singapura dilanggar todak

3
Pada suatu pagi di Singapura, nelayan mula pergi ke pantai untuk menangkap ikan tetapi orang di situ mula bergegas lari ke tengah daratan. Beberapa ekor ikan todak telah mula menyerang Singapura. Ramai orang di situ mula melarikan diri. Tetapi ada juga orang yang tersungkur kerana ditikam ikan todak. Seorang demi seorang tersungkur dan ikan todak yang banyaknya terus menyerang sana sini. Peristiwa itu turut memeranjatkan Raja Singapura kerana ramai bilangan rakyat di situ telah terkorban. Lantas, Raja Singapura segera mengarahkan pengawalnya menyediakan seekor gajah tunggangan raja dan terus ke tempat kejadian. Di kawasan pantai yang penuh dengan mayat bergelimpangan terdampar, baginda telah mula berasa amat tertekan. Maka Raja Singapura mengarahkan orang yang ada disitu untuk terus ke tepi pantai berbaris, lalu dijadikan betis masing-masing sebagai pedinding dari serangan ikan todak. Namun usahanya gagal. Seorang demi-seorang daripada mereka mati ditikam oleh ikan todak. Semua orang berada dalam ketakutan dan mereka menyangka tiada harapan lagi untuk bertahan. Keadaan ini membuatkan Raja Singapura bertambah murka dan seraya mendakwa sesiapa yang lari akan dikira sebagai penderhaka kepada raja yang akan ditimpa tulah. Maka ada seorang kanak-kanak yang berusia 7 tahun yang bijaksana bernama Hang Nadim. Beliau terus pergi untuk menghadap raja yang berdiri di situ. Maka ada cadangan yang baik dari Hang Nadim bahawa elok jika dibariskan batang pisang untuk dijadikan kubu pertahanan. Akhirnya baginda bersetuju dengan cadangan Hang Nadim itu, lalu mengarahkan orang yang ada di situ untuk terus meninggalkan pantai untuk mencari batang pisang bagi dijadikan kubu. [1] Orang yang ada di situ terus gembira apabila titah baginda disambut dengan penuh sorakan dan mula meninggalkan pantai. Mereka terus ke kebun pisang untuk mencari batang pisang lalu dibawa ke pantai. Beberapa jam kemudian batang-batang pisang yang ada di situ terus dijadikan kubu. Kubu akhirnya siap dalam masa yang terdekat. Tidak lama kemudian kebanyakan ikan todak telah menyerang semula dan akhirnya ikan todak telah tersangkut pada batang pisang. Rakyat Singapura yang melihat kejadian itu disambut dengan penuh kegembiraan dan sorakan penuh. Apabila ikan todak berhenti menyerang orang ramai yang ada di situ mula ke pantai lalu membersihkan ikan todak itu. Singapura akhirnya bebas dari serangan ikan todak. Baginda telah memuji kejayaan Hang Nadim menumpaskan ikan todak lalu baginda menjemput Hang Nadim ke istana untuk menerima anugerah daripadanya. Sementara itu di istana, kebanyakkan pembesar berasa iri hati dan mula berasa benci dengan kebijaksanaan dan populariti Hang Nadim kerana pada pengamatan mereka, apabila Hang Nadim sudah dewasa nanti, beliau mungkin akan diangkat tinggi dan kebarangkalian Hang Nadim akan merampas kuasa baginda raja dan memerintah Singapura pada suatu hari nanti.

Upload: nurafza-iffah

Post on 10-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

singapura dilanggar todak

TRANSCRIPT

Page 1: singapura dilanggar todak

Pada suatu pagi di Singapura, nelayan mula pergi ke pantai untuk menangkap ikan tetapi orang

di situ mula bergegas lari ke tengah daratan. Beberapa ekor ikan todak telah mula

menyerang Singapura. Ramai orang di situ mula melarikan diri. Tetapi ada juga orang yang

tersungkur kerana ditikam ikan todak. Seorang demi seorang tersungkur dan ikan todak yang

banyaknya terus menyerang sana sini. Peristiwa itu turut memeranjatkan Raja Singapura kerana

ramai bilangan rakyat di situ telah terkorban. Lantas, Raja Singapura segera mengarahkan

pengawalnya menyediakan seekor gajah tunggangan raja dan terus ke tempat kejadian.

Di kawasan pantai yang penuh dengan mayat bergelimpangan terdampar, baginda telah mula

berasa amat tertekan. Maka Raja Singapura mengarahkan orang yang ada disitu untuk terus ke

tepi pantai berbaris, lalu dijadikan betis masing-masing sebagai pedinding dari serangan ikan

todak. Namun usahanya gagal. Seorang demi-seorang daripada mereka mati ditikam oleh ikan

todak. Semua orang berada dalam ketakutan dan mereka menyangka tiada harapan lagi untuk

bertahan. Keadaan ini membuatkan Raja Singapura bertambah murka dan seraya mendakwa

sesiapa yang lari akan dikira sebagai penderhaka kepada raja yang akan ditimpa tulah.

Maka ada seorang kanak-kanak yang berusia 7 tahun yang bijaksana bernama Hang Nadim.

Beliau terus pergi untuk menghadap raja yang berdiri di situ. Maka ada cadangan yang baik dari

Hang Nadim bahawa elok jika dibariskan batang pisang untuk dijadikan kubu pertahanan.

Akhirnya baginda bersetuju dengan cadangan Hang Nadim itu, lalu mengarahkan orang yang

ada di situ untuk terus meninggalkan pantai untuk mencari batang pisang bagi dijadikan kubu.[1] Orang yang ada di situ terus gembira apabila titah baginda disambut dengan penuh sorakan

dan mula meninggalkan pantai. Mereka terus ke kebun pisang untuk mencari batang pisang lalu

dibawa ke pantai. Beberapa jam kemudian batang-batang pisang yang ada di situ terus dijadikan

kubu. Kubu akhirnya siap dalam masa yang terdekat.

Tidak lama kemudian kebanyakan ikan todak telah menyerang semula dan akhirnya ikan todak

telah tersangkut pada batang pisang. Rakyat Singapura yang melihat kejadian itu disambut

dengan penuh kegembiraan dan sorakan penuh. Apabila ikan todak berhenti menyerang orang

ramai yang ada di situ mula ke pantai lalu membersihkan ikan todak itu. Singapura akhirnya

bebas dari serangan ikan todak. Baginda telah memuji kejayaan Hang Nadim menumpaskan

ikan todak lalu baginda menjemput Hang Nadim ke istana untuk menerima anugerah

daripadanya.

Sementara itu di istana, kebanyakkan pembesar berasa iri hati dan mula berasa benci dengan

kebijaksanaan dan populariti Hang Nadim kerana pada pengamatan mereka, apabila Hang

Nadim sudah dewasa nanti, beliau mungkin akan diangkat tinggi dan kebarangkalian Hang

Nadim akan merampas kuasa baginda raja dan memerintah Singapura pada suatu hari nanti.

Para pembesar yang iri hati telah berjaya menghasut Raja Singapura dengan berita fitnah

tersebut. Raja Singapura yang mudah percaya akan dakwaan tersebut telah mengarahkan

pembesar supaya membatalkan istiadat penganugerahan dan diganti dengan perlaksanaan

hukuman bunuh. Dengan mengucap salam ke atas ibunya, Hang Nadim mula pergi ke istana

untuk menghadiri istiadat penganugerahan, tetapi sejurus sampainya ke istana, beliau mula

Page 2: singapura dilanggar todak

merasakan ada yang tidak kena apabila pengawal istana terus menangkap Hang Nadim.

Keadaan menjadi tegang apabila beliau bukannya ke balai penghadapan tetapi diseret ke tengah

halaman. Tanpa berlengah masa lagi baginda mengarahkan petanda supaya melaksanakan

hukuman bunuh ke atas budak itu. Hang Nadim mula menjerit kesakitan apabila ditikam oleh

sebilah keris lalu mati. Namun terdapat dakwaan bahawa Hang nadim tidak dibunuh secara

tikaman, tetapi dicampakkan ke dalam laut dan dibiarkan Hang Nadim mati lemas. Akhirnya

Hang Nadim telah menemui ajalnya di dalam laut akibat khianat pada umur semuda tujuh tahun.

Nilai PendidikanMenurut  Laurent Metzger (2007: 76), satu contoh telah membuktikan bahawa kepandaian atau kepintaran kanak-kanak tidak disanjung tinggi malah kadang-kadang pula ditakuti. Pada awal karya ini diceritakan serbuan ikan todak di Singapura. Kemudian para pembaca diberitahu bahawa orang tempatan cuba menghalang kemasukan ikan todak itu dengan badan mereka. Namun mereka tidak berjaya sehingga seorang kanak-kanak mencadangkan mereka menggunakan batang pisang sebagai tembok supaya ikan todak tidak dapat masuk. Cadangan ini diterima dan memang berjaya menghalang kemasukan ikan tersebut ke Pulau Singapura.            Walau bagaimanapun, budak itu yang begitu pintar tidak dihormati akan tetapi dibunuh serta-merta oleh kerana beliau dikatakan terlalu pandai dan boleh mengancam kedudukan raja dan para pemimpin Singapura pada waktu itu. Jadi jikalau terdapat seorang yang pintar orang itu ditakuti dan dibunuh. Hal ini menunjukkan bahawa kebijaksanaan dan kepintaran kanak-kanak pada masa itu tidak dipedulikan kerana raja dan pemimpinlah yang paling berkuasa dan tiada seorang pun rakyat yang boleh menandinginya.

Nilai-nilai Feudal

tiadanya sikap toleransi dapat dilihat dalam peristiwa Tun Kadim. Apabila Inderapura dilanggar todak, Tun Kadim berjaya mengatasi masalah tersebut (W.G. Shellabear 1975: 67; Kassim Ahmad 1966: 416 dalam Mohd. Affandi 1994: 62, 63). Walau bagaimanapun, kejayaannya membawa maut apabila Raja membunuhnya kerana dia dianggap terlalu cerdik dan mungkin kelak menggugat kedudukan raja (W.G. Shellabear 1975: 68).