soalan1

6
SOALAN Nyatakan fungsi-fungsi kedua-dua kanta objektif dan kanta mata dalam satu teleskop astronomi Antara fungsi kanta objektif yang terdapat dalam teleskop astronomi adalah untuk mengumpul dan menumpukan cahaya dalam jumlah yang banyak bagi memastikan imej yang terbentuk adalah terang meskipun objek berada pada kedudukan yang jauh. Kanta objek merupakan kanta yang kedudukannya berada paling hampir dengan objek. Apabila cahaya melalui kanta objektif, ianya dibengkokkan ataupun dibiaskan. Gelombang cahaya yang masuk secara selari akan berkumpul atau bertemu pada satu titik fokus. Antara ciri kanta objektif ini adalah panjang fokus yang lebih panjang serta bukaan yang besar bagi membolehkan cahaya memasuki kanta semaksimumnya. Imej yang terbentuk adalah nyata, terbalik dan mengecil. Fungsi kanta mata pula adalah untuk memastikan keseluruhan cahaya yang terkumpul di dalam tabung teleskop dapat masuk ke dalam mata pemerhati untuk membentukkan imej yang lebih terang serta turut membantu dalam proses pembesaran imej. Kanta mata mempunyai ciri seperti memiliki panjang fokus yang pendek serta bukaan yang kecil bagi membolehkan cahaya dapat dipantulkan dengan lebih cepat ke dalam mata. Kanta mata juga berfungsi untuk memperbesarkan imej pertama yang difokuskan oleh kanta objektif. Ia juga berfungsi sebagai

Upload: wee-dong-lau

Post on 11-Nov-2015

16 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

sc

TRANSCRIPT

SOALANNyatakan fungsi-fungsi kedua-dua kanta objektif dan kanta mata dalam satu teleskop astronomiAntara fungsi kanta objektif yang terdapat dalam teleskop astronomi adalah untuk mengumpul dan menumpukan cahaya dalam jumlah yang banyak bagi memastikan imej yang terbentuk adalah terang meskipun objek berada pada kedudukan yang jauh. Kanta objek merupakan kanta yang kedudukannya berada paling hampir dengan objek. Apabila cahaya melalui kanta objektif, ianya dibengkokkan ataupun dibiaskan. Gelombang cahaya yang masuk secara selari akan berkumpul atau bertemu pada satu titik fokus. Antara ciri kanta objektif ini adalah panjang fokus yang lebih panjang serta bukaan yang besar bagi membolehkan cahaya memasuki kanta semaksimumnya. Imej yang terbentuk adalah nyata, terbalik dan mengecil.

Fungsi kanta mata pula adalah untuk memastikan keseluruhan cahaya yang terkumpul di dalam tabung teleskop dapat masuk ke dalam mata pemerhati untuk membentukkan imej yang lebih terang serta turut membantu dalam proses pembesaran imej. Kanta mata mempunyai ciri seperti memiliki panjang fokus yang pendek serta bukaan yang kecil bagi membolehkan cahaya dapat dipantulkan dengan lebih cepat ke dalam mata. Kanta mata juga berfungsi untuk memperbesarkan imej pertama yang difokuskan oleh kanta objektif. Ia juga berfungsi sebagai kanta pembesar. Gambar yang dihasilkan adalah maya, diperbesar dan songsang (terbalik).

Bagaimana anda boleh tingkatkan kuasa pembesaran bagi teleskop astronomi dan mikroskop majmuk? Pembesaran sesebuah teleskop adalah sama dengan fo/fm. Bagi meningkatkan pembesaran imej yang terhasil oleh teleskop astronomi adalah dengan meningkatkan panjang fokus bagi kanta objektif serta mengurangkan panjang fokus kanta mata. Apabila kita memanjangkan fokus kanta objektif, diameter kanta objektif turut meningkat dan ini menyebabkan lebih banyak cahaya dapat memasuki teleskop. Hal ini berbeza bagi fokus kanta mata. Jika panjang fokus kanta mata adalah rendah maka kuasa pembesaran imej akan meningkat. Kuasa pembesaran mikroskop majmuk pula boleh ditingkatkan jika kita mengurangkan panjang fokus kanta objektif. Dalam mikroskop majmuk, kanta objektif berperanan untuk menghasil pembesaran imej objek kali pertama sebelum imej ditukarkan semula menjadi objek bagi kanta mata. Panjang minimum fokus bagi kanta objektif ialah 5 cm. Hal ini demikian kerana jika panjang fokus kanta objektif terlalu pendek, maka imej yang dihasilkan akan pecah dan tidak sempurna. Bagi kanta mata pula, panjang fokus kanta mata yang terdapat pada mikroskop haruslah ditingkatkan jika kita ingin meninggikan kuasa pembesaran mikroskop Kanta Barlow(Barlow lenses) juga boleh digunakan. Kanta Barlow berfungsi untuk menggandakan pembesaran imej. Optic jenis ini biasanya menggandakan kuasa pembesaran kanta mata sehingga 2 atau 3 kuasa Barlow dan kadar pembesaran lain boleh diperolehi. Satu kanta Barlow pada asasnya menggandakan jumlah kanta mata yang ada. Sebagai contoh, jika kita mempunyai 3 kanta mata pada 32mm, 25mm dan 20mm, 2 kuasa dari kanta Barlow akan memberikan peningkatan seperti kanta mata 16mm, 12.5mm dan 10mm.

Apakah langkah berjaga-jaga yang telah anda ambil semasa menjalankan projek ini? Mengapa? memastikan kanta cembung berada dalam keadaan yang baik dan sempurna. Hal ini demikian kerana jika kanta cembung yang digunakan adalah rosak, ia akan memberi kesan terhadap kualiti imej yang yang terhasil memastikan panjang fokus kanta dilabel dengan jelas dan diketahui bagi mengelakkan kekeliruan penggunaan kanta sepanjang masa amali dijalankan. Memastikan jarak kedudukan kanta adalah betul. Ini kerana kedudukan kanta memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan imej. Memastikan kedudukan kanta adalah kukuh dengan menggunakan pita selofon ataupun plastisin pada pemegang kanta. ini kerana kedudukan kanta boleh berubah apabila kanta digerak-garakkan semasa mencarai bacaan jarak focus yang sesuai. Memastikan kanta berada pada kedudukan yang tegak dengan bantuan plastisin ataupun pita selo, kanta yang tegak dapat meminimumkan ralat seperti pembiasan cahaya pada kanta. Pembiasan cahaya akan menjadikan imej yang terhasil kabur. Semasa menguji model, pencahayaan haruslah dalam keadaan yang optimum dan sesuai. Ini penting bagi menghasilkan imej yang jelas.

Apa yang telah anda pelajari daripada dua aktiviti-aktiviti di atas?(salin teori) Setelah saya menjalankan aktiviti ini terdapat beberapa perkara baru yang telah dapat saya pelajari. Antaranya ialah saya telah mendapat satu kemahiran baru iaitu teknik-teknik untuk membina teleskop astronomi dan juga mikroskop majmuk. Sebagai bakal seorang guru sains saya mestilah mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang cara-cara memasang mikroskop dan teleskop kerana saya yakin dan pasti bahawa saya akan menggunakan kedua-dua alatan tersebut sewaktu sesi pengajaran saya kelak. Saya juga dapat menigkatkan pemahaman saya dengan lebih mendalam tentang konsep kanta cembung dan perbezaan yang terdapat di antara kanta mata dan kanta objek. Sebelum saya menjalankan eksperimen ini saya tidak pernah mengetahui jenis-jenis kanta yang sesuai digunakan untuk membina sebuah mikroskop dan teleskop. Selain itu saya turut mendapat pengetahuan baru di mana saya baru mengetahui bahawa terdapat cara untuk meningkatkan kuasa pembesaran sesebuah telesko mahupun mikroskop. Kuasa pembesaran ini digunakan untuk membesarkan objek-objek yang sukar dilihat oleh mata kasar. Kuasa pembesaran yang berbeza terhasil kerana terdapat perbezaan di antara panjang fokus kanta mata mahupun kanta objek. Tambahan juga saya turut mengetahui bahawa walaupun kanta mempunyai saiz yang sama namun ianya mempunyai panjang yang berbeza-beza. Terdapat formula yang berbeza digunakan untuk mengira pembesaran yang berlaku dalam sesebuah mikroskop mahupun teleskop.