skrip mc pibg

9
8.00 malam IKMAL Ketibaan Tetamu SKRIP JURUACARA MESYUARAT AGONG PIBG 2015 SK KAMPONG RAJA PAGOH, MUAR, JOHOR DARUL TAKZIM Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperi Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan- puan ke Majlis Mesyuarat Agong PIBG Sesi 2014/2015 Sekolah kebangsaan Kampong Raja Kali Ke 34. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis perasmian akan bermula sebentar lagi. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat. 8.30 malam ROZITA Ketibaan Yang Berbahagia En Mohd Zaid bin Rahman ( Pegawai Khas YAB Menteri Pendidikan Malaysia) Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En Mohd Zaid bin A.Rahman ( Pegawai Khas YAB Menteri Pendidikan Malaysia merangkap Ketua Pemuda Umno Bahagian Pagoh) dengan diiringi: dengan diringi oleh Guru Besar, Yang DiPertua PIBG dan Naib Yang DiPertua PIBG serta tetamu kehormat ke Sekolah Kebangsaan Kampong Raja,Pagoh,Muar, Johor. 8.32 malam IKMAL Lagu Negara ku Dimainkan YB, para Hadirin dimohon berdiri untuk sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik. ....... Hadirin dipersilakan duduk.

Upload: ikmal-firdaus

Post on 10-Nov-2015

231 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

8.00malam

IKMALKetibaan Tetamu

SKRIP JURUACARAMESYUARAT AGONG PIBG2015SK KAMPONG RAJA PAGOH,MUAR, JOHOR DARUL TAKZIM

Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperi Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan- puan ke Majlis Mesyuarat Agong PIBG Sesi 2014/2015 Sekolah kebangsaan Kampong Raja Kali Ke 34.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis perasmian akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat.

8.30 malam

ROZITAKetibaan YangBerbahagiaEn Mohd Zaid bin Rahman( Pegawai Khas YAB Menteri Pendidikan Malaysia)Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En Mohd Zaid bin A.Rahman ( Pegawai Khas YAB Menteri Pendidikan Malaysia merangkap Ketua Pemuda Umno Bahagian Pagoh)

dengan diiringi:

dengan diringi oleh Guru Besar, Yang DiPertua PIBG dan Naib Yang DiPertua PIBG serta tetamu kehormatke Sekolah Kebangsaan Kampong Raja,Pagoh,Muar, Johor.

8.32 malam

IKMALLagu Negara kuDimainkan

YB, para tetamu jemputan dan hadirin dijemput dudukHadirin dimohon berdiri untuk sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik........Hadirin dipersilakan duduk.

8.35 malam

ROZITASetelah semua hadirin berada di tempat dudukBismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam1 Malaysia.

Yang Berusaha En. Zaid Bin Rahman( Pegawai Khas YAB Menteri Pendidikan Malaysia merangkap KetuaPemuda Umno Bahagian Pagoh)

Yang Berusaha En Zulkarnail bin Zakaria (Guru Besar SK Kg Raja.)

Yang Berbahagia Tn. Hj. Kamarazaman b. Md. Diah ( YDP PIBG SK kgRaja.)

Yang Dihormati En. Abdul Samad Aziz (NYDP PIBG SK Kg Raja)

Yang Dihormati En. Rahmat B Sari (Ketua Kampung , Kg. Raja) Dif-dif jemputan, Urusetia Program, Para guru, murid,-murid , hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

8.38 malam

IKMAL

Ucapan Alu-aluanpengerusi majlis:

Setelah semua paratetamu jemputan dan hadirin duduk

Kuntum melati tumbuh melataBurung merbah di pohon cemara Assalamualaikum pembuka bicara Selamat datang untuk semua

Hari ini memugal jagungHari esok memetik periaHari ini kita berkampungMeraikan majlis penuh ceria

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta mengalu-alukan kehadiran, Yang Berusaha En.Mohd Zaid Bin A. Rahman( Pegawai Khas YAB Menteri Pendidikan Malaysia merangkap KetuaPemuda Umno Bahagian Pagoh)

Ke Majlis Mesyuarat Agong PIBG Sesi 2014/2015 Sekolah kebangsaanKampong Raja Kali Ke 34.

Majlis juga mengucapkan selamat datang kepada semua para tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin ke program yang diadakan pada malam ini.

8.40 malam

ROZITABacaan doa

Selepas bacaan doaBagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan Ustaz Mazham binAbdullah untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

8.45 malam

IKMALUcapan alu- aluanYDP PIBGHadirin yang dihormati,

Duduk sekawan gadis jelita,Buat santapan untuk pahlawan,Tampillah tuan kami meminta,Madah ucapan kata aluan

Majlis pada malam ini , dimulakan dengan mempersilakan

Yang Berbahagia Tn. Hj. Kamaruzamman b. Mohd Diah ( YDP PIBG SKkg Raja.)

Untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

9.00 malam

ROZITASetelah selesai ucapan YDP PIBGDemikianlah tadi ucapan alu-aluan daripada Yang Berbahagia Tn. Hj. Kamaruzamman b. Md Diah ( YDP PIBG SK kg Raja.)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

9.15 malam IKMALUcapan GuruBesarSetelah selesai ucapan Guru BesarBukan rumput sebarang rumput,Rumput tumbuh di celah papan,Bukan jemput sebarang jemput,Sudilah tuan beri ucapan.

Seterusnya majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Berusaha En. Zulkarnail B. Zakaria , Guru Besar Sk Kg Raja untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Demikianlah tadi ucapan daripada Yang Berusaha En. Zulkarnail B. Zakaria (Guru Besar Sk Kg Raja)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

9.30 malam

ROZITAUcapan YB En. Mohd Zaid b. A.Rahman

Setelah selesaiucapan YB En. Mohd Zaid b. A.Rahman

Kalau tuan pikat Kenari Jangan patahkan batang jeramiKepada tuan hormat diberi Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan yang Berusaha En. Mohd Zaid B A.Rahman ( Pegawai Khas YAB Menteri Pendidikan Malaysia merangkap Ketua Pemuda Umno Bahagian Pagoh)

Bagi menyampaikan ucaptama dan menyempurnakan Majlis PerasmianMesyuarat Agong PIBG SK Kg Raja.sesi 2014/2015 kali ke 34

Majlis Dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dengan Bismilah kita mulai,Alhamdullilah wassolatan nabi,Dengan takdir Ilahi RabbiSelesai sudah upacara merasmi

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berusaha En. Mohd Zaid B Rahman ( Pegawai Khas YAB Menteri Pendidikan Malaysia merangkap Ketua Pemuda Umno Bahagian Pagoh) atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

9.45malam

IKMALPenyampaianhadiah anugarah kecemerlangan UPSR 2014

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah Anugerah Kecemerlangan UPSR Sekolah Kebangsaan Kg Raja.2014. bagi pencapaian 5A.

Bagi tujuan tersebut, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha En. Mohd Zaid B Rahman diiringi Yang Berusaha En. Zulkarnail B Zakaria naik ke pentas untuk menyampaikan hadiah.

Dipersilakan.

Untuk makluman hadirin

Penerima hadiah Anugerah kecemerlangan akan menerimaWang sumbangan PIBGsijil penghargaan, danPiala Anugerah Kecemerlangan UPSR 2014

Majlis dengan segala hormatnya menjemut adik Nur Adriana Qistina Bt. Abdul Qayyum bersama ibu bapanya ke pentas.

Tahniah diucapkan.

9.50malam

ROZITAcenderahatikepadaajk pibg 2014

Setelah selesai penyampaian hadiah dan sijilHadirin yang dihormati,Seterusnya disampaikan sijil tanda penghargaan kepada:

Barisan jawatankuasa Persatuan Ibu bapa Guru sesi 2014/2015

Dipersilakan :1. Tn. HJ. Kamarazaman b Md Diah..2. Seterusnya dipersilakan En. Abd. Samad b Aziz3. Dipersilakan ..En. Abd. Razak B Ismail4. Dipersilakan..Pn. Siti Rohani Bt Talib5. Dipersilakan .Pn. Ruhaiza Bt Abdullah6. Dipersilakan .Pn. Junaidah Bt Musa7. Dipersilakan..En. Jamari B Sarman8. Dipersilakan..EnAzmi B Wahab9. Dipersilakan .En. Yusni Bt Hashim10. Dipersilakan.Pn. Zalina Bt Zakaria11. DipersilakanPn. Halimah Bt Maeraj@ Nairat12. Dipersilakan Cik Noor Syahidah Bt Shabuddin13. Dipersilakan.En. Ikmal Firdaus B Abdul Wahab14. DipersilakanPn Zainon Bt HassanDan akhir sekali15. Dipersilakan.Pn Noor Adreen Bt Md HamdaniDipersilakan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kepadaYang Berbahagia En. Mohd Zaid B A RahmanDi atas kesudian menyampaikan sijil-sijil sebentar tadi.

10.15 malam

IKMALPenyampaian cenderamata kepada wakil

Setelah selesai penyampaian hadiah dan sijilSebagai tanda penghargaan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Yang Berusaha Tuan Guru Besar SK kg Raja, En Zulkarnail B Zakariamenyampaikan cenderamata kepada

Yang Berusaha En. Mohd. Zaid Bin A. Rahman( Pegawai Khas YAB Menteri Pendidikan Malaysia merangkap KetuaPemuda UMNO)

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kepadaYang Berusaha En. Zulkarnail B Zakaria (Guru Besar skkr)Di atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

10.20 malam

ROZITAPersembahan Qasidah dari kumpulan Qasidah skkrHadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

Sebelum kita menutup tirai majlis kita pada malam yang indah ini, marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan murid dari Kumpulan Qasidah SK Kg Raja.

Kumpulan persembahan ini, telah dipimpin oleh Pn Siti Mahanum Bt Hj Bebit dan dibantu oleh En Muhd Afiq B Mahmud dan En Muhd Yazid B Ghazali.

Untuk itu, majlis mempersilakan kumpulan Qasidah SKKR. Mendendangkan Qasidahnya dimulai dengan Selawat At-Tatabiyah, diikuti alhamdullilah, Yahanana dan di Pondok Kecil

Dipersilakan..

Alhamdullilah.demikianlah tadi persembahan Qasidah dari murid-murid skkrSelesai sudah persembahan Qasidah yang penuh syahdu dan menghiburkan.

10.30 malam

IKMALPenutupHadirin dan hadirat yang dihormati,

Sinar Cahaya Gilang GemilangCahaya Terang jadi pedomanBudimu tuan takkan hilangDalam hati jadi ingatan.

Bunga seroja di atas cemaraJatuh sekuntum di atas paraAndai kata tersilap bicaraKemaafan jua yang kami pinta

Sempurnalah sudah Majlis Perasmian Agung PIBG SK Kg Raja sesi2014/2015 pada malam iniMajlis mengucapkan terima kasih kepadaYang Berbahagia En. Mohd Zaid B A Rahman atas kesudian tuan menghadiri majlis pada malam ini.

Kalau tuan pikat cemara,Buatlah bara bakar selasih,Sudilah tuan jamu selera,Hidangan mesra pengikat kasih.

Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia En. Mohd Zaid B A Rahman dengan diiringi Yang Beusaha En. Zulkarnail Zakaria sertadif-dif jemputan untuk menikmati juadah yang disediakan di Bilik jamuan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.Para ibu bapa dan hadirin juga dipersilakan untuk menjamu selera sebelum kita meneruskan Mesyuarat Agung PIBG Sk kg Raja sesi2015/2016.

Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah w.b.t