soalan percubaan upsr jsi

14
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan,iaitu A,B,C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan ojektif yang disediakan. 1.“Sila datang ke hadapan apabila nama______________ dipanggil,’’ kata Cikgu Hasnah kepada pelajar-pelajarnya. A. saya B. kamu C. beliau D. mereka 2.“Ampunkan ____________, tuanku”, kata Hang Kasturi kepada Sultan Melaka. A. patik B. hamba C . saya D. beta 3. Keadaan jalan raya yang _______ sering menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. A. licin B. luas C. kesat D. kasar 4. Telur yang direbus oleh ibu berbentuk A. Bulat C. Segiempat B. C. Bujur D. Segitiga 5. Pelancong asing itu boleh _________ dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

Upload: paul-michael

Post on 13-Dec-2015

240 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

soalan soalan upsr

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Percubaan UPSR JSI

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan,iaitu A,B,C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan ojektif yang disediakan.

1.“Sila datang ke hadapan apabila nama______________ dipanggil,’’ kata Cikgu

Hasnah kepada pelajar-pelajarnya.

A. saya B. kamu C. beliau D. mereka

2.“Ampunkan ____________, tuanku”, kata Hang Kasturi kepada Sultan Melaka.

A. patik B. hamba

C . saya D. beta

3. Keadaan jalan raya yang _______ sering menyebabkan berlakunya

kemalangan jalan raya.

A. licin B. luas C. kesat D. kasar

4. Telur yang direbus oleh ibu berbentuk

A. Bulat C. SegiempatB.C. Bujur D. Segitiga

5. Pelancong asing itu boleh _________ dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

A. bersuara B. bertutur C. berkata D. bertitah

Page 2: Soalan Percubaan UPSR JSI

6. Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Suganthi menoleh ke ______________________ apabila terdengar namanya

dipanggil.

A tepi B sesudut

C luar D belakang

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah

7. Puan Azura _________ tangan kepada anaknya yang hendak ke sekolah.

A. mengibar-ngibar C. menggamit-gamit

B. melambai-lambai D. menggoyang-goyang

8. ________________________ di syarikat swasta itu sangat mementingkan

kebersihan.

A. Gambar rajah C.Urus setia

B. Kakitangan D.Alat tulis

Page 3: Soalan Percubaan UPSR JSI

9. __________ juadah telah terhidang di atas meja apabila kami sampai.

A. Para B. Segala C. Seluruh D. Pelbagai

10. Abu Bakar meraut mata penselnya _________ sebilah pisau sehingga tajam.

A. pada B. dengan C. tentang D. untuk

11. Makanan itu perlu ditutup __________ tidak dihinggapi lalat.

A. kerana B. supaya C. hingga D. kecuali

12. ____________dinaikkan pangkat, Encik Hamidi tidak lagi menghadapi masalah kewangan.

A. Agar B. Walaupun C. Sejak D. Tetapi

13. Pengumuman ___________ pemberian bonus itu dibuat tepat pada masanya.

A di B oleh

C tentang D dengan

14. Rumput di halaman rumah Joshua sentiasa _______ supaya kelihatan cantik.

A. dipangkas B. memangkas C. pemangkas D. berpangkas

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah

15.Ibu _________ sedulang minuman kepada kami sekeluarga semasa berehat di ruang tamu.

A. mengepit B. menjinjing C. menatang D. membimbit

Page 4: Soalan Percubaan UPSR JSI

Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah

16. ___________di restoran itu dijual dengan harga yang berpatutan.

A. Lauk-pauk B. Sayur-sayuran C. Rumput-rumpai D. Paku-pakis

17. Shanti menangis _______________ apabila kehilangan jam tangannya.

A tersedu-sedu B tercungap-cungap

C tersipu-sipu D terkulat-kulat

18. Beberapa _________ gigi adik telah rosak dan perlu dicabut.

A. papan B. rangkap C. butir D. batang

Pilih perkataan seerti bagi perkatan bergaris.

19. Mengikut laporan Kementerian Sumber Manusia ramai mahasiswa lepasan

universiti masih menganggur.

A terbitan B keluaran

C anjuran D hasilan

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan bergaris.

20. Emak mengizinkan kakak keluar bersama-sama dengan rakannya tetapi

__________ saya mengikut dia.

A membenar B melarang

C mengelak D menolak

Page 5: Soalan Percubaan UPSR JSI

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21. I Pertanyaan itu sulit untuk dijawab.

II Kumar sulit wang selepas diberhentikan.

III Maklumat sulit itu tidak boleh dihebohkan kepada orang ramai.

IV Nenek menyimpan hartanya di tempat sulit .

A I dan III B III dan IV

C I, III dan IV D I, II, III dan IV

22. I Para pemandu tidak suka melalui Jalan Makmur kerana banyak lubang.

II Pelancong asing tidak melepaskan peluang melihat penyu menggali lubang

untuk bertelur di pantai Rantau Panjang.

III Lubang sungai itu menjadi tumpuan kaki pancing pada hujung minggu.

IV Adik Tasya dibawa ke klinik kerana lubang hidungnya termasuk manik.

A I dan II B III dan IV

C I, II dan IV D I, II, III, dan IV

23. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Menurut akhbar yang saya baca, enam orang mangsa telah terkorban dalam

kebakaran itu.

A. Berapakah jumlah mangsa yang terkorban dalam kebakaran itu?

B. Bagaimanakah kamu mendapat berita tentang kebakaran itu?

C. Berapakah jumlah rumah yang telah musah dalam kebakaran itu?

D. Akhbar manakah yang menerbitkan berita tentang kebakaran itu?

24. Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.

Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan diri?

A. Mandilah sekurang-kurangnya dua kali sehari.

B. Kita perlu menjaga kebersihan diri supaya tidak mudah dijangkiti penyakit.

C. Cikgu selalu menasihati kami supaya menggosok gigi.

Page 6: Soalan Percubaan UPSR JSI

D. Makanlah makanan yang berkhasiat supaya badan kita menjadi sihat.

Soalan 25-26

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25. Pak Cik Samy mengait buah limau itu dengan menggunakan galah.

A Buah limau itu telah dikait oleh galah.

B Buah limau yang dikait dengan galah itu sungguh manis.

C Galah telah digunakan oleh pak cik Samy untuk mengait buah limau.

D Galah yang digunakan untuk mengait buah limau itu sungguh panjang.

26. Baju itu dicuci oleh ibu sebelum dia keluar dari rumah.

A Sebelum keluar dari rumah, ibu mencuci baju.

B Sebelum keluar, ibu telah mencuci baju dan rumah.

C Baju dicuci ibu dari keluar rumah.

D Ibu keluar dari rumah dengan mencuci baju.

Soalan 27 – 28

Pilih ayat yang betul.

27. A Marilah kita di padang sekarang.

B Bukan dia yang mengambil buku kamu itu.

C Eh, ambillah wang ini untuk membeli buku!

D Besar benar bongkah batu yang gugur di tengah jalan itu.

28 . I Dia lebih pendiam daripada kakaknya.

II Cikgu saya berasal dari Sarawak.

III Penyelam itu terjun ke dalam laut.

IV Senarai-senarai nama peserta akhir telah dihantar.

A I dan IV B II dan III

C I, III dan III D II, III dan IV

Page 7: Soalan Percubaan UPSR JSI

Soalan 29 berdasarkan gambar di bawah

29. Zafran mendapat _______ selepas menyertai pertandingan itu.

A. batu api B. mata duitan C. durian runtuh D. gaji buta

Soalan 30 berdasarkan gambar di bawah

30. Hasrul rela __________ daripada makan di gerai yang kotor itu.

A. angkat kaki B. makan hati C. ikat perut D. makan suap

Page 8: Soalan Percubaan UPSR JSI

Soalan 31 hingga 35Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KUALA TERENGGANU, 14 Jun - Menteri Besar Terengganu merasmikan perniagaan francais keropok dan nasi dagang menerusi Dagang Corner (DG) dan T' Dagang yang dilancarkan kerajaan Terengganu di Restoran Terapung Puteri dekat sini.Konsep perniagaan francais itu dilihat mampu mengubah nasib pengusaha makanan tradisional negeri itu, sekaligus membuka peluang kepada mereka memasarkan produk mereka di pasaran antarabangsa.

Dagang Corner di Restoran Terapung Puteri itu adalah satu cara terbaik untuk mempromosikan nasi dagang Terengganu supaya lebih dikenali terutamanya kepada pelancong asing. Selama ini nasi dagang hanya dijual di warung-warung tepi jalan dan di restoran-restoran tertentu sahaja.

Pada masa yang sama, Dagang Corner akan turut memperkenalkan pelbagai jenis kuih tradisi Terengganu untuk dijual di sini. Pihak pengurusan telah membantu pengusaha makanan tersebut dengan menyediakan khidmat nasihat seperti pembungkusan dan pelabelan yang lebih menarik.

Dengan usaha berterusan pihak pengurusan Dagang Corner dan sokongan kerajaan negeri Terengganu, Menteri Besar percaya produk tradisi ini akan mampu dieksport ke luar negara.

31. Siapakah yang bakal memperoleh manfaat daripada perniagaan francais yang dilancarkan itu?A Menteri BesarB Pengusaha makanan tradisionalC Kerajaan NegeriD Pelancong asing

32. Apakah matlamat utama kerajaan melancarkan program seperti di atas? A Memajukan industri makanan tradisional.B Menggalakkan kedatangan pelancong asing.C Melariskan Restoran Terapung Puteri.D Mempromosikan produk kraftangan Terengganu.

Page 9: Soalan Percubaan UPSR JSI

33. Perkataan mempromosikan dalam petikan bermaksudA memartabatkanB meyakinkanC mengiklankanD menyelerakan

34. Apakah jenis bantuan yang diberikan oleh pihak pengurusan Dagang Corner kepada pengusaha makanan tradisional?A kewanganB pembungkusanC mesin percumaD penghantaran

35. Apakah harapan Menteri Besar Terengganu dalam petikan di atas?A Pengusaha makanan Terengganu akan bertambah kaya.B Produk makanan tradisional mampu dieksport ke luar negara.C Lebih ramai pelancong akan datang ke Terengganu.D Lebih banyak peluang pekerjaan akan dapat diwujudkan.

Soalan 36 hingga 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jenis pertandingan

Masa Tempat Kumpulan Umur

Pertandingan mewarna

8.00 pagi – 12.00 tengah hari

Di kantin sekolah 5 – 7 tahun

Pertandingan bercerita

8.00 pagi – 10.00 pagi

Di dewan sekolah 8 – 10 tahun

Mendeklamasikan sajak

10.00 pagi – 12.00 tengah hari

Di dewan sekolah 10 – 12 tahun

Mencari harta karun

2.00 petang – 4.00 petang

Di tempat perhimpunan

12 tahun dan ditemani ibu bapa

Sukaneka 4.00 petang – 6.00 petang

Di padang sekolah

7 – 12 tahun dan para ibu bapa

Page 10: Soalan Percubaan UPSR JSI

36.Mengapakah pertandingan mewarna dan bercerita diadakan pada masa yang sama ?

A Kedua-dua pertandingan itu dijangka mendapat sambutan yang hangat.B Kumpulan umur bagi kedua-dua pertandingan itu tidak sama.C Kedua-dua pertandingan itu mengambil masa yang agak lama.D Kedua-dua pertandingan itu terbuka kepada murid-murid sahaja.

37.Sebagai murid Tahun Lima, pertandingan apakah yang disertai oleh Asma ?

A Pertandingan bercerita, mendeklamasikan sajak, dan mencari harta karun.B Acara sukaneka, pertandingan bercerita, mencari harta karun, dan    mendeklamasikan sajak. C Mendeklamasikan sajak dan sukaneka.. D Mendeklamasikan sajak, mencari harta karun, dan sukaneka.

                                                                                                         38.Sebelum pukul 2.00 petang, Manisah dan ibu bapanya telah berhimpun untuk

menyertai suatu pertandingan.

Berdasarkan jadual, pertandingan apakah yang akan disertai oleh mereka ?

A Sukaneka.B Mendeklamasikan sajak.C Mencari harta karun.D Mencari harta karun dan sukaneka.

39.Pada pendapat kamu, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak pengajur supaya

setiap pertandingan yang diadakan mudah untuk dikendalikan ?

A Memendekkan masa pertandingan.B Penyertaan perlu dihadkan.C Menyediakan petugas yang lebih banyak.D Mengetatkan peraturan bagi setiap pertandingan.

40.Antara yang berikut, yang manakah bukan matlamat yang semua pertandingan

tersebut diadakan ?

A Untuk beradu kekuatan.B Untuk mencungkil bakat.C Untuk mengeratkan hubungan.D Untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan.

Page 11: Soalan Percubaan UPSR JSI