soft launch utc - mppg.gov.my · festival layang-layang sedunia ke-23 tahun 2018. 3 4 11 5 6 7 10...

16
www.mppg.gov.my | Gemilang, Lestari, Sejahtera MPPG SC JUARA LIGA PERDANA PASIR GUDANG 2017 PIALA YANG DIPERTUA M/s 3 M/s 5 DALAM MAJLIS PERNIKAHAN BERAMAI-RAMAI DI PASIR GUDANG M/s 12 24 PASANGAN DIRAIKAN SOFT LAUNCH UTC PASIR GUDANG

Upload: lybao

Post on 06-Apr-2019

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANGDISEMBER 2017

2017

BERITABERITA

PASIR GUDANG

w w w . m p p g . g o v . m y | Gemilang, Lestari , Sejahtera

MPPG SC JUARALIGA PERDANA PASIR GUDANG 2017 PIALA YANG DIPERTUA

M/s 3

M/s 5

DALAM MAJLIS PERNIKAHAN BERAMAI-RAMAIDI PASIR GUDANG

M/s 12

24 PASANGANDIRAIKAN

SOFT LAUNCH UTC PASIR GUDANG

PENASIHATEncik Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

AJK SIDANG REDAKSI 2017

BERITA PASIR GUDANG

PerutusanYANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG hubungi kami di talian 07-254 7777 atau hantar emel ke [email protected].............................................

Diterbitkan olehJABATANPEMBANGUNAN MASYARAKAT

KANDUNGAN

2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera, Salam Sehati Sejiwa dan Salam Muafakat Johor.

Satu saja ungkapan yang dapat saya gambarkan iaitu syukur

Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT kerana berkat izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita berjumpa lagi pada bulan penutup tahun 2017 iaitu bulan Disember di edisi Berita Pasir Gudang (BPG). Semoga kita semakin bersyukur dengan apa yang kita perolehi pada hari ini. Ini bermakna genaplah sudah 12 keluaran BPG yang diterbitkan bagi tahun 2017 sebagai wadah menyampaikan perkembangan dan aktiviti yang dijalankan oleh MPPG kepada masyarakat setempat. Saya yakin pelbagai memori tercipta yang berlaku sepanjang tahun 2017 ini yang boleh kita kongsikan bersama dari aspek pencapaian yang dikecapi oleh kita semua. Sebagai penutup tirai tahun 2017, seramai 24 pasangan telah diraikan dalam Majlis Pernikahan Beramai-Ramai anjuran MPPG di Stadium Perbandaran Pasir Gudang baru-baru ini. Program seumpama ini pernah dianjurkan pada tahun 2008 seramai 20 pasangan manakala pada tahun 2013 seramai 30 pasangan pengantin. Penganjuran program seperti ini memerlukan komitmen dan kerjasama

yang tinggi daripada pelbagai pihak bagi merealisasikannya. Ini antara sumbangan sosial MPPG kepada masyarakat khususnya di Pasir Gudang. Manakala dalam aktiviti sukan pula, MPPG SC muncul juara bagi liga berprestij di Pasir Gudang, Liga Perdana Pasir Gudang 2017 Piala Yang Dipertua apabila membenam pasukan Putera Timur FC dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM10,000.00 beserta medal dan Piala Pusingan. Sementara itu Kejora FC dinobatkan juara bagi Piala FA LPPG 2017, berjaya menewaskan Johor Port dengan kedudukan 2-0 dengan membawa pulang hadiah sebanyak RM2,000.00 beserta medal. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang menyertai Liga Perdana Pasir Gudang pada tahun ini. Pasir Gudang sekali lagi menjadi tumpuan pemaju mendirikan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di Taman Sierra Perdana Pasir Gudang. Sebanyak 296 unit dan satu Majlis Perasmian & Penyerahan Kunci telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin. Ini membuktikan Kerajaan Negeri fokus dan bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan seperti membina rumah bagi memenuhi keperluan asas masyarakat. Semoga masyarakat khususnya di Pasir Gudang dapat memanfaatkan kemudahan ini terutama kepada mereka yang bertuah memiliki rumah mampu milik ini. Sepanjang tahun ini juga kita dapat melihat banyak projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan

24 Pasangan Raja Sehari diraikan dalam Majlis Pernikahan Beramai-ramai di Pasir Gudang.

Hampir 3500 Pengunjung Hadir Dalam Program Malam Cinta Allah dan Rasul sempena Tahun Baru.

KSK MPPG Anjur Camp To Jannah 2017.

Sambutan Maulidur Rasul “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara” Peringkat Daerah JohorBahru Semarak Cintai Rasulullah SAW.

Waqaf Karpet di Masjid Peluang Tambah Pahala.

Lensa MPPG Disember 2017.

Karnival Sukan Industri Pasir Gudang Tarik Lebih200 Peserta.

Kejohanan Badminton TertutupKomuniti Pasir Gudang MedanPamer Bakat.

MPPG SC Juara Liga PerdanaPasir Gudang 2017 Piala Yang Dipertua.

Aksi Lipat Maut Warnai Sepak TakrawTerbuka Pasir Gudang 2017. Kejora FC Muncul Juara Piala FA LPPG 2017.

Yayasan Pasir Gudang - Program SepanjangDisember 2017.

Festival Layang-Layang Sedunia Ke-23 Tahun 2018.

3114

56

7

10

13

12

14

16

8&9

kemudahan-kemudahan awam yang dijalankan di Pasir Gudang. Kerajaan komited menyediakan kemudahan prasarana kepada rakyat seperti jalan raya, rumah kedai, perumahan, sekolah, kemudahan elektrikal dan lain-lain lagi bagi memastikan kesejahteraan hidup untuk mereka. Ini semua adalah janji-janji yang ditunaikan bagi memenuhi aspirasi kerajaan dalam menjalankan tanggungjawab. Justeru marilah kita bertekad meningkatkan lagi prestasi dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita semua. Ayuh, mari kita tempuhi tahun 2018 yang lebih mencabar lagi. Saya berharap dengan kepercayaan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada kita semua dapat memberi suntikan moral kepada semua warga kerja MPPG untuk terus komited dalam menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan. Justeru, saya menyeru sekali lagi supaya mutu perkhidmatan dapat diperkasakan sejajar dengan pertambahan penduduk agar kawasan MPPG dapat bersama-sama bergerak dengan lain-lain PBT. Sehingga kita berjumpa lagi dalam keluaran pada tahun baharu 2018.

Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

KETUA EDIToREncik Saipol Rahman bin Hj. AmatSetiausaha MPPG

PENoloNG KETUA EDIToRPuan Rahamah binti MahmoodKetua Jabatan Pembangunan Masyarakat

PENGARANGEncik Nazarul bin Jaafar

PEMbERITA- Cik Nur lina binti Abdul Karim- Puan Nadztasha binti Mohd Puad

JURUfoTo- Encik Khairul Anuar bin Muhammad Sayut- Encik Muhammad firdaus bin Roslan

24 pasangan pengantin bergambar bersama tetamu VIP yang hadir selepas majlis persandingan selesai.

YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang, ADUN Tiram turut merenjis mempelai bagi meraikan hari bahagia mereka.

Acara akad nikah telah sempurna diadakan pada sebelah pagi bertempat di Stadium Perbandaran Pasir Gudang.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 3

.............................................

‘Gembira tidak terkata’ itulah ungkapan yang paling tepat untuk menggambarkan kegembiraan 24 pasangan

mempelai apabila menyertai Majlis Pernikahan Beramai-Ramai anjuran MPPG dengan kerjasama Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru. Seramai 24 pasangan telah dinikahkan pada sebelah pagi di mana acara pernikahan diketuai oleh Kadi Daerah Johor Bahru, YBhg. Sohibus Fadhilah Tuan Hj. Dzulkafli bin Mohamed dan dibantu oleh 5 orang jurunikah bertauliah. Program ini telah mendapat sambutan apabila dibuka kepada 24 zon dalam pentadbiran MPPG. Antara syarat untuk menyertai program ini ialah peserta yang dipilih berstatus bujang dan pendapatan di bawah RM3,000.00. Antara objektif majlis ini dianjurkan ialah bagi mengatasi kekangan kewangan bakal pengantin dan berjimat-cermat dalam melangsungkan perkahwinan terutamanya pihak lelaki, mengukuhkan institusi kekeluargaan, memenuhi sebahagian tanggungjawab sosial MPPG dan menyokong serta menggalakkan tuntutan agama iaitu mendirikan rumahtangga. Kos perkahwinan semua pasangan ditanggung oleh MPPG dengan peruntukan setiap pasangan RM3,000.00 dan majlis turut diserikan dengan kehadiran 2,278 ahli keluarga pasangan pengantin terbabit.

Program seumpama ini pernah dianjurkan pada tahun 2008 dengan seramai 20 pasangan pengantin dan seterusnya pada tahun 2013 dengan penyertaan 30 pasangan pengantin dan 24 pasangan bagi tahun ini. Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin yang diraikan.

Majlis persandingan telah diraikan oleh ADUN Tiram, YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor. Hadir sama meraikan 24 pasangan mempelai ialah Encik Saipol Rahman bin Hj. Amat, Setiausaha MPPG, Tuan Hj. Abdullah bin Abd Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MPPG, Ahli-Ahli Majlis MPPG serta ketua-ketua jabatan.

DIRAIKAN DALAM MAJLISPERNIKAHAN BERAMAI-RAMAI

DI PASIR GUDANG

24 PASANGAN

HAMPIR 3500 PENGUNJUNG

4

HADIR DALAM PROGRAMMALAM CINTA ALLAH DAN RASULSEMPENA TAHUN BARU

Amalan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. menjadi tuntutan kepada kita kerana terdapat banyak

kelebihan-kelebihannya apabila kita mempraktikkannya. Justeru, kedatangan YBhg. Tuan Habib Syech bin Abdul Qodir Assegaf bersama kumpulannya untuk memperdengarkan alunan bacaan qasidah selawatnya di Stadium Perbandaran Pasir Gudang. Hampir 3500 orang yang terdiri daripada lelaki, wanita dewasa dan kanak-kanak turut bersama-sama menghayati dan mengikuti bacaan selawat yang dialunkan.

Program dengan kerjasama pelbagai agensi seperti syarikat Forest City, Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ), Kumpulan Penawar, Koperasi MPPG dan Yayasan Pasir Gudang (YPG) serta NGO Pasir Gudang dianjurkan adalah bersempena menyambut tahun 2018 secara Islamik dengan aktiviti pengisian rohani. Antara objektif penganjurannya ialah memperteguh hati dan jiwa, menzahirkan kegembiraan kita terhadap Nabi Muhammad S.A.W. sebagai rahmat untuk sekalian alam dan menyuburkan rasa cinta kepada Allah dan Rasulullah S.A.W. Sambutan tahun baru secara Islamik ini dilihat dapat memberikan lebih pengisian rohani kepada pengunjung yang hadir.

Kesungguhan orang ramai untuk menghayati selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. ini boleh dilihat apabila orang ramai membanjiri perkarangan Stadium Perbandaran Pasir Gudang seawal pukul 6.00 petang. Beberapa lagu qasidah dan selawat seperti Ya Hanana, Ya Habibi, Qasidah Ifititah, Ya Imama Rusli, Busyra Lana serta banyak lagi lagu-lagu bacaan selawat yang telah diperdengarkan.

Adalah diharapkan, program ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap hati sanubari kita semua dalam memberi penghayatan cara hidup Rasulullah S.A.W. yang benar-benar menunjukkan cara ‘The Way of Life’ kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Pelajar Tahfiz Pusat Pengajian Iqra’ turut hadir bagi menghayati majlis selawat yang dianjurkan.

YBhg. Tuan Habib Syech bin Abdul Qodir Assegaf bersama VIP ketika berselawat.

BERITA PASIR GUDANG

Rasullullah S.A.W. bersabda : “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku menjadi orang lebih dicintai dari anaknya, bapanya dan manusia seluruhnya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kelab Sukan & Kebajikan MPPG dengan kerjasama Masjid An-Nur Pasir Gudang telah mengambil inisiatif

menganjurkan program ini selama 3 hari yang bertempat di Dayang’s Camp & Forest Resort Pekan Nanas, Johor. Seramai 91 pelajar yang berusia antara 10 hingga 16 tahun dari sekitar Pasir Gudang telah menyertai program ini. Antara penceramah dan motivator yang dijemput ialah Tuan Haji Azmi bin Ali, dari ACL Consultant Sdn. Bhd. dan Imam Abdul Azizi bin Ali, Imam Masjid An-Nur Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Program telah dirasmikan oleh YBhg En. Saipol Rahman bin Haji Amat, Setiausaha Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Antara objektif penganjuran program ini ialah bagi mengisi masa lapang cuti persekolahan di samping memberi pendedahan

Pasir Gudang mencatat sejarah sekali lagi apabila Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pasir Gudang secara rasmi

memulakan operasinya di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang pada 31 Disember 2017. Kerja-kerja pengubahsuaian bangunan yang hanya mengambil masa hampir dua bulan untuk disiapkan bagi memberikan perkhidmatan yang membabitkan 14 agensi jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Badan Berkanun dan NGO di bawah satu bangunan kepada hampir 420,000 penduduk sekitar Pasir Gudang dan juga kawasan berhampiran serta pelengkap kepada pembangunan hub petroleum di Pengerang, Johor.

Antara jabatan/agensi melibatkan Persekutuan Negeri dan Badan Berkanun yang ditawarkan di sini ialah, Klinik Pergigian, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kaunter Muafakat Johor serta pelbagai lagi agensi kerajaan lain.

Majlis Soft Launch UTC Pasir Gudang telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji A. Rahim bin Nin, Pegawai Kewangan Negeri Johor selaku wakil rasmi YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Johor. Turut hadir ialah, YB Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang dan YBhg. Dato’ Dr. Aminuddin

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 5

ilmu agama berkaitan solat, ibadah dan pelbagai lagi. Pelbagai modul disediakan di dalam program ini antaranya Qiamullail, Perbuatan dalam Solat, Bacaan dalam Solat, Riadah Bermodul, Motivasi, Kenali Rasulullah S.A.W., Dosa-Dosa Tinggal Solat dan lain-lain lagi.

Seorang peserta adik Fatin Nur Afifah binti Jamaluddin yang berusia 16 tahun menyatakan yang beliau dapat meningkatkan lagi mutu bacaan dalam solat khususnya Surah A-fatihah melalui bimbingan oleh Tuan Hj. Mohd Azmi bin Ali. Selain daripada itu, saya dapat mengikuti qiamullail yang memberi motivasi pada diri saya supaya berdisiplin dan menepati waktu untuk melaksanakannya, katanya lagi.

CAMP TO JANNAH 2017KSK MPPG ANJUR

SOFT LAUNCH UTC PASIR GUDANGbin Hassim, Pengarah Unit Strategik Nasional Kementerian Kewangan Malaysia dan Yang Dipertua MPPG Encik Hasrin Kamal bin Hashim serta wakil-wakil jabatan dan agensi yang terbabit.

YB Tuan Haji A. Rahim bin Nin menyampaikan surat sijil menduduki UTC Pasir Gudang kepada Pengurus Besar PTPTN Negeri Johor,

Encik Muhammad Faizal bin Haji Adnan.

Tahun ini, bertemakan “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara”, Pasir Gudang telah dipilih sekali lagi bagi

sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Johor Bahru. Program sambutan ini telah diadakan begitu meriah sekali bertempat di Masjid An-Nur Bandar Pasir Gudang dan merupakan Program NBOS yang dianjurkan bersama Pejabat Daerah Johor Bahru dan Pejabat Agama Daerah Johor Bahru dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Masjid An-Nur Pasir Gudang yang berjaya menarik kehadiran masyarakat lebih 7000 orang daripada sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang. Hampir 30 kontinjen terlibat perarakan yang bermula dari Stadium Perbandaran Pasir Gudang menuju ke Masjid An-Nur seawal jam 7.00 pagi. Antara agensi dan jabatan kerajaan serta agensi swasta yang terlibat ialah Pejabat Kadi Johor Bahru, Pejabat Tanah Johor Bahru, JKR Johor Bahru, IPD Seri Alam, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Pejabat Penerangan Johor Bahru, RELA, Johor Land Berhad, SWM Environment Sdn. Bhd dan

BERITA PASIR GUDANG6

SAMBUTANMAULIDUR RASUL

“KESATUAN UMMAH KESEJAHTERAAN NEGARA”

VIP bergambar bersama pemenang-pemenang pertandingan.

pihak MPPG sendiri serta NGO, persatuan penduduk sekitar daerah Johor Bahru telah menyertai perarakan ini. Penilaian kumpulan yang menyertai perarakan ini, markah telah diberikan dari segi pakaian, pergerakan kumpulan yang teratur dan kemas bagi tujuan Anugerah Kontinjen Terbaik yang akan diumumkan selepas tamat majlis. Sambutan Maulidur Rasul ini diteruskan lagi dengan bacaan Al-Quran oleh Qari Junior jemputan iaitu adik Haikal Firdaus bin Jaafaruddin yang merupakan Juara Qari Junior 2017 anjuran TV3. Seterusnya ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Hj. Mustafa bin Omar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Halal Jabatan Agama Islam Johor yang bertajuk “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara”

Sebelum semua hadirin diraikan dengan jamuan tengahari, Kontinjen-kontinjen yang memenangi kategori Sepanduk Terbaik dan Pakaian Terbaik telah diraikan dalam sesi

VIP turut serta dalam perarakan yang diadakan

PERINGKAT DAERAH JoHoR BAHRUSEMARAK CINTAI RASULLULLAH SAW

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Dan tiadalah kami mengutuskan engkau(wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”. (Al Anbiaa’ : 107)

Biro Agama KSK MPPG meneruskan lagi program projek wakaf apabila telah mendapat dana yang mencukupi

bagi pembelian karpet yang diwakafkan kepada pengurusan Masjid Al Firdaus Taman Pasir Putih. Sebanyak 18 unit karpet telah diwakafkan dengan saiz 2.7 x 8 kaki persegi. Pembelian karpet tersebut diperolehi daripada sumbangan warga kerja dan keluarga MPPG sebanyak RM5,533.20.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Encik Saipol Rahman bin Haji Amat, Setiausaha, Majlis Perbandaran Pasir Gudang kepada YBhg. Dato’ Haji Mohamad bin Dolmat, Ahli Majlis MPPG Zon Pasir Putih bersama ahli jawatankuasa Masjid Al Firdaus Taman Pasir. Semoga program seperti ini akan dapat dijalankan secara berterusan oleh Biro Agama KSK MPPG.

7MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

Bacaan ayat Al-Quran oleh Qari Junior Haikal Firdaus bin Mohd Jaafarudin selaku Juara Qari Junior 2017 anjuran TV3.

penyampaian hadiah. Bagi kategori Sepanduk Terbaik kategori Kontinjen Daerah Johor Bahru, Majlis Bandaraya Johor Bahru telah mendapat Johan manakala kategori Kontinjen Komuniti MPPG, Johan dimenangi oleh Komuniti JKZ Taman Pasir Putih. Kategori Pakaian Terbaik Kontinjen Daerah Johor Bahru pula, Johor Land Berhad telah mendapat tempat pertama dan seterusnya kategori Sepanduk Terbaik Kontinjen Komuniti MPPG, Komuniti Masjid Taman Cendana telah mendapat johan. Majlis penyampaian hadiah dan cenderahati telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang ADUN Tiram. Hadir sama dalam majlis ini, Pentadbir Tanah Daerah Johor Bahru, Encik Azman bin Mohd Shah, Kadi Daerah Johor Bahru, Tuan Haji Dzulkafli bin Mohamed, Imam Daerah Johor Bahru, Encik Mohd Nazri bin Jamaludin, YDP MPPG Encik Hasrin Kamal bin Hashim dan Ahli-Ahli Majlis MPPG serta ketua-ketua jabatan MPPG.

SENARAI KATEGORI DAN PEMENANG :1. Sepanduk Terbaik : Kontinjen Daerah Johor Bahru 1. Majlis Bandaraya Johor Bahru 2. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor 3. PPD Pasir Gudang

2. Sepanduk Terbaik : Kontinjen Komuniti MPPG 1. JKZ Taman Pasir Putih 2. JKZ Taman Air Biru 3. Muafakat Nusa Damai

3. Pakaian Terbaik : Kontinjen Daerah Johor Bahru 1. Johor Land Berhad 2. Balai Bomba Zon Johor Bahru 3. MPPG

4. Pakaian Terbaik: Kontinjen Komuniti MPPG 1. Masjid Taman Cendana 2. JKZ Taman Kota Masai 1 3. Muafakat Scientex 2

Simbolik majlis penyerahan disempurnakan oleh En Saipol Rahmanbin Hj Amat kepada Dato Haji Mohamad Bin Dolmat,

Ahli Majlis MPPG Zon Pasir Putih.

PELUANG TAMBAH PAHALA

WAKAF KARPETDI MASJID

BERITA PASIR GUDANG8

DI PASIR GUDANG

MAJLIS PENYAMPAIAN CENDERAHATI AJK MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) SESI 2017

Sesi dialog turut diadakan yang diketuai oleh Tuan Setiausaha MPPG.

Penyampaian cenderahati oleh Tuan Yang Dipertua kepada pengerusi MBJ MPPG

En. Anuar bin Abd Ghani.

VIP mengadakan lawatan ke agensi-agensikerajaan UTC Pasir Gudang.

YB Tuan Haji A.Rahim bin Nin Pegawai Kewangan Negeri selaku wakil rasmi YB Setiausaha Kerajaan Johor dan diiringi

YB Parlimen Pasir Gudang dan Pengarah NSU Kementerian Kewangan ke Klinik Pergigian di UTC Pasir Gudang.

SOFT LAUNCH UTC DI KOMPLEKS PUSAT BANDAR PASIR GUDANG (KPBPG)

disEMBER2017

PROGRAM MESRA INDUSTRI SESI 2 2017

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9

AUDIT EKSASEMINAR ALAM SEKITAR SELF-REGULATION SYSTEM TOWARDS BETTER ENVIRONMENT

Penyewa-penyewa di KPBPG bergambar bersama Tuan Yang Dipertua selepas tamat sesi penyampaian kunci yang diadakan.

Ucapan Perasmian oleh YB Encik R.Vidyananthan, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduandan Sumber Manusia Negeri Johor, dalam seminar yang dianjurkan.

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI PENIAGA DI KOMPLEKS PUSAT BANDAR PASIR GUDANG (KPBPG)

KARNIVAL SUKAN INDUSTRI PASIR GUDANGTARIK LEBIH 200 PESERTA

BERITA PASIR GUDANG10

Berikut adalah senarai pemenang:

PG STRONGEST MAN

KATEGORI NAMA SYARIKAT NAMA PEMENANG HADIAH

Johan Bakery Boys Sdn Bhd

Megat Zubaidi Bin Buang

RM 1,000.00 + Medal

Naib Johan Food Excelent Mohd Amirul RM 800.00 + Medal

Ketiga TF Akusa Resource Mohd Firdaus Bin Razak

RM 600.00 + Medal

Keempat IOI Loders Croklaan Oils

Harry Mcdavies Jaczy

RM 400.00 + Medal

Kelima Sri Pantai KPP Mohd Shukor Bin Mohamed

RM 200.00

Keenam Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia

Stephen Anthony RM 200.00

Ketujuh PGF Shipping Agency Sdn Bhd

Md Isa Bin Md Yusof RM 200.00

Kelapan Mohd Azril Bin Daus

Muhammad Reduwan Bin Aziz

RM 200.00

FUTSAL

KATEGORI NAMA SYARIKAT NAMA PEMENANG HADIAH

Johan Wilmar Wilmar FC (B) RM 1,000.00 + Medal

Naib Johan Grand Banks GB FC RM 700.00 + Medal

Ketiga BASF BASF FC RM 400.00 + Medal

Keempat MPPG MPPG (A) RM 400.00 + Medal

Kelima Johor Bahru Flour Mill Sdn Bhd

JBFM FC RM 100.00

Keenam WILMAR Wilmar FC (A) RM 100.00

Ketujuh ASM Technology (M) Sdn Bhd

ASM SMT FC RM 100.00

Kelapan World Kitchen Luncai FT RM 100.00

BOLA JARING

KATEGORI NAMA SYARIKAT NAMA PEMENANG HADIAH

Johan Pasir Gudang Petroleum

Sugar Gliders RM 1,000.00 + Medal

Naib Johan Interways Transport Sdn Bhd

Fabulous RM 700.00 + Medal

Ketiga Nonies Cafe Shark RM 400.00 + Medal

Keempat Dynac Sdn Bhd Hakuna Matata RM 400.00 + Medal

Kelima RN Management & Accounting Services

AURA RM 100.00

Keenam Johor Port Berhad JPB RM 100.00

Ketujuh Calsonic Kansei (M) Sdn Bhd

KBS RM 100.00

Kelapan MATAK (M) Sdn Bhd Golden Eagles RM 100.00

BADMINTON LELAKI

KATEGORI NAMA SYARIKAT NAMA PEMENANG HADIAH

Johan K & M Enterprise 1. Muhamad Hazrul Bin Abd Rahman2. Mohd Yusman Bin Md Zahar

Rm 600.00 + Medal

Naib Johan My Zafwa Sdn Bhd 1.Azlan bin Bachok2.Farez

RM 400.00 + Medal

Ketiga Soys Product Enterprise

1.Mohammad Yusri Bin Mohd Rabu2.Azmi Bin Sulaiman

RM 200.00

Keempat Soys Product Enterprise 2

1.Rizal Bin Abd Kadir2.Azhar Bin Amir

RM 200.00

Kelima My Zafwa Sdn Bhd 1.Murhafes Bin Mukhazir2.Ali Bin Samsudin

RM 100.00

Keenam Lotte Chemical Titan Corp Sdn Bhd

1.Johan Bin Man2.Mohamad Firdaus Bin Mohamad

RM 100.00

Ketujuh My Arena Enterprise 1.Ewan bin rahmat2.Abdul Hakim bin Abdul Halim

RM 100.00

Kelapan MPPG 1.Mohd Jefri Bin Husin2.Mohd Amiruddin Bin Mohamad Din

RM 100.00

BADMINTON WANITA

KATEGORI NAMA SYARIKAT NAMA PEMENANG HADIAH

Johan My Zafwa Sdn Bhd 1.Nur Syaidatina2.Siti Aishah

Rm 600.00 + Medal

Naib Johan My Arena Enterprise 1.Zetty Azalea2.Haniza Ahmad

RM 400.00 + Medal

Ketiga E Man Utama Group Sdn Bhd

1.Nor Azlyn Thay2.Nik Noor Najmi

RM 200.00

Keempat Selera Ruza 1.Norhayati 2.Siti Murni

RM 200.00

Kelima E Man Utama Group Sdn Bhd

1.Zeliha Salim2.Fadzilah Md Salim

RM 100.00

Keenam E Man Utama Group Sdn Bhd

1.Rosnah Ismail2.Engku Farah

RM 100.00

Ketujuh E Man Utama Group Sdn Bhd

1.Assuzita Engah2.Raqeema Ghazali

RM 100.00

Kelapan E Man Utama Group Sdn Bhd

1.Norsyafina Ibrahim2.Najiha Emyzan

RM 100.00

Karnival Sukan Industri Pasir Gudang yang diadakan di Stadium Perbandaran Pasir Gudang berjaya mencungkil

bakat-bakat terpendam warga industri dalam bidang sukan. Penganjuran karnival ini merupakan kali ke-2 berturut-turut mampu merapatkan hubungan industri dan kerajaan dalam konteks memperbaiki hubungan antara industri dan kerajaan dan ia telah dijadikan sebagai acara tahunan. Bagi penganjuran tahun ini, acara yang telah dipertandingkan adalah seperti PG Strongest Man, Futsal, Bola Jaring, Badminton kategori lelaki dan wanita. Semua acara telah mendapat sambutan luar biasa dari pekerja industri Pasir Gudang. Pekerja industri di Pasir Gudang telah menjadikan penganjuran Karnival Sukan Industri Pasir Gudang sebagai medium untuk bersukan selain dari dapat mengeratkan hubungan kesukanan antara pekerja industri yang lain.

Karnival Sukan Industri Pasir Gudang telah berakhir pada sebelah petang dan disusuli dengan penyampaian hadiah yang telah disempurnakan oleh Pn Hajah Rahamah binti Mahmood Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat MPPG selaku wakil rasmi Yang Dipertua MPPG, En Hasrin Kamal bin Hashim serta En Nazarul Bin Jaafar Ketua Bahagian Pembangunan Sosial, Jabatan Pembangunan Masyarakat. Semua peserta sangat gembira akan adanya kejohanan seperti ini dan berharap akan dijadikan sebagai acara tahunan untuk meraikan mereka sebagai pekerja indsutri di Pasir Gudang.

MEDAN PAMER BAKAT

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 1

Pemenang-pemenang bagi Kategori Regu Terbuka Lelaki bergambar selepas selesai perlawanan.

Antara aksi peserta bagi kategori lelaki terbuka peringkat akhir.

Kejohanan Badminton Tertutup Komuniti Pasir Gudang 2017 telah berjaya menarik sebanyak 25 regu dari 11

zon yang bertanding bagi merebut hadiah RM500.00 beserta medal kejuaraan.

Dalam perlawanan yang diadakan di Dewan Serbaguna Taman Mawar seawal jam 9.00 pagi yang membabitkan 19 regu lelaki dan 6 regu wanita. Pertandingan ini yang diadakan secara kalah singkir menyaksikan 11 zon yang terlibat menunjukkan kemahiran masing-masing bagi meraih hadiah utama sebanyak RM500.00 beserta medal.

Antara objektif utama pertandingan ini diadakan ialah bagi memupuk dan menggalakkan budaya bersukan dikalangan komuniti khususnya di Pasir Gudang disamping dapat mengukuhkan hubungan antara 24 Zon dengan MPPG. Wakil dari zon Bukit Dahlia, Zikmal Zakaria berkata, pertandingan ini sememangya ditunggu oleh beliau kerana jarang menyertai pertandingan-pertandingan badminton terbuka seperti ini. Sementara itu, peserta wanita dari Zon Masai, Raqeema Ghazali menyatakan beliau amat berminat menyertai pertandingan seperti ini kerana boleh bertanding secara sihat bersama rakan-rakan yang menyertainya. Beliau juga berjaya muncul johan Kategori Wanita dengan rakan regunya, Assuzita Engah.

Hadiah-hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat, Puan Hajah Rahamah binti Mahmood selaku wakil rasmi Tuan Yang Dipertua.

Bagi kejohanan ini antara zon yang menghantar penyertaan ialah :

BIL ZON JUMLAH PENYERTAAN1. Nusa Damai - 2 regu lelaki & 1 regu wanita2. Scientex 2 - 2 regu lelaki & 1 regu wanita3. Cendana - 1 regu lelaki4. Air Biru - 1 regu lelaki & 1 regu wanita5. Masai - 2 regu lelaki & 1 regu wanita6. Cahaya Baru - 2 regu lelaki Tanjung Langsat7. Cahaya Masai - 1 regu lelaki & 1 regu wanita8. Kota Bestari - 2 regu lelaki & 1 regu wanita9. Kota Masai 3 - 2 regu wanita10. Tanjung Puteri - 2 regu lelaki11. Bukit Dahlia - 2 regu lelaki

KEJoHANAN BADMINToN TERTUTUP KOMUNITI PASIR GUDANG

Berikut merupakan senarai pemenang :

KATEGORI LELAKI TERBUKA

KATEGORI ZON NAMA PEMENANG HADIAH

Johan Scientex 2 En Basron En Azhan

RM 500.00 + Medal

Naib Johan Bukit Dahlia En Mohd Ashraf DanielEn Mohd Daniel

RM 250.00 + Medal

Ketiga Cahaya Masai

En Muhammad Yasin BaharuddinEn Muhammad Nurfahmy Bin Zainal

RM 150.00

Keempat Bukit Dahlia En Zikmal Bin ZakariaEn Yusri Bin Abu

RM 150.00

Kelima Cendana En Ewan Bin RahmatEn Abdul Hakim Bin Ab Halim

Cenderahati

Keenam Masai En Mohd Yuzairi Bin SaabarEn Mohd Fadli Bin Abu Bakar

Cenderahati

Ketujuh Tanjung Puteri

En Agusto Bin AbdullahEn Azhar

Cenderahati

Kelapan Masai En Norman Bin HusinEn Mohamad Sharil Bin Husin

Cenderahati

KATEGORI WANITA TERBUKA

KATEGORI NAMA SYARIKAT

NAMA PEMENANG HADIAH

Johan Masai Cik Raqeema Binti GhazaliCik Assuzita Binti Engah

RM 500.00 + Medal

Naib Johan Cahaya Masai

Pn Farah Wahidah Binti NasaruddinPn Salleha Binti Abd. Muthalif

RM 250.00 + Medal

Ketiga Kota Masai 3 Pn Nadimatunnisak Binti Mohd YusoffPn Alinda Binti Abd Rahman

RM 150.00

Keempat Kota Bestari Cik Nur Alyahiqin Binti SuhaimiCik Nur Qystina Binti Suhaimi

RM 150.00

Kelima Air Biru Pn Sharifah Ainun Binti Syed YusofPn Nik Noor Najmi Binti Md Ibrahim

Cenderahati

Keenam Scientex 2 Pn Zaleha Binti WakiminPn Noorashikin Binti Mustafa

Cenderahati

Ketujuh Nusa Damai Pn Siti NurrifhanPn Tara Anjel

Cenderahati

BERITA PASIR GUDANG1 2

MPPG SC buktikan kerja keras secara berpasukan mampu menjelmakan

kejayaan apabila dinobatkan sebagai Juara Liga Perdana Pasir Gudang (LPPG) 2017 apabila berjaya menumpaskan Putera Timur FC 2 gol tanpa berbalas.

Jaringan pemain Mohd Syafuan bin Riduwan selaku posisi ‘striker’ pada minit ke 58 ternyata menyentap semangat pasukan lawan daripada terus mengasak ke gawang MPPG. Manakala jaringan kedua MPPG SC oleh Mohd Fauzan pada minit ke 72 langsung menafikan semangat Putera Timur FC. Gol yang dijaringkan secara sepakan penjuru sudah cukup membolehkan MPPG

MPPG SC JUARA LIGAPERDANA PASIR GUDANG 2017 PIALA YANG DIPERTUA

SC membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.00 beserta medal dan piala pusingan. Sementara itu, Putera Timur FC hanya mampu meraih wang tunai yang berjumlah RM7,000.00 beserta medal sebagai naib juara. Tempat ketiga pula disandang oleh Saujana FC dan tempat keempat pula milik Johor Port FC.

Pasukan MPPG SC mendapat sentuhan latihan oleh bekas pemain Negeri Pahang, Encik Ahmad Norhapiza bin Bashri dan diuruskan sepenuhnya oleh pengurus bolasepak berpengalaman, Encik Mahadzir bin Ahmad. Tahniah dan syabas diucapkan kepada MPPG SC dan semoga terus melakar kejayaan yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Pemain MPPG SC, Mohd Syafuan menjerit keriangan selepas berjaya menjaringkan gol untuk MPPG SC.

Kejohanan yang merupakan acara tahunan MPPG ini bukan sahaja mendapat sambutan dari pasukan-pasukan dalam Malaysia. Malahan juga dari luar negara.

Antaranya Singapura dan Indonesia. Bagi tahun 2017, kejohanan ini telah mendapat kerjasama penganjurannya dari Persekutuan Sepak Takraw Negeri Johor dan Gajah Emas. Sebanyak 48 regu penyertaan di mana MPPG turut menghantar wakil sebanyak 4 regu sebagai tanda sokongan terhadap kejohanan ini.

Hadir sama menyaksikan pertandingan tersebut adalah Tuan Yang Dipertua, Encik Hasrin Kamal bin Hashim dan Yang Berbahagia Dato’ Abdul Halim bin Sulaiman selaku Yang Dipertua Persekutuan Sepak Takraw Negeri Johor.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tn Hj Abd Jalil bin Ab Rahman, Setiausaha Persekutuan Sepak Takraw Negeri Johor dan sebagai wakil rasmi Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Berikut adalah senarai nama pasukan yang bertanding:

AKSI LIPAT MAUT WARNAI SEPAK TAKRAW TERBUKA PASIR GUDANG 2017

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 3

Kejayaan Kejora FC membenam Johor Port 2 gol tanpa balas dalam perlawanan Akhir Piala FA Liga Perdana Pasir Gudang 2017 di

Stadium Bolasepak Pasir Gudang berjaya meletakkannya antara pasukan yang digeruni pihak lawan.

Dalam perlawanan akhir tersebut, Kejora FC telah mempamerkan aksi yang kemas dan tersusun apabila memperoleh dua gol yang dijaringkan oleh pemain berjersi 7, Musleyadi bin Mansur pada minit ke 25 dan minit ke 56.

Selaku juara, Kejora FC meraih hadiah wang tunai berjumlah RM 2,000.00 dan piala pusingan serta medal. Sementara itu, Johor Port terpaksa berpuas hati dengan hadiah di tempat kedua iaitu wang tunai berjumlah RM 1,000.00 serta medal.

Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran En Nazarul bin Jaafar selaku wakil rasmi setiausaha MPPG, En Saipol Rahman bin Haji Amat dan En. Mohd Hafiz bin Mokrey wakil rasmi Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan yang bertanding.

Kejora FC bergambar bersama selepas sesi penyampaian hadiah.

Pelbagai aksi dan teknik yang ditonjolkanoleh pemain-pemain takraw yang bertanding.

KEJORA FC MUNCUL JUARA PIALA FA LPPG 2017

BIL NAMA REGU JUMLAH REGU

1 DNJ Pulai, Johor Bahru 4

2 PKNS 2

3 ASM 1

4 Sekadar Penyertaan, Negeri Sembilan

1

5 MASKOM, Melaka 2

6 Tarantula 1

7 GERS, Kuala Lumpur 1

8 UMW Shah Alam 2

9 Selindang Putih 1

BIL NAMA REGU JUMLAH REGU

10 Parit Sulong, Batu Pahat

1

11 Bentara, Melaka 1

12 Tanjung Balai, Muar 1

13 PDRM, Johor Bahru 2

14 Bukit Batok, Singapura 4

15 Jojo Rakit 2

16 M.O.P 1

17 Kilat 3

18 MD Pontian 2

19 KEJORA 1

BIL NAMA REGU KEDUDUKAN

1 SIX Z : Wang Tunai RM 3,000.00 + Medal + Piala JOHAN

2 PDRM : Wang Tunai RM 1,500.00 + Medal NAIB JOHAN

3 GERS TAKRAW CLUB : Wang Tunai RM 750.00 + Medal KETIGA

4 MASCOM B : Wang Tunai RM 750.00 + Medal KEEMPAT

5 Kilat C : Wang Tunai RM 250.00 KELIMA

6 PDRM : Wang Tunai RM 250.00 KEENAM

7 Bentara : Wang Tunai RM 250.00 KETUJUH

8 Bukti Mahligai : Wang Tunai RM 250.00 KELAPAN

BIL NAMA REGU JUMLAH REGU

20 Mp Kluang 2

21 Tanjung Pagar, Singapura 1

22 Bukti Mahligai, Johor Bahru

1

23 Helang, Scientex 1

24 KSTP Permai 1

25 PSDM Muar 1

26 Sixz Z 1

27 MPPG 4

28 PSTD JB 3

JUMLAH 48

Berikut pula merupakan keputusan keseluruhan kejohanan :

BERITA PASIR GUDANG14

2 DISEMBER 2017

4 DISEMBER 2017

3 DISEMBER 2017

6 DISEMBER 2017

Nama Program : Program Sumbangan Kembali Ke Sekolah YPG 2017 (Pasir Gudang)Masa : 8.00 MalamTempat : Tanah lapang Taman Cendana (Hadapan blok 43)Senarai VIP : 1) YAb Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Menteri besar Johor merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang 2) Yb Dato’ Hjh Normala binti Abdul Samad Ahli Parlimen Pasir Gudang 3) Encik Hasrin Kamal bin Hashim Yang Dipertua MPPG merangkap Timbalan Pengerusi YPGPeserta/ Penerima : 314 orang pelajarbutiran : i. Majlis disempurnakan oleh YAb Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri besar Johor merangkap Pengerusi YPG. ii. Seramai 314 pelajar dari kawasan Zon Taman Cendana dan Taman bukit Dahlia telah menerima baucar bernilai RM130.00. iii. Penerima adalah dari kalangan keluarga yang kurang berkemampuan dan bertujuan meringankan beban keluarga untuk membeli kelengkapan persekolahan anak mereka.

Nama Program : Majlis Penyerahan Sumbangan Kembali Ke SekolahMasa : 8.30 MalamTempat : Dewan Muafakat Cahaya MasaiSenarai VIP : 1) Yb Datuk Hj Maulizan bin bujang ADUN Tiram merangkap Ahli lembaga Pemegang Amanah YPG. 2) Puan Hjh Ilhazrah binti Mohd Yusof Ahli Majlis Zon Cahaya Masai 3) Tuan Hj Adnan bin Abd Gahni Ahli lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang 4) Encik Sharul Akmal bin Johari Pengurus Yayasan Pasir GudangPeserta/ Penerima : 250 orang pelajarbutiran : i. Majlis telah disempurnakan oleh Yb Datuk Haji Maulizan bin bujang, ADUN Tiram merangkap Ahli lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang. ii. Seramai 250 pelajar telah menerima sumbangan berbentuk baucar bernilai RM130.00 yang membolehkan mereka berbelanja pakaian persekolahan di pasaraya yang terpilih. iii. Program ini bertujuan untuk mengurangkan beban keluarga yang kurang berkemampuan untuk menghadapi musim persekolahan pada tahun hadapan.

Nama Program : Program back To School TNb 2017Masa : 2.30 PetangTempat : Dewan Muafakat Permas Jaya 2Senarai VIP : 1) YAb Dato’ Mohamed Khaled bn Nordin Menteri besar Johor merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang 2) Yb Dato’ Hjh Normala binti Abdul Samad Ahli Parlimen Pasir GudangPeserta/ Penerima : 400 orang pelajarbutiran : i. Majlis disempurnakan oleh YAb Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri besar Johor merangkap Pengerusi YPG. ii. Program ini merupakan kerjasama antara Yayasan Pasir Gudang bersama TNb. Seramai 400 orang pelajar sekitar Pasir Gudang telah menerima bantuan ini dari agensi Tenaga Nasional berhad (TNb). iii. Program ini bertujuan untuk mengurangkan beban keluarga yang kurang berkemampuan untuk menghadapi musim persekolahan pada tahun hadapan.

Nama Program : Majlis Penyerahan Sumbangan Perayaan Hari Krismas & Pelancaran E-PaperMasa : 12.00 TengahariTempat : Pasar borneo, JohorSenarai VIP : 1) YAb Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Menteri besar Johor merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang 2) Yb Dato’ Henry Sum Agong Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)Peserta/ Penerima : 200 orang penerimabutiran : i. Penyampaian telah disempurnakan oleh YAb Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri besar Johor merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang. ii. Penerima sumbangan telah mendapat bantuan dari segi wang tunai dan barang keperluan asas. iii. Majlis bertujuan untuk meringankan beban keluarga kurang berkemampuan untuk menyambut perayaan.

YAYASAN PASIR GUDANGPROGRAM SEPANJANG DISEMBER 2017

23 DISEMBER 2017

23 DISEMBER 2017

31 DISEMBER 2017

31 DISEMBER 2017

16 DISEMBER 2017

17 DISEMBER 2017

Nama Program : Program Tukar Minyak Hitam Motosikal PercumaMasa : 10.00 PagiTempat : bangunan KRT, Kg Melayu PandanSenarai VIP : 1) Yb Dato’ Hjh Normala binti Abdul Samad Ahli Parlimen Pasir GudangPeserta/ Penerima : 100 orang pesertabutiran : i. Program telah dihadiri Yb Dato’ Hjh Normala binti Abdul Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang. ii. bertujuan memberi perkhidmatan menukar minyak hitam motosikal percuma kepada masyarakat.

Nama Program : Program Gunting Rambut Percuma 2017Masa : 10.00 PagiTempat : balai Serbaguna Wanita, Jalan Suria 27Senarai VIP : 1) Yb Dato’ Hjh Normala binti Abdul Samad Ahli Parlimen Pasir GudangPeserta/ Penerima : 100 orang pesertabutiran : i. Program telah dihadiri Yb Dato’ Hjh Normala binti Abdul Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang. ii. bertujuan memberi perkhidmatan Gunting Rambut percuma kepada masyarakat Pasir Gudang. iii. Seramai 100 orang peserta menerima manfaat tersebut.

Nama Program : Majlis Penyerahan bantuan back To School Pelajar India Pasir Gudang 2018Masa : 8.00 MalamTempat : Dewan Muafakat Taman bukit DahliaSenarai VIP : 1) Encik Hasrin Kamal bin Hashim Yang Dipertua MPPG merangkap Timbalan Pengerusi YPGPeserta/ Penerima : 200 orang pelajarbutiran : i. Majlis disempurnakan oleh Encik Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG merangkap Timbalan Pengerusi YPG. ii. Seramai 200 pelajar dari kaum India telah menerima bantuan awal persekolahan ini. iii. Penerima adalah dari kalangan keluarga yang kurang berkemampuan dan bertujuan meringankan beban keluarga untuk membeli kelengkapan persekolahan anak mereka.

Nama Program : Program Tukar Minyak Hitam Motosikal PercumaMasa : 10.00 PagiTempat : bilik Gerakan, Rumah Pangsa MSE Taman Air biruSenarai VIP : 1) Dato’ A.Rahim bin A.latiff Ahli Majlis Zon Air biruPeserta/ Penerima : 100 orang pesertabutiran : i. Program telah dihadiri Dato’ A.Rahim bin A.latiff, Ahli Majlis Zon Air biru. ii. bertujuan memberi perkhidmatan menukar minyak hitam motosikal percuma kepada masyarakat di sekitar Pasir Gudang.

Nama Program : Program Tukar Minyak Hitam Motosikal PercumaMasa : 10.00 PagiTempat : Dewan Terbuka Muafakat, Taman Cendana Senarai VIP : 1) Yb Dato’ Hjh Normala binti Abdul Samad Ahli Parlimen Pasir Gudang 2) Encik Noor Azleen bin Ambros Ahli lembaga Pemegang Amanah YPG 3) Encik Ed baelah bin Muhalajah Ahli lembaga Pemegang Amanah YPGPeserta/ Penerima : 150 orang pesertabutiran : i. Program telah dihadiri Yb Dato’ Hjh Normala binti Abdul Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang. ii. bertujuan memberi perkhidmatan menukar minyak hitam motosikal percuma kepada masyarakat Pasir Gudang.

Nama Program : Program Gunting Rambut Percuma 2017Masa : 10.00 PagiTempat : Perkarangan Masjid Taman Nusa Damai Peserta/ Penerima : 100 orang pesertabutiran : i. bertujuan memberi perkhidmatan Gunting Rambut percuma kepada masyarakat Pasir Gudang. ii. Seramai 100 orang peserta menerima manfaat tersebut.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 5

FESTIVAL LAYANG-LAYANG

SEDUNIA ke-23 tahun 2018