soalan kuiz keselamatan jalan raya

4
Soalan kuiz keselamatan jalan raya. 1. Anda berada di kawasan pejalan kaki. Tiada sebarang kenderaan tetapi lampu isyarat pejalan kaki berwarna merah. Rakan anda mengajak anda melintas jalan. Apakah tindakan anda? A. Menunggu sehingga isyarat orang hijau muncul. B. Melintas jalan mengikut rakan anda. C. Melintas jalan sambil mendepakan tangan. 2. Anda ketinggalan bas. Kawan anda membonceng motosikal bapanya. Dia mengajak anda membonceng bersama-sama. Apakah tindakan anda? A. Membonceng bersama-sama rakan anda. B. Menolak pelawaan rakan anda. C. Mengajak rakan-rakan lain membonceng bersama-sama. 3. Berikut adalah merupakan kenderaan pengangkutan awam kecuali. A. Teksi B. Bas C. Basikal 4. Raju hendak ke kedai yang berdekatan. Dia memakai topi keledar dan membonceng motosikal yang ditunggang oleh ayahnya. Raju merupakan. A. Penunggang basikal. B. Pembonceng motosikal. C. Penumpang bas. 5. Apakah warna lintasan belang “zebra crossing” ? A. Hitam dan putih. B. Kuning dan jingga. C. Merah dan hitam. 6. Berapakah jumlah warna yang terdapat pada lampu isyarat? A. 3 B. 4 C. 5 7. Berikut merupakan cara menunggang basikal dengan selamat kecuali.

Upload: azzario-bellino

Post on 25-Oct-2015

2.560 views

Category:

Documents


246 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Kuiz Keselamatan Jalan Raya

Soalan kuiz keselamatan jalan raya.

1. Anda berada di kawasan pejalan kaki. Tiada sebarang kenderaan tetapi lampu isyarat pejalan kaki berwarna merah. Rakan anda mengajak anda melintas jalan. Apakah tindakan anda?

A. Menunggu sehingga isyarat “orang hijau” muncul.B. Melintas jalan mengikut rakan anda.C. Melintas jalan sambil mendepakan tangan.

2. Anda ketinggalan bas. Kawan anda membonceng motosikal bapanya. Dia mengajak anda membonceng bersama-sama. Apakah tindakan anda?

A. Membonceng bersama-sama rakan anda.B. Menolak pelawaan rakan anda.C. Mengajak rakan-rakan lain membonceng bersama-sama.

3. Berikut adalah merupakan kenderaan pengangkutan awam kecuali.

A. TeksiB. BasC. Basikal

4. Raju hendak ke kedai yang berdekatan. Dia memakai topi keledar dan membonceng motosikal yang ditunggang oleh ayahnya. Raju merupakan.

A. Penunggang basikal.B. Pembonceng motosikal.C. Penumpang bas.

5. Apakah warna lintasan belang “zebra crossing” ?

A. Hitam dan putih.B. Kuning dan jingga.C. Merah dan hitam.

6. Berapakah jumlah warna yang terdapat pada lampu isyarat?

Page 2: Soalan Kuiz Keselamatan Jalan Raya

A. 3B. 4C. 5

7. Berikut merupakan cara menunggang basikal dengan selamat kecuali.

A. Menunggang basikal secara berurutan.B. Memberi isyarat tangan sebelum membelok.C. Menunggang basikal ke kiri dan ke kanan dan mencelah antara kenderaan lain.

8. Pemandu kenderaan mesti berhenti apabila lampu isyarat bertukar warna _______.

A. Kuning.B. Merah.C. Hijau.

9. Sebelum melintas jalan, anda perlu menoleh__________.

A. Ke atas dan ke bawah.B. Ke depan dan ke belakang.C. Ke kiri dan ke kanan.

10. Seorang buta hendak melintas jalan. Apakah tindakan kamu?

A. Memberi arahan kepada orang buta itu.B. Memimpin tangan dan membantu orang buta itu melintas jalan.C. Melihat sahaja orang buta itu melintas jalan berseorangan.

11. Di manakah kedudukan sebenar pembonceng motosikal?

A. Di hadapan penunggang motosikal.B. Di belakang penunggang motosikal.C. Di atas penunggang motosikal.

12. Kenapakah anda wajib memakai tali pinggang keledar semasa menaiki kenderaan?

A. Mengelakkan diri dari mendapat kecederaan yang teruk sekiranya berlaku kemalangan.B. Supaya kelihatan kemas dan cantik.

Page 3: Soalan Kuiz Keselamatan Jalan Raya

C. Memberikan keselasaan semasa membawa kenderaan.

13. Anda dilarang meletakkan kenderaan di kawasan ini kecuali.

A. Pili bombaB. Bahu jalanC. Tempat meletakkan kenderaan.

14. Jejantas digunakan untuk__________.

A. Bermain.B. Melepak.C. Melintas jalan.

15. Anda dan rakan bermain bola di tepi jalan raya. Tiba-tiba bola yang ditendang oleh anda terkena sebuah kenderaan yang lalu di jalan tersebut. Apakah tindakan anda?

A. Lari dan menyembunyikan diri.B. Meminta maaf kepada tuan punya kenderaan dan berjanji tidak akan ulangi perbuatan itu

lagi.C. Menuduh rakan anda yang melakukan perkara tersebut.

16. Apakah yang perlu anda lakukan sebelum menaiki bas?

A. Berebut-berebut dengan rakan.B. Beratur dengan tertib naik ikut giliran.C. Berlari-lari.

17. Semasa anda menunggang basikal tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Apakah tindakan anda?

A. Memecut basikal anda dengan laju.B. Berhenti dan mencari tempat teduhan yang selamat.C. Meneruskan perjalanan sehingga sampai ke rumah.

18. Etika berpakaian semasa menunggang di waktu malam.

Page 4: Soalan Kuiz Keselamatan Jalan Raya

A. Memakai pakaian yang berwarna-warni.B. Memakai pakaian yang berwarna gelap.C. Memakai pakaian yang mudah dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain.

19. Rakan anda mengajak anda pergi ke kedai untuk membeli buku dengan menunggang basikal tetapi brek basikal anda tidak berfungsi. Apakah tindakan anda?

A. Menerima pelawaan rakan anda.B. Menolak pelawaan rakan anda dan membaiki kerosakan brek basikal anda.C. Membonceng basikal rakan anda.

20. Anda dapati lampu isyarat di tempat tinggal anda tidak berfungsi. Apakah tindakan anda?

A. Menghubungi pihak yang bertanggungjawab.B. Membiarkan sahaja lampu isyarat tersebut.C. Memberitahu rakan anda.

Page 5: Soalan Kuiz Keselamatan Jalan Raya

SKEMA JAWAPAN.

1. A2. B3. C4. B5. A6. A7. C8. B9. C10. B11. B12. A13. C14. C15. B16. B17. B18. C19. B20. A