siapakah ahl al-sunnah wa al-jamaah-bahrulkalam.blogsport

Upload: shamsul-kamal-hj-maamor

Post on 29-May-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Siapakah Ahl Al-sunnah Wa Al-jamaah-bahrulkalam.blogsport

    1/17

  • 8/9/2019 Siapakah Ahl Al-sunnah Wa Al-jamaah-bahrulkalam.blogsport

    2/17

  • 8/9/2019 Siapakah Ahl Al-sunnah Wa Al-jamaah-bahrulkalam.blogsport

    3/17

    Beliau merupakan pemimpin Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, imam ahli kalam, pendukungSunnah Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, pembantu agama yang pakar dalam bidangkeilmuan dan giat berusaha menjaga kesucian aqidah umat Islam. Al-Imam Abu al-Hassanal-Asy`ari pada hakikatnya tidak mengadakan sesuatu perkara baru dalam bidang akidah,

    sebaliknya beliau merupakan orang yang menyusun semula ilmu akidah mengikut apa yangtelah ditetapkan di dalam al Quran dan apa yang di bawa dan dii`tikadkan oleh Rasulullahsallallahu`alaihi wasallam dan para sahabat radiyallahu`anhum ajmaien.

    DEFINISI AL-ASYA`IRAH

    Perkataan al-Asya`irah diberikan atau digunakan kepada mereka yang menjalani danmengikut metode al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari dalam perkara I`tiqad (keyakinan) (tidak secara taqlid buta tetapi dengan cara mengambil petunjuk).Ia di nisbahkan kepada al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari sebagaimana dinisbahkan kepadamazhab empat al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik, al-Imam al-Syafi`i dan Imam Ahmadibn Hanbal dalam masalah furu` fiqhiyyah. Sekalipun mereka berlainan atau berbeza pada jalan-jalan istinbat dan pengeluaran hukum-hakam, namun mereka bersatu pada sumber danambilan. Demikian juga al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari dalam bidang Usuluddin yangmengambil daripada al-Quran al-Karim dan al-Sunnah yang mulia dan berjalan di atasmanhaj para Salaf al-Salih. Perkataan al-Asya`irah dinisbahkan kepadanya kerana beliautelah merintis jalan tersebut dan menyusun serta memasyhurkannya kepada umat manusiaselepas ahli bid`ah dan orang yang mengikut hawa nafsu berusaha menghapuskannya.

    DALIL-DALIL YANG MENUNJUKKAN AL-IMAM ABU AL-HASSAN AL-ASY`ARIINI BENAR:

    Terdapat banyak dalil yang menyatakan bahawa al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari adalah benar dan merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menyusun kerangka AqidahAhl al-Sunnah Wa al-Jama`ah yang bertetapan dengan aqidah Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam dan para sahabat radiyallahu`anhum ajmaien.

    Ramai dari kalangan kumpulan ulama` besar yakin dengan berita gembira yang dibawa olehRasulullah sallallahu`alaihi wasallam mengenai kehadiran Imam Abu al-Hassan al-Asy`arisebagaimana yang terdapat didalam hadis Al-Asy`ariyyin.

    Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam bersabda:

    " ".Mafhumnya:

    Terimalah berita gembira wahai bani Tamim!.

  • 8/9/2019 Siapakah Ahl Al-sunnah Wa Al-jamaah-bahrulkalam.blogsport

    4/17

    Kemudian, mereka berkata:

    Engkau telah memberi berita gembira kepada kami, maka berikanlah kepada kami (habuandunia) dua kali", lalu wajah baginda berubah - kerana dukacita ke atas mereka bagaimana

    mereka mengutamakan dunia -. Kemudian, baginda didatangi segolongan manusia daripadakalangan orang Yaman, lalu baginda bersabda:

    " ".Maksudnya:

    Wahai orang Yaman! Terimalah berita gembira kerana Bani Tamim belum menerimanya.

    Kemudian, mereka berkata: Sesungguhnya kami telah terima wahai RasulaLlah, kamidatang kepadamu agar kami dapat mendalami agama dan supaya kami bertanya kepadamutentang perkara yang pertama wujud",

    lalu baginda bersabda:

    " ".Maksudnya:

    Allah telah wujud (pada azali) sedang sesuatu selain-Nya belum wujud.

    [Diriwayatkan oleh Imam al Bukhari daripada Imran ibn al-Husain]

    Maksud hadis ini ialah Allah telah wujud sejak dari (tidak ada permulaan), sedangkan padaketika itu, suatu tempat pun tidak ada, suatu masa pun tidak ada, suatu arah pun tidak ada,suatu arasy pun tidak ada, suatu langit pun tidak ada, suatu benda pun tidak ada, gerakan puntidak ada, suatu diam pun tidak ada, suatu gelap pun tidak ada, suatu cahaya pun tidak ada.

    Sebenarnya al-Imam al-Bukhari telahpun meriwayatkan dalam kitabnya Sahih al-Bukharidaripada Abu Hurairah radiyallahu`anhu.

    Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam bersabda:

    " ".

  • 8/9/2019 Siapakah Ahl Al-sunnah Wa Al-jamaah-bahrulkalam.blogsport

    5/17

    Maksudnya:

    Orang Yaman telah datang kepada kamu, mereka amat halus jiwa dan sangat lembuthatinya. Iman adalah Yaman dan hikmah adalah Yamaniyyah.

    [Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim]

    Di dalam hadith yang lain Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda :

    " ."Maksudnya:

    Akan datang suatu kaum, mereka mempunyai hati yang lembut dari kalangan kamu.

    Selepas Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam menuturkan hadith ini, datang kaum Al-Asy`ariyyun dari Yaman, di antaranya Abu Musa Al-Asy`ari (datuk Abu al-Hassan al-Asy`ari). Beliau ialah Abdullah ibn Qais ibn Salim ibn Haddhar ibn Harb ibn Amir Al-Asy`ari. Beliau mempunyai suara lunak dan mampu membaca al-Quran dengan baik sehingga apabila bacaannya diperdengarkan, maka orang akan mendengar bacaaannyadengan penuh khusyu` dan merendahkan diri. Daripada Abdullah ibn Buraidah daripada bapanya, bahawa Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam mendengar bacaan al-Quran yangdibaca oleh Abu Musa Al- Asy`ari radhiyallahu`anhu, lalu baginda bersabda :"Sesungguhnya dia telah diberikan satu seruling daripada seruling-seruling keluarga NabiDaud"

    Di dalam peristiwa Tahkim, Abu Musa Al-Asy`ari telah dipilih sebagai wakil kumpulan.Sayyidina Ali ibn Abu Talib untuk bertemu dengan Amru al-`As yang menjadi wakilkumpulan Mu`awiyyah.

    Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam pernah mendoakan beliau dengan doanya :

    " ".Maksudnya:

    Ya Allah! Ampunkanlah dosa Abdullah ibn Qais dan masukkanlah dia pada hari kiamat ketempat yang mulia.

    [Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari]

  • 8/9/2019 Siapakah Ahl Al-sunnah Wa Al-jamaah-bahrulkalam.blogsport

    6/17

    Allah ta`ala berfirman:

    Maksudnya:

    "Wahai orang-orang yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya(jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia(Allah) kasihkan merekadan mereka juga kasihkan Dia (Allah); mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku keras terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yangmencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapayang dikehendaki-Nya; kerana Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi meliputi pengetahuan-Nya". (Surah Al-Maidah : 54)

    Al-Hafiz Ibn `Asakir meriwayatkan di dalam kitabnya Tabyin Kadzib al-Muftari dan al-Hakim meriwayatkan dalam kitabnya al-Mustadrak sebab turun ayat di atas:

    " } } : ) ) :

    ".Maksudnya:

    Tatkala ayat { turun, lalu Rasulullah { sallallahu`alaihi wasallam bersabda: Mereka kaummu wahai Abu Musa, dan Rasulullahsallallahu`alaihi wa-sallam menunjukkan dengan tangan baginda kepada Abu Musa alAsy`ari.

    Al-Hakim menghukumkan hadis di atas sebagai hadis sahih `ala shahih Muslim. Hadis di atas juga diriwayatkan oleh al-Tabari dalam kitab tafsirnya, Ibn Abi Hatim, Ibn Sa`d dalamkitabnya al-Tabaqat al-Kubra dan al-Tabrani dalam kitab al-Mu`jam al-Kabir. Al-Hafiz al-Haythami berkata di dalam kitabnya Majmu` al-Zawaid bahawa rijal hadis tersebut adalahrijal al-sahih.

    Al-Imam al-Qurtubi berkata di dalam kitab tafsirnya (al-Tafsir al-Qurtubi) jilid. VI, halaman.220: Al-Qushayri berkata:

  • 8/9/2019 Siapakah Ahl Al-sunnah Wa Al-jamaah-bahrulkalam.blogsport

    7/17

    Maka para pengikut Abu al-Hasan al-Asy`ari adalah termasuk kaumnya kerana setiaptempat yang disandarkan di dalamnya oleh suatu kaum kepada seseorang nabi makamaksudnya ialah para pengikut.

    Berkaitan dengan hadis yang mempunyai maksud yang sama dengan hadis di atas iaitudengan lafaz ( ) yang mafhumnya: Mereka adalah kaum lelaki ini sambil Nabisallallahu`alaihi wasallam mengisyarat tangannya kepada Abu Musa al-Asy`ari."

    Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam bersabda:

    " ".

    Maksudnya:"Mereka adalah kaum orang ini."

    [Diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak]

    Oleh yang demikian itu, hadis tersebut adalah busyra (berita gembira) bagi seluruh pengikutAl-Asy`ariyyah dan Al-Maturidiyyah bahawa mereka sesuai dengan aqidah Rasulullah, maka berbahagialah orang yang sentiasa mengikuti jalan mereka. Aqidah Al-Asy`ariyyah dan Al-Maturidiyyah adalah aqidah kaum muslimin dari kalangan Salaf dan Khalaf, aqidah parakhalifah dan Sultan yang terdahulu seperti Sultan Shalahuddin Al-Ayyubi dan SultanMuhammad Al-Fatih.

    Ramai ulama` yang bersetuju dengan pentakwilan hadith ini. Imam Al-Baihaqi menyatakankemuliaan yang besar dan martabat yang mulia, yang dapat difahami dari hadith ini ialahditujukan kepada al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari kerana beliau berasal dari kaum AbuMusa Al-Asy`ari dan dari kalangan generasinya yang dikurniakan limpahan ilmu dan rezekimemahami sesuatu ilmu, mendukung sunnah Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, menolak bid`ah, menegakkan hujah dan menolak kesamaran.

    Al-Imam al-Bukhari juga meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda tentang Abu Musa al-Asy`ari dan kaumnya.

    Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam bersabda:

    " ".

    Mafhumnya:"Mereka dariku dan aku dari mereka".[4]

  • 8/9/2019 Siapakah Ahl Al-sunnah Wa Al-jamaah-bahrulkalam.blogsport

    8/17

    Maka dapat difahami daripada hadis ini, bahawa Rasulullah sallallahu`alaihi wasallammenegaskan bahawa kaum Abu Musa al-Asy`ari adalah merupakan kaum yang dikasihi Allahta`ala dan mereka mengasihi Allah Ta`ala kerana kesahihan pegangan agama mereka dankekuatan keyakinan mereka dan semangat mereka dalam memperjuangkan akidah yang haq

    dan menghapuskan kebatilan.Maka tidak hairanlah, Abu al-Hassan al-Asy`ari mendapat ketinggian dan kemuliaan dengandiangkat menjadi ketua Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah pada zamannya dan sehingga harikiamat. Beliau berketurunan Abu Musa Al-Asy`ari iaitu salah seorang sahabat Nabisallallahu`alaihi wasallam yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah ta`ala danRasul-Nya. Justeru, sebahagian ulama` berpendapat bahawa keberkatan ini berkemungkinankerana tepukan tangan Nabi sallallahu`alaihi wasallam ke bahu Abu Musa Al-Asy`ariradhiyallahu`anhu.

    Al-Imam Al-Baihaqi menyatakan isyarat yang terdapat dalam hadis ini tidak akan dapatdifahami oleh seseorang melainkan orang-orang yang mendapat taufiq, mendapat cahayadaripada Allah ta`ala dan orang-orang yang mempunyai ilmu yang mendalam dandikurniakan dengan pandangan ainul al-basirah (mata hati).

    Allah ta`ala berfirman:

    Mafhumnya:

    "Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam)gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelahatasnya pula awan tebal (Demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orangitu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. dan (ingatlah) sesiapayang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturan-Nya mendapat cahaya(hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar) ".(Surah An-Nur : 40)

    Al-Imam al-Qurtubi menaqalkan kata-kata al-Hafiz al-Baihaqi di dalam kitabnya Al-Jami`Li Ahkam al-Quran. Juzuk 6. halaman. 220.

    "Demikian itu kerana apa yang terdapat didalamnya dari keutamaan yang besar dan martabatyang mulia untuk al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari radhiyalallahu`anhu . Maka diatergolong dari kaum Abu Musa Al-Asy`ari radhiyalallahu`anhu dan putera-puteranya yangtelah diberi ilmu dan dianugerahi pemahaman yang khusus".

  • 8/9/2019 Siapakah Ahl Al-sunnah Wa Al-jamaah-bahrulkalam.blogsport

    9/17

    Al-Hafiz Ibn `Asakir berkata di dalam kitabnya Tabyiinu Kadzib Al-Muftari:

    Dan telah maklum berdasarkan dalil-dalil akal dan bukti-bukti usul bahawa tiadaseorangpun daripada anak-anak Abu Musa tidak ada yang dapat menyanggah golongan sesat

    dan tidak ada yang dapat menolak kekeliruan golongan bid`ah dan sesat dengan hujah-hujahyang ampuh daripada kitab al-Quran dan al-Sunnah dan dengan dalil-dalil yang mantapdaripada ijma` dan qiyas melainkan al-Imam Abu al-Hasan al-Asy`ari radiyallahu`anhu.Maka beliau telah berjihad melawan musuh-musuh kebenaran, menghentam mereka,memecahkan kata-kata mereka dan menghancurkan kesatuan mereka dengan hujah-hujahakal yang ampuh dan dalil-dalil sam`iyyah (al-Quran dan al-Sunnah) yang mantap.

    Al-Hafiz Ibn `Asakir berkata di dalam kitabnya Tabyiin Kadzib Al-Muftari halaman. 397.

    "Mereka (golongan Asya`irah) berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah, menjauhi faktor-faktor yang membawa kepada fitnah, yang tetap kuat bersabar dalam mempertahankan agamamereka, mengalahkan musuh-musuh dengan kekuatan bantuan hujah, tidak pernahmeninggalkan berhujah dengan al-Quran dan hujah-hujah daripada hadis, tidak jugamenggunakan akal sebebas golongan Qadariyyah dan Mu`attilah (golongan yang menafikanterus sifat Allah ta`ala), tetapi mereka menggabungkan penggunaan dalil naqli (al-Quran danal-Hadith) dengan akal, lalu menjauhi manhaj Mu`attilah, bahkan turut menolak kewujudangolongan Mujassimah Musyabbihah (golongan yang menyamakan Allah ta`ala denganmakhluk, mereka berkata Allah mempunyai tangan, muka, duduk di atas `Arasy tetapi duduk- Nya tidak sama dengan makhluk), lalu membongkar kesesatan fahaman ahli bid`ah dengan

    dalil-dalil yang nyata. Mazhab mereka (Asya`irah) adalah pertengahan, masyrab (asas)mereka adalah asas yang sebaik-baiknya, kedudukan mereka adalah kedudukannya sebaik- baiknya, darjat mereka adalah setinggi-tinggi darjat, yang mana mereka tidak pernah terceladengan celaan orang yang mencela atau direndahkan oleh orang yang mempertikaikan".

    Al-Imam Taj al-Din `Abd al-Wahhab ibn `Ali ibn `Abd al-Kafi al-Subki (W 771) berkata didalam kitabnya Tabaqaat al-Syafi`iyyah al-Kubra jilid 2, halaman. 263.

    "Ketahuilah, bahawa Abu al-Hassan al-Asy`ari tidak mereka atau mencipta suatu pendapatdan tidak menubuhkan suatu mazhab, tetapi beliau hanya menetapkan atau memperakuimazhab Salaf dan mempertahankan apa yang pernah dipegang oleh sahabat Rasulullahsallallahu`alaihi wasallam. Ia dinisbahkan kepadanya hanya kerana beliau telah mengikatnyadi atas jalan Salaf dan berpegang dengannya serta menegakkan hujjah-hujjah dan dalil-dalildi atasnya. Maka jadilah orang yang mengikutnya di atas jalan ini dinamakan sebagai Asy`ariatau al-Asya`irah".

    Al-Imam Taj al-Din `Abd al-Wahhab al Subki menyatakan lagi dengan tegas pada halaman272 :

    "Bahawa kesemua ulama` Hanafi, Syafi`i, Maliki dan Hanbali bernaung di bawah aqidahyang satu iaitu di bawah naungan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah yang beriman kepada Allah

  • 8/9/2019 Siapakah Ahl Al-sunnah Wa Al-jamaah-bahrulkalam.blogsport

    10/17

    Ta`ala dengan jalan syeikh Abu al-Hassan al-Asy`ari. Beliau menambah lagi dengankatanya : kesimpulannya, aqidah Al-Asy`ari ialah aqidah yang mengandungi aqidah AbuJa`far al-Tohawi yang diterima dan dipersetujui oleh para ulama` mazhab ".

    Al Habib Abdullah ibn `Alawi al-Haddad berkata di dalam kitabnya Risalah al-Mu`awanah, halaman., 60-61.

    "Kumpulan yang terselamat ialah kumpulan yang dikenali sebagai Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah. Beliau menyatakan bahawa aqidah yang disusun oleh Abu al-Hassan al-Asy`arimerupakan aqidah ahli kebenaran. Mereka ialah golongan yang berpegang dengan Rasulullahsallallahu`alaihi wasallam, sahabat-sahabatnya dan salafussoleh. Dinamakan Al-Asya`irahkerana ia dinisbahkan kepada Syeikh Abu al-Hassan al-Asy`ari yang telah menyusun kaedah-kaedah aqidah ahl al-Sunnah dan menulis dalil-dalilnya. Ia merupakan aqidah yang telahdisepakati oleh sahabat dan orang-orang yang selepasnya dari kalangan tabi`in yang besar,iaitu aqidah Ahli Sunnah bagi ahli setiap zaman dan tempat. Ia merupakan aqidah seluruhahli tasawwuf sebagaimana yang disebut oleh Abu Qasim Al-Qusyairi pada awal penulisankitab Risalahnya. Alhamdulillah, ia merupakan aqidah kami dan aqidah saudara-saudara kamidari kalangan ketua-ketua keturunan Sayyiduna Husain radhiyallahu`anhu yang terkenaldengan keluarga Ba`alawi dan aqidah ahli-ahli Salaf kami semenjak zaman Rasulullahsallallahu`alaihi wasallam hingga ke hari ini.

    Kemudian aku bernasyid :

    " ".Maksudnya:

    "Dan hendaklah kamu menjadi Asy`ari pada aqidah kamu kerana sesungguhnya ia adalahaliran yang bersih daripada sebarang penyelewengan dan kekufuran".

    Oleh kerana itu, kita melihat aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah yang sebenar ini masih

    diguna pakai sehingga ke hari ini dan inilah aqidah yang menjadi pegangan sarjana Islam dan jaguh-jaguh ulama` semenjak berkurun lamanya. Sebagaimana yang dimaklumi, pengikutmazhab al-Asy`irah adalah terdiri dari kalangan para ilmuwan, ahli hadis dan para mujtahid.Memadailah disebut beberapa orang dari kalangan mereka.

    Antara Ulama`-Ulama` dalam Bidang Aqidah yang Bermazhab Al-Asya`irah:

    Abu Hassan al-Bahili (W. 370 H)

    Imam Al-Baqillani (W. 405H)

  • 8/9/2019 Siapakah Ahl Al-sunnah Wa Al-jamaah-bahrulkalam.blogsport

    11/17

    Abu Ishaq Al-Isfarayini (W. 418 H)

    Imam Ishaq Al-Syirazi (W. 476 H)

    Imam Al-JuwainiImam Al-Haramain Abu Al-Maali Al-Juwaini (W. 478 H), pengarang kitab An-Nizomiyah

    Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali pengarang kitabAl-Iqtisod fi Al-Itiqod (W. 505 H)

    Imam Ibn Asakir (W. 576 H), pengarang kitab Tabiyiin Kadzib Al-Muftari

    Imam Al-Syahrastani (W. 548 H)

    Imam Fakhruddin Ar-Razi pengarang kitab Asas Al-Taqdis (W. 606 H)

    Imam Al-Allamah Al-Amadi (W. 631 H)

    Imam Al-Iji (W. 756 H)

    Imam Saad Al-Taftazani (W. 793 H) pengarang kitab Syarh Al-Maqosid

    Imam Al-Syarif Al-Jurjani (W. 816 H)

    Imam Abu Mansur Al-Tamimi

    Imam Nas Al-Maqdisi

    Imam Al-Farawi

    Imam Abu Al-Walid Al-Baji

    Imam Sultonul Ulama Izz ibn Abdis Salam

    Imam HibbatulLah Al-Makki

    Imam Al-Baijuri

    Antara Mufassir-mufassir Bermazhab Al-Asya`irah

    Imam Al-Mufassir Al-Allamah Al-Qurtubi

  • 8/9/2019 Siapakah Ahl Al-sunnah Wa Al-jamaah-bahrulkalam.blogsport

    12/17

    Imam Al-Mufassir Ibn Kathir (rujuk buku tobaqot As-Syafiiyyah Al-Kubra 10/200 karanganImam Al-Subki, Al-Durar Al-Kaminah 1/85 karangan Ibn Hajar dan sebagainya)

    Imam Al-Mufassir Ibn Athiyyah Al-Andalusi, pengarang kitab Tafsir Al-Muharrar Al-Wajiz

    Imam Al-Mufassir Abu Hayyan Al-Andalusi, pengarang kitab Al-Bahr Al-Muhith.

    Imam Al-Mufassir Fakhruddin Ar-Razi, pengarang kitab tafsir mafatih Al-Ghaib

    Imam Al-Mufassir Al-Hafiz Al-Bahgowi, pengarang kitab tafsir Al-Baghowi dan kitab SyarhAl-Sunnah.

    Imam Al-Mufassir Abu Al-Laith Al-Samarqandi, pengarang kitab tafsir Bahr Al-Ulum, kitab bustan al- Arifin dan tanbih Al-Ghafilin.

    Imam Al-Mufassir Abu Al-Hasan Ali Al-Naisaburi pengarang kitab asbab An-Nuzul.

    Imam Al-Mufassir Abu At-Thana Syihabuddin Al-Alusi Al-Husaini Al-Hasani.

    Imam Al-Mufassir At-Thamin Al-Halabi, pengarang kitab tafsir Al-Durr Al-Mashun.

    Imam Al-Mufassir Al-Hafiz Jalaluddin Al-Suyuti, pengarang kitab Tafsir Al-Durr Al-Manthur.

    Al-Imam Al-Khotib Al-Syirbini, pengarang kitab Tafsir Al-Siraj Al-Munir.

    Imam Al-Allamah Al-Thohir bin Asyur, pengarang kitab Al-Tahrir wa Al-Tanwir

    Imam Az-Zarkasyi

    Imam Mutawalli Al-Syarawi.

    Ulama`-ulama` Muhaddithin (hadith) yang bermazhab Al-Asya`irah:

    Imam Al-Hafiz Abu Al-Hasan Al-Darqutni.

    Imam Al-Hafiz Abu Nuaim Al-Ashbahani, pengarang kitab Hilyatul Auliya

    Imam Al-Hafiz Al-Hakim Al-Naisaburi, pengarang kitab Mustadrak

    Imam Al-Hafiz Ibn Hibban, pengarang kitab Al-Thiqat

    Imam Al-Hafiz Abu Said Ibn Al-Samani, pengarang kitab Al-Inshof

  • 8/9/2019 Siapakah Ahl Al-sunnah Wa Al-jamaah-bahrulkalam.blogsport

    13/17

    Imam Al-Hafiz Abu Bakr Al-Baihaqi, pengarang kitab-kitab hadith dan kitab Al-Asma waAs-Sifat.

    Imam Al-Khatib Al-Baghdadi

    Imam Al-Hafiz Muhyiddin Yahya bin Syarf Al-Nawawi, pengarang kitab Syarh sahihmuslim dan banyak lagi.

    Sheikhul Islam Imam Al-Hafiz Abu Amr bin Al-Solah

    Imam Al-Hafiz Ibn Daqiq Al-Aid

    Imam Al-Hafiz Ibn Abi Jamrah Al-Andalusi, musnid Ahlul Maghrib

    Imam Al-Hafiz Al-Karmani, pengarang syarah sahih Al-Bukhari

    Imam Al-Hafiz Al-Munziri, pengarang Al-Targhib wa At-Taqrib

    Imam Al-Hafiz Al-Imam Al-Nawawi, pensyarah sahih Muslim

    Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqolani, pengarang Fahtul al-Bari (penutup bagi segala huffazIbnu Hajar al-`Asqalani)

    Imam Al-Hafiz Al-Sakhowi.

    Imam Al-Qostollani pengarang Irsyad As-Sariy

    Imam Al-Hafiz Al-Munawi.

    Imam Al-Hafiz Al-Dimyathi.

    Sheikh Al-Hafiz Waliyullah Al-Dahlawi.

    Sheikh Abu Al-Mahasin Al-Qouquji

    Sheikh Al-Hafiz Ahmad Al-Siddiq Al-Ghumari.

    Sheikh Al-Musnid Muhammad Al-Hafiz Al-Tijani.

    Sheikh Musnid Al-Dunya, Sheikh Muhammad Yasiin Al-Fadani.

    Sheikh Al-Musnid Abbas Al-Maliki

    Antara Ulama`-ulama` Sirah yang Bermazhab Al-Asy`ari:

  • 8/9/2019 Siapakah Ahl Al-sunnah Wa Al-jamaah-bahrulkalam.blogsport

    14/17

    Imam Qadhi `Iyad, pengarang kitab Al-Syifa fi Syamail wa ahwal Al-Mustofa

    Imam Al-Suhaili, pengarang kitab Al-Raudh Al-Unf

    Sheikh Ibn Khaldun

    Imam Ibn Athir.

    Imam Al-Solihi Al-Dimasqi, pengarang kitab Subulul Huda wa Al-Rosyad

    Sheikh Yusuf An-Nabhani.

    Antara Ulama`-ulama` Fiqh yang Bermazhab Al-Asya`irah:

    Menurut Imam Tajuddin Al-Subki, majoriti ulama` mazhab Al-Syafi`e, Malikiyah, Hanafiyahdan Sebahagian ulama` Hanabilah bermazhab Al-Asy`ari. Demikian diriwayatkan daripadaImam Izzuddin bin Abd al-Salam yang turut diakui oleh Imam Abu Amr ibn Hajib danJamaluddin Al-Husairi. (At-Tobaqot 3/365)

    Namun, kita senaraikan antara fuqaha yang kuat mempertahankan mazhab Al-Asyari iniiaitu:

    Imam Tajuddin Al-Subki, pengarang kitab Al-Saif Al-Saqil

    Imam Sheikhul Islam Zakaria Al-Ansori.

    Imam Al-Rafi`e Al-Syafi`e

    Imam Ibn Abidin

    Imam Ibn Hajib.

    Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad.

    Imam Alauddin Al-Bukhari

    Imam Al-Baidhowi.

    Imam Al-Zabidi.

    Imam Al-Qorofi.

  • 8/9/2019 Siapakah Ahl Al-sunnah Wa Al-jamaah-bahrulkalam.blogsport

    15/17

  • 8/9/2019 Siapakah Ahl Al-sunnah Wa Al-jamaah-bahrulkalam.blogsport

    16/17

    Dan demikian dalil yang menyatakan kebenaran al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ariradhiyallahu`anhu dan pengikut-pengikutnya. Seterusnya, dalil yang menyatakan kebenaranAl Imam Abu Mansur Al-Maturidi , beliau beri`tiqad seperti yang telah dii`tikadkan oleh

    dengan Abu Hassan Al-Asy`ari. Beliau wafat di sebuah perkampungan bernama MaturidSamarqand, di Asia Tengah pada tahun 333 Hijrah iaitu setelah 9 tahun kewafatan al-ImamAbu al-Hassan al-Asy`ari. Beliau bermazhaHanafi dalam bidang fiqh.

    Sepertimana tokoh Islam yang lain, beliau juga meninggalkan anak-anak murid yang gigihmempertahankan Aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah di persada dunia Islam. Di antaramereka ialah :

    1. Al-Imam Abu Muhammad Abdul Karim ibn Musa al Bazdawi, wafat pada tahun 390Hijrah.2. Abu al-Qasim Ishaq ibn Muhammad ibn Ismail, yang terkenal dengan gelaran al Hakim diSamarqand. Wafat pada tahun 340 Hijrah.3. Al-Imam Abu al-Laith al-Bukhari dan lain-lain lagi. Manakala pengikut al-Imam Abu al-Mansur al-Maturidi digelar dengan al-Maturidiyyah.

    Nabi sallallahu`alaihi wasallam pernah bersabda tentang Sultan Muhammad Al-Fatih dan baginda Sultan adalah pengikut al-Imam Abu al-Mansur al-Maturidiyyah. Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda[5]:

    " ".Mafhumnya:

    "Qosthonthiniyyah (Istanbul sekarang) pasti akan ditakluk, maka sebaik-baik pemimpinadalah pemimpin yang berhasil menakluknya dan sebaik-baik angkatan tentera adalahangkatan tentera tersebut ".

    Menerusi hadis ini Rasulullah memuji Sultan Muhammad Al-Fatih kerana baginda adalahsultan yang salih, aqidahnya sesuai dengan aqidah Rasulullah. Baginda juga telah berjayamenakluki Kota Qosthonthiniyyah (kota Istanbul) dan merampasnya daripada orang kafir.Seandainya aqidahnya menyalahi aqidah Rasulullah, maka Rasulullah tidak akan sama sekalimemujinya. Seperti yang sedia maklum bahawa diketahui dan dicatat oleh sejarah bahawaSultan Muhammad Al-Fatih adalah mengikut aqidah Al-Asy`ari al-Maturidi, bagindameyakini bahawa Allah wujud tanpa bertempat.

    Jika aqidah Sultan Muhammad Al-Fatih ini bertentangan dengan aqidah Rasulullah

    sallallahu`alaihi wasallam, nescaya Rasulullah tidak akan memuji baginda. Begitu jugaSultan Salahuddin Al-Ayyubi seorang raja yang `alim, beraqidah al-Asy`irah dan bermazhab

  • 8/9/2019 Siapakah Ahl Al-sunnah Wa Al-jamaah-bahrulkalam.blogsport

    17/17

    al-Syafi`e. Baginda telah menghafal al-Quran dan kitab al-Tanbih dalam fiqh al-Syafi`e sertasering menghadiri majlis-majlis ulama` hadis. Beliau memerintahkan agar dikumandangkanaqidah Sunni al-Asya`irah dari atas menara masjid sebelum solat Subuh di Mesir, tanah al-Hijjaz (Makkah dan Madinah) dan di seluruh Negara Syam (Syiria, Jordan, Palestin dan

    Lebanon).Al-Imam Muhammad ibn Hibbatillah al-Barmaki telah menyusun untuk Salahuddin al-Ayyubi sebuah risalah berbentuk nazam berisi Aqidah Ahl al-Sunnah dan ternyata bagindasangat tertarik dengannya, akhirnya baginda telah memerintahkan agar aqidah ini diajarkankepada semua umat Islam ini diajarkan kepada umat Islam, kecil dan besar, tua dan muda,sehingga akhirnya risalah tersebut dikenal dengan nama al-Aqidah Al-Salahiyyah. Risalahini di antaranya memuatkan penegasan bahawa Allah ta`ala Maha Suci dari jisim, sifat-sifat jisim dan Maha Suci dari arah dan tempat.

    ________________________________________ [1] Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-`Asqalani, Fath al-Bari, juz XII, h. 245.[2] Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani, Al-Ghunyah li Thalibi Thariq al-Haqq, j. 1, h. 80.[3] Imam Al-Zabidi, Ittihaf al-Saadah al-Muttaqin, j. 2, h. 6.[4] Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari di dalam kitab Shahih Bukhari : Kitab Al-Maghoziy, Bab Quduumil Asy`ariyyun wa Ahlul Yaman/ bab kedatangan al Asy`ariyyun danorang Yaman.[5] Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya j. 4, h. 335 dan Al-Hakim di dalm

    Mustadraknya j. 4, h. 424.