skrip juruacara hari graduasi

11
MAJLIS HARI GRADUASI SMK BANDAR EASTER KALI Kelima 2013 SKRIP JURUACARA BIL ATURCARA 1.0 0 1 02 Pengumuman perarakan masuk Perarakan masuk pelajar Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Abdul Rahman Bin Abban, Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Easter dengan diiringi oleh Yang Berusaha Hajah Ramlah Bt. Jaapar, Pengetua SMK Bandar Easter, Guru-Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Matepelajaran, Guru Tingkatan dan seterusnya mengambil tempat di pentas. (muzik iringan – paluan kompang) (tunggu sehingga VIP naik ke pentas dan berdiri tegak dan lagu Bangsa Johor akan dimainkan) Para hadirin dipersilakan duduk. 2.0 01 Alu-aluan Juruacara Bismillah... Assalammualaikum ... Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Rahman Bin Abban Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Easter Yang Berusaha Puan Hajah Ramlah Bt. Jaapar Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Easter Yang dihormati En.Azali bin Haji Atan Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Easter. Yang dihormati En. Rashid Bin Jamian Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Yang dihormati Tuan Haji Mohd. Roslim bin Ali Penolong Kanan KoKurikulum. Yang dihormati En. Khairul Salleh Bin Haran

Upload: khuzaimah-ibrahim

Post on 12-Dec-2015

43 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Skrip untuk Hari Graduasi

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip Juruacara Hari Graduasi

MAJLIS HARI GRADUASI SMK BANDAR EASTER KALI Kelima 2013SKRIP JURUACARA

BIL ATURCARA1.0 01

02

Pengumuman perarakan masuk

Perarakan masuk pelajar

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Abdul Rahman Bin Abban, Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Easter dengan diiringi oleh Yang Berusaha Hajah Ramlah Bt. Jaapar, Pengetua SMK Bandar Easter, Guru-Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Matepelajaran, Guru Tingkatan dan seterusnya mengambil tempat di pentas.(muzik iringan – paluan kompang)(tunggu sehingga VIP naik ke pentas dan berdiri tegak dan lagu Bangsa Johor akan dimainkan)

Para hadirin dipersilakan duduk.2.0 01

Alu-aluan JuruacaraBismillah...Assalammualaikum ...

Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Rahman Bin AbbanYang Dipertua PIBG SMK Bandar Easter

Yang Berusaha Puan Hajah Ramlah Bt. JaaparPengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Easter

Yang dihormati En.Azali bin Haji AtanPenolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Easter. Yang dihormati En. Rashid Bin JamianPenolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang dihormati Tuan Haji Mohd. Roslim bin AliPenolong Kanan KoKurikulum.

Yang dihormati En. Khairul Salleh Bin HaranPenolong Kanan Pa-UniversitiSekolah Menengah Kebangsaan Bandar Easter

Yang dihormati,Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran serta Guru-Guru SMK Bandar Easter, Para Graduan, tuan-tuan dan puan-puan hadirin -hadirat yang dihormati sekalian.

Page 2: Skrip Juruacara Hari Graduasi

02 Majlis mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Rahman Bin Abban, Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Easter serta para jemputan ke Majlis Hari Graduasi Pelajar Tingkatan 5 & Pra Universiti SMK Bandar Easter Kali ke 5, Tahun 2013.

Sesungguhnya kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amat besar ertinya bagi kami seluruh warga SMK Bandar Easter.

Bunga selasih hiasan jambangan, Indah lagi anggerik gubahan; Terima kasih di atas kunjungan, Menambah seri majlis sambutan.

Hari ini menugal jagung, Hari esok memetik peria; Hari ini kita berkampung, Meraikan majlis penuh ceria.

3.00 01

4.00 01

02

Persembahan SelinganHadirin yang dihormati sekelian, mari kita bersama-sama mendengar bacaan ayat-ayat suci al-quran dan terjemahan dari surah al-alaq yang akan diperdengarkan oleh Muhammad Firdaus Bin Sulaiman

Terima KasihMajlis mengucapkan penghargaan dan terima kasih di atas bacaan al-quran itu tadi.

Bacaan doaTuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Majlis Hari Graduasi Pelajar Tingkatan 5 & Pra Universiti , SMK Bandar Easter 2013 pada petang ini, diteruskan dengan bacaan doa. Bacaan doa ini akan dipimpin oleh Ustaz Mohd Nazru Bin Zahari. Dipersilakan.

-bacaan doa-

Amin.Amin Ya Rabil Alamin. Majlis mengucapkan terima ribuan kasih kepada Ustaz Mohd Nazru bin Zahari di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Page 3: Skrip Juruacara Hari Graduasi

5.0

0.1

0.2

0.3

Ucapan Aluan Pengetua dan Perisytiharan

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Majlis pada petang ini diteruskan dengan lafaz Pengistiharan Majlis Hari Graduasi Pelajar Tingkatan 5 & Pra Universiti SMK Bandar Easter Kali ke 5, tahun 2013.

Untuk itu, majlis dengan penuh hormat mempersilakan Yang Berusaha Hajah Ramlah Bt. Jaapar untuk mengumumkan perisytiharan Majlis Hari Graduasi Tingkatan 5 & Pra Universiti Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Easter Kali ke -5,2013 dan seterusnya menyampaikan ucapan dalam majlis yang indah lagi permai ini.

Majlis dengan hormat takzim mempersilakan.

-ucapan pengetua-

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Hajah Ramlah Bt. Jaapar atas ucapan dan Perisytiharan Menzahirkan Majlis Hari Graduasi Pelajar Tingkatan 5 & Pra Universiti SMK Bandar Easter Kali ke 5, tahun 2013.

6.0 01

02

Ucapan Perasmian

Tuan-tuan,puan-puan hadirin dan hadirat yang dihormati sekelian.

Di sini ada putera puteri yang mendaulatkan bangsa, Di sini ada ibu bapa yang prihatin penuh dijiwa, Di sini ada pendidik yang tidak pernah kenal erti putus asa, Di sini ada pengetua yang berjasa. Dan Di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia.

Dengan itu majlis amat berbesar hati bagi mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Rahman Bin Abban, Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Easter,untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Hari Graduasi Tingkatan 5 & Pra Universiti SMK Bandar Easter pada pagi yang gilang gemilang ini. Dengan penuh takzim dipersilakan.

-ucapan Perasmian-

Page 4: Skrip Juruacara Hari Graduasi

03 Demikianlah tadi ucapan Tuan Haji Abdul Rahman Bin Abban. Majlis merakamkan penghargaan jutaan terima kasih.

Buah selasih di dalam puan, Dibawa gadis ke tengah laman; Amat bertuah sumbangsihmu tuan, Jadi ingatan sepanjang zaman.

7.0

01

02

03

04

05

06

Penyampaian Sijil Graduasi Oleh Tuan Pengetua

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,Tibalah kita ke acara Penyampaian Sijil Majlis Hari Graduasi Tingkatan 5 & Pra Universiti SMK Bandar Easter kelima ,2013.

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Azali Bin Haji Atan bagi mengiringi Yang Berusaha Hajah Ramlah Bt. Jaapar, Pengetua SMK Bandar Easter untuk menyampaikan sijil kepada para graduan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Dijemput Ting 5 Sains).........dipersilakan ****baca nama(muzik iringan – gamelan )

(Dijemput Ting. 5 Tek).........dipersilakan*** baca nama(muzik iringan – gamelan )

(Dijemput Tingkatan 5 SPT).........dipersilakan****baca nama(muzik iringan – gamelan )

(Dijemput Tingkatan 5 Vokasional).........dipersilakan...*****baca nama

(muzik iringan – gamelan )

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Hajah Ramlah Bt. Jaapar atas kesudian menyampaikan sijil kepada para graduan sebentar tadi.

Page 5: Skrip Juruacara Hari Graduasi

8.0

01

Persembahan Selingan

Untuk memeriahkan majlis pada pagi ini, dipersilakan Kumpulan Anak Seni / Mohd Hakim Esa untuk menyampaikan sebuah persembahan yang bertajuk Terima Kasih cikgu. /

Seterusnya dipersilakan

Untuk memeriahkan majlis pada pagi ini, dipersilakan Kumpulan Anak Seni / Mohd Hakim Esa untuk menyampaikan sebuah persembahan yang bertajuk Terima Kasih cikgu. /

Dipersilakan....

Majlis mengucapkan penghargaan terima kasih.

9.0

01

02

03

04

Penyampaian Sijil Graduasi Oleh Perasmi

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian

Penyampaian Sijil Majlis Hari Graduasi Tingkatan 5 & Pra Universiti SMK Bandar Easter 2013 pada pagi ini diteruskan.

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Hajah Ramlah Bt. Jaapar, Pengetua SMK Bandar Easter untuk mempersilakan serta mengiringi Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Rahman Bin Abban bagi menyempurnakan penyampaian sijil kepada para graduan Pra Universiti SMK Bandar Easter.Dengan segala hormatnya dipersilakan....

(Dijemput Tingkatan Pra Universiti Atas 1Dipersilakan .... (muzik iringan – gamelan)

(Dijemput... Tingkatan Pra Universiti Atas 2..........Dipersilakan...(muzik iringan – gamelan)

Tuan-tuan dan puan-puan,Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Khas .

Page 6: Skrip Juruacara Hari Graduasi

05

06

07

08

Kategori pertama:Anugerah Khas Jauhari.

Anugerah ini merupakan pengiktirafan pihak sekolah menerusi pencapaian akademik terbaik di kalangan pelajar tingkatan 5 dan Pra Universiti Atas.

Dengan itu diumumkan Penerima Anugerah Khas Jauhari Tingkatan 5

Dipersilakan- Mohamad Aqmarul Fitri bin Md Sholeh

Beliau memperoleh 4 (A+) 2(A) 2(A-) 1(B+) C (C+) dalam peperiksaan Percubaan SPM baru-baru ini.

Anugerah Khas Jauhari Pra Universiti Dipersilakan- Nur Faradila Binti Awang Chik.

Beliau memperoleh: PNGK 3.29 Pada Penggal pertama PNGP2 3.50 pada penggal kedua peperiksaan STPM

Kategori kedua: Anugerah Khas Bahaduri;

Anugerah Khas Bahaduri pula diberikan bagi mengiktiraf sumbangan terbaik pelajar dalam bidang kokurikulum.

JemaahPanel Penilai memutuskan Anugerah Khas Bahaduri Tingkatan 5 disandang oleh:

Muhammad Shahrul Hisyam Bin Muhammad Piah dijemput Muhammad Shahrul Hisyam Bin Muhammad Piah untuk menerima anugerah berkenaan. Pencapaian beliau adalah seperti berikut:

1. Menyertai perkhemahan Integrasi Peringkat Kebangsaan2. Aktif di dalam bidang pidato dan perbahasan3. Mewakli sekolah dalam bola tampar4. Mewakili Daerah dalam bola tampar5. Mewakili sekolah dalam Drama Bahasa Inggeris

Page 7: Skrip Juruacara Hari Graduasi

09

10

Anugerah Khas Bahaduri Pra Universiti diberikan kepada: Mohamad Nadzim Shah Bin Bohari.

Dipersilakan- Mohamad Nadzim Shah Bin Bohari. untuk menerima anugerah berkenaan. Pencapaian beliau dalam bidang kokurikulum adalah seperti berikut :-

1. Ketua Murid untuk majlis perwakilan pelajar Pra Universiti2. Pengawas SMK Bandar Easter3. AJK Persatuan Bahasa dan Kebudayaan4. Mewakili Daerah dalam Badminton 5. Mewakili Daerah dalam Bola tampar

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Rahman Bin Abban di atas kesudian menyampaikan sijil dan anugerah khas kepada para graduan sebentar itu tadi.

9.0

01

02

Perisytiharan Penangguhan Majlis Graduasi

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,

Dengan penyampaian sijil itu tadi, maka berakhirlah Majlis Hari Graduasi SMK Bandar Easter kali kelima untuk tahun 2013. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Puan Hajah Ramlah Bt. Jaapar, Pengetua SMK Bandar Easter untuk mengumukan perisytiharan penangguhan Majlis Hari Graduasi SMK Bandar Easter kali kelima tahun 2013. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

-perisytiharan penangguhan-

Majlis mengucapkan terima kasih.

Tuan-tuan dan puan-puan ,

Majlis amat menjunjung budi di atas kesudian Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Rahman Bin Abban, Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Easter, yang sudi hadir serta menyempurnakan Majlis Hari Graduasi Pelajar Tingkatan 5 & Pra Universiti SMK Bandar Easter pada hari ini. Untuk itu dengan rasa tulus ikhlas dan terima kasih kami, dipersilakan Yang Berusaha Hajah Ramlah binti Jaapar,Pengetua SMK Bandar Easter untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Rahman Bin Abban. Dipersilakan.....

Kuning emas masaknya padi, Mawar merah dalam jambangan; Terima kasih daun keladi, Sumbangsih tuan jadi sanjungan.

Page 8: Skrip Juruacara Hari Graduasi

Tanam languna tumbuh kelapa, Terbit bunga pucuk melati; Budi tuan kami tak lupa, Akan terpaku di dalam hati.

10.0 01

02

Perarakan Keluar

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalianSebagai mengakhiri majlis pada hari ini, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu Negaraku. Para hadirin diminta berdiri.

-Lagu Negaraku-

Kalau ada sumur di ladang, Boleh kami menumpang mandi; Kalau ada umur yang panjang, Majlis Graduasi tahun hadapan bersua lagi.

Mengumumkan perarakan keluar Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Rahman Bin Abban, Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Easter, dengan diiringi Yang Berusaha Hajah Ramlah Bt. Jaapar, Pengetua SMK Bandar Easter, guru-guru penolong kanan, guru-guru kanan matapelajaran dan guru-guru SMK Bandar Easter.

( muzik iringan – gamelan )

Arahan Majlis Bersurai

(setelah dif kehormat keluar dewan)

Mengumumkan pegerakan keluar ibu bapa para graduan.

Tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan menemui guru-guru bertugas di luar dewan bagi menerima bungkus juadah minum pagi daripada pihak sekolah.

Para graduan diminta terus berada di dewan bagi sesi fotografi.

Sekian, wassalam......

11.0

01