soalan 2(a).docx

5
SOALAN 2 a) Sejauhmanakah kepentingan pemuafakatan komuniti dalam menangani masalah integriti? Berikan justifikasi berdasarkan contoh-contoh yang relevan. Perkataan integriti di dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat membawa maksud kejujuran, ketulusan, kesempurnaan, dan keutuhan. Rumusannya, integriti merujuk kepada prinsip moral bagi seseorang individu. Manakala di dalam bahasa Inggeris, integriti juga dikenali sebagai wholeness atau completeness, iaitu kesempurnaan. Selain itu, menurut Nillsen (2004), beliau menakrifkan integriti sebagai soundness of moral principle yang merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran.Menurut sumber autentik Institut Integriti Malaysia (2004), integriti merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi. Integriti berkait rapat dengan etika. Integriti perlulah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. Manakala, Komuniti menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat membawa maksud sebuah kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah (wilayah atau Negara, masyarakat) di sesuatu tempat atau sesebuah negara, orang ramai umumnya. Sedarsawarsa ini, masalah integriti di negara kita kian reda dari tahun ke tahun. Hal ini disebabkan usaha-usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak terutamanya masyarakat setempat dalam membanteras dan memupuk amalan integriti dalam kehidupan bermasyarakat. Berdasarkan Corruption Perceptions Index (CPI) 2014 atau Indeks Persepsi Rasuah 2014, Malaysia telah menduduki tangga ke 50 daripada 174 negara yang tersenarai. Ini menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan berbanding tahun 2013 pada tangga ke 53. Kejayaan ini menunjukkan keberkesanan segala usaha yang telah dilakukan. Pemuafakatan

Upload: hafiz-yatin

Post on 01-Oct-2015

27 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

jj

TRANSCRIPT

SOALAN 2

a) Sejauhmanakah kepentingan pemuafakatan komuniti dalam menangani masalah integriti? Berikan justifikasi berdasarkan contoh-contoh yang relevan.

Perkataan integriti di dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat membawa maksud kejujuran, ketulusan, kesempurnaan, dan keutuhan. Rumusannya, integriti merujuk kepada prinsip moral bagi seseorang individu. Manakala di dalam bahasa Inggeris, integriti juga dikenali sebagai wholeness atau completeness, iaitu kesempurnaan. Selain itu, menurut Nillsen (2004), beliau menakrifkan integriti sebagai soundness of moral principle yang merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran.Menurut sumber autentik Institut Integriti Malaysia (2004), integriti merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi. Integriti berkait rapat dengan etika. Integriti perlulah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari.Manakala, Komuniti menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat membawa maksud sebuah kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah (wilayah atau Negara, masyarakat) di sesuatu tempat atau sesebuah negara, orang ramai umumnya. Sedarsawarsa ini, masalah integriti di negara kita kian reda dari tahun ke tahun. Hal ini disebabkan usaha-usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak terutamanya masyarakat setempat dalam membanteras dan memupuk amalan integriti dalam kehidupan bermasyarakat. Berdasarkan Corruption Perceptions Index (CPI) 2014 atau Indeks Persepsi Rasuah 2014, Malaysia telah menduduki tangga ke 50 daripada 174 negara yang tersenarai. Ini menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan berbanding tahun 2013 pada tangga ke 53. Kejayaan ini menunjukkan keberkesanan segala usaha yang telah dilakukan. Pemuafakatan komuniti juga merupakan salah satu usaha yang dilakukan dalam menyumbang kepada kejayaan ini.

Permuafakatan pula merujuk kepada kata sepakat, kata setuju dan rundingan daripada pelbagai pihak. Permuafakatan pula merujuk kepada kata sepakat, kata setuju dan rundingan daripada pelbagai pihak. Permuafakatan merupakan sesuatu yang penting dalam mencapai sesuatu agenda dan matlamat. Komuniti dunia hari ini bermuafakat melalui hubungan kerjasama dalam ikatan perjanjian untuk membanteras individu berpengaruh yang melakukan jenayah terutama rasuah daripada melarikan diri ke luar negara bagi mengelakkan diri mereka daripada ditahan dalam negara yang mereka di sabitkan kesalahan. Malaysia melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berkerjasama dengan pelbagai agensi luar negara bagi menjalinkan operasi bersama menjejak individu yang melakukan salah laku yang melarikan diri. Antara agensi yang berkerjasama dua hala dengan SPRM ialah Biro Mencegah Rasuah (BMR) Brunei Darussalam, ICAC Hong Kong, Indonesia, Mesir, Kyrgyzstan, Thailand, Vietnam, Ghana dan Austria, selain peringkat agensi iaitu Interpol dan Akademi Pencegahan Rasuah Antarabangsa (IACA). Melalui kerjasama ini, penjenayah akan berfikir dua kali sebelum melakukan jenayah integriti. Jika dahulu mereka dengan sewenang-wenangnya memperlekehkan pihak berkuasa tempatan dengan membayar ikat jamin dan seterusnya melarikan diri ke negara lain dan terus-menerus melakukan jenayah, tapi kini kawalan dan penguatkuasaan semakin ketat menghalang aktiviti ini daripaada terus berlaku. Mesyuarat Negara Anggota Asia Tenggara Memerangi Rasuah (Sea-Pac) juga jelas memperlihatkan kesungguhan negara ASEAN dalam membanteras jenayah rentas sempadan . Jelaslah permuafakatan global yang diamalkan oleh malaysia memberikan hasil yang memberangsangkan dalam menangani masalah integrasi di negara kita. Di peringkat negara, permuafakatan juga tidak kurang pentingnya dalam mengatasi masalah integriti. Penjawat awam merupaka suatu medium yang dijadikan sebagai penggerak utama di dalam peringkat ini. Hal ini kerana, penjawat awam merupakan golongan yang sering dikaitkan dengan istilah curi tulang dan juga yang mengamalkan jenayah rasuah. Permuafakatan antara ketua jabatan harus dipertingkatkan lagi agar semua golongan penjawat awam akan bebas daripada sebarang masalah integriti. Jawatankuasa salah laku di dalam jabatan kerajaan sudah lama ditubuhkan bagi menbanteras gejala rasuah dan sebagainya. Seringkali kali kita melihat di dada akhbar dimana ramai penjawat awam yang dikenakan tatatertib bagi salah laku yang mereka lakukan. Antara salah laku yang seringkali dilakukan adalah pecah amanah dan rasuah. Pujian yang tinggi diberikan daripada masyarakat atas keberhasilan gerak kerja Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang merakamkan tingkah laku para penjawat awam yang senang-lenang makan di medan selera dan berkeliaran di kompleks membeli-belah ketika waktu bekerja. Para Penjawat awam yang didapati bersalah seterusnya akan dikenakan tindakan selanjunya di bawah jawatankuasa tatatertib. Berkat usaha gigih JPA dan KSN, ianya sudah mula membuahkan hasil yang baik dimana kadar para penjawat awam yang sering mengabaikan masa bekerja kian berkurangan. Ini jelas menunjukkan amalan integriti ketika melaksanakan tugas sedang bercambah di dalam diri mereka. Kerjasama yang utu antara agensi kerajaan turut membuahkan hasil dimana kerajaan mengambil langkah yang proaktif dengan menubuhkan Unit Integriti di setiap agensi kerajaan bagi menjamin kecemerlang dan kemantapan nilai integriti penjawat awam. Langkah ini terbukti berkesan dimana masyarakat hari ini kian memandang tinggi hasil akhlak yang terpuji hasil daripada langkah permuafakatan antara komuniti agensi kerajaan dan badan berkanun.Seterusnya di peringkat masyarakat juga menunjukkan bait-bait kejayaan dalam mengatasi masalah integriti. Buktinya, persatuan rukun tetangga dan pelbagai pertubuhan setempat dengan kerjasama SPRM Pahang telah menganjurkan program pencegahan rasuah yang bertempat di kawasan Sg. Pelek, Sepang. Di dalam program ini, kesemua pertubuhan dan masyarakat tempatan yang hadir berikrar akan bersinergi dalam mememupuk amalan integriti di dalam kalangan masyarakat. Usaha ini menghasilkan impak yang positif di kalangan masyarakat dimana masyarakat telah menunjukkan satu kesefahaman yang tinggi dalam memupuk amalan integriti. Melalui aktiviti ini, masyarakat mulai sedar bahawa warganegara haruslah memgamalkan amalan berintegriti dalam membawa Malaysia ke jalan yang aman dan sentosa. Segala maklumat yang diperolehi akan disampaikan ke peringkat keluarga dan kejiranan. Dengan itu amalan integriti kian subur di setiap peringkat masyarakat.Komuniti mahasiswa juga memberikan sumbangan dalam mengatasi masalah integriti. Permuafakatan yang dijalinkan dengan Institut Integriti Malaysia melalui program Rakan Integriti Mahasiswa. Sebanyak 10 institut pendidikan tinggi telah menubuhkan Rakan Integriti Mahasiswa (RIM) di kampus masing-masing. RIM bertindak dalam menyuburkan amalan integriti di dalam kalangan mahasiswa. Ini dapat menghasilkan generasi mahasiswa yang berintegriti sekaligus mahasiswa ini dapat memimpin negara ke arah negara yang berintegriti. RIM juga diharap dapat menjadikan pelajar dan mahasiswa sebagai "Integrity Champion" dalam kalangan rakan sebaya di peringkat institusi pengajian masing-masing khususnya, dan masyarakat amnya. Mahasiswa ini akan melakukan perubahan terhadap negara sekaligus menjadi model peranan di dalam kalangan komuniti professional. Dengan keberhasilan program ini dapat dilihat, jelaslah permuafakatan dalam komuniti siswa juga memberikan kepentingan dalam kejayaan mengatasi masalah integriti.

Permuafakatan antara masyarakat dan pihak kerajaan mempunyai kepentingan yang penting dalam mengatasi masalah integriti negara. Masyarakat kini tidak mempunyai halangan untuk melaporkan kes rasuah atau jenayah integriti yang berlaku disekiling mereka. Mereka juga dilihat memberikan kerjasama yang erat dalam memberikan maklumat-maklumat yang penting dalam membantu siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Kerjasama yang erat ini memberikan hasil yang positif. Ini dapat dilihat dengan kadar penyelesaikan kes yang tinggi oleh pihak berkuasa hasil maklumat yang diberikan oleh masyarakat. Masyarakat kini menjadi mata dan telinga untuk pihak berkuasa disamping boleh dikatakan sebagai kawan baik berkuasa. Dengan melihat kecekapan pihak berkuasa dalam membanteras jenayah integriti,sudah pasti akan timbul rasa gerun dalam diri individu yang ingin melakukan jenayah.Tuntasnya, pelbagai usaha telah dilakukan dan hasilnya Malaysia telah menjadi negara ikon dalam usahanya membanteras jenayah berkaitan nilai integriti seseorang. Sebagai warganegara Malaysia yang bijak pandai kita hendaklah mendokong segala usaha yang dilakukan dalam membasmi masalah integriti. Walaupun kini ianya telah menujukkan perkembangan yang positif, namun untuk jangka masa panjang segala usaha yang dilakukan perlulah dilakukan dengan konsisten dan berterusan demi menjamin kelangsungan usaha-usaha yang telah dilakukan. Hal ini kerana kita sebagai rakyat merupakan penggerak utama dalam menentukan jatuh bangunya negara. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab kita bersama dalam menangani masalah integriti demi keharmonian dan keamanan negara yang kita cintai dalam mendepani arus globalilasi masa kini.