som

2
Che som Binti Abdullah Kampung Padang Besar, Simpang 3 Sungai Limau, 06680, Alor Star, Kedah Darul Aman. 8 FEBRUARI 2014 Pengarah Urusan Tabung Haji Lembaga Tabung Haji, 201, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur Tuan, Memohon Rayuan Bagi Mengerjakan Haji Pada Tahun 2014 Perkara diatas adalah dirujuk. 2. Saya seperti nama diatas ingin memohon agar saya dipertimbangkan bagi menunaikan haji pada tahun ini 2014. 3. Untuk makluman tuan, saya merupakan golongan warga emas yang belum berkesempatan untuk mengerjakan haji. Dengan ini saya merayu kepada pihak tuan untuk memberikan tempat haji pada tahun ini atas sebab-sebab berikut: 3.1 Usia saya semakin meningkat akan menghalang saya daripada mengerjakan ibadat haji dengan sempurna sekiranya tidak dapat menunaikannya dalam masa terdekat. 3.2 Kesihatan saya pada masa ini masih baik dan masih mampu untuk mengerjakan ibadat haji pada tahun ini berbanding dengan masa hadapan berikutan lanjutan usia berkemungkinan kesihatan akan terjejas. 4. Saya juga telah lama mengikuti kursus Haji yang telah dianjurkan di Masjid Guar Chempedak selama beberapa siri sebagai persediaan untuk mengerjakan ibadat haji. Oleh yang demikian, saya amat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya.

Upload: nazatul-firdaus-zainon

Post on 16-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rayua haji

TRANSCRIPT

Che som Binti AbdullahKampung Padang Besar,Simpang 3 Sungai Limau,06680, Alor Star,Kedah Darul Aman.8 FEBRUARI 2014

Pengarah Urusan Tabung HajiLembaga Tabung Haji,201, Jalan Tun Razak,50400 Kuala Lumpur

Tuan,

Memohon Rayuan Bagi Mengerjakan Haji Pada Tahun 2014

Perkara diatas adalah dirujuk.

2.Saya seperti nama diatas ingin memohon agar saya dipertimbangkan bagi menunaikan haji pada tahun ini 2014.

3.Untuk makluman tuan, saya merupakan golongan warga emas yang belum berkesempatan untuk mengerjakan haji. Dengan ini saya merayu kepada pihak tuan untuk memberikan tempat haji pada tahun ini atas sebab-sebab berikut:

3.1Usia saya semakin meningkat akan menghalang saya daripada mengerjakan ibadat haji dengan sempurna sekiranya tidak dapat menunaikannya dalam masa terdekat.3.2Kesihatan saya pada masa ini masih baik dan masih mampu untuk mengerjakan ibadat haji pada tahun ini berbanding dengan masa hadapan berikutan lanjutan usia berkemungkinan kesihatan akan terjejas.

4.Saya juga telah lama mengikuti kursus Haji yang telah dianjurkan di Masjid Guar Chempedak selama beberapa siri sebagai persediaan untuk mengerjakan ibadat haji. Oleh yang demikian, saya amat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya.

5.Segala jasa baik daripada pihak tuan hanya Allah sahaja yang dapat membalas. Segala pertimbangan dan perhatian pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima ksih.

Yang benar,

____________________Che Som Binti Abdullah510319-02-5542