanan. Di antara punca berlaku tingkah lakupergantungan berlebihan ialah akibat ibu bapa yang mengamalkan perlindungan terlampau, suasana rumah tangga yang tegang, autokratik dantidak mempercayai kanak-kanak.

2. Tingkah laku Desruptif/Menganggu

Individu yang mempunyai tingkah laku desruptif pula sentiasa menganggudan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tingkah laku menganggu ini juga berlaku di luar bilik darjah sama adasesama adik beradik mahupun rakan sebaya. Jenis-jenis tingkah laku desruptif termasuk hiperaktif, terlalu membuat bising, pergerakan melampau, menganggu rakan sebaya, gelak terbahak-bahak serta menunjukkankeagresifan fizikal seperti tolak-menolak. Biasanya, tingkah laku ini dialamioleh pelajar lelaki berusia 10 hingga 11 tahun. Selalunya tingkah laku desruptif akan menjadi punca terjadinya tingkah laku destruktif jika emositidak terkawal dan melibatkan aspek balas dendam, tidak puas hati dansebagainya.

3. Tingkah laku Destruktif/Merosakkan

Tingkah laku destruktif sering berlaku di kalangan pelajar yang berusia 10hingga 15 tahun. Sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui sindiran atau melalui perbuatanfizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang yang lain. Tingkah laku merosakkan ini mungkin melibatkanpermusuhan nyata, vandalisme dan klik. Tindakan agresif kepada pihak lawanakan ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam. Biasanya tingkah laku destruktif di kalangan pelajar berusia 15 tahun amat membahayakan yang boleh mengakibatkan kecederaan pelajar-pelajar lainyang dimusuhi. Sekiranya pelajar melibatkan klik, ia akan menyebabkan kes gangsterisme seperti kejadian pukul di luar sekolah mahupun di dalam sekolah. Tingkahlaku destruktif sebenarnya dipelajari sama ada melaluimasyarakat, ibu bapa mahupun televisyen.

4. Tingkah laku Kebimbangan

Manja Mohd Ludin (1990) mendefinisikan kerisauan sebagai . Pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang dialami oleh seseorang ketika ia merasa takut atau menghadapi ancaman dari sesuatu yang tidak dapat ditentukan dengan jelas.. kebimbangan berkait rapat dengan emosi ketakutan. Walaupun kebimbangan adalah suatu keadaan emosi yang berlaku di peringkat dalaman pelajar namun ianya juga merupakan salah satu daripada jenis tingkah laku bermasalah yang kurang ditonjolkanpermasalahannya. Seseorang yang sentiasa bimbang akan sentiasa cemas atau phobia menghadapi sesuatu cabaran. Mengikut kajian Barat, kanakkanak yang selalu berada di dalam kebimbangan akan mendapat markah yang rendah berbanding dengan kanak-kanak yang normal. Hill dan Eaton(1971) mendapati kanak-kanak yang berada dalam keadaan kebimbanganmenjawab ujian dengan tergesa-gesa kerana takut akan peruntukan masayang terhad. Mereka banyak melakukan kesilapan. Kebimbangan adalah fenomena yang akan menyebabkan kanak-kanak mempunyai personaliti dankendiri yang negatif. Individu sebegini akan menghadapi kesusahan dalam perhubungan dengan orang lain. Antara sebab terjadi tingkah lakukebimbangan ialah percanggahan motif, konflik diri antara tingkah laku dannilai sebenarnya, penyesuaian diri dalam menghadapi suatu keadaan yangbaru, menghadapi suatu keadaan yang sukar diramal dan kehilangan tempat bergantung.

5. Tingkah laku Pengunduran Diri

Pengunduran diri merupakan penarikan diri daripada suatu situasi kurang selamat atau mengancam. Tingkah laku ini merupakan mekanisme helah beladiri. Pada kebiasaannya, ianya berkaitan dengan pengalaman pahit pada masa lampau. Kanak-kanak yang pernah gagal dalam sesuatu usaha akanmengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri dalam sebarang tugas yang ada kaitannya dengan pengalaman awalnya. Tingkah laku pengunduran diriini jika dibiarkan akan menyebabkan pembentukan konsep diri yang rendah,tidak yakin untuk berinteraksi, dan terjejasnya perkembangan sosial, emosi dan intelek; serta kurang berupaya untuk menyelesaikan masalah. Masalahpengunduran diri juga menyebabkan kanak-kanak menyimpan perasaandalam hati dan tidak mampu meluahkannya. Ini akan mempengaruhipemikiran dan pembentukan personaliti mereka. Sekiranya ianya terluah padasesuatu ketika, ianya akan memungkinkan mereka melepaskan dengan tanpakawalan emosi termasuk kemungkinan-kemungkinan lain yangmembahayakan diri mereka sendiri.

6. Tingkah laku Pengasingan Diri

Pengasingan diri merupakan tingkah laku yang cuba menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini juga merupakan sejenis mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripadaberkomunikasi dengan orang lain. Sesetengah pelajar enggan melibatkan diridalam aktiviti atau sesi perbincangan yang diadakan di sesebuah bilik darjah apabila pelajar merasakan dirinya tidak dapat mengikuti pembelajaran.Akhirnya ianya akan memyebabkan pelajar-pelajar tidak mempunyaikeyakinan diri, rendah diri, pemalu, pendiam, tidak suka berkawan, tidak yakin berinteraksi dan personaliti yang tidak seimbang.Daripada penghuraian, tingkah laku bermasalah bukanlah hanya melibatkanaspek-aspek keganasan seperti pecah rumah, melepak, dadah, samsengsahaja namun ianya turut melibatkan permasalahan dalam pembentukan kendiri pelajar yang akan menentukan corak peribadi pelajar tersebut padausia dewasa. Kita sering memberi tumpuan kepada tingkah laku destruktifatau tingkah laku yang melibatkan keganasan sahaja berbanding tingkahlakubermasalah seperti kebimbangan, pengunduran diri, pengasingan diri.

CARA-CARA MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIF1.Amalan disiplin arsetif (Lee Canter, 1976) Penggunaan pendekatan positif dalam mengajar kanak-kanak.

-Guru memerhati dan memberi pujian dan sokongan semasa kanak-kanak melakukan perbuatan yg baik-Kawalan kelas yang tegas dan berpatutan untuk menjamin kebebasan individu-Menyediakan persekitaran yang optimun untuk pembelajaran-Mendapatkan bantuan dari ibubapa, pentadbir apabila perlu-Memberi sokongan kanak-kanak untuk menunjukkan tingkah laku yang bersesuaian-Memberi peluang kanak-kanak memilih tingkah laku berdasarkan pengalaman yang dialami-Menyediakan rancangan disiplin yang jelas dan menerangkan tentang harapan dan kesan-Bertindak secara arsetif untuk menangani konflik tingkah laku dan bukan secara agresif

CARA-CARA MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIFModel Ginott

-Mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif dengan melakukan komunikasi berkesan di antara guru dan kanak-kanak.-Menyedarkan kanak-kanak tentang punca konflik dan harus ditangani .-Menghargai kanak-kanak dan menjaga tingkah laku dalam usaha menyelesaikan masalah tingkah laku mereka.14

CARA-CARA MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIFModel Dreikurs

-Mengajar kanak-kanak membentuk peraturan yang membataskan tingkah laku-Mempercayaai semua kanak-kanak ingin rasa dimiliki dan tingkah laku mereka menggambarkan usaha untuk dimiliki.-Masalah salah laku berpunca daripada matamat yang tidak jelas seperti ingin mendapat perhatian, ingin berkuasa, membalas dendam dan lain-lain-Cara mendisiplinkan kanak-kanak adalah dengan menggalakkan tingkah laku yang positif

Beberapa cadangan untuk mengatasi masalah tingkah laku pelajar ini adalah seperti berikut:

a. Kenalpasti pelajar yang agresif(destruktif) adakan program moral b. Mengelakkan hukuman fizikal Membimbing pelajar supaya menyalurkan perasaan marah kepada sesuatu yang membina d. Memberi peluang kepada pelajar untuk meluahkan perasaane. Perbincangan dengan rakan sebaya f. Sikap ambil tahu dan prihatin terhadap pelajar g. Ganjaran dan pujian h. Didikan agama i. Penglibatan pelajar dalam pembelajaran j. Kasih sayang

CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIF A. Memodelkan tingkah laku yang positifKanak belajar tingkah laku positif melalui modelling(memerhati orang lain menunjukkan tingkah tertentu.Guru prasekolah boleh menjadi model atau teladan kepada kanak-kanak.Menunjukkan tingkah laku prososial dan menunjukkan amalan bekerjasama, berkongsi dan menghormati orang lain serta berbudi bahasa, mengucapkan tolong, terimakasih, meminta maaf dll.

CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIFB. Menggunakan pengurusan konflik dan teknik resolusi

Strategi pengurusan konflik dan teknik resolusi membantu kanak-kanak menggunakan kemahiran ketika menghadapi dan menyelesaikan masalahantara satu sama lain. 1. Talk it over (bercakap bersama) -Kanak-kanak diberi peluang untuk memberi alasan dan bercakap tentang sesuatu konflik yang berlaku kerana perbalahan atau pergaduhan ada dua pandangan berbeza. -Belajar bahawa dengan hanya bercakap dan meluahkan pendapat dan perasaan secara verbal, sesuatu masalah boleh diselesaikan dengan damai. -Langkah ini membantu kanak-kanak berfikir cara-cara untuk menyelesaikan konflik mereka.

CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIF 2. Model resolutions (memodelkan resolusi)-Guru prasekolah boleh mengingatkan atau mencadangkan kanak-kanak menunjukkan resolusi yang sesuai jika berlaku konflik.contoh: Aiman, tolong jangan tolak bangunan Husin keranan dia telah lama membinanya. Ali, apakah cara lain (selain daripada memukul) supaya Atan tidak duduk ditempat awak.

3. Teach Children to say Im sorry (Mengajar kanak-kanak meminta maaf)-Meminta maaf adalah satu cara yang baik untuk mengubati perasaan yang disinggung. -Kanak-kanak perlu diajar dan digalakkan untuk meminta maaf jika berlaku sesuatu peristiwa yang menyebabkan kawan mereka marah.

CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIF 4. Do something else(melakukan sesuatu yang lain)-Alihkan perhatian kanak-kanak kepada aktiviti lain.Contohnya, ketika mereka sedang merebut sesuatu alat, alihkan tumpuan mereka kepada perkara lain.

5. Take turns (mengikut giliran)-Mengikut giliran adalah cara yang baik untuk mengajar kanak-kanak bahawa mereka tidak seharusnya sentiasa diberi layanan dahulu kerana orang lain juga berhak untuk dilayani.

6. Share (Berkongsi)-Kanak-kanak harus diajar berkongsi dengan kanak-kanak lain semasa bermain.-Jika konflik berlaku, kanak-kanak boleh dibantu untuk membuat pilihan lain selain daripada berebut atau memukul rakan.

CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIF C. Modifikasi Tingkah laku-Merujuk kepada menghasilkan perubahan tingkah laku yang positif melalui intervensi oleh guru semasa interaksi seharian di kalangan kanak-kanak seperti:

1. Peneguhan Positif-Memberi ganjaran kepada kanak-kanak dalam bentuk lisan seperti a. pujian (cantik, betul, bagus dll). b. Kata-kata perangsang (saya tahu anda boleh melakukannya.) c. Memberi hadiah seperti gula-gula dll. d. tepukan tangan e. isyarat ok atau anggukan kepala.-Ganjaran diberikan apabila mereka menunjukkan tingkah laku positif.-Semua diatas akan mendorong kanak-kanak menunjukkan tingkah laku positif.

CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIF 2. Sistem Token-Guru boleh memberi token seperti bibtang, sticker, gambar, setem dan lain-lain kepada kanak-kanak selepas menunjukkan sesuatu tugasan atau telah menunjukkkan tingkahlaku yang positif. Token-token boleh ditukar oleh kanak-kanak untuk sesuatu hadiah atau aktiviti yang digemarinya.

3. Time-out:-Amalan ini digunakan apabila kanak-kanak telah melakukan sesuatu kesalahan.-Mereka tidak dibenarkan meneruskan sesuatu aktiviti untuk seketika sehingga dia telah bertenang (cool down) atau bersedia untuk bertingkah laku baik.

CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIF 4. Menggunakan I message. I message ialah satu pernyataan tentang perasaan tanpa menuduh atau mengkritik orang yang membuat kesalahan.I message memerlukan 3 perkara: i. Pihak yang menyusahkan kita ii. Tingkahlaku yang menyakitkan perasaan kita. iii. Kenapa kita merasa begitu. Contoh : Saya merasa sakit bila dipijak pada kaki; Saya tidak suka apabila dipanggil nama itu.I message membantu kanak-kanak menyampaikan perasaan mereka dengan lebih berkesan.Merupakan langkah pertama yang penting dalam penyelesaian konflik. I Message boleh di ajar melalui modelling atau menunjukkan teladan.

CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIF-PERANAN GURU-D. Pengurusan bilik darjah yang kondusif.Strategi pengajaran dan pembelajaran yang membosankan, fizikal sekolah yang padat, panas dan bising turut menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang negatif.

-Guru perlu memastikan persekitaran kelas selamat, suasana kelas selesa, susun atur perabot sesuai dan tidak terlalu padat, tingkap dan pintu boleh mengalirkan udara secukupnya. Dinding di cat dengan warna ceria dan sebagainya.

-Guru haruslah membuat persediaan yang rapi sebelum sesi p&p, menggunakan teknik, kaedah yang sesuai serta merancang aktiviti yang menarik serta menyediakan BBM agar proses p&p berjalan dengan lancar.

- Guru haruslah berinteraksi secara mesra dan bersikap adil.

CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIFD. Pengurusan bilik darjah yang kondusif.Strategi pengajaran dan pembelajaran yang membosankan, fizikal sekolah yang padat, panas dan bising turut menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang negatif.

-Guru perlu memastikan persekitaran kelas selamat, suasana kelas selesa, susun atur perabot sesuai dan tidak terlalu padat, tingkap dan pintu boleh mengalirkan udara secukupnya. Dinding di cat dengan warna ceria dan sebagainya.

-Guru haruslah membuat persediaan yang rapi sebelum sesi p&p, menggunakan teknik, kaedah yang sesuai serta merancang aktiviti yang menarik serta menyediakan BBM agar proses p&p berjalan dengan lancar.

- Guru haruslah berinteraksi secara mesra dan bersikap adil.

CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIF

E. Membina Kemahiran sosial - Kemahiran sosial ialah hubungan interpersonal dan proses interaksi sesama manusia yang harus membawa manfaat kepada semua pihak iaitu 1. Membina persahabatan 2. Berbual dengan orang lain 3. Mempunyai budi pekerti yang baik.- Elemen yang perlu diberi penekanan dalam membina kemahiran sosial ialah: Mengetahui batas hubungan dengan orang lain,memahami orang lain, memahami perasaan orang lain, menerima perasaan orang lain.- Kelemahan kemahiran sosial menyebabkan seseorang lebih mudah terpengaruh dengan anasir negatif.

Beberapa cadangan untuk membina kemahiran sosial bagi mengatasi masalah tingkah laku pelajar ini adalah terbahagi kepada 3 pihak.

CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIFPeranan Guru membina kemahiran sosial.Guru perlu menerap kemahiran sosial berdasarkan nilai-nilai murni seperti berikut: a. Bersopan b. Berhemah semasa berkomunikasi c. Bertimbang rasa d. Bertolak ansur e. Bekerjasama f. Menghormati orang lain.

Terap nilai-nilai agama seperti jujur, amanah, istiqamah dan seumpamanya kerana kanak-kanak yang bersifat seperti ini akan terpelihara dari tingkah laku negatif.

CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIFPeranan rakan sebaya membina kemahiran sosialRakan sebaya mempunyai peranan penting dalam menangani masalah tingkah laku.Menerap nilai yang dapat diterima oleh persekitaran dalam sesuatu permainan.b. Memupuk sikap baik ketika bermain melalui modeling dan reinforcement.Menanam sikap pengorbanan dan bekerjasama dalam persahabatan. (Budaya kini: menjurus kepada persahabatan sementara yang hanya untuk berseronok dan hiburan kerana pengaruh budaya Barat berasaskan hedonisme- mementingkan keseronokan dan kesenangan hidup)

CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIF

Peranan Ibubapa membina kemahiran sosial

Memberi peluang kepada kanak-kanak bermain dengan rakan sebaya.Bermain dengan anak seolah mereka adalah rakan sebaya.Berbual dengan anak mengenai pengalaman sosial. ( menunjukkan gambaran mengambil berat)Memberikan pendekatan yang pelbagai dalam menyelesaikan masalah. Menggalakkan tindakbalas positif dan tidak kasar.

12 tips pengurusan tingkah laku di dalam kelas.Majalah pendidik telah menemui beberapa orang guru yang mengakui teknik yang digunakan oleh mereka berkesan dan 12 teknik telah dipilih.

Wujudkan satu set senarai tingkahlaku yang guru harapkan daripada pelajar dan laksanakannya dengan tegas. . Semua pelajar berhak untuk dihormati. . Semua pelajar berhak dan bertanggungjawab untuk belajar. . Aktiviti kelas hendaklah dimulakan dengan serta merta dan akan tamat bila guru tamat mengajar. . Pelajar tidak dibenarkan makan atau mengunyah gula-gula ketika berada di dalam bilik darjah.Bersabar dengan diri dan karenah pelajar.Berbaik-baiklah dengan ibu bapa.Masuk ke kelas awal.

12 tips pengurusan tingkah laku di dalam kelas.5. Jangan terlalu banyak bercakap. Gunakan 15 hingga 20 minit yang pertama untuk memberi penerangan, soal jawab dan sebagainya. Kemudian, habiskan sesi pembelajaran dengan memberi peluang kepada pelajar untuk membuat latihan secukupnya.6. Bagi kelas 2 waktu berkembar, bahagikan aktiviti kepada 2 bahagian dan pastikan terdapat kesinambungan antara kedua-dua bahagian aktiviti7. Mulakan sesi pembelajaran secepat mungkin dan tamat pada saat terakhir. Elakkan daripada menamatkan sesi pembelajaran terlalu awal.8. Jangan memanggil nama pelajar-pelajar untuk tujuan menanda kedatangan mereka. Gunakan waktu pelajar menjalankan tugasan seperti gerak kerja bertulis untuk menjalankan tugas ini.9. Pastikan semua pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang anda jalankan. Misalnya, apabila ada pelajar memberikan pendapat atau jawapan, minta pelajar-pelajar lain memberikan komen.

12 tips pengurusan tingkah laku di dalam kelas.10. Berikan teguran kepada pelajar secara individu dan tidak mengganggu pelajar-pelajar lain. Elakkan mengatakan sesuatu mengenai disiplin seseorang pelajar secara terbuka untuk semua pelajar. 11. Mengajarlah dengan fikiran yang sentiasa terbuka dan jangan lupa sense of humor anda.12. Jangan ragu-ragu untuk meminta bantuan rakan sekerja yang berpengalaman sekiranya menghadapi masalah.

KESIMPULANAhli psikologi dan pakar perkembangan kanak-kanak telah menggambarkan tentang kuatnya pengaruh ibubapa, pengasuh dan pendidik dalam membentuk sikap dan tingkah laku kanak seperti berikut:

Sekiranya kanak-kanak hidup dengan kejujuran, dia belajar menghargai kebenaran.Sekiranya kanak-kanak mendapat layanan yang sama rata, dia belajar menghargai keadilan. Sekiranya kanak-kanak dihargai, dia akan merasa dirinya berguna.Sekiranya kanak-kanak berasa dirinya diterima, dia belajar berkasih sayang.Sekiranya kanak-kanak hidup dalam suasana tolak ansur, dia belajar menjadi sabar.Sekiranya kanak-kanak hidup dengan dikritik, dia belajar membenci, dan sekiranya kanak-kanak hidup dalam perseteruan, dia belajar berkelahi.

CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIF-PERANAN IBUBAPA-7. Sekiranya kanak-kanak hidup dalam ketakutan, dia sentiasa bimbang, dan sekiranya kanak-kanak selalu diperli, dia belajar malu pada diri sendiri.8. Sekiranya kanak-kank hidup dengan rasa selamat, dia belajar mempercayai orang lain.9. Sekiranya kanak-kanak hidup dalam keadaan yang dikasihani, dia belajar menjadi malu pada diri sendiri.10. Sekiranya kanak-kanak hidup dalam keadaan di mana sentiasa terdapat model yang baik, dia akan belajar menjadi individu yang berakhlak mulia.

Oleh itu menjadi model yang baik merupakan cabaran kepada para guru dalam membentuk sikap dan tingkah laku kanak-kanak, ambillah peluang semasa mereka mudah diajar dan bukan semasa mereka tidak boleh lagi diajar.

Bibiografi:

Kementerian Pelajaran Malaysia. Modul Prasekolah. PRA3107Perkembangan Sosioemosi.(Cyberjaya) 2010

Dr Rozumah Baharudin. Semai Nilai Murni Dari Awal Hidup Anak.Anak Sayang. Pendidikan dan Penjagaan Kanak-kanak Prasekolah.( UPM)1995

Pendidik. Pengurusan Bilik Darjah. (Kuala Lumpur) 2005. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kemahiran_interpersonal

http://belajarpsikologi.com/peranan-konsep-diri-dalam-menentukan-perilaku/

http://www.anneahira.com/pengertian-perilaku.htm

http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2004/tiwi2004.pdf

36