soalan oll moral

Upload: rizalis-hashim

Post on 14-Apr-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Soalan OLL Moral

    1/8

    Apakah perbezaan di antara pemikiran naturalis, emotivis, instuisionis dan

    rasionalis? Pemikiran yang bagaimanakah boleh membentuk insan bermoral?

    Taipkan jawapan anda dalam ruang yang disediakan dengan klik butang add

    summit.

    http://ipgm.info.tm/ipgkti/oll/mod/assignment/view.php?id=4846

    12. Terangkn pbezaan di antara aliran pmikiran moral naturalis, emotivis, intuisionis

    dan rasionalis (U1 / S2) (Nyatakn pegangan pmikiran emotivis)

    - naturalis - manusia btindak secara rasional dgn akal & menentukn plakuan yg baik

    basaskn krasionalannya

    - emotivis manusia btindak mngikut emosi, sikap, prasaan; mula myatakn

    prasaannya & mngajak org lain bkongsi prasaan itu

    - intuisionis manusia btindak mngikut naluri, tidak mmerlukan pnerangan & sebab

    - rasionalis mnitikberatkn pggunaan sebab yg m/sabah dlm mbuat kputusan

    Pemikiran Moral Naturalis, Emotivis, Intuitionis, dan Rasionalis

    Pemikiran Naturalis

    Definisi dan ciri-ciri :

    Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam

    keadaannya yang sebenar. Menurut Peter R.S. dalam Ethnics and Education, tabii

    (nature)manusia perlu diketahui sebelum memahami cara bagaimana mereka harus

    hidup. Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa manusia adalah rasional secara tabii atau

    semulajadi berbanding dengan haiwan yang lain. Manusia jauh berbeza dripada

    haiwan kerana manusia mempunyai keupayaan untuk berfikir dan bertindak secara

    rasional dengan menggunakan akal. Manusia juga boleh menaakul serta meletakkan

    batasan-batasan terhadap kehendak-kehendak mereka.

    Secara tabii, manusia mempunyai kebolehan untuk membentuk dan

    mengekalkan hubungan peribadi, jadi mereka dapat menggalakkan pembentukan

    Available from: Friday, 23 August 2013, 12:00 PM

    Due date: Friday, 30 August 2013, 12:00 PM

    http://ipgm.info.tm/ipgkti/oll/mod/assignment/view.php?id=4846http://ipgm.info.tm/ipgkti/oll/mod/assignment/view.php?id=4846http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/pemikiran-moral-naturalis-emotivis.htmlhttp://treebuilder.blogspot.com/2010/11/pemikiran-moral-naturalis-emotivis.htmlhttp://treebuilder.blogspot.com/2010/11/pemikiran-moral-naturalis-emotivis.htmlhttp://ipgm.info.tm/ipgkti/oll/mod/assignment/view.php?id=4846
  • 7/30/2019 Soalan OLL Moral

    2/8

    hubungan yang baik sesama sendiri atau dengan ahli-ahli yang lain. Persahabatan

    ini tidak terdapat di antara haiwan yang lain. Haiwan lain memang tidak dapat

    menghormati antara satu sama lain. Ini bermakna mereka menganggap hubungan

    seperti hubungan kekeluargaan sebagai hubungan yang biasa dan bermoral

    manakala hubungan atau kelakuan seperti hubungan seks sebagai kelakuan yangtidak bermoral.

    Kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar

    dapat dikatakan berfikiran naturalis. Pemikiran ini dikritik kerana dianggap sebagai

    falasi naturalistik iaitu tanggapan bahawa wanita seharusnya menjadi suri rumah

    sahaja dan lelaki adalah yang memberi nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak

    wajar dan masyarakat sudah berubah dari zaman kuno kepada zaman moden.

    Secara logik, sesuatu tidak boleh ditentukan secara langsung dengan

    berdasarkan sesuatu situasi sahaja.

    Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang

    berfikiran sedemikian ialah:

    Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan

    peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut

    mengeluh dan menerima keputusan itu dengan mengatakan memang dia bodoh,

    belajar macam mana pun begitu juga prestasinya. Dia tidak berusaha untuk mencari

    alasan-alasan yang menyebabkan dia mendapat markah yang rendah.

    Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki

    secupak takkan jadi segantang. Lantaran itu mereka terus menerus miskin walau

    pun negara telah merdeka 47 tahun yang lalu.

    Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan

    penduduknya percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh

    keturunan menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan kata lain mereka

  • 7/30/2019 Soalan OLL Moral

    3/8

    menerima sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan kurang daya usaha untuk

    membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan berakhir.

    Pemikiran Emotivis

    Definisi dan ciri-ciri :

    Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan

    atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama

    ada perasaan gembira mahupun sedih.

    Emotivis berasal dari perkataan emosi yang merujuk kepada kebangkitanperasaan. Emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral bukanlah mengikut

    pernyataan fakta seperti yang dinyatakan oleh naturalis, tetapi adalah mengikut

    emosi, sikap atau perasaan.

    Menurut golongan emotivis,individu-individu tersebut hanya menyatakan

    perasaan mereka dan pada masa yang sama mungkin menimbulkan perasaaan

    yang sama di kalangan orang-orang yang mendengar pernyataan-pernyataan itu.

    Dengan kata lain, golongan emotivis berpendapat bahawa pentafsiran-pentafsiran

    moral tidak menyampaikan maklumat-maklumat mengenai dunia ini tetapi hanya

    merupakan pernyataan mengenai emosi atau perasaan orang yang membuat

    pentafsiran atau pernyataan-pernyataan moral.

    Berdasarkan pertimbangan moral, seseorang itu mula-mula menyatakan

    perasaannya dan kemudian akan cuba mengajak orang lain berkongsi perasaan itu.

    Menurut pandangan emotivis, pertimbangan moral adalah subjektif, dan tidak

    memerlukan sebarang teori asas yang istimewa atau yang boleh mendukung

    perlakuan moral. Pandangan emotivis memberi sumbangan dengan

    memperkenalkan satu dimensi yang penting yang bukan sahaja berfokus kepada

    pemikiran rasional, malah emosi moral. Golongan emotivis cuba menganalisis apa

    yang salah dari segi emosi, sikap atau perasaan yang tidak dipersetujui. Tetapi

    konsep tidak dipersetujui mengandaikan terlebih dahulu penanggapan salah.

    Pentafsiran-pentafsiran seperti ini mempunyai unsur emosi atau perasaan. Jelaslah

  • 7/30/2019 Soalan OLL Moral

    4/8

    bahawa kelemahan teori emotivis ialah ia tidak mempunyai konsep emosi yang

    lengkap.

    Kritikan terhadap pandangan ini adalah kerana terdapat tindak balas emosi

    berlainan terhadap situasi yang sama. Ini memungkinkan keputusan dibuat secarasewenang-wenangnya dan tidak dikaji terlebih dahulu.

    Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang

    berfikiran sedemikian ialah:

    Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di

    tempat letak kereta Gedung Membeli Belah Giant kerana wanita tersebut engganmenyerah keretanya kepada perompak tersebut.

    Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir

    panjang lalu menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya.

    Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir keturunan

    murid tersebut

    Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar

    Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan

    Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng arang di muka

    keluarga.

    Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh

    salah seorang daripada saudara kumpulan lelaki tersebut.

    Lupin berasa marah apabila didapati tugasannya telah diberi markah yang

    rendah oleh pensyarahnya. Mengenai markah yang rendah itu, Lupin mungkin

    berkata , Pensyarah itu aneh betul! Adakah dia membaca dan meneliti tugasan

    saya dengan rapi? Mungkin tidak. Pemalas!

    Pemikiran Intuitionis

  • 7/30/2019 Soalan OLL Moral

    5/8

    Definisi dan ciri-ciri :

    Adakalanya, kita tahu kita boleh mempercayai seseorang walaupun kita baru

    pertama kali menemui orang itu. Setengah-setengah orang merasakan mereka tahuperkara-perkara seperti ini. Pengetahuan ini diperoleh melalui intuisi. Perkataan

    intuisi berasal daripada perkataan Latinintueoryang bermakna saya memandang

    tepat kepada sesuatu. Ia merupakan satu proses melihat atau memahami secara

    intelek. Menurut pandangan intuisionis, pengetahuan ini boleh diperoleh melalui

    fahaman atau pengertian langsung.

    Aliran pemikiran ini merujuk satu proses melihat dan memahami secaraspontan. Aliran ini ada kaitannya dengan gerak hati. Dengan itu, tindakan seseorang

    individu yang berfikiran intuisionis adalah berlandaskan apa yang dirasai di dalam

    hatinya. Orang tua yang bijak telah mengalami 1001 pengalaman hidup oleh itu

    apabila mereka menghadapi sesuatu masalah atau isu, mereka dapat membaca apa

    yang tersirat daripada yang tersurat. Bak kata pepatah Melayu terkilat ikan di air

    sudah tahu jantan betina.

    Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih

    tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga

    boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang

    meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara

    boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini. Maka berkatalah Munsyi Abdullah,

    intelek Melayu dalam bahasa indahnya, lagi kutebas pohon di hutan, baru kutahu

    luasnya bentara.

    Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam, maka teballah

    intuisionisnya berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki don

    juan atau kasanova lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau; sebab itulah

    mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.

  • 7/30/2019 Soalan OLL Moral

    6/8

    Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang

    berfikiran sedemikian ialah:

    Gerak hati orang tua ketika menilai bakal menantu pada kali pertamaberdasarkan timbunan pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor

    usia.

    Gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki don juan atau kasanova

    lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau kerana mereka mudah diperkotak-

    katik dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.

    Sekiranya Vinod, seorang pelatih, berfikiran intuisionis, mungkin akan berkata

    sedemikian mengenai markah yang rendah diperoleh bagi kerja kursusnya, Cis!

    Pensyarah itu memang tidak suka pada saya, sebab itulah markah saya rendah.

    Lain kali, saya tak akan bekerjasama dengannya.

    Pemikiran Rasionalis

    Definisi dan ciri-ciri :

    Rasionalis berasal daripada perkataan ratio yang bermakna reason atau

    sebab. Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam

    sekitar dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan

    logik.

    Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan

    menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak,

    menyelesaikan masalah, merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia

    sejagat. Kes-kes bunuh diri, menggunakan keganasan untuk mendapat

    sesuatu, bukanlah berpunca daripada pemikiran rasional.

    Ahli-ahli falsafah yang menekankan penaakulan atau pemikiran sebagai

    faktor utama dalam pengetahuan sebagai rasionalis. Golongan rasionalis

    mempunyai pendangan bahawa kita mengetahui sesuatu hasil daripada pemikiran

  • 7/30/2019 Soalan OLL Moral

    7/8

    kita; bahawa fikiran kita berupaya menemui kebenaran dengan dirinya sendiri.

    Mengikut pandangan ini, pengetahuan diperoleh dengan cara membandingkan idea

    dengan idea-idea lain. Golongan rasionalis berpendapat bahawa pancaidera-

    pancaidera dengan sendirinya tidak dapat menghasilkan pentafsiran-pentafsiran

    yang sah. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh melalui pancaindera kita sepertipenglihatan, pendengaranm sentuhan, bau dan rasa hanya merupakan bahan-

    bahan mentah pengetahuan. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh itu perlu

    disusun oleh pemikiran kita supaya membentuk satu sistem yang bermakna

    sebelum ia menjadi pengetahuan. Bagi golongan rasionalis, pengetahuan itu

    diperoleh daripada konsep-konsep, prinsip-prinsip dan hukum-hukum, bukan

    daripada deria fizikal sahaja.

    Menurut golongan rasionalis lagi, manusia mempunyai keupayaan untuk

    mengetahui dengan pasti, pelbagai kebenaran mengenai kebenaran bumi yang tidak

    dapat diberikan oleh pacaindera semata-mata.

  • 7/30/2019 Soalan OLL Moral

    8/8

    Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat

    yang berfikiran sedemikian ialah:

    Kalau Abu lebih berat daripada Lupin dan Lupin lebih berat daripada SengHui, maka Abu adalah lebih berat daripada Seng Hui.

    Dua tambah dua bersamaan dengan empat.

    Jumlah tiga sudut dalam bagi sebuah segitiga ialah 180 atau dua sudut

    tepat.

    Siti, seorang guru pelatih, telah menyempurnakan kerja kursus alat pandang

    dengar dengan baik tetapi markah yang diperolehnya adalah rendah. Siti, yang

    menunjukkan aliran pemikiran rasionalis mungkin berkata, Apakah sebab-sebabnya

    tugasan saya kurang elok? Mungkinkah gambar-gambar yang saya gunakan itu

    kurang jelas? Elok saya tanya pensyarah saya supaya saya tidak mengulangi

    kesalahan-kesalahan itu pada masa yang datang.

    Bagaimanakah hubungkait di antara penakulan, emosi dan tingkahlaku moral dalam

    pembentukan moral individu?

    Taipkan jawapan anda di ruang yang tersedia, kemudian pastikan anda hantar.

    Available from: Friday, 23 August 2013, 11:50 AM

    Due date: Friday, 30 August 2013, 11:50 AM

    http://ipgm.info.tm/ipgkti/oll/mod/assignment/view.php?id=4845

    http://ipgm.info.tm/ipgkti/oll/mod/assignment/view.php?id=4845http://ipgm.info.tm/ipgkti/oll/mod/assignment/view.php?id=4845http://ipgm.info.tm/ipgkti/oll/mod/assignment/view.php?id=4845