skrip pengacara majlis - program parenting 2014

16
SKRIP PENGACARA MAJLIS PROGRAM KEIBUBAPAAN (PARENTING) PROGRAM MOTIVASI 3 28 JUN 2014, DEWAN SUARAH PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN 0730 Pendaftaran peserta / Ibu bapa - Minum Pagi 0800 Kata-kata aluan pengacara majlis Ketibaan, Yang Di Pertua PIBG SKDMM En. Sofhi Bin Jebal Yang Berusaha Guru Besar SKDMM En. Yusof Bin Putit Yang Berusaha PK 1 SKDMM En. Jameri Bin Daud Yang Berusaha PKHEM SKDMM En. Didi Bin Udin Yang Berusaha PKKK SKDMM En. Isharuddin Bin Yang Berusaha PK PPKI SKDMM En. Majidi Bin Daud Jawatankuasa PIBG Guru-guru serta ibu bapa ,murid-murid Tahun 6 dan hadirin hadirat sekalian. Selamat Datang ke Majlis Program Keibubapaan SKDMM bagi tahun 2014. Senja gemilang bayu berpuput, Gugur kenanga di celah 1

Upload: razia-aziz

Post on 24-Dec-2015

180 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

program parenting

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip Pengacara Majlis - Program Parenting 2014

SKRIP PENGACARA MAJLIS

PROGRAM KEIBUBAPAAN (PARENTING)

PROGRAM MOTIVASI 3

28 JUN 2014, DEWAN SUARAH

PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN0730 Pendaftaran peserta / Ibu bapa

- Minum Pagi0800 Kata-kata aluan pengacara majlis

Ketibaan,Yang Di Pertua PIBG SKDMMEn. Sofhi Bin Jebal

Yang Berusaha Guru Besar SKDMMEn. Yusof Bin Putit

Yang Berusaha PK 1 SKDMMEn. Jameri Bin Daud

Yang Berusaha PKHEM SKDMMEn. Didi Bin Udin

Yang Berusaha PKKK SKDMMEn. Isharuddin Bin

Yang Berusaha PK PPKI SKDMMEn. Majidi Bin Daud Jawatankuasa PIBGGuru-guru serta ibu bapa ,murid-murid Tahun 6 dan hadirin hadirat sekalian.

Selamat Datang ke Majlis Program Keibubapaan SKDMM bagi tahun 2014.

Senja gemilang bayu berpuput,

          Gugur kenanga di celah jerami,   

Besarlah hati kami menyambut ;

          Tuan bertamu ke majlis kami.

1

Page 2: Skrip Pengacara Majlis - Program Parenting 2014

Salam muhibbah salam 1 malaysiaSalam perpaduan

0805 Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menyemarakkan rasa taat setia kepada

negara tercinta, dengan hormatnya berdiri tegak

untuk menyanyikan lagu Kebangsaan negara kita

Malaysia’Negaraku’ dan lagu negeri Sarawak ’Ibu

Pertiwiku’ dengan penuh bersemangat bagi

menyemaikan semangat patriotisme.

(Nyanyian Lagu, Negaraku & Ibu Pertiwiku).

Terima kasih

Para barisan PIBG SKDMM guru-guru , murid-murid

dan hadirin-hadirat dipersilakan duduk.

Lagu Kebangsaan

dan Ibu Pertiwiku

0815

Bagi memulakan majlis pada pagi ini dijemput Al

Fadil Ustaz Mohd bin Omar untuk memimpin

bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

…………..Bacaan doa………………

Amin Ya rabbal Alamin. Semoga majlis

mendapatkan kecerahan kerahmatan dan

keberkatan daripada Allah S.w.t.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Al Fadil Ustaz Mohd bin Omar atas bacaan doa itu

tadi.

Bacaan Doa

0820 Ucapan alu-aluan daripada Guru Besar Sekolah Ucapan alu-aluan GB

2

Page 3: Skrip Pengacara Majlis - Program Parenting 2014

Encik Yusof Bin putit.

Seterusnya majlis beralih ke acara ucapan

Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan

Yang Berusaha GB SKDMM Encik Yusof Bin Putit

untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

………….UCAPAN GB……………

Bersarang lebah dipohon palasburung kelicap di pohon selasih

Pengetahuan bertambah penerangan jelasMajlis mengucapkan terima kasih.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Yang Berusaha GB SKDMM Encik Yusof Bin Putit

atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

SKDMM

0820 Ucapan Yang Di Pertua PIBG En. Sofhi Bin Jebal

Meneruskan agenda kita pada pagi yang mulia ini,

Majlis dengan takzimnya mempersilakan

Yang Berbahagia Yang Di Pertua PIBG Encik Sofhi

Bin Jebal, menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Ucapan YDP PIBG)

Hadirin yang dimuliakan,

Terima kasih Yang Berbahagia Encik Sofhi Bin Jebal Selaku YDP PIBG di atas kesudian

menyampaikan ucapan yang bermakna.

Ucapan Yang Di

Pertua PIBG

3

Page 4: Skrip Pengacara Majlis - Program Parenting 2014

Pohon sirih pohon selasihTumbuh merimbun di hujung laman

Kalungan budi junjungan kasihmenjadi kenangan sepanjang zaman

0830 Bagi memanfaatkan lagi majlis Program ini

dengan segala hormatnya,

Kita memaniskan suasana sebagai halwa telinga

dengan ceramah yang akan disampaikan oleh

Puan Anny Chau (Kaunselor Bimbingan dan

Kaunseling SKDMM).

Ceramah yang disampaikan sebentar lagi adalah

berkaitan dengan dadah.

Dengan segala hormatnya kita mempersilakan Pn.

Anny Chau.

…………..Ceramah Dadah…………….

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Anny Chau di

atas ceramah yang disampaikan tadi.

Ceramah

Dadah

0930 Ceramah Pendidikan

Kita membekalkan kita sebagai panduan

berterusan dengan ceramah yang akan

disampaikan oleh Penceramah Jemputan Dr.

Safiee Bin Lugom.

Tajuk Ceramah yang disampaikan adalah

“Membentuk Psikososial dan kesejahteraan Mental

serta Kecemerlangan Anak-anak”.

4

Page 5: Skrip Pengacara Majlis - Program Parenting 2014

Pantun Dahulu bermadah,

Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan

Sayangkan anak tangan-tangankan

Namun Pantun Peralihan Generasi bersms,

Sayangkan isteri jadikan peneman

Sayangkan anak berikan perhatian

Dengan segala hormatnya kita mempersilakan Dr.

Shafiee Bin Lugom untuk melebarkan

pengetahuan.

…………..Ceramah Jemputan…………….

Segala Terima kasih diucapkan kepada Dr. Shafiee

Bin Lugom di atas kesudian menyampaikan

ceramah yang disampaikan tadi.

Kuning emas masaknya padiMawar merah dalam jambangan

Terima kasih daun keladiBudi tuan jadi kenangan.

1035 Anak haruan berlima-lima

Mati ditimpa ponggor berdaun

Cenderahati sudilah terima

Tanda penghargaan pengorbananmu tuan

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih

dipersilakan Yang Berusaha Guru Besar SKDMM

En. Yusof Bin Putit mengiringi Yang Di-Pertua

PIBG SKDMM Encik Sofhi Bin Jebal untuk

menyampaikan cenderamata kepada para

Penyampaian

Cenderahati

Kepada

penceramah

5

Page 6: Skrip Pengacara Majlis - Program Parenting 2014

penceramah.

Dipersilakan tuan

……….PENYAMPAIAN Cenderahati

PENCERAMAH……

Dipersilakan penceramah pertama

Puan Anny Chau

Penceramah Jemputan

Dr. Shafiee Bin Lugom

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang

Berusaha GB En. Yusof Bin Putit dan Yang Di-

Pertua PIBG En. Sofhi Bin Jebal kerana sudi

menyampaikan Cenderamata itu tadi.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata

itu tadi maka berakhirlah Program Keibubapaan

( Parenting) bagi tahun 2014.

Ampun maaf dipinta adat kita berbahasa

Sekiranya terpancul salah dan silap serta

timbulnya sebarang kekhilafan di sepanjang majlis

diadakan.

Dan tidak lupa juga majlis mengucapkan

berbanyak penghargaan terima kasih kepada

semua yang hadir serta pihak yang terlibat

termasuklah barisan PIBG dan warga SKDMM yang

telah berusaha dengan penuh kesabaran dan

kegigihan di dalam menjayakan program yang

serba sederhana ini.

6

Page 7: Skrip Pengacara Majlis - Program Parenting 2014

Demi nusa bangsa, semua ditempuhi

Demi kejayaan lapisan generasi

1040 Program keibubapaan sudah diakhiri

Tangan ditatang menjemput mari

Nikmati jamuan yang dihampiri

Auklah…….rezeki sikboh lah ditolak, bala sikboh

dicari…

Esok kita membuka lebaran

Bermula pula Salam Ramadhan

Ucapan Selamat Berpuasa mengambil

kesempatan

Berlalu Sebulan Syawal menjelang , Selamat Hari

Raya diraikan.

Namun gia, sama-sama kita posalah dolok esok

nak……..ucapan kami warga SKDMM.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

GB SKDMM Encik Yusof Bin Putit mengiringi

tetamu utama dan dif-dif jemputan ke

……………………….. untuk menikmati jamuan yang

disediakan.

*

Dipersilakan para tetamu ke ……………………

untuk menikmati jamuan.

Sekian wassalamualaikum w.b.t.

Jamuan Makan

1100 Majlis Bersurai

7

Page 8: Skrip Pengacara Majlis - Program Parenting 2014

Pantun Nasihat - Membentuk Generasi Berwawasan Koleksi Puisi Klasik Dan Moden Yang Segar Sepanjang Zaman ~

Angin teluk menyisir pantai Hanyut rumpai di bawah titiBiarlah buruk kain dipakai Asal pandai mengambil hati

Pergi mendaki Gunung Daik Hendak menjerat kancil dan rusa Bergotong-royong amalan yang baikElok diamalkan setiap masa

Air melurut ke tepian mandiKembang berseri bunga senduduk

8

Page 9: Skrip Pengacara Majlis - Program Parenting 2014

Elok diturut resmi padi Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da Makan sekapur lalu matiWalaupun banyak ilmu di dadaBiar merunduk resmi padi

Buah pelaga makan dikikir Dibawa orang dari hulu Sebarang kerja hendak difikir Supaya jangan mendapat malu

Kemumu di tengah pekan Dihembus angin jatuh ke bawahIlmu yang tidak diamalkan Bagai pohon tidak berbuahTumbuh melata si pokok tebuPergi pasar membeli dagingBanyak harta tak ada ilmu Bagai rumah tidak berdinding

Tulis surat di dalam gelap Ayatnya banyak yang tidak kenaJagalah diri jangan tersilap Jikalau silap awak yang bencana

Hendak belayar ke Teluk Betong Sambil mencuba labuhkan pukatBulat air kerana pembetung Bulat manusia kerana muafakat

Pakai baju warna biru Pergi ke sekolah pukul satuMurid sentiasa hormatkan guruKerana guru pembekal ilmu

Lagu bernama serampang lautDitiup angin dari Selatan Layar dikembang kemudi dipaut Kalau tak laju binasa badan

Padi segemal kepuk di hulu Sirih di hilir merekap junjunganKepalang duduk menuntut ilmuPasir sebutir jadikan intan.

Budak-budak berkejar-kejar Rasa gembira bermain di sanaKalau kita rajin belajar Tentu kita akan berjaya

Jangan pergi mandi di lombong Emak dan kakak sedang mencuciJangan suka bercakap bohongSemua kawan akan membenci

9

Page 10: Skrip Pengacara Majlis - Program Parenting 2014

Buah cempedak bentuknya bujurSangat disukai oleh semuaJika kita bersikap jujurHidup kita dipandang mulia

Jikalau tuan mengangkat peti Tolong masukkan segala barangJikalau anak-anak bersatu hati Kerja yang susah menjadi senang

Asam kandis mari dihiris Manis sekali rasa isinya Dilihat manis dipandang manisLebih manis hati budinya

Kayu bakar dibuat arang Arang dibakar memanaskan diriJangan mudah menyalahkan orangCermin muka lihat sendiri

Selasih tumbuh di tepi telaga Selasih dimakan si anak kudaKasih ibu membaa ke syurga Kasih saudara masa berada

Masuk hutan pakai sepatu Takut kena gigitan pacat Kalau kita selalu bersatu Apa kerja mudah dibuat

Bandar baru Seberang Perai Gunung Daik bercabang tigaHancur badan tulang berkecai Budi yang baik dikenang juga

Encik Dollah pergi ka JambiPergi pagi kembali petangKalau Tuhan hendak membagi Pintu berkancing rezeki datang

Orang haji dari Jeddah Buah kurma berlambak-lambakPekerjaan guru bukanlah mudah Bagai kerja menolak ombak

Pinang muda dibelah dua Anak burung mati diranggahDari muda sampai ke tua Ajaran baik jangan diubah

Terang bulan di malam sepi Cahya memancar kepangkal kelapaHidup di dunia buatlah bakti Kepada ibu dan juga bapa

10

Page 11: Skrip Pengacara Majlis - Program Parenting 2014

Kapal kecil jangan dibelok Kalau dibelok patah tiangnyaBudak kecil jangan di peluk Kalau dipeluk patah tulangnya

Asal kapas menjadi benang Dari benang dibuat kain Barang yang lepas jangan dikenang Sudah menjadi hak orang lain

Tengahari pergi mengail Dapat seekor ikan tenggiriJangan amalkan sikap bakhil Akan merosak diri sendiri

Kapal Anjiman disangka hantuNampak dari Kuala AchehRosak iman kerana nafsu Rosak hati kerana kasih

Tingkap papan kayu bersegi Sampan sakat di Pulau AngsaIndah tampan kerana budi Tinggi darjat kerana bahasa

Anak Siti anak yang manja Suka berjalan di atas titi Orang yang malas hendak bekerja Pasti menyesal satu hari nanti

Bintang tujuh sinar berseri Bulan purnama datang menerpaAjaran guru hendak ditaati Mana yang dapat jangan dilupa

Parang tajam tidak berhulu Buat menetak si pokok RuBila belajar tekun selalu Jangan ingkar nasihat guru

Hari malam gelap-gelitaPasang lilin jalan ke tamanSopan santun budaya kita Jadi kebanggaan zaman berzaman

Pergi berburu sampai ke sempadanDapat Kancil badan berjalurBiar carik baju di badan Asalkan hati bersih dan jujur

Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tigaHancur badan dikandung tanahBudi yang baik di kenang juga

Ramai orang membeli jamu

11

Page 12: Skrip Pengacara Majlis - Program Parenting 2014

Di bawah pokok cuaca redupBersungguh-sungguh mencari ilmuIlmu dicari penyuluh hidup

Apa guna berkain batik Kalau tidak dengan sucinya?Apa guna beristeri cantik Kalau tidak dengan budinya

Berakit-rakit ke hulu Berenang-renang ke tepian Bersakit-sakit dahulu Bersenang-senang kemudian

Buah cempedak diluar pagar Ambil galah tolong jolokkanSaya budak baru belajar Kalau salah tolong tunjukkan

Pisang emas dibawa belayar Masak sebiji di atas petiHutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati

Dalam semak ada duri Ayam kuning buat sarangOrang tamak selalu rugi Macam anjing dengan bayang

Baik-baik mengirai padi Takut mercik ke muka orangBiar pandai menjaga diri Takut nanti diejek orang

Ke hulu membuat pagar Jangan terpotong batang durianCari guru tempat belajar Supaya jangan sesal kemudian

Mari kita tanam halia Ambil sedikit buat juadahUsia muda jangan disia Nanti tua sesal tak sudah

Padi muda jangan dilurut Kalau dilurut pecah batangHati muda jangan diturut Kalau diturut salah datang

Cuaca gelap semakin redup Masakan boleh kembali terangBudi bahasa amalan hidup Barulah kekal dihormati orang

Orang Daik memacu kuda Kuda dipacu deras sekali

12

Page 13: Skrip Pengacara Majlis - Program Parenting 2014

Buat baik berpada-pada Buat jahat jangan sekali

Dayung perahu tuju haluan Membawa rokok bersama rempahKalau ilmu tidak diamalkanIbarat pokok tidak berbuah

Kalau kita menebang jati Biar serpih tumbangnya janganKalau kita mencari ganti Biar lebih kurang jangan

Pinang muda dibelah dua Anak burung mati diranggahDari muda sampai ke tua Ajaran baik jangan diubah

Pantai Mersing kuala Johor Pantainya bersih sangat mashyurPohonkan doa kita bersyukur Negara kita aman dan makmur

Orang tua patut disegani Boleh mendapat ajarnasihatUlar yang bisa tidak begini Bisa lagi lidah yang jahat

Ramai orang menggali perigiAmbil buluh lalu diikat Ilmu dicari tak akan rugi Buat bekalan dunia akhirat

Tuan Haji memakai jubah Singgah sembahyang di tepi lorongKalau sudah kehendak Allah Rezeki segenggam jadi sekarung

Patah gading serpih tandukMari diletak di atas papanJika tahu ganja itu mabukBuat apakah ia dimakan

Anak rusa masuk ke taman Puas sudah orang memburuKalau muda jadikan temanKalau tua jadikan guru

Berakit ke hulu dengan bergalah Buluh pecah terbelahduaOrang tua jangan dilangkah Kelak biadap dituduhnya pula

Rusa betina berbelang kaki Mati terkena jerat sembat Orang yang muda kita sanjungi

13

Page 14: Skrip Pengacara Majlis - Program Parenting 2014

Orang yang tua kita hormat

Sorong papan tarik papanBuah keranji dalam perahuSuruh makan awak makan Suruh mengaji awak tak mahu

Adik ke kedai membeli haliaEmak memesan membeli laksaJadilah insan berhati muliaBaik hati berbudi bahasa

14