sinar inframerah

2
sinar inframerah terbahagi kepada tiga bahagian yakni sinar inframerah dekat (0.75-1.5 mikron), sinar inframerah sederhana (1.5-4 mikron) dan sinar inframerah jauh (4-1 000 mikron). 6 ciri sinar inframerah jauh: 1. Tergolong sebagai gelombang magnetik tidak terlihat mata kasar. 2. Boleh diserap oleh pelbagai objek termasuk haiwan dan tumbuhan dan menjadi panas. 3. Memberi kepanasan yang stabil. 4. Mampu menembusi bahagian dalam objek. 5. Mempunyai fungsi penyerapan gema (resonance). 6. Berupaya mengaktifkan molekul. KEBAIKAN SINAR INFRAMERAH JAUH TERHADAP BADAN 1. Mengaktifkan molekul air, meningkatkan oksigen dalam badan Lebih kurang 70% daripada tubuh badan kita terdiri daripada air, nisbah air dalam darah pula setinggi 80%. Molekul air di dalam darah akan berkelompok dan menjadi lembam di mana empat atom hidrogen akan berikat dengan satu atom oksigen sekiranya kekurangan tenaga dan darah dalam badan. Air lembam ini tidak berdaya untuk melalui membrane sel. Sinar inframerah jauh boleh menyebabkan getaran serentak (resonans) pada molekul air, molekul air yang berkelompok akan terasing (dengan formula kimia dua atom hidrogen bersama satu atom oksigen) . Kandungan oksigen di dalam tubuh akan meningkat, sel-sel yang dibekalkan dengan oksigen yang mencukupi menjadi aktif. Dengan ini, tenaga dipulihkan, badan dan minda menjadi cergas dan cerdas, daya ketahanan badan menjadi kuat untuk melawan penyakit, proses penuaan juga dilambatkan. 2. Meningkatkan Peredaran Mikro Molekul air yang aktif dapat akses dengan bebas di antara sel-sel, menukar kepada tenaga haba melalui getaran serentak, suhu kulit turut meningkat sedikit, darah pula mengalir dengan lancar dan membawa kepada perkembangan salur halus darah atau kapilari. Tekanan jantung akan dikurangkan apabila lebih banyak kapilari yang berkembang. Kapilari berfungsi untuk membekalkan oksigen dan nutrien kepada 60 trilion sel yang terdapat di dalam tubuh kita, sambil membuang sisa metobolik daripada badan. Berbagai masalah kesihatan akan tertimbul sekiranya peredaran mikro didapati kurang giat. Di antaranya termasuklah tekanan darah tinggi, penyakit kardiovaskular, barah, arthritis, sejuk lumpuh pada tangan dan kaki. 3. Menggalakkan Metabolisma Toksin atau metabolit akan disingkir dari badan dengan lebih efektif sekiranya peredaran mikro dipergiatkan. Dengan ini, beban hati akan dikurangkan. Sisa-sisa metabolik ini termasuklah logam berat yang mungkin menyebabkan kanser, asid laktik yang menyebabkan kelesuan dan penuaan, asid lemak bebas dan lemak di bawah kulit, sodium yang mengakibatkan tekanan darah tinggi dan asid urik yang menyebabkan kesakitan. 4. Menyeimbangkan keasidan dalam tubuh Sinar inframerah jauh boleh menulinkan darah, memperbaiki keadaan kulit, dan mencegahkan kesakitan sendi dan tulang yang disebabkan oleh asid urik yang tinggi. Produk yang memperolehi fungsi sinar inframerah jauh termasuklah pakaian dalam, pembalut pinggang, pembalut lutut, tilam, bantal, selimut dan lain-lain. Produk- produk ini berfungsi untuk menggalakkan peredaran darah di bahagian-bahagian badan yang berlainan supaya dapat mencegah ketidakselesaan yang disebabkan oleh

Upload: adilah-hanum

Post on 19-Jun-2015

66 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sinar inframerah

sinar inframerah terbahagi kepada tiga bahagian yakni sinar inframerah dekat (0.75-1.5 mikron), sinar inframerah sederhana (1.5-4 mikron) dan sinar inframerah jauh (4-1 000 mikron).

6 ciri sinar inframerah jauh:1. Tergolong sebagai gelombang magnetik tidak terlihat mata kasar.

2. Boleh diserap oleh pelbagai objek termasuk haiwan dan tumbuhan dan menjadi panas.3. Memberi kepanasan yang stabil.4. Mampu menembusi bahagian dalam objek.5. Mempunyai fungsi penyerapan gema (resonance).6. Berupaya mengaktifkan molekul.

KEBAIKAN SINAR INFRAMERAH JAUH TERHADAP BADAN1. Mengaktifkan molekul air, meningkatkan oksigen dalam badanLebih kurang 70% daripada tubuh badan kita terdiri daripada air, nisbah air dalam darah pula setinggi 80%. Molekul air di dalam darah akan berkelompok dan menjadi lembam di mana empat atom hidrogen akan berikat dengan satu atom oksigen sekiranya kekurangan tenaga dan darah dalam badan. Air lembam ini tidak berdaya untuk melalui membrane sel. Sinar inframerah jauh boleh menyebabkan getaran serentak (resonans) pada molekul air, molekul air yang berkelompok akan terasing (dengan formula kimia dua atom hidrogen bersama satu atom oksigen) . Kandungan oksigen di dalam tubuh akan meningkat, sel-sel yang dibekalkan dengan oksigen yang mencukupi menjadi aktif. Dengan ini, tenaga dipulihkan, badan dan minda menjadi cergas dan cerdas, daya ketahanan badan menjadi kuat untuk melawan penyakit, proses penuaan juga dilambatkan. 2. Meningkatkan Peredaran MikroMolekul air yang aktif dapat akses dengan bebas di antara sel-sel, menukar kepada tenaga haba melalui getaran serentak, suhu kulit turut meningkat sedikit, darah pula mengalir dengan lancar dan membawa kepada perkembangan salur halus darah atau kapilari. Tekanan jantung akan dikurangkan apabila lebih banyak kapilari yang berkembang. Kapilari berfungsi untuk membekalkan oksigen dan nutrien kepada 60 trilion sel yang terdapat di dalam tubuh kita, sambil membuang sisa metobolik daripada badan. Berbagai masalah kesihatan akan tertimbul sekiranya peredaran mikro didapati kurang giat. Di antaranya termasuklah tekanan darah tinggi, penyakit kardiovaskular, barah, arthritis, sejuk lumpuh pada tangan dan kaki. 3. Menggalakkan MetabolismaToksin atau metabolit akan disingkir dari badan dengan lebih efektif sekiranya peredaran mikro dipergiatkan. Dengan ini, beban hati akan dikurangkan. Sisa-sisa metabolik ini termasuklah logam berat yang mungkin menyebabkan kanser, asid laktik yang menyebabkan kelesuan dan penuaan, asid lemak bebas dan lemak di bawah kulit, sodium yang mengakibatkan tekanan darah tinggi dan asid urik yang menyebabkan kesakitan. 4. Menyeimbangkan keasidan dalam tubuhSinar inframerah jauh boleh menulinkan darah, memperbaiki keadaan kulit, dan mencegahkan kesakitan sendi dan tulang yang disebabkan oleh asid urik yang tinggi. Produk yang memperolehi fungsi sinar inframerah jauh termasuklah pakaian dalam, pembalut pinggang, pembalut lutut, tilam, bantal, selimut dan lain-lain. Produk-produk ini berfungsi untuk menggalakkan peredaran darah di bahagian-bahagian badan yang berlainan supaya dapat mencegah ketidakselesaan yang disebabkan oleh kesakitan, menghilangkan kelesuan dan mencegah berbagai penyakit seperti rheumatoid arthritis, hyperostosis, bahu beku, keradangan vertebra serviks, sakit pinggang, sakit haid, kebas kaki dan tangan dan sebaginya.  

Fakta menarik tentang sinar inframerah jauh:- Pada tahun 1800, Hecher seorang saintis Jerman menemui cahaya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ketika meneliti cahaya matahari menggunakan kaca trigon.

Page 2: Sinar inframerah

- Dalam gelombang panjang sinar inframerah jauh (4-1 000 mikron), gelombang yang berukuran antara 4-16 mikron adalah sinaran yang paling banyak diserap oleh organisma, hatta ia digelar ‘Sinar Pendorong Kehidupan’ atau ‘Cahaya Hidup’.- Tubuh manusia yang sihat mempunyai sinar inframerah jauh yang kuat, berjemur atau bermandikan cahaya matahari adalah antara cara untuk menambah sinar inframerah jauh di dalam tubuh manusia.- Selepas bertelur, haiwan seperti penyu akan meninggalkan telurnya menetas dan anak-anaknya membesar di bawah pancaran cahaya matahari kerana kehadiran sinar inframerah  jauh di dalam cahaya matahari.- Semua hidupan, dalam keadaan tertentu dapat memancarkan sinar inframerah jauh antara contoh ayam yang sedah menetaskan telur.

 panjang gelombangnya lebih daripada cahaya nampak dan kurang darimikrogelombang, iaitu di

antara 700 nm dan 1 mm.

Gelombang Inframerah dan Milimeter digunakan dengan meluas sebagai saluran komunikasi jarak

dekat seperti penggunaan alat kawalan jarak jauh (remote control) bagi televisyen, radio dan

sebagainya.

Kemudahan media bergelombang inframerah dan milimeter ini, boleh digunakan di dalam sesebuah

organisasi atau rangkaian kawasan setempat (LAN). Pengguna boleh memasang pemancar dan

penerima gelombang infra merah dalam rangkaian mereka. Dengan pemasangan ini, penyambungan

komputer yang berupaya menerima pakai inframerah dan milimeter dapat digunakan dalam sesebuah

LAN tanpa penyambungan secara fizikal terhadap komputer-komputer berangkaian yang ada.

Oleh itu, rangkaian antara komputer-komputer atau pengguna-pengguna tidak memerlukan plug

in untuk perlaksanaan. Kelebihan media bergelombang jenis ini adalah mudah untuk dipasang,

kosnya yang rendah dan selamat digunakan kerana ia tidak mudah tersebar kepada media

gelombang jenis lain. Ini dapat mengelakkan kecurian atau pengintipan ke atas sebarang data oleh

pihak-pihak yang tidak berkenaan.