soalan penulisan

4
SK SUNGAI KELAMAH (F) 73400 GEMAS UJIAN PENILAIAN BULAN JULAI BAHASA MELAYU ( KERTAS 2) TAHUN EMPAT NAMA : __________________________________________________ KELAS : __________________________________________________ Bahagian A (10 markah] [Masa dicadangkan: 15 minit] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Tulis Iima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah ini.

Upload: xxx

Post on 07-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

penulisan

TRANSCRIPT

Page 1: soalan penulisan

SK SUNGAI KELAMAH (F)73400 GEMAS

UJIAN PENILAIAN BULAN JULAI

BAHASA MELAYU ( KERTAS 2)TAHUN EMPAT

NAMA : __________________________________________________

KELAS : __________________________________________________

Bahagian A( 1 0 m a r k a h ]

[Masa dicadangkan: 15 minit]

Lihat gambar di bawah dengan teliti.Tulis Iima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah ini.

Page 2: soalan penulisan

B a h a g i a n B

[ 3 0 m a r k a h ]

[Masa dicadangkan: 40 minit]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Sekolah kamu telah mengadakan Minggu Bahasa Melayu di sekolah. Pelbagai aktiviti yang diadakan pada minggu tersebut.

Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, tulis sebuah laporan mengenai minggu tersebut.

atau

2. Andaikan bahawa kamu adalah Setiausaha Persatuan Penternakan Ikan, kamu dikehendaki menulis surat untuk mengundang pegawai dari Jabatan Pertanian untuk menyampaikan ceramah.

Tulis surat itu selengkapnya.atau

3. Tulis karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Dompet”

Page 3: soalan penulisan

Bahagian C

[ 2 0 m a r k a h ]

[Masa dicadangkan : 20 minit]

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pada suatu hari, sewaktu dalam perjalanan pulang dari sekolah, Hanisah ternampak seekor burung murai tejatuh di tengah jalan. Burung murai itu tidak mampu terbang kerana sebelah sayapnya patah. Hanisah mengambil burung itu lalu dibawanya pulang ke rumah.

Tiba di rumah, Hanisah merawat burung itu. Hanisah meminta ayahnya membeli sebuah sangkar untuk menempatkan burung tersebut. Hanisah meminta kebenaran ayah dan ibunya untuk merawat burung tersebut sehingga sembuh. Dia berjanji akan melepaskan burung itu semula setelah burung itu benar-benar sembuh.

Setiap hari burung itu dijaga dan diberi makan dan minum. Setelah hampir sebulan lamanya Hanisah merawat dan memelihara burung murai itu, burung itu pun sembuh sepenuhnya. Seperti yang telah dijanjikannya, Hanisah telah melepaskan burung murai itu. Sebaik-baik sahaja pintu sangkar itu dibuka, burung murai itu terbang bebas di udara. Walaupun Hanisah berasa sedih untu berpisah dengan burung murai itu, dia berasa puas kerana telah dapat menyelamatkan burung tersebut. Ibu dan bapa Hanisah memuji sikap baik hati dan penyayang yang telah ditunjukkan oleh Hanisah terhadap haiwan tersebut.