sirah nabi muhammad s.a.w. pengajaran & · pdf filesunnah yang sahih 11 syair arab ... •...

Download SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W. PENGAJARAN & · PDF fileSunnah yang Sahih 11 Syair Arab ... • Akhlak Baginda serta fitnah orientalis dan missionaris. • Pengaruh Baginda dan risalahnya

If you can't read please download the document

Upload: hathien

Post on 06-Feb-2018

267 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

  • www.dakwah.info 1

    SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W. PENGAJARAN & PEDOMAN

    *** Dr. Mustafa as-Syibaie

    *** KANDUNGAN

    PRAKATA 3

    PENDAHULUAN 5

    Keistimewaan Sirah Nabi s.a.w. 5

    Sumber rujukan Sirah Nabi s.a.w. 10

    Al-Quran al-Karim 10

    Sunnah yang Sahih 11

    Syair Arab pada Zaman Kerasulan 12

    Kitab-kitab Sirah 12

    BAHAGIAN 1: KEHIDUPAN BAGINDA SEBELUM DIUTUSKAN SEBAGAI RASUL 15

    Peristiwa-peristiwa Sejarah 15

    Pengajaran dan Pedoman 18

    BAHAGIAN 2: PERMULAAN WAHYU SEHINGGA HIJRAH KE HABSYAH 22

    Peristiwa-peristiwa Sejarah 22

    Pengajaran dan Pedoman 25

    BAHAGIAN 3: SELEPAS HIJRAH KE HABSYAH HINGGA HIJRAH KE MADINAH 28

    Peristiwa-peristiwa Sejarah 28

    Pengajaran dan Pedoman 30

    BAHAGIAN 4: HIJRAH SEHINGGA NABI STABIL DI MADINAH 33

    Peristiwa-peristiwa Sejarah 36

    Pengajaran dan Pedoman 36

  • www.dakwah.info 2

    BAHAGIAN 5: PEPERANGAN RASUL S.A.W. 44

    A) Peristiwa-peristiwa Sejarah 44 1. Ghazwah Badar al-Kubra 44 2. Ghazwah Uhud 47 3. Ghazwah Bani Nadhir 51 4. Ghazwah al-Ahzab 52 5. Ghazwah Bani Quraizoh 54 6. Ghazwah al-Hudaibiyyah 56 7. Ghazwah Khaibar 59 8. Ghazwah Mu'tah. 60 9. Ghazwuh al-Fath 62 10. Ghazwah Hunain 63 11. Ghazwuh Tabuk 65

    B) Pengajaran dan Pedoman 66 BAHAGIAN 6: PERISTIWA PENTING SELEPAS PEMBUKAAN MAKKAH SEHINGGA KEWAFATAN RASUL S.A.W. 82

    a) Ghazwah Hunain 82 b) Meruntuhkan Patung Berhala 99 c) Ghazwah Tabuk 104 d) Hajjatul Wada (Haji Selamat Tinggal ) 107 e) Pengutusan Tentera Usamah 110 f) Kewafatan Rasulullah s.a.w. 112 g) Pengajaran 113

  • www.dakwah.info 3

    PRAKATA

    Segala puji bagi Allah yang mengutuskan para Rasul-Nya dengan membawa keterangan dan petunjuk. Tujuannya agar mereka mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada mereka jalan Allah Yang Maha Agung lagi Terpuji.

    Selawat dan salam ke atas sebaik-baik Rasul dan semulia-mulia pendakwah; Saidina Muhammad s.a.w., penyudah segala rasul. Oleh itu Allah menjadikan sirahnya sebagai contoh teladan kepada setiap mukmin dalam semua aspek kehidupan mereka; kecil dan besar. Syariat yang dibawa Baginda juga adalah penyudah segala syariat. Oleh itu Allah menjadikan risalah Baginda sebagai risalah yang paling sempurna, memenuhi keperluan manusia di pelbagai suasana dan zaman. Selawat dan salam ke atas Baginda s.a.w. dan para sahabatnya yang membawa petunjuk lagi berbakti; golongan yang diketahui Allah kesejahteraan fitrah, kebenaran aqidah dan keagungan pengorbanan mereka. Lantaran itu Allah memuliakan mereka melalui tanggungjawab menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Mereka sanggup mengalirkan darah dan meninggalkan tanah air demi memperjuangkan risalah Islam. Mereka melakukan semua itu sehingga berjaya menunaikan tanggungjuwab yang diamanahkan, menyampaikan risalah, memberikan nasihat kerana Allah dan Rasul-Nya. Mereka memiliki jasa kepada kemanusiaan yang tidak mampu digambarkan. Setiap orang Islam terhutang budi kepada mereka sehingga hari Kiamat. Semoga keredhaan Allah menjadi milik mereka dan milik sesiapa sahaja yang menyintai mereka serta memperjuangkan panji-panji dakwah selepas mereka sehingga hari kiamat.

    Catatan ini saya tulis secara tergesa-gesa dan ketika itu saya sedang sakit tenat. Iaitu selepas saya menyampaikannya dalam beberapa kuliah kepada mahasiswa tahun pertama Fakulti Syariah. Dalam catatan tersebut saya cungkilkan beberapa aspek qudwah yang terdapat dalam sirah Rasulullah s.a.w.. Setiap individu Islam, para pendakwah, ulama dan fuqaha hendaklah meneliti dan sentiasa meneliti sirah Baginda s.a.w.. Supaya mereka memiliki kemuliaan lantaran mengambil teladan daripada Rasulullah s.a.w.. Agar mereka juga mampu membuka pintu kejayaan dakwah kepada manusia dan mendapat keredhaan Allah serta segala amalnya diterima. Mudah-mudahan mereka mendapat kemuliaan berada bersama Rasulullah s.a.w. di dalam syurga yang kekal abadi. Sesungguhnya Allah berfirman:

    ... t u ! $# &s!u u & # z ;My_ fs? $ y Fss? y F{$# $ #yz $ y 4 9su x 9$# y9$#

    Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. (An-Nisa': 13)

    Saya membahagikan perbincangan ini berdasarkan metodologi berikut;

    A. Muqaddimah. Ia mengandungi dua perbincangan; Membincangkan keistimewaan sirah Rasulullah s.a.w. dan faedah mempelajarinya. Membincangkan sumber sirah dan rujukannya yang sahih.

  • www.dakwah.info 4

    B. Fiqh sirah. la mengandungi 10 bahagian

    Kehidupan Baginda sebelum diutuskan menjadi Rasul

    Kehidupan Baginda selepas menjadi Rasul sehingga hijrah ke Habsyah

    Kehidupan Baginda selepas hijrah ke Habsyah sehingga hijrah ke Madinah.

    Penghijrahan Baginda sehingga kedudukan Baginda stabil di Madinah.

    Peperangan Baginda bermula dari peperangan Badar sehingga Pembukaan Makkah.

    Perkembangan Islam di semenanjung tanah Arab selepas Pembukaan Makkah.1

    Kehidupan Baginda selepas Pembukaan Makkah sehingga kewafatan.

    Ciri-ciri perundangan Islam di Madinah.

    Akhlak Baginda serta fitnah orientalis dan missionaris.

    Pengaruh Baginda dan risalahnya kepada alam. Saya memohon kepada Allah agar memberi taufiq kepada saya untuk meneliti dengan

    detil Sirah Nabi s.a.w. dalam tempoh masa yang singkat dan tergopoh-gapah ini. Supaya matlamat pengajaran subjek ini di Kuliah Syariah dapat dicapai. Pihak Kuliah Syariah sedang berusaha menanam minat kepada para mahasiswa dan mahasiswinya agar mempelajari pengajian Sirah Baginda yang bersih. Oleh itu mereka akan membawa nilai-nilai dan pengajaran sirah ke dalam jiwa mereka. Hasilnya, sikap istiqamah, perjalanan hidup yang bersih dan usaha-usaha pengislahan yang mereka lakukan akan menjadi teladan kepada orang ramai. Hingga seolah-olah Rasulullah s.a.w. hidup dalam kehidupan umat Islam umpama sinaran mentari yang menyinari kegelapan kehidupan mereka. la membekalkan tenaga kepada hati, akal dan tingkah laku mereka. Lantaran itu kemurniaan, istiqamah dan idealisme masyarakat Islam dapat dikembalikan. Sekaligus bakal menempatkan mereka sekali lagi di persada kepimpinan dan peneraju bangsa-bangsa di dunia. Firman Allah Taala mengenai umat Islam dapat dicapai sekali lagi:

    G . uyz > & M y_z & $ =9 t 's? y 9$$/ y s? u t x6 9$# t ? u ! $$/ 3 s9u t# u r& =tG69$# t%s3 s9 #Z yz 9 4 i 9$# sY2r&u t ) x 9$#

    Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Ali 'Imran: 110)

    Mustofa as-Sibaie

    Damsyik, Ramadhan 1381H

    1 Bahagian 6 hingga Bahagian 10 tidak sempat dibahaskan oleh penulis mengikut pembahagian ini. Dalam Bahagian 6, beliau hanya mengulas beberapa pengajaran daripada berbagai peristiwa penting yang berlaku selepas Pembukaan Makkah sehingga kewafatan Baginda s.a.w.. Bahagian 6 ini ditulis di bawah topik, "Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku selepas Pembukaan Makkah sehingga kewafatan Rasul s.a.w." (pent.)

  • www.dakwah.info 5

    PENDAHULUAN

    Keistimewaan Sirah Nabi s.a.w.

    Sirah Nabi s.a.w. mempunyai pelbagai keistimewaan yang menjadikan pengajiannya satu kepuasan roh, akal dan nilai sejarah. Pengajian ini juga menjadi kemestian ulama, pendakwah kepada Allah dan pengislah sosial. Pengajian ini menjamin mereka mampu menyampaikan Syariah kepada orang ramai dengan pendekatan yang menarik. Ini membuatkan orang ramai melihat Syariah umpama Khalifah Muktasim; tempat berlindung ketika berlaku kacau bilau dan huru hara. Pengajian ini juga akan membuka hati dan jiwa manusia untuk menerima pendakwah. Dengan itu, pengislahan yang diseru oleh para pengislah lebih menghampiri kejayaan dan lebih menepati sasaran. Kami ringkaskan keistimewaan Sirah Nabi s.a.w. yang paling menonjol dalam perbincangan berikut:

    Pertama: Sirah Nabi s.a.w. istimewa lantaran ia merupakan sirah yang menceritakan sejarah nabi utusan Allah ataupun sejarah keagungan seorang tokoh islah yang paling sahih. Sirah Rasulullah s.a,w. telah kita terima melalui susur galur ilmiah yang paling tepat dan paling pasti (Kita akan rnelihatnya ketika membincangkan sumber rujukan Sirah). Susur galur ilmiah ini tidak memberi ruang untuk kita meragui kebenaran peristiwa besar dan penting yang berlaku. Ia juga memudahkan kita mengesan peristiwa dan mukjizat yang ditokok tambah oleh akal yang jahil dan gemar menambahkan sifat-sifat mengkagumkan kepada Rasulullah s.a.w. pada zaman-zaman terkemudian melebihi apa yang dikehendaki Allah dan Rasul-Nya. Dia menyangka tokok tambah ini boleh menunjukkan kemuliaan kedudukan, kesucian risalah dan keagungan perjalanan hidup Baginda.

    Keistimewaan sirah yang sahih lagi tiada sebarang keraguan ini, tidak terdapat dalam mana-mana sirah rasul-rasul Allah terdahulu. Sirah Musa a.s. yang ada pada hari ini telah bercampur aduk antara peristiwa-peristiwanya yang sahih dengan pemalsuan dan pindaan yang dimasukkan oleh Yahudi. Kita tidak dapat merujuk kepada Taurat yang ada kini untuk memahami sirah Musa a.s. yang sebenar. Ramai pengkritik Barat meragui kandungan sesetengah safarnya (surah-surah d