soalan pertengahan tahun sejarah tahun 4 kssr
DESCRIPTION
sejarahTRANSCRIPT
SOALAN PERTENGAHAN TAHUN SEJARAH TAHUN 4 KSSR
Sejarah
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUNTAHUN 4
2014
SEJARAH
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
ARAHAN : Jawab semua soalan.
Jawab semua soalan di bawah. Pilih satu jawapan yang betul sahaja.
1. Maksud sejarah yang paling tepat ialah
A Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu
lampau
B Sejarah ialah peristiwa yang akan berlaku
C Sejarah ialah cerita dongeng yang berlaku pada waktu lampau
D Sejarah ialah cerita yang menarik untuk dibaca
2. Sumber pertama boleh didapati dalam bentuk
A Buku
B Ucapan
C Akhbar
D Batu bersurat
3. Muzium berperanan sebagai
A Tempat bersiar-siar sambil membeli barang purba
B Tempat menyimpan dan memelihara bahan-bahan bersejarah
C Tempat orang ramai berkumpul dan menjual barang-barang
bersejarah
D Tempat untuk orang ramai mendapatkan maklumat tentang
suatu tempat
4. Mengapakah sejarah penting dalam kehidupan kita?
A Mengetahui cerita seseorang
B Boleh menjadi iktibar dan pelajaran
C Melahirkan masyarakat yang suka membaca
D Bersemangat untuk berperang dengan orang lain
5. Apakah maksud biodata diri?
A Pengenalan diri seseorang
B Dokumen berkaitan orang lain
C Keterangan tentang diri dan keluarga
D Profil yang mengandungi maklumat tentang diri kita
6. Keluarga asas terdiri daripada
A datuk, nenek dan sepupu
B ibu saudara, abang dan kakak
C ayah, ibu, datuk, nenek dan cucu
D ayah, ibu dan anak-anak
7. Bagaimanakah kita menunjukkan rasa hormat kepada ahli keluarga?
A Menggunakan kata panggilan yang sesuai dalam keluarga
B Meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka
C Mengambil barang kepunyaan keluarga sesuka hati
D Tidak mahu mendengar nasihat daripada ahli keluarga
8. Apakah gelaran nama bagi anak sulung dalam sesebuah keluarga?
A Adik
B Along
C Angah
D Mak Su
9. Siapakah yang memegang jawatan tertinggi dalam organisasi sekolah?
A Guru
B Murid
C Kerani
D Guru Besar
10. Apakah yang dimaksudkan dengan visi?
A Sesuatu yang hendak dicapai
B Lambang kebanggaan sekolah
C Wawasan atau berpandangan jauh
D Langkah untuk mencapai kejayaan
11. Antara berikut, manakah menunjukkan sikap murid yang
bertanggungjawab?
I Mematuhi disiplin sekolah
II Bermain semasa guru sedang mengajar
III Membuang sampah di kawasan sekolah
IV Menggunakan kemudahan sekolah dengan baik
A I dan II C I dan III
B II dan III D I dan IV
12. Bagaimanakah caranya untuk menjadikan sekolah kita bersih dan ceria?
A Membuang sampah merata-rata
B Mencantas pokok dan memetik bunga sesuka hati
C Bersama-sama menanam pokok bunga di sekolah
D Menconteng dinding sekolah
13. Alamat tempat tinggal dapat menunjukkan
A saiz rumah seseorang
B taraf hidup seseorang
C lokasi tempat tinggal seseorang
D bilangan ahli keluarga seseorang
14. Pernyataan di bawah menunjukkan keistimewaan kawasan
setempat, kecuali
A mempunyai kemudahan asas yang mencukupi
B mempunyai pemandangan semulajadi yang indah
C dikelilingi oleh kawasan kilang yang pesat membangun
D kawasan yang mempunyai nilai sejarah yang menjadi sebutan
hingga kini
15. Mengapakah kita perlu menjaga dan mengindahkan kawsan persekitaran
tempat tinggal?
A Mengharapkan pujian orang lain
B Untuk memenangi pertandingan yang dianjurkan
C Untuk menjamin kesihatan dan keselesaan hidup
D Menggalakkan golongan remaja melepak di kawasan tersebut
16. Manakah antara berikut merupakan adab menggunakan telefon awam?
A Meletakkan semula telefon ke gagang telefon selepas
menggunakannya
B Menghempas telefon dengan kuat kerana marah
C Membuang sampah di tempat tersembunyi di pondok telefon
D Membiarkan sahaja jika telefon rosak tanpa membuat aduan
17. Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Air Batu?
A Zaman ketika bumi ditimpa hujan berterusan
B Zaman ketika permukaan bumi dilitupi oleh air batu
C Zaman ketika bumi dilanda kemarau yang panjang
D Zaman gelap di mana cahaya matahari tidak dapat menembusi
bumi
18. Manakah antara berikut merupakan kepulauan Melayu?
I Tanah Melayu III Afrika
II Sumatera IV Asia
A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV
19. Berikut adalah faktor-faktor menyebabkan terbentuknya benua dan
lautan kecuali
A kejadian banjir
B pencairan air batu
C pergerakan glasier
D kenaikan paras air laut
20. Terdapat ___________ lautan yang terbentuk akibat pergerakan glasier pada
Zaman Air Batu
A lima
B enam
C tujuh
D lapan
Jawab semua solalan.
a) Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.
sayang menyayangi anak-anak
hormat
rajah salasilah
maruah
1. Keluarga asas terdiri daripada ibu, ayah dan _____________________.
2. _____________________ antara satu sama lain di dalam keluarga amat
penting untuk
membina keluarga yang bahagia.
3. Sikap ____________________ perlu ada dalam diri setiap ahli keluarga
kerana ia dapat
mengelak daripada berlakunya perselisihan faham.
4. Kita mesti menjaga __________________ keluarga supaya nama baik
keluarga tidak
tercemar.
5. ____________________ keluarga adalah sebuah rajah yang menerangkan
asal usul
sebuah keluarga.
b) Tandakan ( ) pada pernyataan yang menunjukkan peristiwa
sejarah dan tandakan ( X ) pada pernyataan yang bukan menunjukkan
peristiwa sejarah.
1. Saya mula memasuki Tahun Satu semasa umur saya tujuh tahun.
2. Setiap hujung minggu saya dan kakak akan pergi ke perpustakaan.
3. Saya pernah berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia dua tahun yang
lalu.
4. Saya selalu mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan.
5. Negara kita mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
c) Senaraikan kemudahan yang terdapat di sekolah kamu dan nyatakan
cara kamu menjaga kemudahan tersebut.
Bil Kemudahan Sekolah Cara menjaga kemudahan sekolah
1.
Makmal komputer Menjaga kebersihan bilik komputer dan
menggunakan komputer dengan cermat dan
berhemah
2.
3.
4.
5.
6.