solat sunat dhuha

40
SOLAT SUNAT DHUHA Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseor kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tig bulan, dua raka‟at Dhuha dan Witir sebelum tidur.” Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-ma antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaika sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripad itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud) . Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan palin yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh di adalah dua rakaat. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali -kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solatDhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani) . . . Waktu Solat Dhuha Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Seki berhalangan adalahlebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuru pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pag Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah angg matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam p pagi.

Upload: markimi

Post on 09-Oct-2015

129 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

solat

TRANSCRIPT

SOLAT SUNAT DHUHA
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba
kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat
Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW
berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap
bulan, dua rakaat Dhuha dan Witir sebelum tidur.”  
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di
antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap
kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil
adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah
sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada
itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim
dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak
 yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan
adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali -kali kamu
malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan
keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
.
.
.
 Waktu Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya
 berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat.
Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32
pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
 Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran
matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30
pagi.
 
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala
itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda
bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di
waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu
 Dhuha.”   (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
.
.
.
.
i/ Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/ As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/ Al-lail dan Al-Insyirah.
i/ Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/ Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
3. Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali: 
 
 
.
.
.
Fadhilat Solat Dhuha
Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan
 Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.   Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang
mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”  
  Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan „Dhuha. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat
 
SOLAT SUNAT HAJAT
 Solat Sunat Hajat  merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah  SWT  dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua rakaat.”   (Riwayat At-Tarmizi) Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda
 bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua rakaat dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”  
. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati atau hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah dimakbulkan.
. Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktu siang maupun malam hari. Lebih afdal solat
 bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya.
.
 
.
.
. Sekiranya dilakukan selepas terjaga dari tidur pada sebelah malam, sebelum melakukan Solat Sunat Hajat, hendaklah bersugi dan mandi terlebih dahulu kemudian berwuduk bagi membersihkan diri dan menyegarkan diri. Pakailah pakaian yang bersih dan afdalnya berwarna putih.
.
.
. Dirikanlah Solat Sunat Hajat sebagaimana solat-solat biasa yang lain dengan mematuhi 13 rukun yang telah disyariatkan itu. Perbezaannya cuma pada perkara-perkara berikut:
. 1. Lafaz dan niat:
“U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-a-tai-ni lil-laa-hi ta-aa- laa.” 
 Daku Solat Sunat Hajat dua rakaat, kerana Allah Taala.  .  .
2. Bacaan selepas  Al-Fatihah  .
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau  Ayat Al-Kursi  (satu kali atau 11 kali)
 
  “ALLaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta „khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa „u „indahu illaa biidznih, ya „lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna  bisyai-in minilhimi illaa bimaa syaa-a, wasia kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwalaliyuul „azhiim.”  “Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi.
.
. Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas  (sekali atau 11 kali)
 
 
“Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara
dengan- Nya.”   .
.
. 3. Membaca Tasbih
. a. Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini 41 kali: 
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min.” 
.
Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:
. a. Istighfar (10 / 100 kali) 
“As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-  bu i-laih.” 
 
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan  Allah. 
. c. Selawat (10 / 100 kali) 
“Allaahumma shalli „alaa Sayyidinaa Muhammadin wa „alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin.” 
Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi  Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami
 Muhamad SAW.  . .
.
dilakukan selepas solat fardhu Maghrib dan solat sunat Baadiah
Maghrib. Solat sunat Awwabin ini dikerjakan sebanyak 2, 4 atau 6 rakaat
 bahkan boleh juga dilakukan sehingga 20 rakaat sepuluh salam.
Solat sunat tambahan ini sebagai amal ibadat sementara menanti waktu
Isyak, ianya lebih baik dari duduk berbual kosong atau tidur, terutama
 jika tiada majlis ilmu. Boleh juga dilakukan di rumah jika berhalangan
untuk solat jamaah di masjid.
Lakukanlah ia selalu agar Allah SWT. merahmati kita dengan
memelihara keteguhan dan nikmat keimanan yang berterusan serta
menghapuskan dosa-dosa kita.
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ; “Sesiapa yang
bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang
antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan
ibadat duabelas tahun.”  (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-
Turmuzi.)
a. Lafaz niat solat sunat Awwabin:
 Daku solat sunat memelihara iman dan Awwabin dua rakaat, kerana
 Allah Taala. 
surah berikut:
.
c. Dalam sujud terakhir iaitu selepas membaca tasbih sujud, bacalah doa
 berikut:
 Ya Allah! Penuhkanlah daku dengan iman dan peliharalah ia di
sepanjang hidupku, ketika kembaliku dan selepas matiku. Sesungguhnya
Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu!
.
 
 
 Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan
melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. 
.
.
.
surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah
al-Ikhlas.
a. Lafaz niat solat sunat Awwabin serta Istikharah:
 Daku bersolat Sunat Awwabin serta Istikharah dua rakaat, kerana
 Allah Taala. 
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas
.
Ya Allah! Pilihlah untukku mana yang ada padanya kebaikan dan
keelokan dalam urusan agamaku dan duniaku; Dengan Rahmat-Mu,
wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! 
 

   
  .
Solat Solat Musafir atau Solat Safar adalah solat sunat dua rakaat yang didirikan di rumah kediamannya ketika seseorang itu ingin memulakan sesuatu perjalanan.
. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu „alaihi wa sallam :
              “Tiada seorang hamba meninggalkan atas keluarganya sesuatu yang
lebih utama daripada melakukan rukuk (solat) dua rakaat di dekat keluarganya ketika menghendaki musafir (safar).”  
(Al-Imam An-Nawawi, Al-Ma jmu, Dar Ihya At-Turots al-Arobiy) .
Dalam hadis lain dari Sahabat Anas RA disebutkan:                 
Dari sahabat Anas berkata: “Baginda Nabi  shallallahu „alaihi wa sallam  tidaklah tinggal di suatu tempat tinggal kecuali Baginda
meninggalkannya dengan dua rakaat.”   .
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi shallallahu „alaihi wa sallam bersabda,
     

         “Jika kamu keluar dari rumahmu, maka lakukanlah solat dua rakaat
yang dengan ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika kamu memasuki rumahmu maka lakukanlah solat
dua rakaat yang akan menghalangimu dari keburukan yang masuk ke dalam rumah.”  
(H.R. Al-Bazzar; dinilai sahih oleh Al-Albani) .
.
.
.
 
. 1.  Lafaz niatnya:-

2. Lakukan seperti solat sunat biasa dengan membaca surah:  Rakaat pertama:  Al-Kafirun atau Surah Al-Kafirun  Rakaat ke-dua:  Al-Ikhlas Surah atau An-Naas
, 3. Selepas salam bacalah Ayat Kursi dan surah Al-Quraish sekali.
Seseorang yang membaca Ayat Kursi sebelum keluar dari kediamannya maka tidak akan terkena sesuatu yang tidak disukainya sehingga kembali semula. Dan faedah dari Surah Al-Quraisy adalah supaya selamat dari semua keburukan. (Al- Imam An-Nawawi, al-Adzkar An-Nawawiyah hal 233, Dar al-Kutub al-Islamiyah.)
. 4. Akhirnya baca doa melakukan perjalanan (musafir) berikut:
 
 
 
berlindung dengan-Mu daripada kesukaran perjalanan, kejemuan pemandangan dan perubahan buruk terhadap harta, keluarga dan anak pinak. Semua yang kembali, semua orang yang bertaubat dan semua orang yang beribadat, kepada Tuhan kami mereka memuji, dengan Rahmat-Mu wahai Yang  Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang! 
. 5. Doa memulakan perjalanan
.
Solat Sunat Wuduk 
. Sesudah seseorang mengambil wuduk (air sembahyang) disunatkan untuk mendirikan Solat Sunat Wuduk sebanyak dua rakaat. Solat ini dikenali juga dengan nama „Solat Syukur Wuduk. Jika kebetulan
 berada di masjid, maka boleh dikemudiankan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
Solat sunat ini termasuk ke dalam solat sunat „muqayyad  iaitu solat  bersebab yang dikaitkan waktunya dengan wuduk. Dengan itu Solat Sunat Wuduk boleh dilakukan walaupun dalam waktu larangan melakukan solat sunat. Bagi mereka yang telah menyempurnakan wuduknya lalu mengerjakan solat sunat dua rakaat dengan penuh khusyuk  kerana
 Allah Subhanahu wa Taala, maka dia akan dimasukkan ke syurga. .
.
. CARA MENGERJAKAN SOLAT WUDUK
. 1. Solat Sunat Wuduk sebanyak dua rakaat amat baik jika dapat dilakukan setiap kali selepas kita selesai mengambil wuduk.
. 2. Lafaz dan niatnya ialah: 
. 3. Bacaan surah selepas Fatihah:  
.
. KEUTAMAAN SOLAT SUNAT WUDUK Solat Sunat Wuduk memiliki keutamaan yang sangat besar sepertimana
 yang terkandung di dalam hadis-hadis Rasulullah shallallahu „alaihi wasallam (SAW): 
. 1. Diampunkan Dosa-Dosa Lampau  „Uthman menyatakan bahawa Rasulullah SAW  pernah bersabda:
 

      . 
“Sesiapa berwuduk seperti wudukku ini lalu mendirikan solat dua rakaat, yang pada solatnya dia tidak berbicara
 pada dirinya sendiri (yakni mendirikannya dengan khusyuk) nescaya Allah SWT akan memberikan ampunan
kepadanya atas dosa-dosanya yang lalu.”   (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
. 2. Mengerjakannya Akan Dimasukkan Ke Syurga  Dari „Uqbah bin „Amir, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:
      




 

menghadirkan hati dan menghadapkan wajahnya, melainkan telah wajib baginya syurga.”  
 
 
Solat Sunat Witir merupakan sunat muakkad yang amat penting dan digalakkan
melakukannya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sentiasa melakukan solat
.
Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda
Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Abu Hurairah: “Sesiapa yang tidak
berwitir, maka bukanlah dia termasuk gol ongan kami.”  (Diriwayatkan oleh
Ahmad dan Abu Daud) Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda lagi: “Sesungguhnya Allah
SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada
bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat
W itir.”  (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)
.
RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam: “Wahai ahli Al -Quran, kerjakanlah
Solat Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada
 ganjil.”  (Riwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan
Hakim).
Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia
dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau berakhir 3 rakaat
(1 tahiyyat 1 salam).
Witir Penutup Solat  .
Solat Witir dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (subuh). Ia
dapat dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih. Ia
sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.”  (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)
.
Sekiranya dirasa tidak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka
 bolehlah terus mengerjakan solat Witir sesudah mengerjakan solat Isyak.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang berasa dirinya
tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan  solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya mampu
dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan
 
 solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri
oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama.”  (Hadis riwayat Ahmad,
Muslim, Termizi dan Ibnu Majah)
.
.
Fadhilat Solat Witir  1. Orang yang mengamalkannya akan turut disaksikan oleh para Malaikat.
2. Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib yang lain.
3. Menurut sunnah yang akan memperolehi syafaat Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam di akhirat kelak.
“U -shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”  
Daku Solat Sunat Witi r dua rakaat, kerana Allah Taala.  .
2. Bacaan selepas Fatihah:
Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun   .
.
“U -shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tan lil-laa-hi ta-’aa-laa.”  
Daku Solat Sunat Witi r satu rakaat, kerana Allah Taala.  . 
5. Selepas Al-Fatihah pada rakaat terakhir, dibaca „Surah  Muawwizat  iaitu:
a) Al -I khlas,  b) Al -Falaq dan 
c) An-Naas.  . 
Al- Nasa’i meriwayatkan daripada Ka’ab r.a., ia berkata: “Rasulullah Sallallahu
 Alaihi Wasallam membaca dalam solat Witir dengan Surah Al- A’laa, Al -
 Kafiruun dan Al- Ikhlas.”  . 
 
Ishaq bin Ibrahim bin Habib bin Syahid Al Bushri menceritakan kepada kami,
Muhammad bin Salamah Al Harrani memberitahukan kepada kami dari Khusaif
dari Abdul Aziz bin Juraij berkata: “Saya bertanya kepada Aisyah, membaca 
 surat apa ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengerjakan
 solat witir?” Aisyah menjawab: “Baginda membaca pada rakaat pertama
dengan: „Sabbihisma Rabbikal Alaa, „Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun pada
rakaat kedua, dan „Qul Huwallaahu Ahad dan „Muawwidzatain pada
rakaat ketiga.”   .
1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:
. Zikir ini dibaca tiga kali dan pada kali yang ketiga hendaklah menaikkan
suara. “RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam setelah salam dari solat witir
berkata: Subhanallah Malikil Qudduus tiga kali dan meninggikan suaranya
 pada zikir yang ketiga.” (Hadis dari Ubay bin Ka’ab) 
.
.
 
 
.
.
 
  . .
Hukum Tangguh Witir ~ Harus   .
1.  Harus seseorang itu melakukan solat witir sebanyak dua rakaat saja dan
simpan satu rakaat lagi untuk dilakukan selepas solat sunat lain pada
tengah malam.
2.  Harus juga menangguhkan Solat Witir untuk dijadikan penutup selepas
solat sunat lain pada tengah malam.
3.  Jika seseorang itu melakukan solat Witir selepas Tarawih kerana mahu
mendapatkan pahala jemaah, dibolehkan baginya untuk solat sunat lain
ketika bangun tengah malam, tetapi dilarang mengulangi solat witir lagi.
Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Tidak ada dua witir pada
satu malam.”  
 
.
Imam Ahmad berkata: “Sesiapa meninggalkan sol at witir, maka dia seorang lelaki yang buruk dan tidak wajar untuk menerima
 persaksiannya.”   .


 
 
     .
Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau
 boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang- kurangnya sekali dalam seumur hidup.
. Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah shallallahu „alaihi wasallam bersabda: “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari  Jumaat  atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“   ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )
. Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.
. Daripada Ibnu „Abbas r.a.; “Rasulullah shallallahu „alaihi wasallam telah bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul
 Muthallib; „Wahai al -„Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu „sepuluh kelebihan   jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan; iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat  di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-
 Fatihah dan surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri itu; “ 
                ” (Subhanallah Walhamdulillah Walaa  Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar) sebanyak 15 kali. Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali. Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri Itidal itu). Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat .
 Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak
.
. Cara Mendirikan Solat Sunat Tasbih
. Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam ( 2 rakaat, 1 salam). Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama (lebih kurang 4 minit) kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya 75 kali, maka jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih X 4 rakaat = 300 kali.
. Caranya;
. 1. Niat Solat Sunat Tasbih:  a) Niat Solat Tasbih 2 Rakaat,
“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh rok-a-tai-ni lil-laa-hi ta-aa- laa.” 
(Daku Solat Sunat Tasbih dua rakaat, kerana Allah Taala.)  . 
 b) Niat Solat Tasbih 4 Rakaat,
“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh ar-ba-a rok-a-tin lil-laa-hi ta- aa-laa.” 

. 2. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
 
3. Bacaan Tasbihnya ialah:
 Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar; Dan tiada daya dan upaya
melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha  Agung. 
.  Nota; 
 
.
. 4. Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum
 berpindah kepergerakan seterusnya. . .
5. Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:   Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali
tasbih   Rukuk - 10 kali tasbih   Iktidal - 10 kali tasbih   Sujud pertama - 10 kali tasbih   Duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih   Sujud kedua - 10 kali tasbih   Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2
sujud, - 10 kali tasbih. . .
.
 
.
.
 
 
 

 
Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya
 bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
. Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan
 perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima
 permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:  “Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan  Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi  perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai  I dan disitulah tempat mereka selamanya.”   (HR Abu Daud, NasaI, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
. Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-
 bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
. Fadhilat Taubat:
.
Rakaat pertama:  Surah Al-Kafirun  Rakaat kedua:  Surah Al-Ikhlas 
.
. 3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali: 
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li- miyn.”  
.
. a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;  
“As-tagh-fi- rul-Laa-hil „A -ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum
 wa-a-tuu-bu i-laih.”   Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha  Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya. 
 
“As-tagh-fi- rul-Laa-hil „A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta „Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si- hi dhor-raa, wa-laa naf-„an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”    Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha  Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan. 
. c. Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali : 

 
5. Baca Doa Taubat
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada  Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!  Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang
 banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).  Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman. 
 Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku
 bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya. 
 Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan
 
 baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.