soalandsf

5
Soalan: Bincangkan faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 dan kesan-kesannya. Jawapan cadangan: Idea tentang pembentukan Persekutuan 1896 telah dicadangkan olehFrank Swettenham. Persekutuan bermaksud satu sistem pemerintahan yangmenggabungkan beberapa buah negeri bebas menjadi satu unit politik yangbaru di bawah pentadbiran kerajaan pusat. Menurut Perjanjian Persekutuanyang ditandatangani pada 1 Julai 1895, Perak, Selangor, Pahang dan NegeriSembilan disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Tidakdinafikan Sistem Residen telah membawa kemajuan politik, ekonomi, dansosial di negeri-negeri Melayu. Namun, kemajuan yang dicapai tidakmenyeluruh kerana corak pentadbiran yang berbeza. Dengan penubuhanPersekutuan, diharapkan masalah ini dapat diatasi. Hakikatnya, penubuhanPersekutuan 1895 merupakan helah British untuk mengurangkan kuasa raja-raja Melayu dan mengukuhkan kedudukannya ke atas negeri-negeri Melayu.Terdapat beberapa faktor utama yang mendorong British untuk menubuhkanPersekutuan 1896 dan penubuhan ini turut mengakibatkan beberapa kesan. Antara faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 ialah masalahkewangan Pahang. British telah campur tangan di Pahang kerana menyangkanegeri itu mempunyai banyak hasil bumi seperti emas dan bijih timah. Setelahmenduduki Pahang, barulah British sedar beberapa kelemahan Pahang iaitukedudukan Pahang yang sukar dihubungi dari laut selama enam bulan, iaitusemasa musim tengkujuh (November hingga Mac). Selain itu, Pahang jugasukar dihubungi oleh jalan darat kerana terhalang oleh BanjaranTitiwangsa.Selain itu, Pahang tidak mempunyai hasil bijih timah yang banyak.British mendapati hasil emas sudah habis kerana telah sekian lama dilombongoleh orang Melayu, Cina, dan Siam. Tambahan pula, tidak banyak orang Cinayang menetap di Pahang. Jadi kerajaan British kurang mendapat hasil cukaidaripada candu, judi, dan arak. Kerajaan British mengalami masalah kewanganyang kritikal setelah menduduki Pahang kerana Pahang tidak mempunyaisumber kewangan yang mencukupi, tambahan pula British terpaksamembelanjakan wang yang banyak untuk membangunkan Pahang.

Upload: alibaba

Post on 16-Feb-2016

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sdf

TRANSCRIPT

Page 1: Soalandsf

Soalan: Bincangkan faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 dan kesan-kesannya.

Jawapan cadangan:

Idea tentang pembentukan Persekutuan 1896 telah dicadangkan olehFrank Swettenham. Persekutuan bermaksud satu sistem pemerintahan yangmenggabungkan beberapa buah negeri bebas menjadi satu unit politik yangbaru di bawah pentadbiran kerajaan pusat. Menurut Perjanjian Persekutuanyang ditandatangani pada 1 Julai 1895, Perak, Selangor, Pahang dan NegeriSembilan disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Tidakdinafikan Sistem Residen telah membawa kemajuan politik, ekonomi, dansosial di negeri-negeri Melayu. Namun, kemajuan yang dicapai tidakmenyeluruh kerana corak pentadbiran yang berbeza. Dengan penubuhanPersekutuan, diharapkan masalah ini dapat diatasi. Hakikatnya, penubuhanPersekutuan 1895 merupakan helah British untuk mengurangkan kuasa raja-raja Melayu dan mengukuhkan kedudukannya ke atas negeri-negeri Melayu.Terdapat beberapa faktor utama yang mendorong British untuk menubuhkanPersekutuan 1896 dan penubuhan ini turut mengakibatkan beberapa kesan.

Antara faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 ialah masalahkewangan Pahang. British telah campur tangan di Pahang kerana menyangkanegeri itu mempunyai banyak hasil bumi seperti emas dan bijih timah. Setelahmenduduki Pahang, barulah British sedar beberapa kelemahan Pahang iaitukedudukan Pahang yang sukar dihubungi dari laut selama enam bulan, iaitusemasa musim tengkujuh (November hingga Mac). Selain itu, Pahang jugasukar dihubungi oleh jalan darat kerana terhalang oleh BanjaranTitiwangsa.Selain itu, Pahang tidak mempunyai hasil bijih timah yang banyak.British mendapati hasil emas sudah habis kerana telah sekian lama dilombongoleh orang Melayu, Cina, dan Siam. Tambahan pula, tidak banyak orang Cinayang menetap di Pahang. Jadi kerajaan British kurang mendapat hasil cukaidaripada candu, judi, dan arak. Kerajaan British mengalami masalah kewanganyang kritikal setelah menduduki Pahang kerana Pahang tidak mempunyaisumber kewangan yang mencukupi, tambahan pula British terpaksamembelanjakan wang yang banyak untuk membangunkan Pahang. Seterusnya,kerajaan British terpaksa meminjam wang daripada NNS bagi membiayai kospentadbiran Pahang. Pada tahun 1892, hutang Pahang berjumlah $ 610 000.

  

NNS sudah tidak mampu lagi untuk memberi pinjaman kepada British untukmembiayai Pahang kerana sedang mengalami zaman kemelesetan. NNS telahmencadangkan agar Pahang meminjam wang daripada Selangor

Page 2: Soalandsf

dan Perak.Kewangan British di Pahang bertambah teruk apabila terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk mengatasi penentangan masyarakat tempatan yangdiketuai oleh Dato’ Bahaman. Walaupun menghadapi masalah kewangan yang serius di Pahang, kerajaan British tidak mahu menarik diri dari Pahang kerana tidak mahu imejnya terjejas. British juga tidak mahu kuasa Barat seperti Jerman dan Perancis menduduki Pahang. Dengan pembentukan Persekutuan,diharap negeri-negeri Melayu yang kaya seperti Selangor, Negeri Sembilan danPerak boleh memberi bantuan kewangan kepada Pahang. Dengan cara ini,masalah kewangan Pahang dapat diatasi.Selain itu, faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 seperti kelemahan Sistem Residan. Kerajaan British menyedari bahawa Sistem Residan mempunyai beberapa kelemahan. Ini dibuktikan oleh penentangan masyarakat tempatan yang berlaku di Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan.

Selain itu, kemajuan setiap negeri di bawah Sistem Residen tidak seragam.Terdapat negeri yang berkembang pesat tetapi terdapat juga negeri yang masih mundur dan mengalami banyak masalah. Keadaan ini bergantung kepada kebolehan dan kecekapan seseorang residen itu. Selain itu, kerajaan British mahu mengurangkan kuasa Residen. Setelah Sistem Residen dilaksanakan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan, residen merupakan individu yang berkuasa menentukan politik dan ekonomi di negeri masing-masing. Walaupun residen dikehendaki selalu merujuk kepada gabenor mengenai pentadbiran negeri masing-masing, tetapi gabenor tidak dapatmengawal tindakan residen. Pada tahun 1890-an, keempat-empat negeritersebut terpisah dengan sendirinya di bawah residen. Walaupun ditubuhkanMajlis Mesyuarat Negeri, tetapi Majlis Mesyuarat Negeri tidak berkuasa menyekat kehendak dan kuasa residen. Penubuhan Persekutuan 1896 diharap dapat mengurangkan kuasa mutlak residen.

Faktor pembentukan Persekutuan 1896 lain pula adalah menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran. Sistem Residen menunjukkan bahawa setiapresiden mentadbir negeri dengan cara berbeza. Hal ini disebabkan kerajaan British tidak menyediakan garis panduan tentang bidang kuasa residen. Maka,wujudlah ketidak seimbangan dalam pentadbiran. Akibatnya, ada negeri-negeriyang kaya dan ada negeri yang miskin. Kemajuan atau kemunduran sesebuah negeri bergantung kepada inisiatif dan sikap residen. Kerajaan British cuba mewujudkan keseragaman dalam perundangan, sistem pungutan cukai, pertanian, perhubungan, perlombongan, dan kesihatan di negeri-negeriMelayu. Dengan penubuhan Persekutuan, diharapkan dapat mewujudkan satusistem pentadbiran yang selaras di bawah kawalan residen jeneral.Penyeragaman bidang pentadbiran akan mempercepat pembangunan ekonomi dan menjimatkan perbelanjaan. Sistem perhubungan seperti jalanraya dan jalan kereta api tidak berkembang

Page 3: Soalandsf

maju di negeri-negeri Melayu.Melalui Persekutuan, diharapkan sistem pengangkutan dapat dimajukan.British akan mendapat faedah apabila terdapat sistem jalan raya dan jalankerata api menghubungkan antara negeri-negeri Melayu yang terlibat. Sistem pengangkutan yang baik antara negeri dapat memudahkan dan mempercepat proses penghantaran hasil bumi ke pelabuhan untuk dieksport. Selain daripada itu, faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 juga memperlihatkan pertahanan dan keselamatan. Kerajaan British mahu mewujudkan satu pasukan keselamatan yang bertujuan untuk mempertahankan negeri-negeri Melayu daripada ancaman di dalam dan di luar negeri. Semasa berlaku penentangan masyarakat tempatan di Pahang dan Perak, British terpaksa meminta bantuan tentera daripada Singapura, Hongkong, dan India. Oleh itu, British terpaksa mengeluarkan wang untuk mengupah tentera tersebut. Kewujudan pasukan tentera Persekutuan British telah memudahkan pentadbiran British kerana tentera ini dapat mempertahankan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan negeri-negerilain sekiranya berlaku penentangan dan peperangan. Pembentukan Persekutuan turut memberikan beberapa kesan. Antara kesan-kesan pembentukan Persekutuan 1896 ialah pemusatan kuasa residen jeneral. Dalam Sistem Persekutuan, residen jeneral merupakan ketua kerajaan pusat yang mempunyai kuasa penuh dalam bidang pentadbiran di NNMB.Residen jeneral akan membuat semua keputusan-keputusan pentingterutamanya dalam soal kewangan. Sultan-sultan dan residen-residen diarahkan supaya meminta nasihat residen jeneral dan mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan terutamanya yang berkaitan soal pentadbiran.Residen jeneral telah menubuhkan beberapa buah jabatan kerajaan untukmenyelaraskan pentadbiran. Residen jeneral telah melantik pengawai-pengawai British untuk berkhidmat dalam Jabatan Persekutuan. Sistem Persekutuan ini tidak berjaya untuk membahagikan kuasa di antara kerajaanPersekutuan dan Majlis Mesyuarat Negeri kerana residen jeneral mempunyai kuasa penuh.  Kesan-kesan lain seperti kemerosotan kuasa sultan, residen, dan MajlisMesyuarat Negeri. Pemusatan kuasa di tangan residen jeneral menyebabkan kuasa raja-raja Melayu di NNMB semakin berkurangan. Pada mulanya, sultan-sultan bersetuju menandatangani Perjanjian Persekutuan 1896 kerana mereka berharap kuasa mereka yang diambil oleh residen akan dikembalikan. Namun,selepas beberapa tahun Persekutuan dilaksanakan, barulah sultan-sultan sedarbahawa kuasa mereka semakin kurang kerana berlaku pemusatan kuasa ditangan residen jeneral pula. Sultan mesti menerima semua nasihat residen dalam hal ehwal pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan adat resam dan agama Islam. Sultan tidak

Page 4: Soalandsf

mempunyai hak dalam pentadbiran. Sultan hanya berperanan menandatangani rang undang-undang yang telah dipersetujui oleh residen jeneral sahaja. Residen British juga kehilangan kuasa kerana terpaksa menerima semua arahan daripada residen jeneral, tugas-tugas residen telah diagihkan kepada Jabatan Persekutuan yang ditubuhkan. Majlis Mesyuarat Negeri juga tidak berfungsi sepenuhnya kerana hanya meluluskan undang-undang yang telah ditetapkan oleh residen di Kuala Lumpur. Seterusnya, pemusatan dan penyelarasan pentadbiran melalui Persekutuan 1896 telah menunjukkan kejayaan dalam bidang pentadbiran dan pembangunan ekonomi. Kemajuan ekonomi dapat dicapai dengan adanya sistem cukai yang seragam dan sistem perhubungan yang baik. Keadaan initelah menarik lebih ramai pelabur-pelabur menanam modal dalam perusahaan bijih timah dan getah. Kesimpulannya, pembentukan persekutuan 1896 sememangnya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul seperti masalah kewangan Pahang, masalah kelemahan sistem residen, masalah dalam pentadbiran dan juga untuk mengatasi masalah pertahanan dan keselamatan. Pembentukan Persekutuan 1896 turut memberi beberapa kesan seperti kuasa para residen British, sultan, dan pembesar Melayu dikurangkan.

http://www.scribd.com/doc/23982348/Faktor-Faktor-Pembentukan-Persekutuan-1896-Dan-Kesan-Kesannya#scribd