sokongan keselamatan dan kesihatan … osh... · ubbl : undang -undang kecil bangunan seragam ppe :...

5
NO. SEMAKAN : 01 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 11/08/2015 1 drp. 5 1. TUJUAN Garis panduan ini disediakan bagi tujuan menjelaskan tentang spesifikasi yang perlu dipenuhi untuk sebuah Pusat Pengumpulan Sisa Terjadual UPM berdasarkan keperluan minima sepertimana yang dinyatakan dalam Guideline for Packaging, Labelling and Storage of Scheduled Waste in Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia pada Januari 2014 2. TANGGUNGJAWAB 2.1. Ketua Seksyen Operasi dan Perkhidmatan PPKKP bertanggungjawab untuk memastikan setiap PPST yang dipilih memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan dengan merujuk garis panduan ini. 2.2. Sesiapa yang terlibat dalam pengurusan setiap PPST ini hendaklah memastikan spesifikasi ini sentiasa dipenuhi. 3. TERMINOLOGI/DEFINISI UPM : Universiti Putra Malaysia PPKKP : Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PPST : Pusat Pengumpulan Sisa Terjadual UBBL : Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam PPE : Personal Protective Equipment 4. PANDUAN 4.1. Spesifikasi untuk sesebuah PPST adalah mengikut kehendak Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984) serta ianya hendaklah mempunyai kemudahan dan peralatan kecemasan. SOKONGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PEJABAT NAIB CANSELOR Kod Dokumen: SOK/OSH/GP06/PPST GARIS PANDUAN SPESIFIKASI PUSAT PENGUMPULAN SISA TERJADUAL

Upload: phamdien

Post on 09-Apr-2018

240 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOKONGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN … OSH... · UBBL : Undang -Undang Kecil Bangunan Seragam PPE : Personal Protective Equipment 4. PANDUAN ... Bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984…

NO. SEMAKAN : 01 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 11/08/2015 1 drp. 5

1. TUJUAN

Garis panduan ini disediakan bagi tujuan menjelaskan tentang spesifikasi yang perlu dipenuhi untuk sebuah Pusat Pengumpulan Sisa Terjadual UPM berdasarkan keperluan minima sepertimana yang dinyatakan dalam Guideline for Packaging, Labelling and Storage of Scheduled Waste in Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia pada Januari 2014

2. TANGGUNGJAWAB

2.1. Ketua Seksyen Operasi dan Perkhidmatan PPKKP bertanggungjawab untuk

memastikan setiap PPST yang dipilih memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan dengan merujuk garis panduan ini.

2.2. Sesiapa yang terlibat dalam pengurusan setiap PPST ini hendaklah memastikan spesifikasi ini sentiasa dipenuhi.

3. TERMINOLOGI/DEFINISI

UPM : Universiti Putra Malaysia PPKKP : Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PPST : Pusat Pengumpulan Sisa Terjadual UBBL : Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam PPE : Personal Protective Equipment

4. PANDUAN

4.1. Spesifikasi untuk sesebuah PPST adalah mengikut kehendak Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984) serta ianya hendaklah mempunyai kemudahan dan peralatan kecemasan.

SOKONGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

PEJABAT NAIB CANSELOR

Kod Dokumen: SOK/OSH/GP06/PPST

GARIS PANDUAN SPESIFIKASI PUSAT PENGUMPULAN SISA TERJADUAL

Page 2: SOKONGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN … OSH... · UBBL : Undang -Undang Kecil Bangunan Seragam PPE : Personal Protective Equipment 4. PANDUAN ... Bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984…

NO. SEMAKAN : 01 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 11/08/2015 2 drp. 5

4.2. Spesifikasi Pusat Pengumpulan Sisa Terjadual UPM

Jenis Spesifikasi

Sisa Kimia i. Tempat penstoran tidak terdedah kepada cahaya matahari

secara terus atau pun berdekatan dengan sumber

haba/pencucuhan.

ii. Ianya hendaklah berkunci untuk mengelakkan individu yang

tidak berkaitan dari menceroboh masuk.

iii. Mempunyai sistem peredaran udara yang baik seperti

dipasangkan exhaust fan

iv. Mempunyai tembok penghadang/ bendul (bunding) di

hadapan pintu masuk bilik atau spill tray.

v. Mempunyai sistem pencahayaan yang cukup.

vi. Mempunyai sistem perparitan yang berasingan dari longkang

umum.

vii. Mempunyai rak kayu simpanan sisa yang bersifat tahan bahan

kimia dan setiap rak mempunyai sisi tepi setinggi 2 inci.

viii. Setiap rak dilabel dengan menggunakan label yang telah

ditetapkan di dalam Jadual Ketiga (Peraturan 10) di dalam

Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan

Terjadual) 2005.

ix. Menyediakan alat perlindungan diri (PPE) yang mencukupi

seperti gogal, topeng mulut dan hidung (mask) dan sarung

tangan yang bersesuaian.

x. Menyediakan alat pencegahan kebakaran dan kecemasan

yang mencukupi (Peti Pertolongan Cemas, Alat Pemadam

Kebakaran, Spillage Kit dan Eye Wash Station/Emergency

Shower)

xi. Memasang sistem penggera kecemasan kebakaran.

xii. Dipasangkan dengan jelas simbol/tanda amaran, nombor-

nombor untuk dihubungi apabila berlaku kecemasan dan

rekod terkini penyimpanan sisa terjadual di pintu-pintu bilik

pelupusan sementara.

Page 3: SOKONGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN … OSH... · UBBL : Undang -Undang Kecil Bangunan Seragam PPE : Personal Protective Equipment 4. PANDUAN ... Bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984…

NO. SEMAKAN : 01 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 11/08/2015 3 drp. 5

Sisa Klinikal

i. Pusat Pengumpulan Sisa Terjadual hendaklah berjauhan dari

laluan orang ramai.

ii. Ianya hendaklah berkunci untuk mengelakkan individu yang

tidak berkaitan dari menceroboh masuk.

iii. Mempunyai sistem peredaran udara yang baik seperti

dipasangkan exhaust fan

iv. Mempunyai sistem pencahayaan yang cukup.

v. Dilengkapi dengan tong sampah (kuning) yang mencukupi dan

disediakan bakul khas (bekas benda tajam) untuk

menempatkan picagari, jarum-jarum dan benda tajam yang

hendak dilupuskan.

vi. Menyediakan alat perlindungan diri (PPE) seperti gogal,

topeng mulut dan hidung (mask) dan sarung tangan yang

bersesuaian.

vii. Menyediakan alat pencegahan kebakaran dan kecemasan

yang mencukupi (Peti Pertolongan Cemas, Alat Pemadam

Kebakaran, Spillage Kit dan Eye Wash Station/Emergency

Shower)

viii. Memasang sistem penggera kecemasan kebakaran.

ix. Dilabelkan dengan jelas simbol/tanda amaran, nombor untuk

dihubungi dan rekod terkini penyimpanan sisa klinikal di

pintu-pintu bilik pelupusan sementara.

4.3. Setiap pegawai yang bertanggungjawab dalam pengurusan PPST tersebut hendaklah

memastikan setiap alat kelengkapan kecemasan yang berada di PPST sentiasa berada di dalam keadaan baik.

Page 4: SOKONGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN … OSH... · UBBL : Undang -Undang Kecil Bangunan Seragam PPE : Personal Protective Equipment 4. PANDUAN ... Bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984…

NO. SEMAKAN : 01 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 11/08/2015 4 drp. 5

4.4. Pelan Lantai Pusat Pengumpulan Sisa Terjadual UPM

a) Sisa Kimia

Petunjuk :

Alat Pemadam Kebakaran

Alat Perlindungan Diri (PPE)

Peti Pertolongan Cemas (First Aid)

Pintu dan Bendul (bunding)

Eye Wash Station/Emergency Shower

Rak Sisa Terjadual

Spill Kit

Page 5: SOKONGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN … OSH... · UBBL : Undang -Undang Kecil Bangunan Seragam PPE : Personal Protective Equipment 4. PANDUAN ... Bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984…

NO. SEMAKAN : 01 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 11/08/2015 5 drp. 5

b) Sisa Klinikal

Petunjuk :

Alat Pemadam Kebakaran

Alat Perlindungan Diri (PPE)

Peti Pertolongan Cemas (First Aid)

Pintu dan Bendul (bunding)

Tong Sisa Klinikal

Spill Kit