sinta

20
1.0. Pendahuluan. Semester kelima ini kami mengambil kursus BMM3110 ( sintaksis). Sebagaimana kursus lain, kursus ini kami dikehendaki menghasilkan satu kerja kursus pendek berkaitan dengan bidang sintaksis. Kerja kursus pendek ini meneliti sejauh manakah struktur binaan ayat bahasa ibunda mempengaruhi struktur binaan ayat bahasa Melayu standard. Dalam konteks ini fokus kajian berkisar tentang struktur binaan ayat dari konteks komunikasi. Perbandingan dan penelitian dibuat bagi menentukan pengaruh bahasa yang murid- murid gunakan seharian khususnya murid yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dinegara ini namun penggunaannya masih terbatas dikalangan masyarakat khususnya di rumah. Perkara ini menyebabkan wujud variasi bahasa dikalangan masyarakat negara ini. Oleh kerana bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi, adalah penting untuk semua orang menguasai bahasa itu dengan baik, bukan sahaja dari aspek penulisan malah turut melibatkan aspek komunikasi. Namun kurangnya penggunaan bahasa Melayu standard dikalangan masyarakat khususnya dirumah menyebabkan masih ada unsur-unsur bahasa ibunda dalam struktur binaan ayat bahasa Melayu dikalangan masyarakat khususnya murid-murid sekolah rendah. Atas sebab itulah kerja kursus pendek ini dihasilkan bagi meneliti sejauh mana pengaruh bahasa ibunda mempengaruhi struktur binaan ayat bahasa Melayu standard. Untuk menentukan adakah bahasa

Upload: chabu

Post on 04-Oct-2015

230 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

kamannnbsbbvdh

TRANSCRIPT

1.0. Pendahuluan.

Semester kelima ini kami mengambil kursus BMM3110 ( sintaksis). Sebagaimana kursus lain, kursus ini kami dikehendaki menghasilkan satu kerja kursus pendek berkaitan dengan bidang sintaksis. Kerja kursus pendek ini meneliti sejauh manakah struktur binaan ayat bahasa ibunda mempengaruhi struktur binaan ayat bahasa Melayu standard. Dalam konteks ini fokus kajian berkisar tentang struktur binaan ayat dari konteks komunikasi. Perbandingan dan penelitian dibuat bagi menentukan pengaruh bahasa yang murid-murid gunakan seharian khususnya murid yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dinegara ini namun penggunaannya masih terbatas dikalangan masyarakat khususnya di rumah. Perkara ini menyebabkan wujud variasi bahasa dikalangan masyarakat negara ini. Oleh kerana bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi, adalah penting untuk semua orang menguasai bahasa itu dengan baik, bukan sahaja dari aspek penulisan malah turut melibatkan aspek komunikasi. Namun kurangnya penggunaan bahasa Melayu standard dikalangan masyarakat khususnya dirumah menyebabkan masih ada unsur-unsur bahasa ibunda dalam struktur binaan ayat bahasa Melayu dikalangan masyarakat khususnya murid-murid sekolah rendah. Atas sebab itulah kerja kursus pendek ini dihasilkan bagi meneliti sejauh mana pengaruh bahasa ibunda mempengaruhi struktur binaan ayat bahasa Melayu standard. Untuk menentukan adakah bahasa ibunda mempengaruhi struktur binaan ayat bahasa Melayu standard, saya memfokuskan kajian ini antara bahasa Melayu dan Bahasa Iban.

1

1.1. PengenalanDalam usaha mengkaji satu-satu bahasa adalah tidak lengkap jika kita tidak mengkaji bidang sintaksis. Menurut Siti Hajar (2011:172) sintaksis merupakan satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Abdullah Hassan (2006:151) menjelaskan bidang sintaksis merupakan bidang yang mengkaji binaan ayat, iaitu bagaimana kata disusun menjadi frasa dan bagaimana frasa disusun menjadi ayat. Dalam konteks ini ia melibatkan kajian tentang hubungan gramatis antara kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat bagi membentuk ayat. Beliau turut menjelaskan kajian ini melihat bagaimana frasa dan ayat terbina, apakah pola-pola binaan dan apakah jenis-jenis ayat tersebut. Dalam buku Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah Karim (2010 : 339) sintaksis boleh ditakrifkan sebagai bidang yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.Secara umumnya sintaksis ini merupakan bidang yang mengkaji bentuk, struktur, hubungan gramatis frasa dengan frasa atau secara umumnya merupakan bidang yang mengkaji hukum atau rumus-rumus tatabahasa. Bidang ini merupakan bidang yang akan menentukan bagaimana ayat itu terbentuk hasil daripada gabungan frasa dengan frasa serta ayat dengan ayat yang mempunyai permulaan dan pengakhiran. Dalam bahasa melayu, bidang sintaksis ini tidak hanya mengkaji bagaimana ayat itu terbentuk hasil daripada gabungan frasa antara frasa, klausa dengan klausa dan ayat dengan ayat, malah ia turut melihat bagaima rumus sesuatu ayat itu dihasilkan yang boleh dibahagikan kepada dua iaitu subjek dan predikit. Ayat dalam bahasa Melayu mempunyai empat pola yang digabungkan menjadi satu ayat yang dikenali sebagai ayat tunggal, ayat majmuk dan ayat terbitan. Dengan kata lain bidang ini merupakan bidang yag mengkaji tentang hokum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan perkataan yang akan membentuk ayat.

21.2. Binaan ayat.Ayat merupakan unit yang tertinggi dalam aspek tatabahasa. Penggunaan ayat yang lengkap mampu menyampaikan mesej dengan berkesan. Justeru itu adalah menjadi sesuatu perkara yang penting seseorang penutur menuturkan ayat yang lengkap serta memenuhi rumus serta system tatabahasa sesuatu bahasa. Stuktur ayat yang lengkap dapat mengelak salah tafsir apa yang disampaikan. Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai binaan atau konstruksi. Ia bukan hanya sekadar gabungan atau rentetan perkataan semata-mata tanpa susunan, namun ia terbentuk hasil daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang dikenali dalam ilmu bahasa sebagai unsur atau konstituen ( Nik Safiah Karim : 2010). Ini bermakna satu-satu ayat harus memenuhi hukum serta rumus tatabahasa bagi menentukan satu ayat itu lengkap atau tidak. Abdullah Hassan (2006 ) telah mendefinisikan ayat kepada tiga bidang iaitu definisi fonologi, bentuk bebas dan tatabahasa tranformasi. Dari sudut Fonologi, ayat terdiri daripada tanda-tanda yang bercirikan fonologi, yang bermula senyap (#) dan disertai intonasi menurun [ ] dan dikuti senyap (#). Bagi definisi bebas Abdullah Hassan menjelaskan ia sebagai bentuk bahasa yang bebas. Malah definisi ini turut dinyatakan oleh Bloomfield (1930), ayat merupakan satu bentuk yang tidak terikat dengan mana-mana bentuk. Sebaliknya bagi definisi tranformasi, definisi ini diutarakan oleh Chomsky (1967), Chomsky menjelaskan ayat merupakan rentetan kata yang diterbitkan oleh rumus-rumus tatabahasaNik Safiah Karim (2006), ayat merupakan unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa yang mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapnya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan.Asmah Hj. Omar (1980:359), mendefinisikan ayat sebagai unit paling tinggi dalam tetingkat nahu. Ayat terdiri daripada klausa yang disertai dengan intonasi ayat yang lengkap, yang dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya menyatakan ayat itu sempurna dan selesai. Satu-satu ayat terhasil dari gabungan beberapa rangkai kata yang boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang dikenali sebagai subjek dan predikat. Subjek dan predikat mempunyai pola yang tertentu untuk menjadikan ayat. 31.2.1. Binaan ayat Bahasa Melayu Standard

Dalam bahasa Melayu, ayat terdiri daripada beberapa unsur dan pola yang menjadi dasar sesuatu ayat. Ayat dalam bahasa Melayu terdiri daripada empat ayat iaitu ayat dasar, ayat tunggal, ayat terbitan dan ayat majmuk. Ayat majmuk juga dikenali sebagai ayat komplek. Aayat dasar merupakan ayat yang menjadi dasar kepada satu-satu ayat. Ia boleh dikembangkan menjadi ayat komplek. Di mana ayat komplek merupakan gabungan dua atau lebih ayat dasar. Perkaitan beberapa ayat dasar ini dikenali sebagai konstituen. Selain itu ayat dalam bahasa Melayu mempunyai unsur dan pola tertentu. Unsur dalam bahasa Melayu merupakan asas kepada satu-satu ayat. Ini bermakna satu-satu ayat terdiri daripada beberapa Frasa yang akan membentuk klausa dan gabungan dua atau lebih klausa akan membentuk ayat. Ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Subjek terdiri daripada Frasa nama dan ia merupakan bahagian yang diterangkan sementara predikat boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif serta frasa sendi nama. Predikat merupakan bahagian yang menerangkan subjek tadi. Ayat dalam bahasa Melayu didasari oleh ayat dasar dan ia boleh dikembangkan menjadi ayat majmuk. Ayat dasar mempunyai 2 pola. Ia boleh terdiri daripada Frasa Nama (FN+FK) dan Frasa Kerja, atau Frasa Nama+Frasa Adjektif, atau Frasa Nama+Frasa Sendi Nama. Contohnya ayat dibawah;Ibu makanPerkataan ibu merupakan Frasa Nama dan makan merupakan Frasa Kerja dan ibu merupakan subjek bagi ayat itu dan makan adalah predikat. Berdasarkan ayat itu ia terdiri daripada dua pola ayat dan satu subjek dan satu predikat. Ayat ini dikenali sebagai ayat dasar. Ayat ini boleh dikembangkan menjadi ayat terbitan, bila beberapa pola ayat dasar di gabungan. Contohnya ibu makan ibu makan nasi ibu makan lauk ikan.Jika ayat dasar ini digabungkan ia akan menjadi seperti Ibu makan nasi dengan lauk ikan. Dua ayat dasar telah digabungkan. Proses penggabungkan ini menggunakan kata hubung dengan. 4Pola ayat tersebut adalah terdiri daripada FN+FK+FN. Ayat ini boleh dikembangkan lagi menjadi ayat kompleks. Perkataan dengan merupakan unsur yang menjadi konstituen ayat tersebut. Ia menjadikan dua atau tiga ayat dasar menjadi ayat yang lengkap.Secara umumnya dalam pembentukan ayat dalam bahasa Melayu kita dapat rumuskan ayat dasar mempunyai empat pola yang menjadi asas kepada pembentukan ayat ini iaiti FN+FN, FN+FK, FN+FA dan FN+FSN. Bagi ayat tunggal ia merupakan ayat yang terbit dari ayat dasar dan ia mempunyai satu subjek dan satu predikat. Ayat terbitan dalam bahasa Melayu terhasil dari ayat dasar yang mengelami tiga proses perubahan, iaitu penyusuan semula, peluasan dan pengguguran. Proses perubahan ini turut dikenali sebagai ayat tranformasi. Sebagaimana dijelaskan tadi ayat majmuk merupakan ayat yang mempunyai dua subjek, satu predikat atau sebaliknya. Ayat majmuk juga boleh terdiri daripada beberapa subjek dan predikat. Apa yang pasti ayat dalam bahasa Melayu sangat kompleks dan ia memerlukan kebijaksanaan penutur untuk mengujarkannya agar apa yang disampaikan mempunyai unsur dan struktur ayat yang sempurna dan lengkap.

1.2.2. Binaan ayat bahasa Iban

Berdasarkan sukatan pelajaran bahasa Iban sekolah rendah, struktur bahasa iban tidak banyak perbezaan dengan Bahasa Melayu standard. Malah dalam buku Tatabahasa Iban Edisi 1(2005) Asmah Haji Omar telah menyatakan bahawa the relationship between the languages concerned based the similarity or near-similarity of their system. From the view of the consonant system, Iban seem to be very close related to Malay. Apa yang pasti struktur ayat bahasa Iban juga terdiri daripada beberapa pola. Frasa nama, Frasa Adjektif, Frasa kerja serta Frasa Sendi Nama. Frasa sendi nama juga sama dengan Frasa sendi nama bahasa melayu seperti di, situ, sana ( din, ditu, dia). Struktur bahasa Iban standard juga boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang terdiri daripada subjek dan predikat. Sesuatu ayat sebagaimana struktur ayat bahasa melayu, struktur ayat bahasa Iban juga merupakan gabungan beberapa klausa. 5Contoh - Indu dara nya benung mandi.Berdasarkan ayat di atas, ia terdiri daripada dua frasa, dan frasa itu terdiri daripada lima kata dasar yang mengandungi Frasa nama, frasa kerja. Kita juga dapat melihat hubungan antara subjek dan predikat dalam ayat itu. Dimana unsur klausa telah menjadi konstituen kepada ayat tersebut. Struktur bahasa Iban standard juga mempunyai dua bentuk klausa yang dikenali sebagai morfem bebas dan morfem terikat. Sebagaimana struktur ayat Bahasa Melayu, struktur ayat bahasa Iban turut mengandungi Frasa Nama ( Rambai Jaku Nama RJN). Frasa nama dalam bahasa Iban ini akan diikuti oleh predikat yang mengandungi Frasa nama, Frasa Kerja serta Frasa Adjektif. Gabungan keempat pola ayat diatas akan membentuk satu ayat yang mempunyai subjek dan predikat seperti di bawah.SubjekPredikat

Apai aku FN ( RJN)Pengajar (RJN)

Apai aku (FN) (RJN)Nurun nginti (FK) (RJP)

Dalam struktur ayat yang standard ayat di atas dikenali sebagai ayat dasar dan ia boleh dikembangkan dengan memasukkan beberapa unsur seperti kata hubung (Jaku penyambung ). Terdapat juga beberapa jenis ayat dalam bahasa iban yang biasa digunakan dalam perbualan seharian seperti ayat perintah, ayat Tanya, ayat penerang, ayat seru ( ayat ketenyit), Ayat aktif ( ayat aktif intransitif) ayat pasif. Pola ayat dalam bahasa Iban kadang kala terdiri daripada dua subjek dan satu predikat atau satu subjek dan dua pedikat.Contoh ayat dua subjek kami enda nemu pengajar datai laban benung bemain.( kami tidak sedar kehadiran guru kerana leka bermain. )Dalam ayat diatas subjeknya terdiri dari perkataan kami dan guru sementara predikatnya ialah leka bermain ( benung bermain). Kesimpulannya stuktur ayat bahasa Iban Standard sememangnya mempunyai persamaan dengan struktur bahasa Melayu. Namun penggunaan struktur bahasa Iban hanya digunakan untuk tujuan komunikasi. Atas sebab itu, ada sesetengah struktur ayat yang digunakan tidak menepati pola ayat yang standard.

6Bagi membentuk ayat majmuk atau komplek ayat bahasa Iban juga mempunyai persamaan dengan ayat bahasa Melayu dimana ia memerlukan kata bantu atau kata hubung bagi menggabungkan dua atau tiga ayat tunggal.. Namun berdasarkan sempel yang diambil kesemuanya tertumpu kepada ayat tunggal. Perkara ini secara langsung mempengaruhi struktur ayat bahasa Melayu standard mereka.

2.0. Sejauh manakah pengaruh bahasa ibunda mempengaruhi struktur binaan ayat bahasa Melayu.

Jika kita meneliti perkara ini dari aspek struktur binaan ayat bahasa Iban dan bahasa Melayu yang standard, stuktur binaan ayat kedua-dua bahasa itu mempunyai persamaan yang ketara. Asmah Haji Omar dalam buku tatabahasa Iban (2005) menjelaskan . The relationship between the languages concerned based the similarity of near-similarity of their system. From the view of the consonant system, Iban seem to be very closely related to Malay. Ini bermakna dari aspek rumus tatabahasa kedua-dua bahasa mempunyai struktur binaan ayat yang hampir sama. Di mana dalam ayat kedua-dua bahasa itu mempunyai subjek dan predikat dan pola ayat yang terdiri dari Frasa nama (Rambai jako nam), Frasa kerja ( Rambai jako pengawa), Frasa adjektif ( Rambai jako Adjektif ) dan Frasa Sendi Nama (Rambai Jako Penempat). Ayat kedua-dua bahasa itu terhasil dari gabungan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif serta frasa sendi nama, contohnya seperti:FN+FK, FN+FA, FN+FSN. Bagi ayat majmuk yang kadang kala dikenali sebagai ayat komplek ia merupakan gabungan dua atau lebih subjek dan predikat. Perkara yang sama turut berlaku dalam ayat bahasa Iban.Kajian ini akan melihat akan melihat pengaruhi bahasa ibunda dikalangan murid-murid Iban dari aspek komunikasi seharian mereka. Sempel kajian berfokus kepada murid-murid tahun enam dan tahun 3. Tujuan adalah untuk melihat sejauhmana pengaruh bahasa ibunda mereka mempengaruhi struktur binaan ayat bahasa Melayu standard mereka dari aspek komunikasi.

7Sempel yang diambil.1Gambar ni yang boleh dibulatkan cikgu ( Cikgu, gambar yang mana yang boleh dibulatkan untuk soalan 1 ?)Struktur ayat yang betul.

2Berapa gambar yang perlu dibulatkan kerana banyak orang dalam gambar-(Cikgu, berapakah bilangan orang yang perlu di bulatkan)

3Cikgu, apa arahan untuk gambar tersebut? Cikgu, berdasarkan gambar itu, apakah arahan yang boleh kita tulis)

4Cikgu, Saging ka kencing Cikgu, Saging hendak kencing.

5Cikgu, nama maioh orang dalam gambar itu. Cikgu, kenapa ada ramai orang dalam gambar itu.

6dah siap cikgu( Cikgu, saya latihan yang saya buat dah siap.

7Saya baca, cikgu( Cikgu, biar saya yang membaca petikan itu.

8Kubu Alice buku bahasa IbanCikgu, ukai kubu Alice ke dalam buku teks bahasa Iban ka ?Cikgu, Kubu Alice yang diceritakan dalam buku teks itu ka?

9Berapa jumlah soalan kefahaman Berapa jumlah bilangan soalan kefahaman.

10Kamu jangan marah dia, nanti dia tinggal kamu AmeldaJanganlah kamu memarahi dia, bagaimana kalau dia tinggalkan kamu.

11Nanti tidak kawan kamu nantiKalau dia pergi kami mungkin tidak ada kawan lagi.

12kalau banyak orang dalam gambar, boleh tidak bauat ayat untuk semua gambarkalau dalam gambar itu ramai orang, boleh tak bina ayat untuk semua orang dalam gambar itu ( Bahasa Melayu)

13cikgu boleh pakai buku macam iniCikgu, boleh saya gunakan buku seperti ini ( Bahasa Melayu)

8

14Cikgu, Banun tidak hantar buku Cikgu, Banun tidak mahu menghantar buku latihan ( Bahasa Melayu

15Cikgu, nama utai tulis dekat ini Cikgu, apa yang patut ditulis di sini.

16Cikgu, apa arahan untuk gambarnyaCikgu, arahan yang bagaimana patut ditulis untuk gambar ini (B. Melayu)

Kalau dilihat dari sudut rumus bahasa, bahasa yang digunakan oleh murid-murid adalah memenuhi struktur ayat yang lengkap. Hal ini kerana ayat mempunyai pola ayat yang betul. Begitu juga dari struktur ayat, ia mempunyai subjek dan predikat. Namun jika dikaji dari aspek lain, struktur ayat yang digunakan oleh murid-murid itu menampakkan pengaruh yang kuat dari struktur ayat bahasa ibunda mereka dari aspek komunikasi. Kurangnya penggunaan bahasa Melayu yang standard menyebabkan kesemua sempel yang diambil tidak memenuhi ayat bahasa Melayu yang standard. Ia bukan sahaja dari aspek struktur ayat malah turut melibatkan pengaruh bahasa campuran dalam ayat mereka. Selain itu kebiasaan mereka menggunakan bahasa yang ringkas menyebabkan hampir kesemua ayat yang mereka bina hanya berkisar kepada ayat tunggal. Perkara ini menyebabkan struktur binaan ayat mereka terutama dari aspek komunikasi agak terbatas. Mereka lebih suka membina ayat dalam bahasa Melayu mengikut struktur bahasa seharian yang mereka juga. Ini menjadikan hampir kesemua ayat yang mereka bina berkisar dengan ayat tunggal. Umpamanya seperti sempel ayat dibawah:Dia hantar saya ia nganjung akuWalaupun dari aspek struktur ayat betul, namun jika diperhatikan binaan ayat bahasa Melayu mereka sama dengan binaan ayat bahasa Iban. Ini sangat jelas bahawa kebiasaan mereka mengucapkan sesuatu dalam bahasa ibunda menyebabkan struktur bahasa Melayu standard mereka sama dengan struktur binaan ayat bahasa komunikasi seharian mereka.

9Sepatutnya ayat tersebut seperti di bawah.Dia yang menghantar saya.Kadang-kala struktur binaan ayat mereka tidak memenuhi atau menepati struktur binaan ayat bahasa Melayu seperti ayat di bawah. kalau banyak orang dalam gambar, boleh tidak buat ayat untuk semua gambar Walaupun ayat itu memenuhi struktur binaan ayat, namun dari sudut system bahasa bahasa Melayu, ia tidak memenuhi struktur binaan ayat yang lengkap. Hal ini dapat dilihat dari sudut susunan perkataan atau rangkai kata. Sepatutnya ayat tersebut dibina seperti dibawah:kalau dalam gambar itu ramai orang, boleh tak tuliskan ayat berdasarkan semua orang dalam gambar ituPerkara ini terjadi atas sebab pengaruh bahasa ibunda terutama struktur binaan ayat untuk komunikasi mereka. Murid biasa menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah dalam perbualan seharian..Malah penggunaan perkataan banyak, buat dan semua gambar, jelas menunjukkan kesan dari penggunaan bahasa ibunda mereka. Ini kerana perkataan banyak sering digunakan untuk menggambarkan jumlah orang dalam perbualan bahasa Iban. Begitu juga dengan perkataan buat sering digunakan untuk menunjukkan melakukan sesuatu. Namun dari konteks bahasa Melayu yang sebenar, perkataan, banyak dan buat tidak sesuai berdasarkan rumus-rumus tatabahasa bahasa Melayu. Sepatutnya perkataan banyak digantikan dengan perkataan ramai dan buat digantikan dengan perkataan tulis, hal ini kerana perkataan tulis menunjukkan menulis atau membina ayat berdasarkan gambar. Namun atas sebab kebiasaan mereka menggunakan perkataan itu bagi menggambarkan maksud yang hendak disampaikan dalam ayat pertama menyebabkan mereka menggunakan perkataan tersebut dalam ayat mereka.Selain itu pengaruh bahasa ibunda dikalangan murid juga turut dapat dilihat dari sudut penggunaan imbuhan serta kata hubung. Hampir kesemua sempel yang diambil menunjukkan murid mengabaikan aspek penggunaan imbuhan bagi menunjukkan kata kerja dalam ayat yang mereka gunakan. Perkara ini berlaku mungkin sebab mereka sudah biasa menyebut kata kerja tanpa menggunakan imbuhan yang sesuai. Selain itu ada sesetangah kata kerja dalam bahasa Iban tidak memerlukan imbuhan.

10Contohnya dalam ayat dibawah. Aki laja ti nganjung utainya tadi Ia nganjung akuDalam dua ayat diatas perkataan nganjung bermaksud hantar dalam bahasa Melayu. Namun dalam ayat bahasa Melayu yang standard, jika digunakan perkataan hantar dalam ayat ia tidak memenuhi system tatabahasa Melayu yang standard. Justeru itu bunyi ayat agak berlainan contohnya dia hantar saya. Walaupun dari aspek struktur ayat betul, tetapi dari sudut system tatabahasa yang standard, perkataan hantar sepatutnya diberi imbuhan meng menjadikannya Dia yang menghantar saya. Kita juga dapat melihat pengaruh bahasa Ibunda ini dari ayat di atas, mereka hanya menggunakan ayat yang ringkas sehingga tidak menggunakan kata hubung yang sepatutnya dalam ayat bahasa Melayu. Dalam struktur binaan ayat bahasa Melayu, unsur imbuhan amat dipentingkan dalam membina frasa kerja bagi mengambarkan ayat itu pasif atau aktif. Pengaruh bahasa campuran juga turut dapat dilihat dari pemilihan perkataan dalam ayat murid-murid. Kadang kala bahasa yang mereka gunakan dalam satu-satu ayat bercampur aduk terutama dari aspek komunikasi. Perkara ini turut mereka gunakan dalam ayat bahasa Melayu mereka. Umpamanya perkataan, macam, pakai, nama utai. Walaupun perkataan macam, pakai sememangnya bahasa melayu, namun murid menggunakan perkataan tersebut dalam ayat yang mempunyai maksud yang lain. Contohnya ayat dibawah.

Cikgu, oleh pakai buku macam iniKubu Alice ba buku Iban itu kaPerkataan pakai dan macam yang mereka gunakan dalam ayat menempakkan pengaruh bahasa Ibunda mereka. Begitu juga ada sesetengah ayat yang mereka gunakan di campur aduk dengan bahasa Ibunda mereka. Sepatutnya perkataan pakai dan macam digantikan dengan perkataan guna dan seperti. Ayat yang betul seharusnya Cikgu, boleh tak saya gunakan buku seperti ini, atau ayat kedua, gantikan perkataan ba dengan dalam . Seperti ayat ini Kubu Alice yang dalam buku bahasa Iban itu ka?.

11 Walupun ayat yang mereka gunakan memenuhi rumus ayat, namun akibat pengaruh yang kuat dari bahasa seharian mereka, menyebabkan ayat yang mereka guna dalam bahasa Melayu turut dipengaruhinya.Berdasarkan pemerhatian pengaruh bahasa Ibunda dikalangan murid berbangsa Iban, terutama dari aspek binaan ayat mereka untuk tujuan komunikasi, saya dapati sememangnya bahasa ibunda dikalangan murid sekolah rendah masih mempengaruhi struktur binaan ayat bahasa Melayu mereka. Perkara ini bukan hanya melibatkan struktur ayat mereka malah turut melibatkan system tatabahasa yang lain seperti pemilihan perkataan, kata hubung dan penggunaan imbuhan. Kebiasaan mereka menggunakan bahasa Ibunda sama ada dalam atau luar kelas, mungkin menyebabkan perkara ini berlaku. Atas sebab itu hampir kesemua sempel yang saya ambil menempakkan pengaruh bahasa Iban dalam struktur binaan ayat dikalangan murid. Walaupun pada dasarnya stuktur binaan ayat kedua-dua bahasa hampir sama. Namun dari sudut komunikasi bahasa ibunda sememangnya mempengaruhi struktur binaan bahasa Melayu mereka. Jika dilihat dari sudut penggunaan ayat yang betul, kedua-dua bahasa mempunyai struktuk, pola serta system ayat yang hampir sama.Pengaruh bahasa ibunda ini berlaku mungkin disebabkan kurangnya penggunaan bahasa Melayu yang standard dikalang pelajar. Selain itu mereka juga sering membina ayat yang ringkas tanpa mengambil kira aspek ayat yang betul. Pengaruh bahasa Iban yang paling jelas yang boleh kita lihat ialah kurangnya penggunaan imbuhan dalam frasa kerja dalam ayat mereka. Hal ini kerana dalam komunikasi kadang-kala imbuhan diabaikan khususnya frasa kerja bahasa Iban. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku memandangkan bahasa Melayu bahasa rasmi. Tetapi atas sebab kurangnya penggunaan bahasa yang betul menyebabkan pengaruh bahasa ibunda masih mempengaruhi struktur binaan ayat bahasa Melayu standard dikalangan pelajar khususnya murid sekolah rendah.3.0. Kesimpulan.

Penelitian terhadap struktur binaan ayat bukan hanya terletak pada asas secara umum sahaja. Namun ia merangkumi aspek, rumus-rumus tatabahasa yang terdiri daripada tanda baca, aspek intonasi serta wacana sesuatu ayat.12 Setiap unsur harus diambil kira bagi menentukan sesuatu ayat itu lengkap atau sebaliknya.Ciri-ciri binaan ayat Bahasa Iban dan Bahasa Melayu mempunyai persamaan dari aspek struktur binaan ayat. Kedua-dua ayat mempunyai pola-pola ayat serta unsur yang sama bagi menentukan struktur binaan ayat tersebut. Adalah agak sukar untuk kita meneliti pengaruh struktur binaan ayat Bahasa Iban mempengaruhi struktur binaan ayat Bahasa Melayu standard dikalangan murid-murid penutur bahasa Iban. Apa yang membezakan ialah aspek binaan ayat mereka untuk komunikasi. Dari aspek itu stuktur binaan ayat mereka sememangnya agak ringkas serta tidak memenuhi nahu bahasa melayu yang betul. Penelitian kedua-dua bahasa ini secara rawak telah menunjukkan bahawa stuktur binaan ayat bahasa Iban yang lengkap sememangnya tidak mempengaruhi struktur binaan ayat bahasa melayu standard dikalangan pelajar yang terdiri daripada masyarakat Iban. Namun pengaruh bahasa seharian yang mereka gunakan sedikit sebanyak menyebabkan stuktur atau nahu bahasa untuk mereka berkomunikasi agak lari dari struktur ayat bahasa melayu yang lengkap. Walaupun begitu perkara ini berlaku hanya lebih melibatkan aspek binaan ayat mereka untuk berkomunikasi.