sistem pendidikan malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya

7
Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya. Setiap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan. Pelan ini akan terus menterjemahkan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang merencanakan pendidikan seimbang sebagai asas mencapai aspirasi murid. Perkara ini selari dengan maklum balas daripada Dialog Nasional. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia juga mengambil pengajaran daripada sistem pendidikan berprestasi tinggi untuk membangunkan ciri-ciri atribut dan kecekapan tertentu yang diperlukan oleh murid untuk berjaya dan berkembang maju dalam dunia global yang semakin mencabar. Sehubungan itu, semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tentang pendidikan seimbang diperlihatkan dalam enam ciri (Ekshibit 2-3). Ciri ini bukan sahaja menekankan kepentingan pengetahuan, tetapi juga pembangunan kemahiran pemikiran kritis, kreatif, dan inovatif; kemahiran memimpin; kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris; sahsiah dan nilai, serta semangat identiti nasional yang kuat. Ciri ini turut memberi penekanan kepada usaha bagi membolehkan semua murid memberikan sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat, dan negara. 1. Pengetahuan Pada peringkat paling asas, setiap murid perlu memiliki keupayaan literasi dan numerasi sepenuhnya. Ciri ini melengkapkan mereka dengan kemahiran hidup asas, serta berfungsi secara berkesan dalam masyarakat bagi membolehkan mereka memupuk nilai untuk diri sendiri, masyarakat dan negara. Di samping itu, penting bagi murid menguasai

Upload: yogen-ambrose

Post on 14-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

falsafah pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Pendidikan Malaysia Berhasrat Memastikan Setiap Murid Mencapai Potensi Sepenuhnya

Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi

sepenuhnya. Setiap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, dan masyarakat mempunyai

peranan penting dalam memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan.

Pelan ini akan terus menterjemahkan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

merencanakan pendidikan seimbang sebagai asas mencapai aspirasi murid. Perkara ini

selari dengan maklum balas daripada Dialog Nasional. Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia juga mengambil pengajaran daripada sistem pendidikan berprestasi tinggi untuk

membangunkan ciri-ciri atribut dan kecekapan tertentu yang diperlukan oleh murid untuk

berjaya dan berkembang maju dalam dunia global yang semakin mencabar.

Sehubungan itu, semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tentang pendidikan seimbang

diperlihatkan dalam enam ciri (Ekshibit 2-3). Ciri ini bukan sahaja menekankan kepentingan

pengetahuan, tetapi juga pembangunan kemahiran pemikiran kritis, kreatif, dan inovatif;

kemahiran memimpin; kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris; sahsiah dan

nilai, serta semangat identiti nasional yang kuat. Ciri ini turut memberi penekanan kepada

usaha bagi membolehkan semua murid memberikan sumbangan yang bermakna kepada

keluarga, masyarakat, dan negara.

1. Pengetahuan

Pada peringkat paling asas, setiap murid perlu memiliki keupayaan literasi dan numerasi

sepenuhnya. Ciri ini melengkapkan mereka dengan kemahiran hidup asas, serta berfungsi

secara berkesan dalam masyarakat bagi membolehkan mereka memupuk nilai untuk diri

sendiri, masyarakat dan negara. Di samping itu, penting bagi murid menguasai mata

pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.

Mereka juga digalakkan untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan dalam bidang lain,

seperti seni, muzik dan sukan. Selain pengetahuan dalam bidang ini, murid juga perlu

mempunyai keupayaan mengaplikasi pengetahuan ini dalam situasi harian.

2. Kemahiran berfikir

Setiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus mendapatkan

pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubung kait pelbagai pengetahuan, dan

mewujudkan pengetahuan baharu. Kemahiran berfikir aras tinggi dan kemampuan untuk

Page 2: Sistem Pendidikan Malaysia Berhasrat Memastikan Setiap Murid Mencapai Potensi Sepenuhnya

melakukan inovasi amat kritikal dalam dunia teknologi yang berkembang pesat. Setiap murid

perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting:

Pemikiran Kreatif dan Inovatif: kemampuan menginovasi, menjana kemungkinan baharu,

dan mencipta idea atau pengetahuan baharu;

Pemikiran Kritis dan Penaakulan: keupayaan menganalisis maklumat, menjangka masalah

dan mendekati isu secara kritis, logik, induktif, dan deduktif bagi mencari penyelesaian,

danakhirnya membuat keputusan; dan

Keupayaan Belajar: keupayaan memacu pembelajaran sendiri, dengan kemampuan

menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat.

Sistem pendidikan negara perlu meningkatkan kemahiran murid dalam bidang ini seperti

yang digambarkan melalui skor TIMSS dan PISA sejak lima tahun lepas. Skor TIMSS dan

PISA 2009+ menunjukkan bahawa murid kurang mampu mengaplikasi pengetahuan serta

berfikir secara kritis di luar konteks akademik biasa. Sehubungan itu, adalah amat penting

bagi sistem pendidikan negara membantu setiap murid memperoleh kemahiran berfikir.

3. Kemahiran memimpin

Kemampuan bekerja dengan berkesan dan memimpin orang lain adalah penting,

terutamanya dalam dunia yang semakin saling berkait. Dalam Dialog Nasional, kepentingan

memupuk kepimpinan dan keupayaan bekerja secara berkesan dalam satu pasukan bagi

setiap murid sering dibangkitkan. Sistem pendidikan berusaha membantu setiap murid

mencapai potensi masing-masing sepenuhnya melalui pelibatan sebagai pemimpin, serta

bekerja dalam kumpulan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan mempunyai empat

unsur:

Keusahawanan: mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan penyelesaian

sendiri, dan bagi tujuan itu sanggup membuat pelaburan daripada sumber sendiri, serta

terdoronguntuk memastikan penyelesaian itu dizahirkan;

Berdaya tahan: membina cara berfikir yang konstruktif serta mampu menghadapi rintangan;

Kecerdasan emosi: berupaya memahami dan bekerja secara berkesan dengan orang lain

serta mampu mempengaruhi mereka secara positif; dan

Ketrampilan komunikasi: berupaya memberikan pendapat dan hasrat secara lisan dan

bertulis dengan jelas.

Page 3: Sistem Pendidikan Malaysia Berhasrat Memastikan Setiap Murid Mencapai Potensi Sepenuhnya

Sekolah perlu menggunakan peluang yang disediakan di dalam bilik darjah melalui aktiviti

berasaskan projek dan kerja kumpulan, dan aktiviti di luar bilik darjah melalui sukan, seni,

serta aktiviti kokurikulum dalam membangunkan keperibadian murid.

4 Kemahiran dwibahasa

Setiap murid akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, dan bahasa

Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa. Setiap murid juga

akhirnya akan berpeluang mempelajari bahasa tambahan. Kepelbagaian Malaysia yang unik

dan warisan berbilang budaya memberikan kelebihan daya saing kepada semua. Murid

akan terus berpeluang untuk mempelajari bahasa Cina dan Tamil di sekolah jenis

kebangsaan. Kini, sesetengah sekolah kebangsaan juga menyediakan peluang untuk

mempelajari bahasa ketiga seperti bahasa Cina, Tamil, Arab, Iban, dan Kadazan Dusun.

Pada peringkat menengah, peluang ini diperluas untuk meliputi bahasa antarabangsa lain.

Selepas jangka masa tertentu, semua murid akan digalakkan untuk belajar

sekurangkurangnya tiga bahasa bagi membolehkan mereka bekerjasama dan

berkomunikasi secara berkesan dengan rakan dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga

negara jiran dalam dunia global masa ini.

5. Etika dan kerohanian

Sistem pendidikan akan mempersiapkan setiap murid supaya berani menghadapi cabaran

masa depan, menyelesaikan konflik secara aman, membuat keputusan yang wajar dalam

situasi kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan apa yang betul. Penekanan diberikan

kepada setiap murid dengan mewujudkan satu set prinsip, termasuk nilai bersama yang

kukuh yang didukung oleh semua rakyat Malaysia:

Kerohanian: mempunyai pegangan agama yang kuat dan mengamalkannya sebagai asas

hidup, serta mendukung standard moral yang tinggi.

Integriti: mempunyai keberanian, disiplin, dan semangat untuk melakukan perkara yang

betul; dan

Tanggungjawab sivik: bertindak untuk kebaikan negara, mengambil berat terhadap orang

lain dan alam sekitar, dan memiliki keupayaan yang mendalam untuk memberikan

sumbangan kepada masyarakat.

Page 4: Sistem Pendidikan Malaysia Berhasrat Memastikan Setiap Murid Mencapai Potensi Sepenuhnya

6. Identiti nasional

Rakyat Malaysia perlu mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional

dan berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara untuk memupuk perpaduan dan masa

depan Malaysia. Setiap murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau

lokasi harus berbangga menjadi rakyat Malaysia. Pencapaian matlamat patriotisme ini

memerlukan semangat keterangkuman tinggi yang diperoleh dengan belajar memahami

perbezaan dan bertolak ansur, mener+ima dan menghormati orang lain, serta hidup

bersama dalam kepelbagaian masyarakat Malaysia. Identiti nasional juga memerlukan

setiap murid memahami sejarah Malaysia, berkongsi pengalaman dalam dan luar sekolah,

dan berkongsi aspirasi untuk masa depan Malaysia.

Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi

era baharu . Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai penyampai ilmu .

Berbanding sistem pendidikan kini , guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara

pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan

menggunakan situasi – situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan . Selaras dengan

perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif , kreatif dan efektif dalam

penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan

amalan dengan kehendak pelajar sebagai ‘ knowledge worker ‘ dalam era revolusi maklumat

abaf ke – 21 .

Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan profesionalismenya ialah kunci kepada

peningkatan kualiti ( Jemaah Nazir , 2001 ) . Kualiti yang dimaksudkan merujuk kepada

kualiti proses dan yang lebih penting ialah kualiti produk (output) . Dengan ini , sumber

manusia ( modal insane ) perlu dibangunkan secara bersepadu melalui latihan – latihan bagi

memastikan setiap individu dapat mengembangkan potensi ke tahap yang optimum .

Program – program pembangunan professional sudah tentu dapat mengupayakan guru

demi meningkatkan kualiti pendidikan negara .

Perkataan keguruan diamabil daripada perkataan dasarnya iaitu guru . Menurut Kamus

Dewan , guru bermaksud pengajar , pendidik atau pengasuh manakala perkataan keguruan

pula berkaitan dengan guru dan peranan ( tugas dan kelayakan ) sebagai guru . Sesuatu

profesion yang sebenar adalah suatu bidang yang mempunyai ciri – ciri seperti kepentingan

kemahiran intelek , latihan iktisas yang mencukupi , khidmat yang diperlukan oleh

masyarakat . Menikmati autonomi individu dan kumpulan , mementingkan mutu

perkhidmatan , mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod setia dan mempunyai

Page 5: Sistem Pendidikan Malaysia Berhasrat Memastikan Setiap Murid Mencapai Potensi Sepenuhnya

organiasasi tersendiri untuk menguruskan soal – soal yang berkaitan dengan pendidikan

( Lieberman 1956 ) .

Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang

memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas .

Berdasarkan ciri – ciri profesion , Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas

konsep professionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang

yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu , bersikap jujur , dedikasi

, berakauntabiliti dan bermoral tinggi , mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod

etika yang ditentukan oleh organiasasinya .

Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju ke

hadapan . Perubahan – perubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan bertujuan

memenuhi kehendak negara . Merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan .

Setiap perubahan dan transformasi kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu

bentuk cabaran dalam profesion perguruan oleh itu , adalah mustahak bagi setiap indidvidu

yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan ,

kelebihan prestasi dan keterampilan dari semasa ke semasa agar dapat bertanding dalam

era perkembangan teknologi pesat . Jika hal ini wujud , barulah tuntutan – tuntutan dalam

transformasi kurikulum itu dapat ditangani . Walaubagaimanapun , sejauh mana kita

mengiktiraf dan memartabatkan keguruan sebagai satru profesion bergantung pada

tanggapan masyarakat . Adalah peranan guru semakin hilang kewiwabawaannya kerana

masyarakat telah mengalihkan pandangan pada kerjanya diiktiraf sebagai professional oleh

pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek .

Dalam konteks ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha dengan

bersungguh – sungguh untuk menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang

unggul dan disegani ramai. Hal ini termasuklah dalam teras Pelan Pembangunan

Pendidikan Malysia (PPPM) 2013 – 2025 iaitu memartabatkan profesion keguruan antara

agenda utamanya selain daripada “kemenjadian” murid. Para guru sebenarnya mempunyai

tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek profesionalannya dengan

melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan

kehendak teras PPPM .