siaran media majlis pelancaran · pdf filementeri merasmikan majlis pelancaran jawatankuasa...

2
SIARAN MEDIA MAJLIS PELANCARAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PENDUDUK (JPP) PERINGKAT KEBANGSAAN Putrajaya, 29 Mei 2015 Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, YAB Perdana Menteri merasmikan Majlis Pelancaran Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) peringkat Kebangsaan pada petang ini. 2. Berdasarkan kepada keperluan bagi mewujudkan struktur formal di bandar yang disertai oleh masyarakat tempatan, Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 16 Oktober 2013 telah bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 3. Tiada pertindihan antara peranan JPP dan Ahli Majlis PBT, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) ataupun pertubuhan/ persatuan yang bergerak aktif di kawasan PBT seperti Rukun Tetangga, Persatuan Belia, Jawatankuasa Masjid dan lain-lain pertubuhan atau persatuan. Peranan dan fungsi yang akan dimainkan oleh JPP nanti adalah pelengkap (compliment) kepada pertubuhan-pertubuhan sedia ada. 4. Melalui penubuhannya juga JPP, Ahli Majlis PBT, MPP dan pertubuhan/persatuan yang bergerak di kawasan PBT juga dapat diselaraskan bagi memastikan program yang dilaksanakan tidak bertindih antara satu sama lain dan PBT boleh mengambil tindakan secara komprehensif dan kolektif bagi menangani isu-isu kesejahteraan bandar yang dibangkitkan oleh penduduk. 5. JPP ini merupakan satu struktur formal yang akan dianggotai oleh pemimpin-pemimpin tempatan yang mana objektif penubuhannya seperti berikut: (i) Menggalakkan penyertaan penduduk dalam program dan pembangunan kawasan setempat; Fail : KPKT/BPK/19/9/4 Klt.4 (104) Tarikh : 29 Mei 2015 KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN UNIT KOMUNIKASI KORPORAT ARAS 2 51 PERSIARAN PERDANA PRESINT 4, 62100 PUTRAJAYA Telefon : 03-88915000 Fax : 03-88915557 Kawat : "MINRUMAH" http : //www.kpkt.gov.my E-mail : [email protected] Twitter : kpkt_gov Facebook : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Upload: dinhcong

Post on 06-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SIARAN MEDIA MAJLIS PELANCARAN · PDF fileMenteri merasmikan Majlis Pelancaran Jawatankuasa ... Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 16 ... meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan

SIARAN MEDIA

MAJLIS PELANCARAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PENDUDUK (JPP) PERINGKAT

KEBANGSAAN

Putrajaya, 29 Mei 2015 – Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, YAB Perdana

Menteri merasmikan Majlis Pelancaran Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) peringkat

Kebangsaan pada petang ini.

2. Berdasarkan kepada keperluan bagi mewujudkan struktur formal di bandar yang

disertai oleh masyarakat tempatan, Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 16 Oktober

2013 telah bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dalam

kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

3. Tiada pertindihan antara peranan JPP dan Ahli Majlis PBT, Majlis Perwakilan

Penduduk (MPP) ataupun pertubuhan/ persatuan yang bergerak aktif di kawasan PBT seperti

Rukun Tetangga, Persatuan Belia, Jawatankuasa Masjid dan lain-lain pertubuhan atau

persatuan. Peranan dan fungsi yang akan dimainkan oleh JPP nanti adalah pelengkap

(compliment) kepada pertubuhan-pertubuhan sedia ada.

4. Melalui penubuhannya juga JPP, Ahli Majlis PBT, MPP dan pertubuhan/persatuan yang

bergerak di kawasan PBT juga dapat diselaraskan bagi memastikan program yang

dilaksanakan tidak bertindih antara satu sama lain dan PBT boleh mengambil tindakan secara

komprehensif dan kolektif bagi menangani isu-isu kesejahteraan bandar yang dibangkitkan

oleh penduduk.

5. JPP ini merupakan satu struktur formal yang akan dianggotai oleh pemimpin-pemimpin

tempatan yang mana objektif penubuhannya seperti berikut:

(i) Menggalakkan penyertaan penduduk dalam program dan pembangunan

kawasan setempat;

Fail : KPKT/BPK/19/9/4 Klt.4 (104)

Tarikh : 29 Mei 2015

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Bahagian Belanjawan, Aras 7 Kompleks Kementerian Kewangan Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62592 PUTRAJAYA (u.p : Puan Nor Mazian binti Malik) Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan MEMORANDUM DARIPADA MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN MENGENAI LAWATAN KERJA TEKNIKAL LANDSKAP DAN HORTIKULTUR Y.B. TIMBALAN MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN KE AUSTRALIA – PINDAAN TARIKH DAN ANGGARAN PERBELANJAAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dan surat kami bil. (6)KPKT(R)01/974/11 Klt.48 bertarikh 5 Oktober 2007 adalah dirujuk. 2. Untuk makluman pihak Y.Bhg.Datuk/Dato’/Tuan/Puan, terdapat pindaan terhadap tarikh dan anggaran perbelanjaan kepada lawatan yang tersebut di atas seperti berikut : TARIKH Asal - 14 hingga 22 Disember 2007 (9 hari)

Pindaan - 13 hingga 19 Disember 2007 (7 hari) ANGGARAN PERBELANJAAN Asal - RM 216,000.00

KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN UNIT KOMUNIKASI KORPORAT ARAS 2 51 PERSIARAN PERDANA PRESINT 4, 62100 PUTRAJAYA

Telefon : 03-88915000 Fax : 03-88915557 Kawat : "MINRUMAH" http : //www.kpkt.gov.my

E-mail : [email protected]

Twitter : kpkt_gov Facebook : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Page 2: SIARAN MEDIA MAJLIS PELANCARAN · PDF fileMenteri merasmikan Majlis Pelancaran Jawatankuasa ... Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 16 ... meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan

(ii) Membantu menangani isu-isu kesejahteraan Bandar dan seterusnya

meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan; dan

(iii) Mewujudkan hubungan baik di antara masyarakat di kawasan kejiranan

setempat.

6. JPP ditubuhkan di seluruh negara kecuali Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),

Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan, Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian

Hi-Tech Kulim, Lembaga Bandaran Johor Tenggara dan Lembaga Kemajuan Tioman. Buat

masa ini Pihak Berkuasa Negeri Sabah dan Sarawak menolak pelaksanaan JPP di kedua-

dua negeri tersebut.

7. Setiap PBT diperuntukkan sebanyak 24 zon. Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa

Negeri (PBN) dan PBT dibenarkan untuk membuat pengubahsuaian bilangan zon di setiap

PBT berdasarkan densiti penduduk dan isu berbangkit di PBT tertentu.

BILANGAN JPP SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA

Bil. Negeri Jumlah PBT Jumlah Kuota JPP Negeri

Jumlah JPP di Negeri

1. Melaka 4 96 96

2. Pulau Pinang 2 48 48

3. Perak** 15 360 311

4. Perlis 1 24 24

5. Kedah** 11 264 252

6. Pahang 11 264 264

7. Selangor 12 288 288

8. Terengganu 7 168 168

9. Johor** 15 360 359

10. Kelantan** 12 288 287

11. Negeri Sembilan** 8 192 191

Jumlah 98 2,352 2,288 ** Negeri yang tidak mengambil kuota penuh JPP –Kedah, N.Sembilan, Perak dan Johor

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diterajui oleh Yang Berhormat Dato' Abdul Rahman

Dahlan. Di bawah Kementerian ini terdapat 9 Jabatan iaitu Jabatan Perumahan Negara, Jabatan Kerajaan Tempatan, Jabatan Bomba dan

Penyelamat Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Lanskap Negara, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara,

Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dan Institut Latihan KPKT.

Dikeluarkan Oleh : Unit Komunikasi Korporat

b.p. Ketua Setiausaha

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Telefon : 03-8891 5555

Faks : 03-8891 5557

E-mel : [email protected]