soalan esei topik 2 pendapatan individu dan pengunaan pendapatan individu (jawapan)

3
ANSWER 1 (a) Kegiatan ekonomi boleh dikategorikan kepada tiga sektor iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.(3m) Sektor utama secara langsung terlibat dalam proses pengeluaran yang meliputi aktiviti mengeluarkan kekayaan sumber alam samada dari permukaan bumi atau dasar lautan. Sektor ini merupakan peringkat pertama dalam proses pengeluaran dan banyak menyumbang peluang pekerjaan dalam bidang pertanian seperti penternakan, perikanan, penanaman, dan perlombongan serta perhutanan.(2m) Sektor kedua merupakan kegiatan lanjutan daripada sektor utama. Sektor ini meliputi sektor perkilangan dan pembinaan. Sektor perkilangan melibatkan kegiatan pemprosesan bahan mentah yang dikeluarkan oleh sektor utama kepada barang separuh siap atau barang siap. Ia boleh dikagetorikan kepada industri pemprosesan, industri ringan dan industri berat. Manakala sektor pembinaan pula seperti membina jalan raya, dan membina bangunan. Sektor ini juga menyediakan banyak peluang pekerjaan seperti jurutera, mekanik dan arkitek dan secara tidak langsung dapat memperkembangkan ekonomi negara.(2m) Sektor ketiga merupakan sektor yang meliputi kegiatan penyediaan pelbagai jenis perkhidmatan dan kemudahan kepada masyarakat. Sektor ini tidak melibatkan penghasilan barang. Aktiviti yang dijalankan adalah menyelaraskan kegiatan- kegiatan sektor utama dan sektor kedua supaya perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan sampai kepada pengguna. Sektor ini boleh dibahagikan kepada perkhidmatan masyarakat dan kerajaan(sosial), perkhidmatan persendirian dan perkhidmatan perdagangan yang dapat menyediakan peluang pekerjaan seperti doktor, guru, pegawai kerajaan dan ejen insuran.(2m) (b) Upah wang(upah nominal) Upah benar

Upload: redlvf

Post on 11-Dec-2015

219 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Soalan Esei Topik 2 Pendapatan Individu Dan Pengunaan Pendapatan Individu (Jawapan)

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Esei Topik 2 Pendapatan Individu Dan Pengunaan Pendapatan Individu (Jawapan)

ANSWER

1(a)Kegiatan ekonomi boleh dikategorikan kepada tiga sektor iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.(3m)

Sektor utama secara langsung terlibat dalam proses pengeluaran yang meliputi aktiviti mengeluarkan kekayaan sumber alam samada dari permukaan bumi atau dasar lautan. Sektor ini merupakan peringkat pertama dalam proses pengeluaran dan banyak menyumbang peluang pekerjaan dalam bidang pertanian seperti penternakan, perikanan, penanaman, dan perlombongan serta perhutanan.(2m)

Sektor kedua merupakan kegiatan lanjutan daripada sektor utama. Sektor ini meliputi sektor perkilangan dan pembinaan. Sektor perkilangan melibatkan kegiatan pemprosesan bahan mentah yang dikeluarkan oleh sektor utama kepada barang separuh siap atau barang siap. Ia boleh dikagetorikan kepada industri pemprosesan, industri ringan dan industri berat. Manakala sektor pembinaan pula seperti membina jalan raya, dan membina bangunan. Sektor ini juga menyediakan banyak peluang pekerjaan seperti jurutera, mekanik dan arkitek dan secara tidak langsung dapat memperkembangkan ekonomi negara.(2m)

Sektor ketiga merupakan sektor yang meliputi kegiatan penyediaan pelbagai jenis perkhidmatan dan kemudahan kepada masyarakat. Sektor ini tidak melibatkan penghasilan barang. Aktiviti yang dijalankan adalah menyelaraskan kegiatan-kegiatan sektor utama dan sektor kedua supaya perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan sampai kepada pengguna. Sektor ini boleh dibahagikan kepada perkhidmatan masyarakat dan kerajaan(sosial), perkhidmatan persendirian dan perkhidmatan perdagangan yang dapat menyediakan peluang pekerjaan seperti doktor, guru, pegawai kerajaan dan ejen insuran.(2m)

(b)Upah wang(upah nominal) Upah benar

Bayaran dalam bentuk wang Ringgit Malaysia dan sen.(1 1/2m)

Tidak mempunyai sebarang bentuk tetapi boleh diperolehi melalui pembelian barang atau perkhidmatan.(1 1/2m)

Merujuk kepada jumlah wang yang diterima oleh seseorang individu yang bekerja.(1 1/2m)

Merujuk kepada kuantiti barang atau perkhidmatan yang dapat dibeli oleh upah wang.(1 1/2m)

Contoh: Encik Gurdip soerang pegawai keselamatan sebuah bank dan menerima upah RM1200.00 sebulan.(1 1/2m)

Contoh : Encik Yong mendapat upah RM1000.00 sebulan dan mampu membeli 12 barangan dan pekhidmatan. Persamaan adalah seperti berikut:Upah benar = Upah wang / Harga purata barang (1 1/2m)

Page 2: Soalan Esei Topik 2 Pendapatan Individu Dan Pengunaan Pendapatan Individu (Jawapan)

ANSWER

(c)Sektor utama Sektor Kedua

Aktivti mengeluarkan kekayaan dari sumber alam.(1/2m)

Aktiviti mengeluarkan barang siap atau separuh siap.(1/2m)

Terdiri daripada perikanan, pertanian, perlombongan, dan perhutanan.(1/2m)

Terdiri daripada perkilangan dan pembinaan.(1/2m)

Hasil dari bahan mentah seperti kayu balak, getah, dan bijih timah.(1/2m)

Hasil seperti tayar, perabot,dan bangunan.(1/2m)

Pekerjaan pekebun, nelayan, pelombong(1/2m)

Jurutera, arkitek, pengurus kilang,(1/2m)

(d)Sektor ketiga merupakan sektor perkhidmatan kerana menawarkan perkhidmatan kepada individu melalui perkhidmatan persendirian, perkhidmatan masyarakat dan kerajaan (sosial) dan perkhidmatan perdagangan.(1 1/2m)

Sektor ini lebih menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan aspek kehidupan manusia dan ekonomi seperti seorang doktor dengan pesakit, pemborong dengan peruncit, perkhidmatan pos, dan insuran.(1 1/2m)