soalan percubaan kesusasteraan melayu spm 2010

Upload: snaseer

Post on 29-May-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Soalan Percubaan Kesusasteraan Melayu SPM 2010

    1/8

    PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUASEKOLAH MENENGAH CAWANGAN

    NEGERI SEMBILAN

    PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA

    SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010

    KESUSASTERAAN MELAYU

    Dua jam tiga puluh minit

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    1.Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian Satu dan BahagianDua.

    2.Jawabsemuasoalan Bahagian Satu.

    3. Jawab tiga soalan Bahagian Dua, iaitu satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian

    A, Bahagian B dan Bahagian C.

    4.Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan berasingan. Sekiranya

    terdapat kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripadapengawas peperiksaan.

    5.Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

    2215 2010 PKPSM Cawangan Negeri Sembilan [Lihat sebelah

    SULIT

  • 8/8/2019 Soalan Percubaan Kesusasteraan Melayu SPM 2010

    2/8

    Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak

    Bahagian Satu

    [40 markah]

    Jawabsemuasoalan.

    Puisi A

    Hari ini menugal jagung,

    Hari esok menugal jelai,Hari ini kita berkampung,

    Hari esok kita bercerai.

    (Dipetik daripadaHati Terkenang Mulut Menyebut)

    1. (a) Apakah jenis puisi di atas ? [1 markah]

    (b) Nyatakan tiga ciri puisi di atas. [3markah]

    2.

    Nyatakan dua perwatakan Hang Tuah dalam petikan tersebut. [4 markah]

    3.

    CeritaBunga Bakawali tergolong dalam karya Sastera Hikayat.Berikan dua bukti berserta contoh bagi menyokong penyataan itu. [4markah]

    2215 2010 PKPSM Cawangan Negeri Sembilan [Lihat sebelah

    SULIT

    Taming Sari pun segera berlari-lari serta ditikamnya akan Tun Tuah,serta

    katanya,Siapa engkau maka terlintang di hadapanku ini?Maka Tun Tuah

    melompat menyalahkan tikam penjurit itu, seraya katanya,Akulah hulubalangraja Melaka,Syahadan akulah yang bernama laksamana,hulubalang pada tanah

    Melayu; dan engkau siapa?Akulah penjurit tua kepada tanah Majapahit.

    (Dipetik daripada ceritaPahlawan Terbilang Kerajaan Gemilang)

    Alkisah, tersebutlah perkataan Tajul Muluk setelah dihalaukan oleh baginda

    maka ia pun mengubah pakaian serta masuk mengembara ke dalam hutanmembawa nasibnya jumpa dengan angkatan anak-anak raja berempat itu.

    (Dipetik daripada ceritaBunga Bakawali)

  • 8/8/2019 Soalan Percubaan Kesusasteraan Melayu SPM 2010

    3/8

    4. menguning emaslah

    padiku sayangmelimpah tuah

    keringat terbuang.

    (Dipetik daripada sajakSayang Disayangoleh Dharmawijaya )

    (a) Nyatakan dua maksud rangkap puisi di atas. [4 markah]

    5.

    Berdasarkan petikan di atas, nyatakan dua nilai murni berserta contoh.[4 markah]

    6.

    Nyatakan dua latar masyarakat berserta contoh daripada petikan di atas.

    [4 markah]

    7.

    2215 2010 PKPSM Cawangan Negeri Sembilan [Lihat sebelah

    SULIT

    DATUK SINDA MAHARAJA : Saya tidak menentang. Saya tidak menentang

    Rustam atau tuan-tuan semua. Jangan tuan-tuan fikir saya benci kepada

    Rustam, kepada anak buah saya sendiri, atau saya sayang kepada

    Jauhari. Tidak. Soalnya, Rustam sudah menikam orang dan orang itu

    entahkan sudah mati. Rustam mesti dihadapkan pada sidang adat.Perkaranya mesti dikaji dari segi peraturan dan undang-undang.

    (Dipetik daripada dramaBujur Lalu Melintang Patah

    TUN BAMBANG : Titah baginda Raja Abdullah minta Datuk buatkan

    hikayat persetua dan peraturan dan segala raja-raja Melayu dengan istiadatnyasekali. Supaya diketahui oleh anak cucu kita, diingatkan kepada mereka siapa

    beroleh faedah daripadanya.

    TUN SERI LANANG : Terima kasih, Tun Bambang. Sudi baginda

    memberikan kepercayaannya kepada kita. Sungguh tanggungjawab kita pada

    menyempurnakan titah baginda itu. Membuat hikayat itu bukannya mudah.

    (Dipetik daripada drama Tun Seri Lanang...

    Kata Encik Mahmud : Saya tak dapat menceritakan bagaimana besar hati saya

    mendapat peluang ini. Saya cuma dapat mengucapkan syukur saja dan saya

    berazam akan bekerja keras menolong membanyakkan barang-barang makananuntuk kaum kita di Syonan.

    (Dipetik daripada cerpenKe Bintan-To,...

  • 8/8/2019 Soalan Percubaan Kesusasteraan Melayu SPM 2010

    4/8

    Nyatakan dua mesej yang terdapat dalam petikan. [4 markah]

    8.

    Berdasarkan petikan di atas, jelaskan dua teknik penceritaan berserta contoh.

    [4 markah]

    9.

    Berdasarkan petikan di atas, nyatakan dua persoalan berserta contoh. [4 markah]

    10.

    2215 2010 PKPSM Cawangan Negeri Sembilan [Lihat sebelah

    SULIT

    Aku sudah mengalami saat yang paling buruk dalam hidup. Tak perlulah akuceritakan tentang kesusahan hidup dan segala masalah yang aku hadapi. Kalau gagal

    pun aku tak akan berasa sedih kerana dalam diri aku sudah tidak ada baki kesedihan.

    Semua kesedihan sudah kucurahkan. Aku sudah tidak punya kesedihan lagi.

    (Dipetik daripada novel

    Restu...

    Mereka makan nasi dengan lauk ikan tamban dan sayur. Masakan mak longpayah ditandingi, tapi selamanya Hanim merasa tidak senang duduk berhadapan

    dengan ibu saudaranya. Mereka tidak banyak berkata-kata, kerana memang antara

    mereka tidak banyak yang dapat diperkatakan. Hanya satu soalan Hanim soalanyang hampir setiap hari terbit dari mulutnya:

    Mak long, ada surat dari ayah?

    (Dipetik daripada cerpenHujan

    Gerimis,...

    Ikram doa emak dah makbul. Syukur kepada Allah. Seorang bidadari telah

    dihantar kepada emak. Bidadari inilah yang telah merawat dan menjaga emakselama terlantar sakit. Dia yang membelikan makan minum. Dia yang menyuapkanemak. Dia yang memandikan emak. Gadis itu anak contoh. Kalau emak dah tua

    nanti, dia akan terus menjaga emak begitu. Hatinya baik! Namanya Zaleha. Dia

    tinggal di Johor Bahru. Emak harap engkau akan dapat menerima dia. Orangnya

    cantik, budi bahasanya baik. Pengetahuan agamanya juga tinggi.

    (Dipetik daripada novelRestu...

  • 8/8/2019 Soalan Percubaan Kesusasteraan Melayu SPM 2010

    5/8

    Senaraikan empat ciri gadis contoh yang terdapat dalam petikan ini.

    [4 markah]

    Bahagian Dua

    [60 markah]

    Bahagian A

    (Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)

    Jawab sama adaSoalan 1atauSoalan 2

    1. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    PUISI A

    Apabila mendengar akan khabar,

    Menerimanya itu hendaklah sabar.

    Apabila mendengar akan aduan,

    Membicarakannya itu hendaklah cemburuan.

    Apabila perkataan yang lemah-lembut,Lekaslah segala orang mengikut.

    Apabila perkataan yang amat kasar,

    Lekaslah orang sekalian gusar.

    PUISI B

    Jika tidak keras kemahuan,

    Tentulah kapal berpaling haluan,

    Cita-cita tinggi tentu tertawan,Pelayaran tak sampai ke mana tujuan.

    (Dipetik daripadaHati Terkenang Mulut Menyebut)

    (a) Nyatakan jenis Puisi A dan Puisi B. [2 markah]

    2215 2010 PKPSM Cawangan Negeri Sembilan [Lihat sebelah

    SULIT

  • 8/8/2019 Soalan Percubaan Kesusasteraan Melayu SPM 2010

    6/8

  • 8/8/2019 Soalan Percubaan Kesusasteraan Melayu SPM 2010

    7/8

    di pantai ini.

    hanya kautiba-tiba berdiri

    dan memekik sekuat hati.

    LATIFF MOHIDIN

    (a) Jelaskan tiga sikap penyajak. [6 markah]

    (b) Huraikan tiga gaya bahasa yang terdapat dalam sajak. [6 markah]

    (c) Cipta sebuah sajak yang bertemakan alam sekitar. [8 markah]

    4. Berdasarkan drama Tikar Mengkuang Hamparan Bulu karya Abd. Talib Hassan:

    (a) Jelaskan empat perwatakan Pak Desa. [8markah]

    (b) Huraikan enam kritikan masyarakat dalam drama. [12markah]

    Bahagian C

    (Cerpen dan Novel)

    Jawabsama adaSoalan 5atau Soalan 6

    5. Berdasarkan cerpenPawana karya Zaharah Nawawi:

    (a) Huraikan empat persoalan dalam cerpen. [8markah]

    (b) Jelaskan tiga latar tempat cerpen tersebut. [6 markah]

    (c) Nyatakan tiga tindakan Noraini untuk menyelesaikanmasalah-masalah yang dihadapinya. [8 markah]

    6. Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

    berikutnya.

    Li. Rozali! Aku tau engkau Rozali. Ini bukan cara yang baik untuk selesaikan

    masalah. Kita boleh berunding. Kita boleh adakan peraturan melarang lori besar

    masuk ke dalam kampung. Lori-lori milik engkau masih boleh terus mengangkuthasil macam biasa.

    2215 2010 PKPSM Cawangan Negeri Sembilan [Lihat sebelah

    SULIT

  • 8/8/2019 Soalan Percubaan Kesusasteraan Melayu SPM 2010

    8/8

    Si tegap agak terkejut apabila Ikram menyebut nama Rozali. Ketiga-tiga

    penyerang saling berpandangan. Kata-kata Ikram telah menimbulkan kemarahan

    si penyerang. Dia segera merenggut kain hitam yang selama ini menutupiidentitinya.

    Ya, aku Rozali!

    (Dipetik daripada novelRestu, karya Ismail Kassan)

    (a) Nyatakan dua punca Rozali menyerang Ikram dalam petikan di atas.

    [4 markah]

    (b) Peristiwa dalam petikan di atas telah membawa kepada beberapapeleraian

    dalam novel. Berikan empat contoh. [8 markah]

    (c) Jelaskan empat peristiwa lain yang menggambarkan konflik dalam noveltersebut. [8 markah]

    KERTAS SOALAN TAMAT

    2215 2010 PKPSM Cawangan Negeri Sembilan [Lihat sebelah

    SULIT