solah

4

Click here to load reader

Upload: khairul-anuar-mohd-isa

Post on 14-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bayyinah

TRANSCRIPT

Page 1: solah

Disebabkan ia menjadi rutin, ia telah terlalu menjadi biasa bagi yang selalu melakukannya. Ya, perintah Allah yang pertama kali akan dihisab, solat 5 waktu. Bertahun, belasan bahkan ada yang berpuluhan tahun kita mendirikan solat. Apakah benar ia memberi erti pada kehidupan kita?

Ada masa kita dalam keadaan yang 'jarang bersedia', lintasan hati dan fikirkan sesuatu yang tidak sepatutnya difikirkan. Di tambah kadang, tatkala solat yang didirikan dalam keadaan penat mengharung dunia, letih melayan tugasan harian untuk dilakukan atau bila sendi tubuh kesakitan. Tak salah andainya dikatakan tubuh bergerak tanpa ruh yang hidup. Namun, di dalam surah al baqarah ayat 45 menyatakan bahawa :

Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Dan solat itu sungguh sangat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.

Ungkapan berulang yang juga saya dengar dari ayat kedua surah Al Mukminun, menusuk-nusuk sentap ke dalam hati tak kurang juga menjadi motivasi pada jiwa..

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solat... dan begitu banyak lagi ayat quran perihal solat yang boleh kita teladani dan ambil pelajaran untuk kehidupaan kita.

Tidak salah jika dikatakan kita lebih mengharapkan hasil dalam masa yang singkat untuk mencapai sesuatu. Walhal Allah tidak melihat hasil bahkan Allah lebih melihat apa yang kita usahakan dalam mencapai redhaNya. Kita lebih tertipu melihat hasil, hingga kita meyakini apa yang diperoleh itulah segala-galanya. Dan tanpa sedar kita hanyut jauh dan menjauh terus dari Allah.

Bukan mudah untuk mencapai khusyuk, kerna ia amat sukar diperoleh dan khusyuk yang dirasa itu bukan kita yang cipta melainkan Allah yang izinkan untuk dikurniakan pada kita. Ia akan hadir sedikit demi sedikit dan ketika itulah kita akan merasakan kemanisan dalam melakukan ibadah.

Sering disuakan dengan kisah sahabat di zaman Nabi yang diceritakan kakinya dipotong (saya tidak pasti kisah ini sahih atau sebaliknya, sila betulkan saya) untuk rawatan tatkala solat lantaran khusyu' yang begitu hebat...lalu siapalah kita yang hendak dibandingkan khusyu' yang sedemikian? Mendengar sekilas talk, mengatakan maksimum peratus khusyuk yang boleh kita peroleh hanyalah 75 % kerna dunia yang mengikat kita

Jadi apa itu khusyuk?

Kunci khusyu' di dalam solat...ialah hati yang hadir penuh kerendahan (menyedari dirinya sebagai hamba yang dicipta) terhadap Tuhan yang Maha Penguasa yang menguasai segala-galanya dengan melaporkan segala-galanya dalam bentuk sembahan... Kita menunduk menyandar hanya pada Satu.

Khusyuk ialah sesuatu perasaan takut pada sesuatu yang membuatkan kita merasa otot-otot bergetar dan bulu roma naik, seolah-olah perasaan takut meliputi segala perasaan. Ia bukan sekadar emosi, bahkan akal mengakuinya dan jasad turut merasainya. Ia akan menggoncang dasar hati hingga kita merasakan hati kita sedang benar berinteraksi dengan suatu kuasa yang begitu kuat!

Page 2: solah

Contoh mudah, ingat lagi pada waktu sekolah dulu-dulu? Kenakalan jiwa kanak-kanak kita, sedang guru semangat mengajar lalu tiba-tiba guru itu berteriak “KHAIRULLL!!!!” Dan murid tersebut merasai apa yang diistilahkan khusyuk.

Kenapa perlu khusyuk?

Ramai yang di antara kita hanya melakukan sesuatu sekadar mencukupi syarat, kerana kita tidak mengenalinya. Benarlah jika kita tidak kenal, maka tidak cinta. Betapa pentingnya merasai khusyuk hingga diukirkan di dalam Quran.

Yakinlah dengan solat yang khusyuk adalah kunci kejayaan dunia ini bahkan di akhirat kelak. Tetapi ramai yang menghilangkan kunci ini hingga tidak dapat membuka pintu kebahagiaan. Kita sendiri akan merasai solat kita berada dalam kondisi yang baik dan secara semulajadi kita akan merasai dunia dalam keadaan yang menenangkan penuh dengan kesenangan jiwa.

Bagaimana solat kita, begitulah kehidupan kita. Ia mempunyai kemampuan untuk mempengaruhi segala aspek dalam kehidupan kita, hubungan kita dengan manusia, belajar, kerja, keluarga dll. Jadikan ia event penting, bukan hanya sekadar solat bila telah sampai waktunya. Reach d goal if you want to success, if you dont, create the goal. Bukankah impian kita redha Allah? Syurga Allah?

Dan ingatlah bila kita benar khusyuk, kita benar-benar sedang hanya dengan Tuhan.

Tanda kurang khusyuk?

Mudah sahaja, banyak kan perkara yang melalaikan kita? Itulah ia.. Yang melalaikan bila kita lupa Allah lah segala-galanya.

Selain itu, solat 1 minit atau kata lainnya mencuri dalam solat. Seperti robotkan? Sedangkan Allah itu Maha Besar, Allah tidak memerlukan sekali pun ibadah kita Allah tak perlu pun khusyuk kita. Allah tak tunggu amal kita. Allah tak perlu sujud tasbih,zikir untuk Arasy-Nya bahkan kita yang mencipta taman kita di syurga dengan amal kita. Walhal kita sebenarnya yang memerlukan Allah. Kita!

Tambahan juga, kita boleh lihat dengan bagaimana kita melafazkan fatihah? Dengan terlupa rakaat? Merasai ketidaksempurnaan? Ia lebih baik jika dibandingkan tidak merasa apa-apa. Sedangkan solat itu lebih kepada menghubungkan sesuatu pada yang begitu Maha Kuasa.

Jika terdapat jawapannya di situ, level khusyuk perlu ditingkatkan kerana mungkin di situ iman kita dalam kelaparan untuk diberikan makanan. Buat lah sesuatu!

Teringat ustazah Yasmin Mogahed mengatakan bahawa “terlalu harukan? Kerana kita sentiasa tidak dapat merasakan khusyuk. Sedangkan lebih banyak kita lebih fokus pada Allah pada luar waktu solat, lagi mudah sebenarnya kita fokus dan khusyuk dalam solat kita. Cuba kita isikan segalanya kehidupan kita punya hubungan dengan Allah sepanjang hari. Bercakap denganNya, berdoa padaNya selalu. Ini akan membina hubungan baik kita dengan Allah. Dan kau akan merasa solat itu seperti kau pulang berjumpa dengan kawan lama”

Solat mengajar kita untuk khusyuk di luar solat juga!

Kualiti dan kehadiran hati dan jiwa dalam solat besarnya bergantung pada apa kita isikan pada luar solat. Kita sering kali lupa pada Allah dialah Tuhan dan sentiasa Memerhatikan kita. Dia tahu benar kita adalah individu yang sama di dalam mahu pun di luar solat. Allah bukan bukanlah mula memerhatikan khusyuknya kita pada awalnya takbir hingga salam bahkan di luar solat! Inilah

Page 3: solah

seharusnya kita sedar tak kira apa yang kita lakukan! Takutnya ini lah yang dipanggil taqwa dan ianya sangat-sangatlah diperlukan khusyuk dalam solat. Bukankah solat itu lebih kita membuat laporan pada Tuhan?

Dan jujurnya, khusyuk itu adalah sesuatu yang sukar untuk maintain pada level yang sama, sama seperti iman, ada jatuh turunnya. Dan bukan bermakna kita harus berhenti dari solat! Baikilah, bukankah masa itu menyembuhkan?

Dalam satu hadis mengatakan,

perbaharuilah iman kamu.

Bagaimana?

Dengan mengatakan berulang kali laila haillallah, tiada Tuhan melainkan Allah.

Tips dalam bagaimana menjaga solat?

Ingatlah pada Allah, kita yang penuh dengan kelemahan mintalah kekuatan dan segalanya padaNya dan berusahalah untuk mencapai Dia!

PunctualJadikan solat kita sebagai prioriti pertama. Kadang-kadang kita fikir kita tidak dapat fokus solat tetapi sebenarnya adalah kerana kita tak jadikan solat adalah nombor satu. Jangan beralasan, kerana mati tiada alasan?

Jadikan solat sebagai event.Abdulllah bin mas’ud pernah bertanya pada rasulullah saw “Apakah amalan yang mendekatkan kita pada Tuhan?”

Rasulullah saw menjawab “meletakkan solat pada awal waktu pada waktunya.”

Allah panggil dan kita buat tak tahu? Apa rasanya ibu kita memanggil kita dan kita buat tak tahu atau lebih dekat apa kita rasa kita memanggil orang bahawa dia dalam bahaya tapi orang tersebut tidak mengendahkannya?

Melatih solat sebagai aset yang bernilaiSolat adalah aset bernilai yang kita ada. Ia adalah asas dan dasar pada hubungan kita dengan Allah. Seperti mana berlian atau mutiara yang tersembunyi di dasar lautan, Solat adalah aset terpenting yang kita ada untuk pelihara dan jaga. (rujuk baqarah 238) .. Tiada orang yang lebih kaya , kaya seisi dunia dan langit dengan mereka yang memelihara solat.

Tambah pengetahuanKenali diri kita, kenali Allah, kenali kehidupan ini, kenali bacaan dalam solat, banyakkan kene belajar? Ya kerana kita serba serbi dalam keadaan jahil, dan islam mengeluarkan kita darinya 6. Minta bantuan dari AllahDengan istiazah dan bismillah..

7. Bertenanglah.

8. Fahamilah setiap bacaan solat kita

Page 4: solah

9. visualizeKita berada di depan Tuhan, jadi?

10. Jangan berhenti!

11. Ia mungkin solat terakhir kita...

Satu quote yang ingin dikongsikan,

“I dont share my thoughts because i think it will change the minds of people who think differently. I share my thoughts to show the people who already think like me that they’re not alone.”

Bagi yang mula berjinak-jinak dengan solat,Yang tidak pernah solat, Ketahuilah kita tidak keseorangan, percayalah Allah masih menyayangi kita. Allah suka bila kita kembali padaNya. Kasih sayangnya melepasi dari kemurkaannya. Percayalah kita masih ada ruang dan peluang untuk Dia jika kita merebut ruang dan peluang itu.

Mudahan Allah kurniakan kita khusyuk.Berjayalah mereka bagi yang khusyuk.

Insya Allah akan bersambung lagi,