simpulan bahasa

13
Simpulan Bahasa 1. Abang angkat Lelaki yang lebih tua daripada seseorang yang tidak mempunyai pertalian keluarga tetapi dianggap sebagai abang sendiri 2. Abang ipar Abang kepada isteri atau suami seseorang 3. Abang kandung Abang seibu dan sebapa 4. Abu jahal Orang yang suka menghalangi usaha yang baik 5. Abu nawas Orang yang bijak melepaskan diri 6. Ada angin Mempunyai perasaan yang tertentu mengikut keadaan 7. Ada bakat Mempunyai kebolehan dalam sesuatu bidang 8. Ada bukti Ada tanda atau keterangan tentang sesuatu hal atau peristiwa 9. Ada hajat Mempunyai keinginan atau maksud 10. Ada hati Mempunyai keinginan lebih daripada keupayaan 11. Ada jalan Ada cara untuk melakukan sesuatu 12. Air muka Wajah atau rupa seseorang

Upload: salinamasukidar

Post on 11-Jan-2016

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Simpulan Bahasa.docx

TRANSCRIPT

Page 1: Simpulan Bahasa

Simpulan Bahasa1. Abang angkatLelaki yang lebih tua daripada seseorang yang tidak mempunyai pertalian keluarga tetapi dianggap sebagai abang sendiri

2. Abang iparAbang kepada isteri atau suami seseorang

3. Abang kandungAbang seibu dan sebapa

4. Abu jahalOrang yang suka menghalangi usaha yang baik

5. Abu nawasOrang yang bijak melepaskan diri

6. Ada anginMempunyai perasaan yang tertentu mengikut keadaan

7. Ada bakatMempunyai kebolehan dalam sesuatu bidang

8. Ada buktiAda tanda atau keterangan tentang sesuatu hal atau peristiwa

9. Ada hajatMempunyai keinginan atau maksud

10. Ada hatiMempunyai keinginan lebih daripada keupayaan

11. Ada jalanAda cara untuk melakukan sesuatu

12. Air mukaWajah atau rupa seseorang

Page 2: Simpulan Bahasa

13. Ajak-ajak ayamTidak sungguh-sungguh mempelawa

14. Akad nikahPerjanjian dalam perkahwinan

15. Akal kancilOrang yang cerdik dan pandai menipu

16. Alas cakapKata pendahuluan sebelum perundingan atau perbincangan dijalankan

17. Alas dulangWang hadiah yang ditinggalkan dalam dulang

18. Alas mejaKain penutup meja

19. Alas perutMakan sedikit untuk menghilangkan rasa lapar

20. Ambil anginBersiar-siar

21. Ambil beratMemberikan perhatian

22. Ambil hatiMembuat sesuatu untuk menggembirakan orang lain

23. Ambil masaTidak tergopoh-gopoh; memakan masa

24. Anak angkatAnak orang lain yang dianggap / dijadikan seperti anak sendiri

25. Anak bapaAnak lelaki kesayangan sesebuah keluarga

Page 3: Simpulan Bahasa

26. Anak beranakSekeluarga

27. Anak buahOrang yang di bawah jagaan seorang ketua

28. Anak buanganOrang yang tersingkir daripada sesebuah keluarga

29. Anak cucuKeturunan; zuriat

30. Anak daraGadis yang belum berkahwin

31. Anak dayungOrang yang mendayung perahu

32. Anak emasAnak kesayangan

33. Anak haramAnak luar nikah

34. Anak kembarAnak yang dilahirkan bersama-sama daripada satu kandungan

35. Anak sulungAnak yang tertua atau pertama

36. Angin-anginKhabar yang belum tentu benar salahnya

37. Angin berkisarBerpaling tadah

38. Angin buritanAngin yang mengikut arah perahu

Page 4: Simpulan Bahasa

39. Angin gilaKelakuan yang tidak tentu arah

40. Angin laluKhabar yang tidak tentu benar atau salahnya

41. Angin ributTaufan

42. Angkat alisMenunjukkan rasa atau tanda hairan

43. Angkat bahuMenyatakan tidak tahu

44. Angkat diriSombong

45. Angkat suaraMeninggikan suara

46. Angkat sumpahBersumpah

47. Asam garamPengalaman hidup

48. Atas anginNegara-negara di Timur Tengah dan Eropah

49. Atas pagarTidak menyebelahi mana-mana pihak

50. Ayam tambatanOrang harapan dalam sesuatu pertandingan atau perlawanan

51. Bahasa daerahBahasa yang digunakan di daerah tertentu sahaja

Page 5: Simpulan Bahasa

52. Bahasa kesatBahasa atau tutur kata yang kasar, kotor, dan menyakitkan hati

53. Bahasa ibundaBahasa sendiri

54. Bahasa dalamBahasa yang digunakan oleh raja-raja

55. Bangkai bernyawaOrang yang tidak berguna langsung

56. Banyak akalBanyak helah

57. Banyak lemakKelakuan yang mengada-ngada

58. Banyak mulutSuka bercakap banyak

59. Bapa ayamLelaki yang berkahwin banyak tetapi tidak menghiraukan anak-anaknya

60. Barang berkatBarang yang halal

61. Barang kemasBarang-barang berharga yang dipakai oleh kaum wanita, seperti cincin emas, loket berlian, dan sebagainya

62. Batu apiOrang yang menghasut dua pihak yang lain sehingga bergaduh

63. Batu loncatanSesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan

Page 6: Simpulan Bahasa

64. Bau-bau bacangTali persaudaraan yang jauh

65. Bawa berundingDiajak bermuafakat

66. Bawa bermenungMemikirkan masak-masak

67. Bawa bersemukaBawa bertemu muka; berunding

68. Bawa hatiPerasaan kecewa

69. Bawa kakiBerjalan tanpa hala tujuan

70. Bawa ke tengahBawa ke muka pengadilan

71. Bawah anginNegara-negara yang terletak di sebelah timur

72. Bawah umurBelum dewasa

73. Bekas tanganHasil buatan sendiri; pukulan

74. Bengkak perutSakit hati

75. Berani matiTidak takut mati

76. Berat kepalaSukar menerima pelajaran

77. Berat lidahPendiam

Page 7: Simpulan Bahasa

78. Berat mataMengantuk

79. Berat sebelahTidak adil

80. Berat tulangMalas bekerja

81. Berbulan maduBersiar-siar ke tempat lain setelah berkahwin

82. Berganti tikarMengahwini kakak atau adik isterinya setelah isterinya meninggal dunia

83. Beri mukaMemberikan kebebasan atau memanjakan seseorang

84. Bermain kayu tigaMelakukan perbuatan yang jahat

85. Bertegang leherBertengkar

86. Besar hatiGembira

87. Besar kepalaDegil

88. Bidan terjunOrang yang disuruh membuat sesuatu secara mendadak

89. Bintang hatiKekasih

90. Bodoh alangBodoh sedikit

Page 8: Simpulan Bahasa

91. Bodoh sepatKelihatan bodoh tetapi sebenarnya cerdik

92. Bongkok sabutBongkok orang tua

93. Buah fikiranPendapat

94. Buah mulutPerkara yang menjadi percakapan orang ramai

95. Buat duitMelakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan keuntungan

96. Buaya daratLelaki yang suka menukar teman wanitanya

97. Buka mataAmbil tahu atau sedar

98. Buruk makanGelojoh atau pelahap

99. Buta hurufTidak tahu menulis dan membaca

100.Cacing kepanasanGelisah

101.Cahaya mataAnak

102.Gaji butaGaji yang diterima tanpa bekerja

103.Cakap anginPercakapan yang belum tentu betul salahnya

Page 9: Simpulan Bahasa

104.Cakar ayamTulisan yang buruk

105.Cakap besarMengatakan tahu atau pandai, tetapi sebenarnya tidak pandai

106.Campur adukBercampur dengan tidak menentu lagi

107.Campur tanganTurut serta dalam urusan orang lain

108.Cangkul anginPerbuatan yang sia-sia

109.Cantik molekElok rupa paras

110.Cari akalMencari jalan

111.Cari fasalSengaja mencari sebab untuk bergaduh

112.Cari namaBerikhtiar atau membuat jasa supaya nama menjadi masyhur

113.Cencaru makan petangPermainan yang semakin baik pada akhir pertandingan

114.Cepat tanganOrang yang cekap mencari

115.Cinta monyetCinta anak-anak kecil

Page 10: Simpulan Bahasa

116.Curi hatiMelakukan daya penarik untuk memikat hati orang supaya mendatangkan kasih

117.Curi tulangMengelak daripada bekerja semasa waktu kerja

118.Dakap bantalKecewa atau putus harapan

119.Daki duniaHarta benda seperti wang, emas, permata, dan lain-lain.

120.Dalam tanganSudah tentu dapat

121.Dapat bahagianMenerima pukulan atau denda

122.Dapat terpijakMendapat sesuatu dengan mudah

123.Darah ikanBuah yang baru separuh masak; warna yang merah

124.Darah dagingAnak kandung

125.Darah mudaSemangat atau perasaan orang muda

126.Datang hatiSampai hati atau tergamak

127.Daya penarikMempunyai sesuatu kebolehan atau kuasa yang boleh memikat hati seseorang

128.Delima merkahBibir yang merah

Page 11: Simpulan Bahasa

129.Demam puyuhBerpura-pura demam

130.Dendam kesumatKebencian yang amat sangat

131.Diam ubiDiam orang berakal kerana berfikir

132.Diam penggaliDiam orang yang bodoh

133.Dingin kepalaBerfikiran tenang dan sihat

134.Dua sejoliSepasang (kekasih atau suami isteri)

135.Duit kopiBayaran tidak rasmi sebagai sagu hati

136.Durian runtuhKeuntungan besar yang diperoleh tanpa bersusah payah

137.Garam hidupPengalaman hidup

138.Gatal mulutSuka mencela orang

139.Gatal tanganSuka melakukan kerja yang bukan-bukan

140.Gelap mataHilang pertimbangan fikiran; pitam

141.Geli hatiRasa hendak ketawa

142.Gelora hatiPerasaan hati

Page 12: Simpulan Bahasa

143.Genap bulanSudah cukup masa (melahirkan anak)

144.Genggam baraMembuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh

145.Gerak hatiRasa yang lahir dari dalam hati

146.Gerhana matahariDalam kesusahan

147.Gila babiSejenis penyakit sawan

148.Gila bahasaKurang waras fikiran

149.Gila bayangMencintai seseorang tetapi tidak mendapat balasan

150.Gila hartaMementingkan atau mengejar harta dunia

151.Gila pangkatOrang yang selalu mengejar pangkat

152.Golok kayuOrang yang bodoh tetapi berlagak seperti orang yang pandai

153.Gulung tikarBerhenti membuat sesuatu pekerjaan kerana kerugian

154.Habis akalTidak tahu apa yang harus dilakukan lagi

155.Halwa telingaSesuatu yang menyedapkan pendengaran

Page 13: Simpulan Bahasa

156.Hampa tanganTidak membawa atau mendapat apa-apa

157.Hancur hatiSedih

158.Hanyut diriSesat langkah

159.Harga diriKehormatan diri; maruah

160.Harga pokokHarga asal sesuatu barang

161.Harga matiHarga yang tetap dan tidak boleh ditawar lagi

162.Hati batuTidak menaruh belas kasihan