smasa.docx

Upload: pojanluiz

Post on 06-Oct-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

smasa.docx

TRANSCRIPT

1.1 Pernyataan Profesional Apa yang akan dilaksanakan semasa praktikum.Sebelum praktikum, kami telah didedahkan dengan pelbagai perkara penting yang perlu dilakukan semasa menjalani praktikum fasa 3. Kami telah diarahkan untuk membuat sehabis baik apa-apa sahaja yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam membuat Rancangan Pengajaran Harian dan menjalankan aktiviti-aktiviti P&P di dalam kelas. Selain itu juga, kami telah diberi tugasan untuk membuat satu projek kepada pihak sekolah sebagai satu sumbangan kepada mereka. Selain itu, saya dan rakan praktikum juga berbincang mengenai projek yang yang akan dijalankan di sekolah tersebut sebaik sahaja melihat sekolah untuk kali pertama. Kami telah bersepakat untuk melaksanakan penambahbaikan terhadap padang bola sepak terutamanya tiang gol, garisan padang, dan papan skor. Jadi kami merancang untuk membantu sekolah dalam menambahbaik semula padang bola tersebut. Kami mungkin merancang untuk meminta bantuan daripada pihak sekolah terlebih dahulu untuk projek ini sekiranya tiada sebarang masalah. Oleh yang demikian, kami juga merancang untuk membuat kertas kerja bagi projek ini untuk diserahkan pada guru besar.