sofbol

16
SEJARAH PERKEMBANGAN PERMAINAN SOFBOL Permainan sofbol berasal daripada permainan besbol yang terkenal di Amerika Syarikat. Pada peringkat awal, permainan ini dimainkan sebagai satu rekreasi. Permainan ini telah dipelopori oleh George Hancock pada tahun 1887. Permainan ini meskipun ada persamaannya dengan permainan besbol, mempunyai perbezaan yang jelas dari segi bola dan bat yang digunakan. Bola yang digunakan lebih besar dan lembut sementara hujung bat yang digunakan pula lebih kecil. Permainan ini lebih popular dimainkan secara permainan di dalam gelanggang tertutup kerana dapat dimainkan dalam kawasan yang lebih kecil. Pada mulanya permainan ini dimainkan di dalam gimnasium di maktab-maktab, universiti-universiti, YMCA dan Turnvereins sebelum ia beralih ke padang. Setiap pertubuhan menggubal peraturannya yang tersendiri dan variasi permainan ini mempunyai pelbagai nama seperti : a) Diamond Ball Mush Ball b) Indoor Ball Playground Ball c) Kitten Ball Pumpkin Ball d) Recreation Ball Liga sofbol yang pertama telah dianjurkan di Minneapolis, Minnesota pada tahun 1900. Pada tahun 1926, permainan itu diberi nama ‘Sofbol’ oleh Walter K. Hakenson dari YMCA, Denver. Pada tahun 1927, Gladys E. Palmer dari Persatuan Pendidikan Jasmani Amerika (APEA) telah menggubal undang-undang sofbol untuk perempuan (remaja dan dewasa). Pada tahun 1923, perwakilan daripada badan-badan yang berminat telah membentuk Jawatankuasa Undang-Undang Bersama (JRC) untuk menyelaras satu set undang- undang yang diguna pakai di peringkat kebangsaan. Pada tahun 1933, Persatuan Sofbol Amatur Amerika (ASA) telah menganjurkan pertandingan peringkat kebangsaan buat julung kalinya diChicago World’s Fair yang telah disertai oleh 20 pasukan. Pasukan wanita The Great Northerns dan pasukan lelaki J.L Boosters telah menjuarai kategori masing-masing. 1

Upload: nurul-nadiah

Post on 13-Sep-2015

343 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

PJK

TRANSCRIPT

SEJARAH PERKEMBANGAN PERMAINAN SOFBOLPermainan sofbol berasal daripada permainan besbol yang terkenal di Amerika Syarikat. Pada peringkat awal, permainan ini dimainkan sebagai satu rekreasi. Permainan ini telah dipelopori oleh George Hancock pada tahun 1887. Permainan ini meskipun ada persamaannya dengan permainan besbol, mempunyai perbezaan yang jelas dari segi bola dan bat yang digunakan. Bola yang digunakan lebih besar dan lembut sementara hujung bat yang digunakan pula lebih kecil. Permainan ini lebih popular dimainkan secara permainan di dalam gelanggang tertutup kerana dapat dimainkan dalam kawasan yang lebih kecil.Pada mulanya permainan ini dimainkan di dalam gimnasium di maktab-maktab, universiti-universiti, YMCA dan Turnvereins sebelum ia beralih ke padang. Setiap pertubuhan menggubal peraturannya yang tersendiri dan variasi permainan ini mempunyai pelbagai nama seperti : a) Diamond BallMush Ballb) Indoor BallPlayground Ballc) Kitten BallPumpkin Balld) Recreation BallLiga sofbol yang pertama telah dianjurkan di Minneapolis, Minnesota pada tahun 1900. Pada tahun 1926, permainan itu diberi nama Sofbol oleh Walter K. Hakenson dari YMCA, Denver. Pada tahun 1927, Gladys E. Palmer dari Persatuan Pendidikan Jasmani Amerika (APEA) telah menggubal undang-undang sofbol untuk perempuan (remaja dan dewasa). Pada tahun 1923, perwakilan daripada badan-badan yang berminat telah membentuk Jawatankuasa Undang-Undang Bersama (JRC) untuk menyelaras satu set undang-undang yang diguna pakai di peringkat kebangsaan.Pada tahun 1933, Persatuan Sofbol Amatur Amerika (ASA) telah menganjurkan pertandinganperingkat kebangsaan buat julung kalinya diChicago Worlds Fair yang telah disertai oleh 20 pasukan. Pasukan wanita The Great Northerns dan pasukan lelaki J.L Boosters telah menjuarai kategori masing-masing.Pada tahun 1934 satu peraturan rasmi sofbol telah digubal oleh JRC dan dicetak pada tahun 1937. Undang-undang tersebut menjadi asas kepada undang-undang yang digunapakai sekarang.Sofbol mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik di Atlanta pada tahun 1996 dan dibuka hanya pada pasukan wanita. Sukan Olimpik di Sydney pada tahun 2000 menyaksikan 8 negara mengambil bahagian. Amerika Syarikat menjadi juara sofbol Sukan Olimpik pada tahun 2004 di Athens untuk kali ketiganya.

SEJARAH PERKEMBANGAN PERMAINAN SOFBOL DI MALAYSIAPada peringkat awal, permainan ini telah dimainkan sebagai satu sukan rekreasi. Permainan ini telah diperkenalkan oleh mubaligh-mubaligh Amerika pada tahun 1939 di ACS Kampar, Perak. Sejak itu, beberapa pasukan telah mengadakan satu siri perlawanan persahabatan.Pada tahun 1960, Encik Jack Robinson telah mengadakan klinik sofbol di seluruh Tanah Melayu sebagai satu usaha untuk menghidupkan permainan ini. Pelbagai usaha terus dijalankanuntuk mempopularkan lagi permainan ini termasuk menyenaraikannya ke dalam program MSSM.Pada akhir tahun 60an, satu inisiatif telah diambil untuk mempopularkan lagi permainan ini di negeri Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Kemudian pada tahun 1972, wakil-wakil dari negeri Perak, Pulau Pinang dan Selangor telah mengadakan satu perjumpaan di kediaman Menteri Besar Perak untuk menubuhkan Persatuan Sofbol Malaysia (S.A.M). DatoSri Hj Kamaruddinbin Hj. Mohd Isa (Menteri Besar Perak ) ketika itu telah diberi mandat untuk menjadi pengerusi. Persatuan Sofbol Malaysia (S.A.M) telah didaftarkan pada 16.03.1974.Dalam bulan Ogos 1973, Kejohanan Sofbol Kebangsaan yang pertama telah diadakan serentak dengan Kejohanan Sofbol Jemputan Perak di Ipoh, Perak. Kejohanan ini disertai oleh pasukan dari tiga buah negeri iaitu Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Kejayaan penganjuran kejohanan ini menjadikan beberapa buah negeri dan pertubuhan lain turut berminat untuk menganggotai S.A.M termasuk RAAF.Pada bulan Oktober 1976, Kejohanan Sofbol ASEAN yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur. Kejohanan yang disertai oleh lima buah pasukan ini menyaksikan Malaysia memperolehi tempat ketiga.Pada tahun 1977, Malaysia telah menghantar pasukan sofbol buat pertama kalinya ke luar negara dengan menyertai Kejohanan Sofbol ASEAN di Manila, Filipina. Pada tahun yang sama, kategori wanita dipertandingkan untuk pertama kalinya.Pada tahun 1979, permainan sofbol telah dimasukkan ke dalam Sukan SEA. Malaysia mengambil bahagian dalam kategori lelaki dan berjaya menduduki tempat ketiga. Pada tahun 1982, pasukan sofbol wanita Malaysia telah menyertai Kejohanan Sofbol Wanita Dunia Kelima yang diadakan di Taipei.Di peringkat sekolah, MSSM juga telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sukan sofbol di Malaysia. Pada tahun 1968, Kejohanan Sofbol MSSM yang pertama telah diadakan di Kampung Pandan, Selangor. Perak menjuarai Kejohanan Sofbol MSSM untuk kali pertamanya pada tahun 1977 di Pulau Pinang. Pada tahun 2003, untuk pertama kali Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mengambil bahagian di dalam kejohanan di Selangor. KEMUDAHAN DAN PERALATAN SOFBOLSPESIFIKASIDIMENSI

1) Gelangganga) Berbentuk segi empat sama atau dikenali sebagai diamond.b) Terdapat empat sudut iaitu :-base akhir (home plate)-base pertama ( first base)-base kedua ( second base)-base ketiga (third base)c) Bulatan lemparan dan pitchers plate terletak di tengah-tengah diamond. Pitchers plate ialah tempat melakukan lemparan.

2) Bolaa) Bola yang berbentuk betul-betul bulat, berkelim licin, mempunyai jahitan tersembunyi atau mempunyai permukaan yang rata. b) Terasnya diperbuat daripada kapuk berserat panjang mutu No.1 atau campuran gabus dan getah, satu campuran polisterina, atau segala bahan yang disahkan oleh ISF Equipment Standards Commission.

3) Bet / Pemukula) Diperbuat daripada kayu atau aluminiumb) Dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu tombol, pemegang dan laras.c) Tombol menghalang bet menggelongsor daripada genggaman.d) Lapisan getah boleh dipasang pada tombol dan pemegang untuk mengemaskan genggaman.

4) Pitchers Platea) Tempat melakukan lemparanb) Diperbuat daripada getah padu berwarna cerah.

5) Home Platea) Tapak terakhir yang disentuh oleh setiap base runner untuk memperolah run (mata)b) Perlu diletak dengan kemas agar tidak beralih atau bergerak semasa permainan.

6) Topi Keselamatana) Diperbuat daripada kaca gentianb) Bahagian dalamnya dilapik gabus atau getah.c) Pemukul, pemukul on-deck, base runner dan catcher mesti memakai topi keselamatan.

7) Glovea) Diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik yang sesuaib) Diapakai oleh semua pemain yang memadangc) Terdapat poket di antara ibu jari dan jari telunjuk pada glove. Berfungsi untuk memerangkap bola.

8) Catchers Mitt Mempunyai pelapik yang lebih tebal untuk melindungi tangan.

Peralatan keselamatan untuk penangkap (catcher)

POSISI PEMAIN SOFBOLJumlah pemain bagi sofbol ialah 9 orang. Posisi pemain sofbol yang memadang dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu battery, pemadang dalam dan pemadang luar. Battery terdiri daripada pitcher dan catcher. Pemadang dalam terdiri daripada pemain base pertama, kedua, ketiga dan pemadang dekat. Pemadang luar pula terdiri daripada pemadang kanan, tengah dan kiri.POSISIFUNGSI / PERANAN

1) Pitcher Melempar bola kepada pemukul Memadang bola yang ditampan

2) Catcher Menangkap bola yang dilempar oleh pitcher Melontar bola ke pelempar atau pemadang dalam Mematikan pemain lawan yang berlari ke base akhir Memadang bola yang ditampan Memberitahu pemadang kedudukan pelari base.

3) Pemain base pertama Memadang bola yang dipukul ke sebelah kanan diamond Mematikan pemain yang berlari ke base pertama Mangawal bola yang ditampan

4) Pemain base kedua Mematikan pemain yang berlari ke base kedua

5) Pemain base ketiga Mematikan pemain yang berlari ke base ketiga Memadang bola yang dipukul ke sebelah kiri diamond

6) Pemaang dekat (Short stop) Membantu pemain base kedua dan ketiga Memadang bola yang dipukul di antara base kedua dengan base ketiga.

7) Pemadang kiri Membantu pemain base kedua dan base ketiga. Menangkap bola di bahagian kiri kawasan

8) Pemadang tengah

Memadang bola padang luar Mengawal bahagian tengah kawasan padang luar

9) Pemadang kanan Memadang bola di bahagian kiri kawasan padang luar.

Posisi pemain Sofbol.

KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN SOFBOL

a) Kemahiran memukulMemukul ialah kemahiran menyerang. Pemukul perlu memukul bola yang dilempar sebelum melakukan larian dari base ke base. Pasukan pemukul perlu menentukan giliran pemukul pada awal permainan. Pemukul hanya perlu memukul bola yang dilempar dalam ruang pukul (strike zone). Tumpuan dan ketepatan adalah faktor yang penting ketika melakukan pukulan.

Teknik pegangan bet

Kawasan yang menunjukkan ruangan pukul

Fasa Persediaan

Buka kaki seluas bahu Sisi bahu arah sasaran Fleksi kedua-dua lutut Berat badan pada kaki dominan Bawa bet ke belakang dalam kedudukan tegak Mata pandang pitcherFasa Pelaksanaan

Tumpukan mata pada pergerakan bola Pasak kaki hadapak ke bumi Kilas pinggang dan badan Ayun bet kea rah bola Kontak bet pada bahagian tengah bolaFasa ikut lajak

Teruskan ayunan bet ke belakang Mata pandang pergerakan bola.

b) Kemahiran menampanMenampan ialah tindakan menahan bola dengan bet. Kemhairan ini memerlukan keyakinan diri dan ketepatan menahan bola.

Fasa persediaan

Buka kaki seluas bahu Sisi bahu menghadap arah sasaran Fleksi kedua-dua lutut Berat badan pada kaki dominan Bawa bet ke belakang dalam kedudukan tegak Mata pandang pitcher

Fasa pelaksanaan

Tumpu pada pergerakan bola Pusing badan kea rah pitcher dan bawa bet turun selari dengan pasras pinggang Ibu jari dan jari telunjuk tangan dominan menyokong bahagian tengah bet Tampan bola.Fasa ikut lajak

Serap daya supaya bola jatuh dan meleret.

c) Larian baseLarian base ialah larian dari satu base ke base yang lain untuk memperoleh run.

Larian paksaan Pelari base terpaksa meninggalkan base kerana terdapat pelari yang menuju ke base tersebut. Sebagai contoh : pelari di base pertama terpaksa berlari ke base kedua disebabkan pemukul menuju ke base pertama.Larian tanpa paksaan Pelari base tidak dipaksa meninggalkan base. Sebagai contoh : pelari di base kedua tidak dipaksa bergerak ke base ketiga sekiranya tiada pelari base pertama yang akan menuju ke base kedua.Larian melebihi satu base Pelari base boleh melakukan larian lebih daripada satu base sekiranya pelari gagal dimatikan. Pemukul yang memukul bola jauh boleh berlari melalui semua base shingga ke home plate untuk memperoleh home run.

d) Kemahiran menyambut bola tinggiMenyambut dan membaling bola adalah dua kemahiran asas untuk memadang. Kemampuan menyambut bola dengan sempurna dan membaling dengan pantas serta tepat dapat mematikan pihak lawan dalam percubaan berlari kearah base.

Fasa persediaan

Buka kaki seluas bahu Fleksi lutut Kedua-dua belah tangan berada di hadapan badan Badan menghadap kearah bola datangFasa pelaksanaan

Tumpukan mata pada layangan bola Ekstensi kedua-dua tangan kearah bola Tangan membaling di belakang gloveFasa ikut lajak

Perangkap bola dalam poket glove dan serap daya Genggam bola dengan glove sambal tangan membaling menyerkup bola. Bawa bola ke bahu tangan membaling Ambil bola dari dalam glove Sedia untuk lontaran.

e) Kemahiran membaling

Fasa persediaan

Bahu menghadap kea rah sasaran Berat badan pada kaki belakang Genggam bola dengan kemas Ekstensi tangan membaling ke belakang Mata pandang kea rah sasaranFasa pelaksanaan

Hala tangan menyambut kea rah sasaran. Pindah berat badan pada kaki hadapan Kilas pinggang Lontar bola melepasi kepala.Fasa ikut lajak

Berat badan pada kaki hadapan Fleksi lutut kaki belakang Tangan membaling lajak ke bawah Kawal imbangan badan.

f) Kemahiran melemparMelempar ialah perlakuan melontar bola kepada pemukul. Melempar dilakukan dari dalam bulatan lemparan. Kemahiran ini memerlukan persefahaman antara pitcher dan penangkap untuk mengelirukan pemukul. Terdapat dua jenis lemparan dalam sofbol iaitu windmill dan slingshot.

Fasa persediaan

Pegang bola dalam glove Pijak petak pelempar dengan kaki dominan Tumpukan mata pada pemukulFasa pelaksanaan

Ekstensi tangan memegang bola ke belakang Fleksi kedua-dua lutut Langkah ke hadapan sambal ayun tangan ke hadapan dan lepaskan bola.Fasa ikut lajak

Ikut lajak lemparan

g) MemadangMemadang ialah kemahiran bertahan. Kemahiran yang penting ketika memadang ialah menyambut dan melontar bola. Komunikasi antara pemadang, bijak dan pantas membuat keputusan adalah tunjang kejayaan pasukan yang memadang. Setiap pemadang mempunyai posisi dna peranan yang telah ditetapkan.

Posisi sedia ketika memadang. Buka kaki seluas bahu Fleksi kedua-dua lutut Tundukkan badan ke hadapan Tangan berada di hadapan badan Tumpukan perhatian pada pergerakan bola

UNDANG-UNDANG DAN PERATURANPertandingan sofbol dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan ISF dan peraturan am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Peraturan asas adalah seperti berikut :1. GELANGGANG PERMAINAN

Saiz gelanggang bagi pemain berbeza mengikut umur pemain. Namun begitu penentuan pemenang dan perjalanan permainan masih lagi yang sama. Saiz gelanggang bagi pemain di bawah umur 12 tahun adalah lebih kecil berbanding dengan saiz gelanggang bagi pemain bawah 18 tahun

2. BILANGAN PEMAINBilangan pemain di dalam satu pasukan mengandungi 15 orang pemain.Semasa permainan, 9 orang pemain akan berada di luar gelanggang sebagai pasukan yang akan memukul / menyerang.9orangpemainakanberadadidalamgelanggangsebagaipasukanyangakanmemadangiaitupasukanyangakancubamenghalang pemain yang akan memukul dan cuba mematikan pasukan lawan sebelum pemain tersebut Berjaya membuat pusingan yang lengkap bagi mendapatkan mata.

3. PERTUKARAN PERMAINAN Pemain simpanan seramai 6 orang boleh dimasukkan kesemuanya semasa pertandingan dijalankan.4. PENGADIL Bola yang dipic oleh picer mestilah dilaksanakan selepas dibenarkan oleh pengadil plate. Pengadil berhak menentukan samada bola yang dipic itu adalah bola strike ataupun ball.

5. CARA PERMAINANa.Pasukan Pemukul / Menyerang

Pemukul akan memukul bola yang dipic oleh picer pemadang dan akan berlari mengelilingi gelanggang sambil memijak bes 1, bes 2, bes 3 dan home plate bagi mendapatkan 1 mata untuk pasukannya.

Pemukul yang tidak berjaya memijak bes-bes tersebut sekali gus dibenarkan berhenti di bes-bes yang terdekat sambil menunggu pemukul yang seterusnya memukul dan akan berlari mengelilingi bes-bes yang belum diselesaikannya.

b. Pasukan Pemadang

Pemain pemadang akan menangkap bola yang telah dipukul oleh pemukul dan cuba mematikan pelari tersebut dengan 3 kaedah iaitu :

Dengan menyentuh pelari bersama bola, Memijak bes-bes yang terdapat di dalam gelanggang tersebut (bergantung pada situasi semasa) Menangkap bola yang dipukul sebelum bola tersebut mencecah ke tanah ataupun menyentuh sesuatu alatan permainan. Picer untuk pasukan pemadang dapat mematikan permainan pemukul dengan mendapatkan 3 strike.

6. PAKAIAN Tiap-tiap pasukan dikehendaki memakai pakaian seragam, sesuai mengikut jenis permainan dan undang-undang yang mengawal permainan tersebut. Nombor-nomborpadajersinyahendaklahsamadengannombor- nomboryangdidaftarkandalamsenaraipendaftarandanmengikutundang-undangtiap-tiap permainan. Pemakaiankasut/boothendaklahyangbersesuaianmengikutperaturanpermainantertentudanpemakaianseluarketat(tights)tidak dibenarkan. Tiap-tiap pasukan dikehendaki memakai pakaian seragam, sesuai mengikut jenis permainan dan undang-undang yang mengawal permainan tersebut. Semuapenguruspasukan,jurulatihdanpemainmestilahmemakaipakaianseragampasukan.Nomborpesertamestilahdisematdibelakangpakaianseragampemain. Duapasukanyangbertandingtidakdibenarkanmemakaipakaianseragamyang samawarna. Penghadangkerongkongmestidipakai. Topikeledarmestidipakaiolehpemainpemukul.11