skci.weebly.comskci.weebly.com/uploads/2/6/4/6/26466268/minit_mesyuarat... · web viewen. ahmad...

10
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15 TAHUN 2014 Tarikh : 22 Februari 2014 Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Bestari SK Cheras Indah Kehadiran : Rujuk Lampiran Perasmian oleh : Yang Berbahagia Dato Seri Dr Kamarudin Kumaravel Abdullah - Bekas Kor Risik Diraja Agenda Mesyuarat : 1.0 Ucapan Yang Dipertua 1.1 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir. Menjadikan Mesyuarat Agung PIBG ini sebagai landasan untuk semua ibu bapa, pentadbir dan guru- guru bekerjasama memberi pandangan dan menyumbangkan tenaga untuk membantu meningkatkan kecemerlangan SKCI. 2.0 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Tahun 2013 2.1 En Mohd Sukri bin Samek meminta hadirin membaca minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke- 14 dan meminta cadangan supaya minit mesyuarat disahkan. 2.2 Tiada sebarang pertanyaan yang dikemukakan. 2.3 En. Sauaka Murthy S. Raman mencadangkan supaya minit mesyuarat disahkan dan cadangan disokong oleh En. Che Kamarolzaman b. Seman. 3.0 Pembentangan dan Penerimaan Laporan Tahunan PIBG Sesi 2013

Upload: truongminh

Post on 08-Mar-2018

244 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: skci.weebly.comskci.weebly.com/uploads/2/6/4/6/26466268/minit_mesyuarat... · Web viewEn. Ahmad Azam bin Abdul Jalal mencadangkan supaya laporan tahunan PIBG Sesi 2013 disahkan dan

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15 TAHUN 2014

Tarikh : 22 Februari 2014Masa : 8.30 pagiTempat : Dewan Bestari SK Cheras IndahKehadiran : Rujuk LampiranPerasmian oleh : Yang Berbahagia Dato Seri Dr Kamarudin Kumaravel Abdullah

- Bekas Kor Risik Diraja

Agenda Mesyuarat :

1.0 Ucapan Yang Dipertua

1.1 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir. Menjadikan Mesyuarat Agung PIBG ini sebagai landasan untuk semua ibu bapa, pentadbir dan guru- guru bekerjasama memberi pandangan dan menyumbangkan tenaga untuk membantu meningkatkan kecemerlangan SKCI.

2.0 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Tahun 2013

2.1 En Mohd Sukri bin Samek meminta hadirin membaca minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke- 14 dan meminta cadangan supaya minit mesyuarat disahkan.

2.2 Tiada sebarang pertanyaan yang dikemukakan.

2.3 En. Sauaka Murthy S. Raman mencadangkan supaya minit mesyuarat disahkan dan cadangan disokong oleh En. Che Kamarolzaman b. Seman.

3.0 Pembentangan dan Penerimaan Laporan Tahunan PIBG Sesi 2013

3.1 En Mohd Sukri bin Samek membentangkan Laporan Tahunan PIBG Sesi 2013 dan meminta hadirin merujuk buku program pada muka surat 24 hingga 28.

3.2 Tiada sebarang pertanyaan yang dikemukakan.

3.3 En. Ahmad Azam bin Abdul Jalal mencadangkan supaya laporan tahunan PIBG Sesi 2013 disahkan dan cadangan disokong oleh Pn. Hasimah bt Zainol.

Page 2: skci.weebly.comskci.weebly.com/uploads/2/6/4/6/26466268/minit_mesyuarat... · Web viewEn. Ahmad Azam bin Abdul Jalal mencadangkan supaya laporan tahunan PIBG Sesi 2013 disahkan dan

4.0 Pembentangan dan Penerimaan Penyata Kewangan yang telah diaudit.

4.1 Pn. Norzila bt. Abdul Rais membentangkan penyata kewangan PIBG bagi tahun berakhir 31 Disember 2013 dan meminta hadirin merujuk pada muka surat 30-35.

4.2 Pertanyaan oleh En. Mohd Hairi b Kamaruddin mengenai Nota E, mengapa terdapat perbezaan kos dan adakah mesyuarat dijalankan di tempat yang berbeza. En Mohd Sukri bin Samek menjelaskan bahawa mesyuarat dijalankan di sekolah. Perbezaan kos adalah dari segi kos makan, minum dan fotostat.

4.3 En. Mohd Hairi b Kamaruddin bertanya mengenai Nota H, pertanyaan tentang Sistem Automasi PSS. En. Mohd Sukri bin Samek menerangkan bahawa PIBG membantu proses naik taraf Pusat Sumber melalui pemasangan Sistem Automasi PSS menggunakan dana yang diperoleh daripada program Bacathon. Sistem ini digunakan untuk mengkatalogkan buku- buku di PSS. Terdapat juga ‘barcode scanner’ untuk merekod buku ke dalam komputer.

Karpet baru juga dipasang di PSS untuk menggantikan karpet lama. Pembekal adalah daripada kalangan ibu bapa yang boleh membekal dengan lebih murah. Tiada kos buruh kerana pemasangan dilakukan oleh ahli jawatankuasa sendiri

4.4 En. Ahmad Azam bin Abdul Jalal mencadangkan supaya laporan penyata kewangan disahkan. Cadangan disokong oleh En. Mursan bin Zainul.

5.0 Pembentangan Penyata Kewangan Tahun 6

5.1 Encik Nor Azman b. M Yaacob membentangkan Penyata Kewangan Tahun 6 serta perancangan dan aktiviti- aktiviti yang akan diadakan bagi murid- murid Tahun 6 sepanjang tahun 2014.

5.2 Beliau juga memaklumkan bahawa sekolah ketiadaan guru kaunseling. Jika ada ibu bapa yang mahir dalam bidang kaunseling dan dapat memberi perkhidmatan kaunseling secara percuma amatlah dialu- alukan terutamanya untuk memberi dorongan dan semangat kepada murid- murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR.

Page 3: skci.weebly.comskci.weebly.com/uploads/2/6/4/6/26466268/minit_mesyuarat... · Web viewEn. Ahmad Azam bin Abdul Jalal mencadangkan supaya laporan tahunan PIBG Sesi 2013 disahkan dan

6.0 Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2014

6.1 Keputusan pemilihan adalah seperti berikut :

a) Yang Dipertua PIBG : En. Mohd Sukri b. Samekb) Naib Yang Dipertua PIBG : En. Ahmad Azam b. Abdul Jalalc) Setiausaha : Cik Nurr Syahzreen bt. Mohammed Kassimd) Bendahari : Pn. Norzila bt. Abd Rais

Pn. Maizan bt Hashim mengumumkan Pn Zeldawaty bt Zulkifli akan dilantik sebagai setiausaha PIBG bagi menggantikan Cik Nurr Syahzreen bt. Mohammed Kassim yang akan menyambung pelajaran pada bulan September kelak.

e) Ahli Jawatankuasa Ibubapa :1) En. Ahmad Nazrin b. Abu Samah2) En. Che Kamarolzaman b. Seman 3) En. Aziz bin Sulaiman4) Pn. Zaharina bt Kamarudin5) En. Marzuki b Mahbob6) En. Ahmad bin Ramli

f) Ahli Jawatankuasa Guru :1) Pn. Norashikin bt. Chekha2) Pn. Marlina bt. Romele3) Pn. Azlina bt. Ali4) En. Abdullah b. Mohamed5) Cik Siti Aishah bt. Samsudin

6.2 En. Ahmad Azam mencadangkan supaya mereka yang tidak terpilih sebagai AJK Ibubapa dilantik sebagai AJK Kecil bagi membantu AJK.

6.3 AJK Kecil 1) Pn. Siti Aishah Chong2) Pn. Noor Anida bt Saad3) Pn. Anita bt Abdullah4) En. Abdul Hamid b Saharudin5) En. Faiz bin Fadzil6) Pn. Hasimah bt Zainol

Page 4: skci.weebly.comskci.weebly.com/uploads/2/6/4/6/26466268/minit_mesyuarat... · Web viewEn. Ahmad Azam bin Abdul Jalal mencadangkan supaya laporan tahunan PIBG Sesi 2013 disahkan dan

7.0 Pemilihan dua orang Juruaudit

7.1 Keputusan pemilihan adalah seperti berikut :a) Pn Hani Ak Bung (Guru)b) En. Sauaka Murthy@ John S. Raman ( Ibu bapa)

8.0 Pembahasan usul-usul

8.1 Kutipan Sumbangan PIBGEn. Ahmad Nazrin bin Abu Samah mencadangkan supaya kutipan sumbangan PIBG RM50 dikekalkan bagi setiap keluarga. Ahli- ahli PIBG yang hadir menyokong dan bersetuju sebulat suara dengan cadangan tersebut.

8.2 Penyelenggaraan tandasEn. Ahmad Nazrin mencadangkan kutipan penyelenggaraan tandas sebanyak RM2 ke atas setiap murid diteruskan. En Wan Iskandar bertanya kutipan RM2 tersebut untuk keceriaan atau tandas. Guru Besar memaklumkan bahawa kutipan adalah untuk penyelenggaraan tandas. Jumlah kecil sahaja digunakan untuk keceriaan tandas. Mesyuarat bersetuju sebulat suara dengan cadangan kutipan tersebut .

8.3 Kantin Sekolah8.3.1 Guru Besar memaklumkan bahawa terdapat jawatankuasa yang

memantau dan selidik harga makanan di kantin. Harga makanan tidak lebih daripada perjanjian pada tahun 2014. Pada tahun ini, harga dikekalkan sama berbanding sekolah lain yang telah menaikkan harga pada tahun 2014.

8.3.2 Berkaitan dengan kebersihan kantin, kebersihan dipantau dan berada dalam keadaan baik. Pegawai Kesihatan dari MPAJ telah membuat lawatan dan memberikan 3 bintang.

8.3.3 Guru Besar memaklumkan berdasarkan pemantauan yang beliau jalankan, murid- murid didapati gemar memakan dan meminta makanan segera. Oleh itu, beliau memohon ibu bapa menggalakkan anak- anak mengambil makanan berkhasiat.

Page 5: skci.weebly.comskci.weebly.com/uploads/2/6/4/6/26466268/minit_mesyuarat... · Web viewEn. Ahmad Azam bin Abdul Jalal mencadangkan supaya laporan tahunan PIBG Sesi 2013 disahkan dan

8.4 Kerja RumahEn Wan Iskandar mencadangkan kerja sekolah ditambah bagi murid Tahun 5 sebagai persediaan untuk Tahun 6 dan program Tahun 6 turut diberi kepada murid Tahun 5. En. Ahmad Azam mengatakan kewangan terhad. Jadi, banyak program terpaksa difokuskan kepada murid tahun 6. Beliau mencadangkan jika ibu bapa bersetuju, Program Permuafakatan Tahun 5 boleh diadakan. Boleh duduk berbincang bersama Pn. Azliza. Guru Besar memaklumkan kebanyakan guru Tahun 6 dan Tahun 5 adalah guru yang sama, jadi mungkin terdapat kekangan masa.

8.5 Kutipan bayaran aktiviti semasaEn Nor Azman b M Yaacob memohon kelulusan kutipan bayaran aktiviti semasa seperti berikut:a) Kem Bestari Solatb) Khemah Ibadahc) Majlis Mohon Restu dan Solat Hajat Tahun 6d) Lawatan sambil belajare) Motivasi murid- Tahun 5 & 6f) Teknik menjawab soalan UPSR- libatkan murid tahun 5 & 6g) Bulan Kemerdekaanh) Program Ihya Ramadani) Hari Anugerah 2014j) Kursus Kepimpinan Pengawas dan Ketua Muridk) Perkhemahan Unit Beruniforml) Hari Kokurikulumm) Kem Matapelajaran

Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara dengan cadangan kutipan tersebut bagi program dan aktiviti tahun 2014.

8.6 Kutipan RM200Ahli mesyuarat bersetuju untuk mengutip RM200 bagi setiap murid tahun 6 untuk program peningkatan prestasi Tahun 6 2014. (telah dipersetujui dalam Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Tahun 6, 2014)

8.7 Keselamatan muridGuru Besar memaklumkan murid- murid berada dalam kawasan yang selamat. Ibu bapa tidak dibenarkan memakai topi keledar dalam kawasan sekolah.

Page 6: skci.weebly.comskci.weebly.com/uploads/2/6/4/6/26466268/minit_mesyuarat... · Web viewEn. Ahmad Azam bin Abdul Jalal mencadangkan supaya laporan tahunan PIBG Sesi 2013 disahkan dan

8.8 Perkembangan Prestasi MuridGuru Besar memaklumkan PBS masih dalam perancangan. Murid Tahun 1, 2, 3 dan 4 ada ujian pertengahan dan akhir tahun. Tahun 5 dan Tahun 6 juga begitu ditambah lagi dengan ujian bulanan yang turut dijalankan. Markah ujian dimasukkan secara online. Selepas ujian pertengahan, Hari Bertemu Pelanggan akan diadakan.

8.9 Pembelajaran murid8.9.1 Guru Besar memaklumkan bahawa latihan congak Matematik telah

dilancarkan tetapi ramai lagi murid tidak menghafal sifir. Guru Besar mengharapkan ibu bapa untuk membimbing anak- anak menghafal sifir.

8.9.2 Berkaitan kuantiti buku, guru besar memaklumkan guru- guru telah mengagihkan buku yang perlu dibawa mengikut jadual waktu supaya beg mereka tidak berat.

8.9.3 Guru Besar memaklumkan tiada pertindihan jadual waktu bagi subjek Reka Bentuk & Teknologi dan subjek Teknologi Maklumat & Komunikasi. Ia dijalankan berselang seli. Pelaksanaan adalah mengikut dasar dan pekeliling KPM. Oleh itu, kehadiran murid diharapkan 100%.

8.9.4 Berkaitan buku- buku aktiviti, pembelian buku aktiviti bukan 100% atas guru. Guru Besar mengizin dan membenarkan ibu bapa melaksana serta menggunakan buku aktiviti di rumah sebagai bimbingan. Buku tersebut akan disemak oleh guru.

8.9.5 Bagi kelas mengaji Al-Quran, ada program Tasmik bagi mengajar murid- murid mengaji oleh guru j-QAF. Murid Islam pulang lewat untuk kelas Tasmik berbanding murid bukan Islam yang pulang pada jam 12.30 tengah hari.

8.10 Sesi PenggambaranGuru Besar memaklumkan sesi penggambaran kelas akan cuba diaturkan.

8.11 Konvo Pra SekolahBerkenaan konvo, Guru Besar mencadangkan konvo Pra Sekolah dan murid Tahun 6 dibuat serentak bersama.

Page 7: skci.weebly.comskci.weebly.com/uploads/2/6/4/6/26466268/minit_mesyuarat... · Web viewEn. Ahmad Azam bin Abdul Jalal mencadangkan supaya laporan tahunan PIBG Sesi 2013 disahkan dan

8.12 Disiplin PelajarBerkaitan masalah disiplin pelajar, Guru Besar memaklumkan Pn. Hamidah atau Ustaz Fadhil selaku guru disiplin akan berhubung dengan ibu bapa murid jika ada masalah disiplin.

8.13 Keperluan KelasBerkaitan penambahbaikan keperluan kelas seperti yang dicadang oleh En. Suraimi B Bajori, Guru Besar memaklumkan pihak sekolah akan mengisi e-perlu untuk keperluan murid. Kerajaan akan beri masa dan peruntukan untuk tukar. Oleh itu, jika kerusi atau meja goyang, sumbangan akan diminta dari ibu bapa.

8.14 Prasarana SekolahGuru Besar memaklumkan dana akan dikumpul untuk kebersihan longkang apabila longkang ditutup. PIBG diberikan tanggungjawab untuk menguruskan hal ini.

9.0 Ucapan Penangguhan9.1 En Ahmad Azam memaklumkan PIBG sentiasa terbuka dengan cadangan. Boleh

berhubung secara sms dan akan dibincang bersama pihak sekolah.

9.2 Guru Besar memaklumkan sekolah akan menjadi tuan rumah MTQ pada 4 Mac ini. Murid Pra, Pendidikan Khas, Tahun 1, 2 dan 3 akan direhatkan. Beliau juga menjemput ibu bapa ke Program Gotong Royong Perdana pada hari Sabtu depan, 1 Mac 2014.

9.3 Ucapan penangguhan oleh En. Mohd Sukri b. Samek dengan harapan aktiviti PIBG dapat dijalankan dengan lebih baik pada tahun ini.Majlis ditangguhkan pada jam 12.10 tengah hari.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

.................................. ..............................Nurr Syahzreen bt Mohammed Kassim En. Mohd Sukri b. SamekSetiausaha PIBG 2014 YDP PIBG 2014 SK Cheras Indah SK Cheras Indah

Page 8: skci.weebly.comskci.weebly.com/uploads/2/6/4/6/26466268/minit_mesyuarat... · Web viewEn. Ahmad Azam bin Abdul Jalal mencadangkan supaya laporan tahunan PIBG Sesi 2013 disahkan dan