soalan kumpulan 6 jawapan

Upload: fazal-fatty

Post on 18-Oct-2015

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SOALAN KUMPULAN 6 ( JAWAPAN )1. Nyatakan tiga faktor perkembangan ekonomi di Tanah Melayu Perkembangan peringkat antara bangsa Kedudukan Tanah Melayu Penemuan bahan sumber galian Kemajuan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan Usaha mempelbagaikan kegiatan ekonomi Kemudahan bekalan air dan elektrik.

2. Mengapakah ekonomi Kaum Melayu tidak berkembang pesat seperti mana-mana kaum lain di Tanah Melayu? Kedudukan kaum melayu di luar bandar memperlahankan tahap kemajuan mereka dalam bidang ekonomi yang moden dan pesat kerana mereka masih kekal dengan ekonomi tradisional. Kegiatan ekonomi seperti perdagangan, perlombongan dan perladangan lebih bertumpu di kawasan pantai barat kerana sistem pengangkutan yang baik. Sehubungan dgn itu, kwsn ekonomi tradisional kekal di kwsn lain dan tidak selari dengan kepesatan ekonomi moden Masyarakat melayu yang mengamalkan ekonomi sara diri semakin jauh ketinggalan dengan masyarakat kaum lain dan menimbulkan masalah ekonomi tidak seimbang antara kaum melayu dan bukan melayu

3. Apakah matlamat Rancangan Melaya Pertama (1956-1960)? Bangunkan sektor ekonomi luar bandar agar dapat rapatkan jurang pendapatan pendudukan luar bandar dengan penduduk bandar. Mengurangkan kadar kemiskinan masyarakat luar bandar.

4. Nyatakan tiga bidang yang ditekankan dalam Rancangan Melaya Pertama (1956-1960). ekonomi perkhidmatan sosial dan sektor awam

5. Senaraikan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah Rancangan Pembangunan Negara Fasa Pertama (1956-1970) Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)

6. Nyatakan 4 cabaran yang dikemukan dalam wawasan 2020. Negara yang bersatu padu Masyarakat yang berjiwa bebas Masyarakat demokratik Masyarakat bermoral dan beretika Masyarakat liberal Masyarakat saintifik dan progresif Masyarakat penyayang Masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi Masyarakat makmur

7. Senaraikan 3 objektif Dasar Pembangunan Nasional. Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat. Mencapai pembangunan yang seimbang. Meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam penyusunan semula masyarakat. Menekankan pembangunan sumber manusia.

8. Pada pendapat anda, kesemua objektif dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan selama ini tercapai ataupun tidak. Berikan alasan anda. Apa-apa jawapan diterima berdasarkan logik akal

9. Apakah objektif Dasar Ekonomi Baru. Membasmi kemiskinan Menyusun semula masyarakat

10. Dua agensi telah dibentuk untuk mencapai matlamat Rancangan Malaya Pertama. Nyatakan agensi tersebut. Lembaga Pembangunan Perusahaan Luar Bandar (RIDA) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP)