soalan simpulan bahasa

2
Soalan Simpulan Bahasa Digunakan orang sebagai kiasan, teladan dan pengajaran. Terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat. Contoh Ayat Contoh ajak-ajak ayam Kami tidak mahu makan bersamanya kerana dia hanya ajak-ajak ayam. hidung tinggi Siti bersikap hidung tinggi kerana keluarganya kaya dan terkenal. Latihan Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Hujung minggu lepas kami sekeluarga pergi__________________ di tepi pantai. A. makan angin C. minum angin B. turun angin D. naik angin 2. Kepada jiran, Mak Limah terkenal sebagai wanita yang_______________ . A. ringan tangan C. ringan kepala B. ringan mulut D. ringan tulang 3. ___________________ sesuai dirujukkan kepada murid yang amat rajin membaca buku. A. Ulat bunga C. Ulat buku B. Terang hati D. Ulat bulu 4. Simpulan bahasa yang sesuai untuk mencerminkan otak murid yang pintar dan cerdik ialah A. otak komputer C. otak udang B. otak lembam D. otak cair 5. Encik Hamid memarahi isterinya kerana selalu membuat tuduhan ___________ tanpa usul periksa terlebih dahulu. A. serkap rapat C. serkap jarang B. hentam kromo D. bidan terjun 6. Sudahlah harga barang keperluan kini____________________ malahan tidak pula boleh ditawar. A. paku Inggeris C. tangkai jering B. paku Belanda D. hidung masin

Upload: vasandra-devi

Post on 13-Dec-2015

63 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

year 6

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Simpulan Bahasa

Soalan Simpulan Bahasa

•    Digunakan orang sebagai kiasan, teladan dan pengajaran.•    Terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.

Contoh Ayat Contohajak-ajak ayam Kami tidak mahu makan bersamanya kerana dia hanya ajak-ajak

ayam.hidung tinggi Siti bersikap hidung tinggi kerana keluarganya kaya dan terkenal.

LatihanIsi  tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Hujung minggu lepas kami sekeluarga pergi__________________  di tepi pantai.   A.    makan angin                      C. minum angin                B.    turun angin                D. naik angin

2. Kepada jiran, Mak Limah terkenal sebagai wanita yang_______________ .   A.    ringan tangan              C. ringan kepala   B.    ringan mulut            D. ringan tulang

3. ___________________ sesuai dirujukkan kepada murid yang amat rajin membaca buku.   A.    Ulat bunga                 C. Ulat buku   B.    Terang hati                D. Ulat bulu

4. Simpulan bahasa yang sesuai untuk mencerminkan otak murid yang pintar dan cerdik ialah   A.    otak komputer            C. otak udang   B.    otak lembam            D. otak cair

5. Encik Hamid memarahi  isterinya kerana selalu membuat tuduhan ___________ tanpa usul periksa terlebih dahulu.   A.    serkap rapat            C. serkap jarang   B.    hentam kromo            D. bidan terjun

6. Sudahlah harga barang keperluan kini____________________ malahan tidak pula boleh ditawar.   A.    paku Inggeris            C. tangkai jering   B.    paku Belanda            D. hidung masin

7. Busu budak yang__________________ kerana sekali ajar sahaja dia sudah dapat membaca.   A.    terang hati                C. terang mata   B.    otak udang                D. ringan mulut

8. Oleh kerana tidak mahu mengalah, maka berlakulah________________ yang berpanjangan di antara Muthu dengan David.   A.    perang dingin            C. serang hendap   B.    perang mulut            D. perang kekuatan

9. Peniaga itu sudah__________________ hendak terus berniaga sesudah dianiaya oleh rakan sendiri.   A.    terang hati                C. tawar hati   B.    lebam hati                D. lembut hati10. Pasangan itu baru sahaja dikurniai________________ biarpun sudah berumah tangga hampir lima tahun lamanya.   A.    cahaya mata            C. cenderamata   B.    cenderahati                D. cahaya hati

Page 2: Soalan Simpulan Bahasa