simpulan bahasa

3
SIMPULAN BAHASA 1. Abu Jahal = menentang kebaikan yang orang lain buat 2. Ada akal = dapat jalan penyelesaian 3. Ada angin = berkelakuan luar biasa pada sesuatu masa 4. Ada bakat =mempunyai tokoh atau perwatakan / kebolehan 5. Ada gaya = menunjukkan ketokohan / kemampuan 6. Ada hati = keinginan yang melebihi kemampuan 7. Ada jalan = ada cara melakukan sesuatu 8. Air muka = rupa atau wajah 9. Ajak-ajak ayam = ajak yang tidak bersungguh- sungguh 10. Akal kancil = pandai menipu 11. Alas perut = makan sedikit untuk tahan lapar 12. Alim kucing = pura-pura baik dan berilmu dalam agama 13. Ambil hati = menjaga perasaan, tersinggung 14. Anak angkat = anak orang lain yang dipelihara 15. Anak bapa = anak yang disayangi oleh bapa 16. Anak bongsu = anak terakhir dalam keluarga 17. Anak buah = orang di bawah jagaan ketua / anak saudara 18. Anak dagang = anak terbuang diambil sebagai anak angkat 19. Anak emas = anak yang disayangi oleh ibu bapa 20. Anak gahara = anak raja 21. Anak kandung = anak sendiri 22. Anak sulung = anak pertama 23. Anak tunggal = seorang saja anak dalam keluarga 24. Angkat diri = sombong dan suka puji diri sendiri 25. Angkat kaki = tinggalkan sesuatu tempat kerana ada sebab 26. Angkat muka = bertentang mata , melawan 27. Atas angin = negara-negara barat 28. Atas pagar = tidak menyebelahi mana-mana pihak 29. Ayam tambatan = orang harapan 30. Bahasa dalam = bahasa yang digunakan dalam istana 31. Bahasa pasar = bahasa melayu yang tidak betul 32. Baik hati = suka tolong orang 33. Baik sangka = tidak syak wasangka , percaya 34. Balik gagang = balik tempat asal 35. Bangkai bernyawa=sangat kurus, orang yang tidak berguna 36. Banyak mulut = orang yang suka cakap banyak 37. Batu api = orang yang suka menghasut orang lain 38. Batu loncatan= gunakan sesuatu untuk mencapai tujuan 39. Bau-bau bacang = tali persaudaraan yang jauh 40. Bawah angin = negara-negara timur 41. Bekas tangan = hasil kerja tangan seseorang 42. Beralih angin= bertukar tempat untuk berehat 43. Berat mulut = pendiam / tidak suka bercakap 44. Berat sebelah = tidak adil kepada seseorang 45. Berat tulang = malas bekerja 46. Berbelah bagi = susah membuat keputusan 47. Bergolok- bergadai = belanja lebih daripada kemampuan 48. Berhati batu = degil dan tidak dengar nasihat 49. Berhutang budi = membalas kebaikan seseorang 50. Beri muka = beri peluang melakukan sesuatu sesuka hati 51. Bermuka dua=tidak jujur/belot,buat baik dengan pihak lain 52. Berpaling tadah = tidak setia 53. Berpatah arang = tidak mahu berbaik-baik / terputus 54. Berpeluk tubuh = malas berusaha 55. Bertikam lidah = bertengkar / berdebat 56. Besar hati = gembira / bangga 57. Besar kepala = degil / sukar terima pandangan orang lain 58. Bidan terjun = ganti orang melakukan kerja 59. Bintang terang = orang yang bernasib baik 60. Bodoh sepat = nampak bodah tetapi pandai 61. Bongkok sabut = bongkok orang tua 62. Bongkok udang = badan yang bengkok 63. Buah hati = orang yang dikasihi / dipuja 64. Buah mulut = sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai 65. Buah pena = karangan , hasil tulisan 66. Buah tangan = hadiah yang dibawa semasa melawat orang 67. Buka tembelang = mendedahkan keburukan orang lain 68. Bulat hati=melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh / azam yang kuat 69. Bunga dedap = orang yang elok rupa tetapi tidak berbudi bahasa 70. Buruk makan = makan dengan tidak senonoh 71. Buruk siku= ambil balik barang daripada orang lain 72. Buta hati = tak dapat terima pengajaran / zalim / kejam 73. Buta huruf = tidak tahu membaca dan menulis 74. Cabut nyawa = ambil nyawa orang 75. Cacing kepanasan = tidak boleh duduk diam, gelisah 76. Cahaya hidup = panduan hidup 77. Cahaya mata = anak 78. Cakar ayam = tulisan yang buruk 79. Campur tangan = ambil tahu hal orang lain 80. Cari jalan = berikhtiar / berfikir mencari cara lain 81. Celik huruf = tahu membaca dan mengenal huruf 82. Cepat tangan = mencuri 83. Cupak hanyut = miskin dan tiada rumah dan keluarga 84. Daki dunia = harta yang tidak boleh bawa ke mati 85. Dalam tangan = pasti akan dapat 86. Dapat terpijak = dapat sesuatu tanpa berusaha 87. Darah daging = anak kandung 88. Duit kopi = rasuah 89. Durian runtuh = dapat keuntungan dengan tidak sangka 90. Emas urai =emas tulen (tiada campuran bahan lain) 91. Embun jantan = embun yang besar 92. Fajar menyinsing = selepas subuh, sebelum terbit matahari 93. Gaji buta = dapat gaji tapi kerja tak bersungguh-sungguh 94. Ganti tikar = kahwin dengan adik isteri, selepas isterinya meninggal dunia 95. Gelap mata = tidak dapat berfikir kerana marah 96. Gigi air = bahagian tepi air, tebing 97. Gila bahasa = perangai kurang sihat , tidak fikir panjang 98. Gulung tikar = tutup perniagaan kerana rugi, bankrap 99. Habis akal = habis segala usaha 100. Halwa telinga = dengar sesuatu yang sedap / merdu 101. Hancur hati = terlalu sedih , kecewa 102. Hangat hati = sangat marah 103. Hangat-hangat tahu ayam = buat kerja separuh jalan 104. Harga diri = maruah 105. Harga mati = harga tetap tidak boleh dikurangkan 106. Harga pokok = harga asal 107. Hati batu = degil / keras hati 108. Hentam kromo = buat kerja tidak hati-hati 109. Hidung tinggi = sombong 110. Hilang akal = tak tahu nak buat apa / hilang pertimbangan 111. Hilang lenyap = hilang dan tiada kesannya 112. Hutang darah = balas dendam / tuntut bela 113. Ibu angkat = bukan ibu kandung 114. Ibu keladi = orang tua kelakuan macam orang muda 115. Ikat perut = tahan lapar 116. Ikut jejak = mencontohi seseorang 117. Intan terpilih = orang kesayangan 118. Iri hati = dengki / cemburu 119. Isi hati = perasaan dalam hati 120. Isi perut = semua yang tersimpan dalam perut

Upload: mohd-hilmi-mohd-noor

Post on 18-Jun-2015

2.957 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Simpulan bahasa

SIMPULAN BAHASA

1. Abu Jahal = menentang kebaikan yang orang lain buat2. Ada akal = dapat jalan penyelesaian 3. Ada angin = berkelakuan luar biasa pada sesuatu masa4. Ada bakat =mempunyai tokoh atau perwatakan / kebolehan5. Ada gaya = menunjukkan ketokohan / kemampuan6. Ada hati = keinginan yang melebihi kemampuan 7. Ada jalan = ada cara melakukan sesuatu8. Air muka = rupa atau wajah9. Ajak-ajak ayam = ajak yang tidak bersungguh-sungguh10. Akal kancil = pandai menipu11. Alas perut = makan sedikit untuk tahan lapar12. Alim kucing = pura-pura baik dan berilmu dalam agama13. Ambil hati = menjaga perasaan, tersinggung14. Anak angkat = anak orang lain yang dipelihara 15. Anak bapa = anak yang disayangi oleh bapa16. Anak bongsu = anak terakhir dalam keluarga17. Anak buah = orang di bawah jagaan ketua / anak saudara18. Anak dagang = anak terbuang diambil sebagai anak angkat19. Anak emas = anak yang disayangi oleh ibu bapa20. Anak gahara = anak raja21. Anak kandung = anak sendiri22. Anak sulung = anak pertama23. Anak tunggal = seorang saja anak dalam keluarga24. Angkat diri = sombong dan suka puji diri sendiri25. Angkat kaki = tinggalkan sesuatu tempat kerana ada sebab26. Angkat muka = bertentang mata , melawan27. Atas angin = negara-negara barat28. Atas pagar = tidak menyebelahi mana-mana pihak29. Ayam tambatan = orang harapan 30. Bahasa dalam = bahasa yang digunakan dalam istana31. Bahasa pasar = bahasa melayu yang tidak betul32. Baik hati = suka tolong orang33. Baik sangka = tidak syak wasangka , percaya34. Balik gagang = balik tempat asal 35. Bangkai bernyawa=sangat kurus, orang yang tidak berguna 36. Banyak mulut = orang yang suka cakap banyak37. Batu api = orang yang suka menghasut orang lain38. Batu loncatan= gunakan sesuatu untuk mencapai tujuan39. Bau-bau bacang = tali persaudaraan yang jauh40. Bawah angin = negara-negara timur41. Bekas tangan = hasil kerja tangan seseorang42. Beralih angin= bertukar tempat untuk berehat43. Berat mulut = pendiam / tidak suka bercakap44. Berat sebelah = tidak adil kepada seseorang45. Berat tulang = malas bekerja46. Berbelah bagi = susah membuat keputusan47. Bergolok- bergadai = belanja lebih daripada kemampuan48. Berhati batu = degil dan tidak dengar nasihat49. Berhutang budi = membalas kebaikan seseorang 50. Beri muka = beri peluang melakukan sesuatu sesuka hati51. Bermuka dua=tidak jujur/belot,buat baik dengan pihak lain 52. Berpaling tadah = tidak setia53. Berpatah arang = tidak mahu berbaik-baik / terputus54. Berpeluk tubuh = malas berusaha55. Bertikam lidah = bertengkar / berdebat56. Besar hati = gembira / bangga57. Besar kepala = degil / sukar terima pandangan orang lain 58. Bidan terjun = ganti orang melakukan kerja59. Bintang terang = orang yang bernasib baik60. Bodoh sepat = nampak bodah tetapi pandai61. Bongkok sabut = bongkok orang tua62. Bongkok udang = badan yang bengkok63. Buah hati = orang yang dikasihi / dipuja64. Buah mulut = sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai65. Buah pena = karangan , hasil tulisan66. Buah tangan = hadiah yang dibawa semasa melawat orang67. Buka tembelang = mendedahkan keburukan orang lain68. Bulat hati=melakukan sesuatu dengan bersungguh-

sungguh / azam yang kuat69. Bunga dedap = orang yang elok rupa tetapi tidak berbudi

bahasa70. Buruk makan = makan dengan tidak senonoh

71. Buruk siku= ambil balik barang daripada orang lain72. Buta hati = tak dapat terima pengajaran / zalim / kejam73. Buta huruf = tidak tahu membaca dan menulis74. Cabut nyawa = ambil nyawa orang75. Cacing kepanasan = tidak boleh duduk diam, gelisah76. Cahaya hidup = panduan hidup77. Cahaya mata = anak 78. Cakar ayam = tulisan yang buruk79. Campur tangan = ambil tahu hal orang lain80. Cari jalan = berikhtiar / berfikir mencari cara lain81. Celik huruf = tahu membaca dan mengenal huruf82. Cepat tangan = mencuri83. Cupak hanyut = miskin dan tiada rumah dan keluarga84. Daki dunia = harta yang tidak boleh bawa ke mati85. Dalam tangan = pasti akan dapat 86. Dapat terpijak = dapat sesuatu tanpa berusaha87. Darah daging = anak kandung88. Duit kopi = rasuah89. Durian runtuh = dapat keuntungan dengan tidak sangka90. Emas urai =emas tulen (tiada campuran bahan lain)91. Embun jantan = embun yang besar92. Fajar menyinsing = selepas subuh, sebelum terbit matahari93. Gaji buta = dapat gaji tapi kerja tak bersungguh-sungguh94. Ganti tikar = kahwin dengan adik isteri, selepas isterinya

meninggal dunia95. Gelap mata = tidak dapat berfikir kerana marah96. Gigi air = bahagian tepi air, tebing97. Gila bahasa = perangai kurang sihat , tidak fikir panjang98. Gulung tikar = tutup perniagaan kerana rugi, bankrap99. Habis akal = habis segala usaha100.Halwa telinga = dengar sesuatu yang sedap / merdu101.Hancur hati = terlalu sedih , kecewa102.Hangat hati = sangat marah103.Hangat-hangat tahu ayam = buat kerja separuh jalan104.Harga diri = maruah105.Harga mati = harga tetap tidak boleh dikurangkan106.Harga pokok = harga asal 107.Hati batu = degil / keras hati 108.Hentam kromo = buat kerja tidak hati-hati 109.Hidung tinggi = sombong110.Hilang akal = tak tahu nak buat apa / hilang pertimbangan111.Hilang lenyap = hilang dan tiada kesannya112.Hutang darah = balas dendam / tuntut bela113.Ibu angkat = bukan ibu kandung114.Ibu keladi = orang tua kelakuan macam orang muda115.Ikat perut = tahan lapar 116.Ikut jejak = mencontohi seseorang117.Intan terpilih = orang kesayangan118.Iri hati = dengki / cemburu119.Isi hati = perasaan dalam hati120.Isi perut = semua yang tersimpan dalam perut121.Jalan buntu = tiada kata sepakat / penyelesaian122.Jatuh hati = jatuh cinta123.Jejak barat = sesuatu yang ditiru dari negara barat124.Jinak-jinak merpati = perempuan yang susah digoda125.Juling air = juling sedikit126.Kacang hantu = orang jahat / suka kacau orang lain127.Kaki ayam = tidak pakai kasut atau selipar128.Kaki bangku = tidak tahu main bola sepak129.Kaki botol = suka minum arak / minuman keras 130.Kata putus = keputusan terakhir131.Kecil hati = berasa tersinggung / merajuk132.Keliling pinggang = sesuatu yang banyak pada seseorang133.Kepala angin = cepat marah134.Kepala batu = degil / tak nak ikut nasihat135.Kera sumbang = tidak suka berkawan dengan orang lain136.Kerang busuk = tersengih-sengih137.Keras hati = orang yang susah dipujuk138.Keras kepala = degil139.Ketam batu = sangat kedekut140.Ketawa raja = ketawa yang dibuat-buat141.Khabar angin = berita yang belum tentu benarnya142.Kucing bertanduk = sesuatu yang mustahil berlaku 143.Kutu embun = orang suka merayau hingga lewat malam

Page 2: Simpulan bahasa

144.Langkah kanan = bernasib baik145.Langkah kiri = nasib malang146.Langkah seribu = melarikan diri dengan cepat147.Lepas tangan = tidak campur tangan, tidak

bertanggungjawab148.Lidah bercabang = kata-kata yang tidak dapat dipercayai149.Lidah pendeta = kata-kata hikmat dari orang bijak pandai150.Lintah darat =minta duit lebih daripada yang dipinjam151.Lipas kudung = cepat membuat kerja152.Makan angin = bersiar -siar153.Makan angkat = suka dipuji154.Makan diri = perbuatan yang merosakkan diri sendiri155.Makan garam = orang yang lebih lama hidup, pengalaman156.Makan hati = susah hati kerana orang lain melakukan

kejahatan kepada kita / merana157.Makan suap = menerima rasuah158.Malu-malu kucing = pura-pura malu 159.Mandi kerbau = mandi dengan cepat / tidak bersih160.Mandi keringat = buat kerja dengan teruk hingga berpeluh161.Mandi peluh = bekerja kuat162.Mata petai = rabun / tak nampak dengan jelas163.Mati katak = mati dengan sia-sia164.Membabi buta = buat sesuatu dengan tidak berfikir165.Membawa diri = tahu jaga diri166.Membuka jalan = memberi laluan kepada orang lain167.Membuka tembelang = mendedahkan rahsia168.Memeras otak = berfikir / belajar dengan kuat169.Menarik diri = tidak turut serta / letak jawatan170.Mencari jalan = berusaha melakukan sesuatu171.Mencuci mata = melihat sesuatu yang indah / cantik172.Mencuit hati = lucu / menggelikan hati173.Menebus darah = menuntut bela174.Mengabui mata = memperdaya / menipu orang lain175.Mengadu domba = memperlagakan / menghasut orang 176.Mengambil angin = bersiar-siar177.Mengambil berat = memberi sepenuh perhatian178.Mengambil hati = memikat orang lain179.Mengasah bakat = membuat latihan untuk lebih hebat180.Menghisap darah = memeras harta orang lain181.Minta diri = minta izin untuk keluar / balik / beredar182.Minta nyawa = memohon supaya jangan dibunuh183.Muka tembok = tak tahu malu 184.Mulut murai = banyak cakap185.Mulut tempayan = tidak boleh simpan rahsia186.Murah hati = suka derma / tidak kedekut187.Naik angin = tidak dapat kawal diri kerana marah188.Naik darah = menjadi marah189.Nasi damai = nasi kunyit serta lauk untuk pengantin190.Nyawa-nyawa ikan = hampir mati191.Nyiur gading = anak gadis yang comel192.Oleh-oleh = buah tangan193.Omong kosong = cakap-cakap kosong 194.Orang atasan = orang berpangkat tinggi195.Orang harapan = orang yang sangat dipercayai196.Otak cair = pandai 197.Otak kering = kurang siuman198.Otak minyak = pandai 199.Otak udang = bodoh200.Paku belanda = harga tetap / tak boleh minta kurang201.Panas hati = meradang / marah202.Panjang tangan = mencuri203.Panjang tangan = orang suka mencuri204.Pasang telinga = mendengar dengan teliti205.Pasar gelap = tempat jual beli barangan haram 206.Patah arang = tidak boleh berbaik semula207.Patah hati = kecewa208.Patah kandar = hilang tempat bergantung209.Pekak badak = pendengaran yang kurang210.Pembasuh mulut = makanan ringan lepas makan nasi211.Pencuci mulut = makanan manis yang dimakan lepas

makan nasi212.Pening lalat = pening sedikit213.Penyapu baru = orang rajin bekerja kerana baru bekerja214.Perang mulut = pertengkaran dengan mulut

215.Pilih kasih = suka orang yang disukai sahaja / tidak adil216.Pisau cukur = perempuan yang suka habiskan harta lelaki217.Puteri lilin = orang yang tidak boleh kena panas 218.Putih hati = baik hati atau jujur219.Putih mata = kecewa 220.Putih tulang = mati221.Rabun ayam = penglihatan kurang jelas / kurang nampak222.Rambang mata = sukar membuat pilihan223.Retak seribu = banyak retak224.Ringan mulut = peramah / suka bercakap225.Ringan tangan = suka tolong orang / buat kerja226.Ringan tulang = rajin227.Saguhati = hadiah penghargaan228.Sakit hati = berasa marah229.Salah langkah = silap melakukan sesuatu perkara230.Sampah masyarakat = orang yang dihina231.Sampai hati = tergamak buat sesuatu perkara232.Saudara anjing = saudara seibu tapi lain ayah233.Saudara baru = orang yang baru masuk agama Islam234.Saudara pungut = saudara angkat235.Sebatang kara = tiada sanak-saudara 236.Sehelai sepinggang = tinggal pakaian di badan sahaja237.Sekangkang kera = tanah yang tidak luas238.Senapang bambu = orang yang nampak bahaya,tapi tidak239.Sengkang mata = menahan diri daripada tidur240.Senyum kambing = senyum yang dibuat-buat 241.Sepak kertas = menganggur 242.Serkap jarang = tuduh orang tanpa usul periksa243.Simpul mati = ikatan yang kuat244.Tahi lalat = bintik hitam pada pakaian245.Tahi minyak = suka berbohong , banyak karenah246.Tali barut = berkawan dengan orang pihak musuh247.Tanah air = negara / negeri tempat kelahiran248.Tanda mata = hadiah sebagai kenangan249.Tangan terbuka = menerima sesuatu dengan hati terbuka250.Tangkai jering = kedekut251.Tawar hati = tidak mempunyai minat lagi 252.Tebal muka = tidak tahu malu253.Tebal telinga = tak pedulikan ejekan dan cacian254.Tebus darah = tuntut bela255.Telinga kuali = buat tidak dengar256.Telinga lintah = tajam pendengaran257.Telinga nipis = cepat marah258.Telinga tempayan = tidak mahu mendengar nasihat 259.Teluk rantau = daerah sekeliling 260.Terang hati = mudah memahami sesuatu261.Tidur – tidur ayam = tidur tidak nyenyak 262.Tin kosong = bercakap besar263.Titik peluh = hasil usaha yang bersungguh-sungguh264.Tolak ansur = orang yang tidak berkira / memberi peluang

kepada orang lain265.Tulang belakang = orang kuat , sangat diharapkan 266.Ulat buku = suka membaca267.Untung batu = nasib yang buruk268.Wang muka = wang yang dibayar sebagai pendahuluan