soalan 1.docx

7
Soalan 1: bincangkan sejauhmana anda sbagai seorang guru bersedia menjayakan misi (menjadi Negara maju ikut acuan sendiri; seimbang dari segi ekonomi, politik, social, kerohanian, dan kebudayaan,pendidikan) dan memartabatkan pendidikan di Malaysia. Sebagai seorang guru juga, perlu untuk kita mendalami dan memahirkan diri dalam ilmu psikologi. Hal ini dapat membantu seseorang guru mengenal dan memahami perkembangan emosi seseorang murid malah guru juga dapat membantu murid mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid tersebut. Sistem pendidikan negara kita hanya boleh mencapai matlamatnya apabila kita mampu menghasilkan guru yang berkualiti. Guru yang berkualiti akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu pengajarannya, sentiasa mewujudkan perhubungan yang saling hormat-menghormati, saling menerima antara satu sama lain dan menyediakan emosi murid supaya semua murid melibatkan diri dalam setiap kegiatan di sekolah (Syed Ismail, 2013). Sebagai seorang guru, kita perlu bijak mengesan gangguan emosi murid melalui tingkah laku mereka. Gangguan emosi murid mungkin berpunca daripada situasi dan peristiwa yang dialaminya terlalu kuat seperti mengalami situasi kecemasan dan marah keterlaluan. Oleh itu, guru boleh membantu mengawal emosi murid dengan membantu mereka berasa selamat dengan keadaan sekitar dan berasa dirinya sebahagian daripada bilik darjah. Ahli psikologi mengatakan bahawa hasrat hati manusia adalah untuk menjadi sebahagian daripada alam sosial dan perasaan intelektual. Dalam membantu mengawal emosi murid, guru perlu bijak menanam nilai-nilai murni dalam diri murid. Penerapan nilai-nilai murni dapat dilaksanakan ketika memberi penekanan kepada kepentingan mewujudkan hubungan personal dan sosial dalam kalangan murid (Ahmad Subki Miskon, 2013). Penggunaan bahan-bahan sumber pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid mendorong murid untuk mengambil bahagian dalam proses pembelajaran. Oleh itu, guru perlu bijak memilih bahan sumber pengajaran yang sesuai untuk membantu proses P&P berjalan dengan lancar dan berkesan. Pemilihan bahan sumber juga perlu memenuhi dan

Upload: azzini-nudra-afifi

Post on 25-Jan-2016

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan 1.docx

Soalan 1: bincangkan sejauhmana anda sbagai seorang guru bersedia menjayakan misi (menjadi

Negara maju ikut acuan sendiri; seimbang dari segi ekonomi, politik, social, kerohanian, dan

kebudayaan,pendidikan) dan memartabatkan pendidikan di Malaysia.

Sebagai seorang guru juga, perlu untuk kita mendalami dan memahirkan diri dalam ilmu

psikologi. Hal ini dapat membantu seseorang guru mengenal dan memahami perkembangan

emosi seseorang murid malah guru juga dapat membantu murid mengatasi masalah yang

dihadapi oleh murid tersebut. Sistem pendidikan negara kita hanya boleh mencapai matlamatnya

apabila kita mampu menghasilkan guru yang berkualiti. Guru yang berkualiti akan sentiasa

berusaha untuk meningkatkan mutu pengajarannya, sentiasa mewujudkan perhubungan yang

saling hormat-menghormati, saling menerima antara satu sama lain dan menyediakan emosi

murid supaya semua murid melibatkan diri dalam setiap kegiatan di sekolah (Syed Ismail, 2013).

Sebagai seorang guru, kita perlu bijak mengesan gangguan emosi murid melalui tingkah laku

mereka. Gangguan emosi murid mungkin berpunca daripada situasi dan peristiwa yang

dialaminya terlalu kuat seperti mengalami situasi kecemasan dan marah keterlaluan. Oleh itu,

guru boleh membantu mengawal emosi murid dengan membantu mereka berasa selamat dengan

keadaan sekitar dan berasa dirinya sebahagian daripada bilik darjah. Ahli psikologi mengatakan

bahawa hasrat hati manusia adalah untuk menjadi sebahagian daripada alam sosial dan perasaan

intelektual. Dalam membantu mengawal emosi murid, guru perlu bijak menanam nilai-nilai

murni dalam diri murid. Penerapan nilai-nilai murni dapat dilaksanakan ketika memberi

penekanan kepada kepentingan mewujudkan hubungan personal dan sosial dalam kalangan

murid (Ahmad Subki Miskon, 2013).

Penggunaan bahan-bahan sumber pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid mendorong

murid untuk mengambil bahagian dalam proses pembelajaran. Oleh itu, guru perlu bijak

memilih bahan sumber pengajaran yang sesuai untuk membantu proses P&P berjalan dengan

lancar dan berkesan. Pemilihan bahan sumber juga perlu memenuhi dan mengikut kehendak

kurikulum serta ciri-ciri murid yang dihadapi. Guru mestilah boleh memberi penjelasan serta

memperluas bahan sumber dengan memperkayakan kurikulum.

Page 2: Soalan 1.docx

Keadaan perkembangan pembelajaran abad 21 hasil daripada ledakan dan perkembangan

teknologi serta pelbagai cabaran dunia menjadikan pembelajaran amat bergantung kepada

komputer. Cheah (2002), menyatakan sistem pendidikan di Malaysia akan mengalami perubahan

yang mana keperluan penggunaan perisian komputer dalam P&P akan diberi penekanan. Oleh

itu, guru perlu bersedia menghadapi perubahan paradigma ini dan mula berusaha menggunakan

teknologi komputer dengan baik dan mahir. Lebih-lebih lagi Pengajaran dan Pembelajaran

Berbantu Komputer (PPBK) ini lebih bersifat satu hala sewaktu proses P&P. Persediaan yang

sesuai perlu dirancang oleh guru untuk mencapai keberkesanan P&P dengan mengambilkira

aspek isi kandungan, reka bentuk pedagogi, dan reka bentuk teknikal yang memenuhi keperluan

Pembelajaran Masteri serta kehendak kurikulum kebangsaan. Guru perlu memastikan sesi P&P

yang dijalankan berkesan supaya murid memahami dan mengingati isi pelajaran yang dipelajari.

Page 3: Soalan 1.docx

Halangan seterusnya yang terpaksa dihadapi oleh para guru adalah bebanan tugas yang telalu

banyak diluar tugas guru yang membuatkan kewibawaan seseorang guru agak tercabar.

Penambahan beban tugas ini sudah tentu akan membawa kesan kepada mutu dan kualiti

pengajaran guru (Abd. Rahim, 1997). Malah gejala sosial yang banyak dihadapi oleh murid-

murid dewasa ini seperti buang bayi, ponteng sekolah, merokok, dadah, minuman keras, buli dan

sebagainya menjadi satu bebanan kepada guru untuk ditangani dengan sebijak mungkin. Hal ini

menjadi duri dalam daging kepada sektor pendidikan, seterusnya boleh menghalang

perkembangan pendidikan secara positif. Menjadi satu bebanan yang terpaksa ditanggung oleh

guru untuk menyelesaikan masalah ini yang melibatkan penggunaan masa, wang dan tenaga

untuk menanganinya.

Dalam konteks pendidikan moden hari ini, guru adalah golongan profesional yang melaksanakan

tugas ke arah mencapai matlamat pendidikan untuk merealisasikan dan mengembangkan ilmu

pengetahuan kepada pelajar dan masyarakat bagi membina Negara yang bertamadun tinggi.

Dalam usaha untuk merealisasikan sistem pendidikan itu, beban tugas dan tanggungjawab kerja

dalam kalangan guru-guru perlu diambil kira. Begitu juga setiap kali perubahan kurikulum

berlaku maka setiap kali itulah juga kewibawaan guru tercabar. Dengan keadaan ini akan

Page 4: Soalan 1.docx

menyebabkan ramai guru menghadapi tekanan emosi akibat daripada perubahan tersebut. Ramai

guru berpendapat beban tugas guru adalah sangat membebankan. Beban tugas yang banyak

sebenarnya merupakan fenomena biasa dalam kehidupan pendidik. Kenyataan ini perlu dihadapi

dan sedia diketahui sebelum guru tersebut memilih profesion perguruan. Beban tugas yang tidak

diuruskan dengan sistematik akan menyebabkan berlakunya tekanan dan seterusnya

menghasilkan mutu kerja yang mengecewakan apabila dibuat penilaian. Guru perlu pandai

membuat perancangan dan strategi, membahagikan keutamaan urutan tugas dan tanggungjawab

yang perlu dipelajari melalui pengalaman, pemerhatian dan bertanya kepada guru yang

berpengalaman. Guru haruslah sedar atau beringat bahawa setiap langkah mereka sebenarnya

dalam pemerhatian dan sentiasa dinilai. Pelajar kini semakin bijak dan boleh memberi penilaian

dan tindak balas atas tindakan guru.

Perkembangan dalam bidang pendidikan banyak bergantung kepada pengalaman yang

dicurahkan oleh guru. Walau bagaimanapun beban tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan

atau tidak banyak bergantung kepada individu guru itu sendiri. Selaras dengan perkembangan

sistem pendidikan sekarang ini seperti persediaan pengajaran pembelajaran, kegiatan ko-

kurikulum dan juga tugas-tugas berkaitan dengan perkeranian. Guru juga perlu memastikan

kelicinan program sekolah yang telah dirancang sama ada pada peringkat sekolah, daerah, negeri

atau kebangsaan.

Tanggungjawab dan beban kerja guru yang semakin bertambah menyebabkan guru memainkan

bermacam jenis peranan. Dalam menjalankan tugas sebagai pendidik, guru perlu membuat

perancangan pengajaran, persediaan alat-alat mengajar, menyemak buku murid, menanda kertas

peperiksaan atau ujian, mengawas peperiksaan, menghadiri mesyuarat, menghadiri kursu dan

sebagainya. Mereka bukan sahaja menjadi guru tetapi juga bertugas sebagai kerani dalam

mengendalikan urusan sampingan seperti urusan buku teks murid, hal ehwal kebajikan murid,

disiplin murid, akaun persatuan dan kelab murid, kegiatan sukan dan ko-kurikulum murid dan

berbagai lagi. Menurut Faridah & Zubaidah (1999), bebanan kerja guru bukan sahaja mengajar

tetapi juda melaksanakan kerja penkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum

dan juga kerja-kerja persatuan ibubapa dan guru (PIBG). Beban tugas yang banyak ini

menyebabkan guru semakin tertekan. Oleh itu, guru memerlukan kompetensi pengurusan masa

sbagi melaksanakan tanggungjawab tersebut. Antara kriteria guru berkesan ialah guru yang

Page 5: Soalan 1.docx

dapat mempamerkan mutu pengajaran yang baik dan dapat menjalankan tugas yang berkaitan

dengan perngurusan dengan cara yang berturutan dan semula jadi dalam kedudukannya.

Ekoran dari bebanan tugas yang berat yang terpaksa dipikul oleh guru-guru telah menyebabkan

mereka tidak menyempurnakan tugas mereka dengan baik dan seterusnya ditegur atau dimarahi

oleh majikan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami “stress”. Ketegangan yang

berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi seseorang seperti hilang keyakinan, cepat

meradang, agresif dan hilang daya konsentrasi. Ini menyebabkan seseorang guru itu kurang

bersemangat dan tidak bermotivasi di dalam menjalankan tugasnya (Abdul Malik, 2000). Ini

turut diakui oleh Zubaidah Aman (1999) yang mendapati bebanan waktu mengajar, jumlah mata

pelajaran dan bebanan tugas di sekolah mempengaruhi keletihan emosi guru.

Akibat terlalu penat dengan urusan dalam bilik darjah, guru tidak mempunyai masa yang cukup

untuk menyediakan ABM bagi sesi pengajaran dan pembelajaan (P&P) yang seterusnya.

Semenjak Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan secara rasmi di

seluruh sekolah di negara ini mulai pada tahun 1989 maka sering kali kedengaran suara rungutan

daripada sebahagian besar para guru di sekolah menengah tentang beban tugas mereka pada hari

ini semakin hari semakin bertambah dan tercabar. Para guru juga mendakwa bahawa KBSM

yang dilaksanakan telah menyebabkan beban tugas mereka bertambah, di mana jumlah waktu

mengajar di dalam bilik darjah semakin bertambah dan mereka terpaksa pulang lewat ke rumah.

Berdasarkan dapatan kajian yang telah dibuat oleh Shafie (1994), mengenai kesan KBSM ke atas

beban tugas guru beliau mendapati bahawa sejumlah 90% dalam kalangan responden

mengatakan bahawa KBSM itu adalah membebankan khususnya dari segi persediaan guru.

Mereka berpendapat bahawa KBSM terlalu memerlukan alat bantu mengajar sehinggakan ia

sangat menyusahkan, menghabiskan banyak masa dan membosankan. Mereka mendakwa

bahawa KBSM menambahkan tanggungjawab para guru serta berat dari segi kawalan kelas dan

perlaksanaannya.

Cabaran lain adalah guru-guru terpaksa berkerja pada musim cuti persekolahan. Situasi

ini sangat berkait rapat di mana guru-guru dikehendaki mengawas peperiksaan awam, memeriksa

kertas jawapan calon, mengadakan kelas tambahan, kelas pemulihan, kelas intensif dan

sebagainya. Oleh yang demikian, pada dasarnya cuti persekolahan tidak dapat digunakan oleh

Page 6: Soalan 1.docx

guru-guru untuk berehat bersama-sama keluarga akan tetapi mereka dikehendaki bertugas lebih

masa sepanjang cuti persekolahan pada setiap tahun. Menurut Shahbudin (1986), cuti guru yang

terdiri daripada 77 hari (11 minggu) hanya tinggal lebih kurang 33 hari sahaja dalam setahun.

Keadaan ini jelas menampakkan bahawa cuti sebenar para guru semakin berkurang kerana kerja-

kerja tambahan yang perlu dilakukan dilaksanakan ketika waktu cuti persekolahan.

Pembahagian kerja merupakan perkara yang penting dalam aspek kawalan dan pengurusan bagi

menganalisis tugas dan pembahagian kerja secara terperinci, kemudian membandingkan dengan

kemampuan seorang pekerja untuk melaksanakan tugas itu dengan terperinci. Gabungan antara

tugas dan kemampuan bertujuan mewujudkan kecekapan (Abdul Shukur Abdullah, 1991). Guru

juga terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan sehingga

wujudnya beban yang keterlaluan. Contohnya apabila ada pegawai baru di Pejabat Pelajaran

Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri atau di peringkat kementerian, banyaklah idea dan

tugasan baru yang harus dipikul oleh guru. “Bebanan ini bertambah dalam keadaan jumlah guru

yang tidak seimbang dengan peningkatan jumlah murid” (Harian Metro, 2005).

Para guru masa kini terpaksa menghadapi masalah dalam menguruskan aktiviti-aktiviti

kokurikulum di sekolah yang semakin hari semakin bertambah. Guru-guru dikehendaki

menjalankan kegiatan kokurikulum di sekolah tanpa mengikut ketetapan masa tidak kira pada

waktu persekolahan mahupun di luar waktu persekolahan. Akibatnya, guru-guru terpaksa

meninggalkan tugas utama mereka iaitu mengajar di bilik darjah. Mengikut kajian yang

dilakukan oleh Shahbudin (1986), didapati masa sebenar guru bekerja adalah 44.28 jam

seminggu manakala masa rasmi di sekolah ialah 28.35 jam sahaja seminggu (jumlah masa kerja

rasmi bagi 1 hari adalah 5.67 jam.) Justeru itu, guru-guru masih memerlukan sebanyak 15.93 jam

lagi bagi menyempurnakan kerja-kerja mereka seperti mengajar dan menyemak latihan buku

pelajar.