sofbol

11
PERMAINAN SOFBOL Permainan sofbol telah diubahsuai daripada permainan baseball. Sejarah perkembangan permainan sofbol bermula pada tahun 1887. Ketika itu, George Hancock dari Farragu Boat Club di Chicago telah mencipta satu permainan yang boleh dimainkan di dalam dewan ketika musim sejuk. Beliau menggunakan satu sarung tangan tinju yang diikat sebagai bola dan sebatang kayu penyapu sebagai bet. Pada tahun 1895,Louis Rober, pegawai Jabatan Bomba Minneapolis menjadikan sofbol sebagai permainan untuk mengekalkan kecergasan fizikal anggota bomba pada waktu senggang. OBJEKTIF: Selepas mempelajari topik ini, kita akan dapat: Melakukan sekurang-kurangnya kemahiran asas sofbol dengan teknik yang betul dan selamat. Menyatakan sekurang-kurangnya empat kesalahan teknik lakuan dalam permainan sofbol Menyatakan undang-undang dan peraturan asas dalam permainan sofbol. Melakukan langkah-langkah keselamatan dalam permainan sofbol. Mengenal pasti otot-otot utama yang digunakan dalam permainan sofbol. Merancang strategi asas dalam permainan sofbol.

Upload: afzan-razali

Post on 26-May-2015

6.279 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sofbol

PERMAINAN

SOFBOL

Permainan sofbol telah diubahsuai daripada permainan baseball. Sejarah perkembangan

permainan sofbol bermula pada tahun 1887. Ketika itu, George Hancock dari Farragu Boat Club

di Chicago telah mencipta satu permainan yang boleh dimainkan di dalam dewan ketika musim

sejuk. Beliau menggunakan satu sarung tangan tinju yang diikat sebagai bola dan sebatang kayu

penyapu sebagai bet. Pada tahun 1895,Louis Rober, pegawai Jabatan Bomba Minneapolis

menjadikan sofbol sebagai permainan untuk mengekalkan kecergasan fizikal anggota bomba

pada waktu senggang.

OBJEKTIF:

Selepas mempelajari topik ini, kita akan dapat:

Melakukan sekurang-kurangnya kemahiran asas sofbol dengan teknik yang betul dan

selamat.

Menyatakan sekurang-kurangnya empat kesalahan teknik lakuan dalam permainan sofbol

Menyatakan undang-undang dan peraturan asas dalam permainan sofbol.

Melakukan langkah-langkah keselamatan dalam permainan sofbol.

Mengenal pasti otot-otot utama yang digunakan dalam permainan sofbol.

Merancang strategi asas dalam permainan sofbol.

2.2.1 KEMUDAHAN DAN PERALATAN SOFBOL

Semua spesifikasi peralatan yang digunakan dalam permainan sofbol adalah mengikut undang-

undang Persatuan Sofbol Antarabangsa atau International Softball Federation (ISF)

A. Gelanggang

i. Berbentuk segi empat sama atau dikenali sebagai diamond

ii. Terdapat empat sudut iaitu:

a) Base akhir (home plate)

Page 2: Sofbol

b) Base pertama (first base)

c) Base kedua (second base)

d) Base ketiga (third base)

iii. Bulatan lemparan dan pitcher’s plate terletak tengah-tengah diamond. Pitcher’s plate

ialah tempat melakukan lemparan.

B. Pitcher’s plate

i. Tempat melakukan lemparan

ii. Diperbuat daripada getah padu berwarna cerah

C. Home plate

i. Tapak terakhir yang disentuh oleh setiap base runner untuk memperoleh run (mata)

ii. Perlu diletak dengan kemas agar tidak beralih atau bergerak semasa permainan.

D. Bet

i. Diperbuat daripada kayu atau aluminium

ii. Dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tombol, pemegang dan laras

iii. Tombol menghalang bet menggelongsor daripada gengaman

E. Bola

i. Diperbuat daripada gabus atau getah yang dililit dengan benang

ii. Bahagian luarnya dibalut dengan kulit atau bahan sintetik yang sesuai

Page 3: Sofbol

iii. Jahitan timbul menjadi panduan kepada pitcher untuk menentukan pergerakan bola

semasa lemparan pitch.

F. Topi keselamatan

i. Diperbuat daripada kaca gentian

ii. Bahagian dalamnya dilapik gabus atau getah.

iii. Pemukul, pemukul on-deck, base runner dan catcher mesti memakai topi keselamatan.

G. Glove

i. Diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik yang sesuai

ii. Dipakai oleh semua pemain yang memadang.

iii. Terdapat poket di antara ibu jari dan jari telunjuk pada glove. Berfungsi untuk

memerangkap bola.

iv. Glove catcher yang dikenali sebagai catcher’s mitt mempunyai pelapik yang lebih tebal

untuk melindungi tangan.

ASPEK KESELAMATAN

Pastikan glove berkeadaan baik dan selamat digunakan.

Perangkap bola dalam poket glove untuk mengelakkan kecederaan pada jari atau tapak

tangan.

Jerit nama rakan yang menyambut bola supaya bersedia bertindak

Jangan baling bet selepas memukul

Awasi kedudukan pemain di base supaya tidak bertembung

Larian dilakukan di luar kawasan diamond

Page 4: Sofbol

Dengar arahan jurulatih semasa melakukan larian.

POSISI PEMAIN SOFBOL

A. Jumlah dan Posisi pemain

Jumlah pemain bagi sofbol ialah sembilan orang. Posisi pemain sofbol yang memadang

dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu battery, pemadang dalam dan pemadang luar. Battery

terdiri daripada pitcher dan catcher. Pemadang dalam terdiri daripada pemain base pertama,

kedua, ketiga dan pemadang dekat. Pemadang luar pula terdiri daripada pemadang kanan, tengah

dan kiri.

B. Fungsi Pemain

POSISI FUNGSI/PERANAN

Pitcher (1) Melempar bola kepada pemukul

Memadang bola yang ditampan

Catcher (2) Menangkap bola yang dilempar oleh pitcher.

Melontar bola ke pelempar atau pemadang dalam.

Mematikan pemain lawan yang berlari ke base akhir.

Memadang bola yang ditampan

Memberitahu pemadang kedudukan pelari base.

Pemain base pertama (3) Memadang bola yang dipukul ke sebelah kanan diamond.

Mematikan pemain yang berlari ke base pertama.

Mengawal bola yang ditampan.

Pemain base kedua (4) Mematikan pemain yang berlari ke base kedua.

Pemain base ketiga (5) Mematikan pemain yang berlari ke base ketiga.

Memadang bola yang dipukul ke sebelah kiri diamond.

Pemadang dekat (6)

(short stop)

Membantu pemain base kedua dan ketiga.

Memadang bola yang dipukul di antara base kedua dengan base ketiga.

Page 5: Sofbol

Pemadang kiri (7) Membantu pemain base kedua dan base ketiga.

Menangkap bola di bahagian kiri kawasan.

Pemadang tengah (8) Memadang bola padang luar.

Mengawal bahagian tengah kawasan padang luar.

Pemadang kanan (9) Memadang bola di bahagian kiri kawasan padang luar.

KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN SOFBOL

Terdapat beberapa kemahiran dalam permainan sofbol yang perlu kita pelajari dan kuasai. Setiap

kemahiran sofbol memerlukan ketepatan, konsistensi dan kepantasan. Kemahiran asas yang

terdapat dalam permainan sofbol adalah seperti berikut:

KEMAHIRAN

Menyerang

Memukul

Menampan

Larian base

Bertahan

Menyambut dan membaling

Melempar

Memadang

A. Menyambut dan Membaling

Menyambut dan membaling bola adalah dua kemahiran asas untuk memadang. Kemampuan

menyambut bola dengan sempurna dan membaling dengn pantas serta tepat dapat mematikan

pihak lawan dalam percubaan berlari ke arah base.

Page 6: Sofbol

B. Memukul

Memukul ialah kemahiran menyerang. Pemukul perlu memukul bola yang dilempar sebelum

melakukan larian dari base ke base. Pasukan pemukul perlu menentukan giiran pemukul pada

awal permainan. Pemukul hanya perlu memukul bola yang dilempar dalam ruang pukul (strike

zone). Tumpuan dan ketepatan adalah faktor yang penting ketika melakukan pukulan

C. Menampan

Menampan ialah tindakan menahan bola dengan bet. Kemahiran ini memerlukan keyakinan diri

dan ketepatan menahan bola.

D. Melempar (Pitching)

Melempar ialah perlakuan melontar bola kepada pemukul. Melempar dilakukan dari dalam

bulatan lemparan. Kemahiran ini memerlukan persefahaman antara pitcher dan penangkap untuk

mengelirukan pemukul. Terdapat dua jenis lemparan dalam sofbol iaitu Windmill dan Slingshot.

E. Larian Base

Larian base ialah larian dari satu base ke base yang lain untuk memperoleh run. Terdapat tiga

jenis larian base.

i. Larian paksaan: Pelari base terpaksa meninggalkan base kerana terdapat pelari yang

menuju ke base tersebut. Sebagai contoh, pelari di base pertama terpaksa berlari ke base

kedua disebabkan pemukul berlari ke base pertama.

ii. Larian tanpa paksaan: Pelari base tidak dipaksa meninggalkan base. Sebagai contoh,

pelari di base kedua tidak dipaksa bergerak ke base ketiga sekiranya tiada pelari base

pertama yang akan menuju ke base kedua.

iii. Larian melebihi satu base: Pelari base boleh melakukan larian lebih daripada satu base

sekiranya pelari gagal mematikan. Pemukul yang memukul bola jauh boleh berlari

melalui semua base sehingga ke home plate untuk memperoleh home run.

Page 7: Sofbol

F. Memadang

Memadang ialah kemahiran bertahan. Kemahiran yang penting ketika memadang ialah

menyambut dan melontar bola. Komunikasi antara pemadang, bijak dan pantas membuat

keputusan adalah tunjang kejayaan pasukan yang memadang. Setiap pemadang mempunyai

posisi dan peranan yang telah ditetapkan.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

Pertandingan sofbol dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan ISF dan peraturan am

Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Peraturan asas dalam permainan sofbol adalah

seperti berikut:

1. Pasukan memadang ditentukan secara undian

2. Permainan dibahagikan kepada tujuh inning atau dalam tempoh 1 jam 20 minit (yang

mana sampai dulu).

3. Inning atau giliran pasukan memukul dan memadang bertukar setelah tiga orang pemain

pasukan memukul dapat ‘dimatikan’.

4. Pitcher perlu melontar bola bawah tangan kepada pemukul.

5. Susunan giliran memukul perlu diikuti sepanjang permainan. Jika pemain ditukar, pemain

gentian perlu mengambil gilirannya.

6. Pemukul yang tidak dapat menyempurnakan strike ketiga akan dikeluarkan. Jika pemukul

mendapat empat ball, maju ke base pertama.

7. Pemukul yang dapat mengelak daripada dikeluarkan dan selamat sampai ke base pertama

selepas memukul, boleh berlari ke base seterusnya.

8. Pemukul akan terkeluar atau dikira ‘mati’ jika

Telah mendapat tiga strike.

Bola yang mencecah tanah dilontar terus ke base pertama sebelum pemukul tiba.

Page 8: Sofbol

Bola ditangkap oleh pemadang sebelum mencecah tanah.

9. Run diperoleh jika pelari base selamat melepasi semua base hingga ke home plate tanpa

di ‘tag’ oleh pemadang.

10. Pelari base tidak boleh meninggalkan base sehingga pitcher melepaskan bola.

11. Pelari base akan terkeluar atau ‘mati’ apabila:

Gagal menyentuh base yang dituju terlebih dahulu.

Di ‘tag’ oleh pemadang dengan bola.

12. Pasukan yang memperoleh jumlah run terbanyak dikira menang selepas tamat semua

inning.

13. inning tambahan akan diberikan untuk menentukan pemenang sekiranya berlaku seri

selepas tamat waktu permainan biasa.