sistem latihan dual nasional

Upload: upenkktm

Post on 03-Apr-2018

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Sistem Latihan Dual Nasional

    1/8

    SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL

    Oleh:Saliza Binti Abdul Razak

    Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran

    Kolej Komuniti Temerloh

    1.0 PENGENALANMalaysia berhasrat untuk mencapai

    tahap Negara maju menjelang tahun

    2020. Bagi mencapai hasrat murni

    tersebut ia memerlukan peningkatan di

    dalam pelbagai aspek, salah satunya

    ialah pembangunan sumber manusia.

    Ini kerana pembangunan sumber

    manusia merupakan input yang sangat

    penting dari segi pertumbuhan dan

    pebangunan ekonomi sesebuah Negara

    (Rahmah,2006). Oleh yang demikian,

    pada 19 Mei 2004 kerajaan Malaysia

    telah memutuskan untuk melaksanakan

    Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

    mulai tahun 2005. Sistem latihan ini

    diperkenalkan bagi melahirkan tenaga

    mahir Negara yang memenuhi kehendak

    industry, sekali gus member

    pendedahan kepada pelatih situsi kerja

    sebenar yang diperlukan di

    industri(Majlis Latihan Vokasional

    Kebangsaan,2005).

    Sistem Latihan Dual Nasional

    yang diperkenalkan di negara Malaysia

    merupakan adaptasi sistem latihan dariNegara Jerman yang dikenali sebagai

    Dual Training System. Perkataan dual

    dalam kontek latihan ini bermaksud

    pelatih akan menjalani latihan di

    industri dan pada masa yang sama turut

    mempelajari teori di institusi latihan.

    Disamping itu, secara kasarnya konsepSistem Latihan Dual Nasional Malaysia

    dan Jerman adalah hamper sama, yang

    mana 70 peratus masa pelatih

    digunakan di indusrti sementara 30

    peratus lagi di peruntukkan kepada

    pelatih untuk pebelajaran teori di

    institusi latihan. Semasa pelatih beradadi institusi latihan, dua per tiga dari

    masa mereka akan digunakan untuk

    mempelajari teori, manakala satu

    pertiga lagi akan digunakan untuk

    mempelajari pengetahuan umum

    seperti sejarah, ekonomi, agama dan

    bidang-bidang selain teknikal(Wooddan Lange, 2000).

  • 7/28/2019 Sistem Latihan Dual Nasional

    2/8

    Di Malaysia, terdapat beberapa

    industri yang mengaplikasikan Sistem

    Latihan Dual Nasional ini, antaranya

    ialah industry yang berdasarkanteknologi pengeluaran, elektronik

    perindustrian, automatif dan petrokimia

    (Norliza, 2005). Sisitem Latihan Dual

    Nasional telah dilancarkan oleh

    Kementerian Sumber Manusia tetapi

    diselaraskan oleh Majlis Latihan

    Vokasional Kebangsaan dengan tujuan

    untuk mengubah sigma masyarakat

    mengenai kemahiran teknikal dan

    vokasional yang di anggap kelas kedua

    berbanding kepada mereka yang

    mempunyai kelayakan akedemik.

    2.0 PERLAKSAAN SLDNPerlaksanaan SLDN boleh

    diterjemahkan melalui beberapa

    perkara di bawah :

    I. Jangka masaJangka masa adalah berdasarkan

    kepada bidang dan Tahap

    Persijilan

    II. Nisbah Amal-teori70 - 80 % Latihan amali di dalam

    situasi pekerjaan sebenar

    30 - 20 % kelas teori yang

    berkaitan di pusat latihan

    III. Kaedah PenyampaianDay Release System

    - Contohnya latihan amali selama

    4 hari di dalam syarikat dan

    diikuti oleh satu hari kelas teori

    yang berkaitan di pusat latihan.

    Block Release System ( jika perlu

    )

    - Contohnya 3-4 bulan latihan

    praktikal diikuti dengan 1-4

    minggu kelas teori berkaitan.

    IV. PelatihLepasan SPM dan/atau pekerja

    yang sedang bekerja yang telah

    dipilih dan digaji oleh pihak

    syarikat. Syarikat tidak terikat

    untuk menawarkan pekerjaan

    selepas tamat latihan

    V. Elaun Latihan(Sekiranya latihan dijalankan

    dalam masa 2 tahun)

    Semester 1 = RM 350.00 Sebulan

    Semester 2 = RM 400.00 Sebulan

    Semester 3 = RM 450.00 Sebulan

    Semester 4 = RM 500.00 Sebulan

  • 7/28/2019 Sistem Latihan Dual Nasional

    3/8

    VI. Penganugerahan KelayakanSijil K-Pekerja, setaraf dengan

    SKM Tahap 3 atau DKM

    Kelayakan ( Tahap 4 ) atauDLKM ( Tahap 5 ) yang

    diluluskan oleh JPK dan

    pertubuhan majikan yang

    berkaitan.

    3.0 FAEDAH SLDN KEPADAMAJIKAN/SYARIKAT

    Terdapat beberapa faedah dari

    perlaksanaan SLDN kepada majikan dan

    syarikat antaranya:

    i. Insentif Kewangan Mengurangkan kos

    pengambilan pekerja mahir

    dari segi latihan, penilaian,

    pengiklanan dan pemilihan.

    Layak mendapat potongancukai di bawah Akta Cukai

    Pendapatan 1967 atau layak

    menuntut bayaran latihan

    daripada Tabung

    Pembangunan Sumber

    Manusia (TPSM) untuk

    syarikat /majikan yang layak.

    ii Peningkatan Kualiti

    Produktiviti

    Meningkatkan kualiti kerjakerana pekerja yang dilatih

    adalah mengikut keperluan di

    industri.

    Meningkatkan produktivitikerana pekerja yang

    mengikuti SLDN boleh

    memenuhi keperluan

    pekerjaan sepenuhnya.

    Meningkatkan daya saengkerana syarikat/ majikan

    dibekalkan dengan pekerja

    mahir yang releven dan

    mencukupi.

    Meningkatkan penggunaanteknologi baru yang lebih

    efisen kerana perantis SLDN

    diberi pendedahan kepada

    pelbagai teknologi terkini

    semasa proses pembelajaran.

    iii. Pembangunan Human Capacity

    Meningkatkan kualiti keranalatihan yang dijalani

    sepanjang tempoh yang

    ditetapkan berdasarkan

    kepelbagaian proses kerja

    industri.

  • 7/28/2019 Sistem Latihan Dual Nasional

    4/8

    Memberi kesan positif darisegi prestasi pekerja dan

    kepuasan pekerja.

    Meningkatkan imej syarikat/majikan sebagai pengeluar K-

    Pekerja bagi melaksanakan

    tanggungjawab sosial negara.

    Membantu mewujudkan satumekanisma tambahan bagi

    tujuan kenaikan pangkat dan

    meningkatkan kemahiran

    pekerja sediada.

    Memberi peluang kepadapekerja mahir sediada di

    industri didedahkan dengan

    ilmu dan kemahiran

    kejurulatihan.

    4.0 FAEDAH SLDN KEPADAPELATIH

    SLDN juga menjanjikan beberapa faedah

    kepada pelatih iaitu:

    i. Elaun Pelatih layak menerima

    elaun bulanan minumum oleh

    pihak syarikat/ majikan bagi

    sepanjang tempoh latihan

    seperti berikut :

    Semesta Elaun Minimum Sebulan

    Pertama RM 350

    Kedua RM 400

    Ketiga RM 450

    Keempat RM 500

    ii. Persijilan Setelah menjalani kursus

    selama 2 tahun pelatih akan

    dianugerahkan sijil k-Pekerja

    SLDN (sama taraf dengan

    SKM tahap 3) yang diperakui

    oleh MLVK dan industri yang

    berkaitan

    iii.Pembangunan Kerjaya Perantis yang berjaya

    menamatkan kursus selama 2

    tahun berpeluang mengikuti

    peningkatan kerjaya seperti

    berikut :

    a. Layak mengikuti programDKM.

    b.Pengajar di industriinstitut latihan.

    c. Bekerja sendiri.d.Peluang kenaikan

    pangkat.

  • 7/28/2019 Sistem Latihan Dual Nasional

    5/8

    5.0 PIHAK YANG TERLIBAT DALAM PERLAKSANAAN SLDNPERSONEL PENYEDIA LATIHAN SISTEM LATIHAN

    DUAL NASIONAL (SLDN)

    PUSAT

    LATIHAN

    SYARIKAT

    PENGAJAR PENGAJAR PENGAJAR PENGAJAR

    Melatih pelatih dalambidang teknikal seperti

    penggunaan mesin dan

    peralatan tangan dalam

    bentuk teori

    Melatih pelatih dalambidang bukan teknikal

    seperti subjek

    matematik, agama,

    keselamatan dan lain-

    lain.

    Menyelaras danmengurus pelatih dan

    pengajar

    Memastikan semualatihan di pusat

    bertauliah berjalan

    mengikut perancangan

    yang telah ditetapkan

    syarikat.

    Melatih pelatih dalambidang teknikal

    kompetensi

    pembelajaran dan

    metodologi, dan

    Kompetensi social

    kemanusiaan di industri

    Menyelaras danmengurus perantis dan

    coach dalam industri.

    Memastikan semualatihan di industry

    berjalan mengikut

    keperluan NOSS/

    Kurikulum SLDN

  • 7/28/2019 Sistem Latihan Dual Nasional

    6/8

    6.0 PROSES PERLAKSANAAN SLDN

  • 7/28/2019 Sistem Latihan Dual Nasional

    7/8

    7.0 KESIMPULANKejayaan pelaksanaan Sistem Latihan

    Dual Nasional bergantung kepada

    kesanggupan industri untuk terlibat.

    Industri perlu menyediakan kemudahan

    dan tenaga pengajar, oleh yang

    demikian usaha sama di antara majikan

    dengan institusi latihan adalah penting

    dalam usaha merangka program dalam

    sistem latihan dan teori. Justeru itu,

    sesuatu hubungan akan lebih berkesan

    sekiranya pihak institusi latihan

    khususnya, lebih mengetahui aspek

    yang perlu diambil kira dalam

    pembinaan ini agar hubungan terus

    manap serta terus berterusan. Walau

    bagaimanapun bagi mewujudkan

    penglibatan yang lebih efektif, semua

    pihak yang terlibat haruslah jelas

    dengan tujuan dan matlamat mereka

    untuk bekerjasama, ini adalah untuk

    mengelak dari terjadinya konflik

    dimana gagal mencapai persetujuan

    dalam perbincangan berikutan

    percangahan pendapat.

    RUJUKAN

    1. Anuwar Ali dan Ahmad Mohd Zin(1996). Pengglobalisasi Dan

    Pembangunan Industri Di Malaysia

    dalam Zaini Mahbar dan Mohaini

    Tajuddin. Industrialisasi dan

    Pembangunan. Selangor: Persatuan

    Penerbit Buku Malaysia. 50-74.

    2. Majlis Latihan VokasionalKebangsaan Kementerian Sumber

    Manusia. (2005). Panduan dan

    Peraturan Perlaksanaan Sistem

    Latihan Dual Nasional (SLDN).

    Putrajaya.

    3. Mohd Faizal Suleiman (2002).Kemahiran Operasi Individu Pelajar

    Kejuruteraan Mekanikal Sebagai

    Persediaan Dalam Latihan Industri.

    Kolej Universiti Tun Hussien Onn:

    Tesis Sarjana.

    4. Majdan Yahya (2002). Ke arahPendidikan Teknik dan Vokasional.

    Dewan Siswa. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    5. Nik Zafri Bin Abdul Majid. LearningOrganization-Organisasi yang

    Belajar:

    http://www.geocities.com/nikzafri/

    lo.hmtl: Dilayari pada 10 Julai 2011.

    6. http://www.Mida.gov.my: (LembagaKemajuan Perindustrian Malaysia).

    Dilayari pada 13 Julai 2011.

    7. Laman Web Rasmi JabatanPembangunan Kemahiran Sumber

    Manusia : http://www.dsd.gov.my

    http://www.geocities.com/nikzafri/lo.hmtlhttp://www.geocities.com/nikzafri/lo.hmtlhttp://www.geocities.com/nikzafri/lo.hmtlhttp://www.mida.gov.my/http://www.mida.gov.my/http://www.mida.gov.my/http://www.geocities.com/nikzafri/lo.hmtlhttp://www.geocities.com/nikzafri/lo.hmtl
  • 7/28/2019 Sistem Latihan Dual Nasional

    8/8