sheikh muzaphar angkasawan

15
BIODATA DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR ANGKASAWAN NEGARA MALAYSIA Biodata. Nama : Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha Tarikh Lahir : 27 Julai 1972 Tempat Lahir : Kuala Lumpur Keluarga : Beliau merupakan anak ke tiga daripada lima orang adik-beradik. Status : Berkahwin dengan Dr Halina Mohd Yunos Angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas setelah diumumkan oleh Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (kini bergelar "Tun") pada 25 September 2007 (Selasa) tepat jam 12.00 tengah hari.

Upload: khairul-rasyid-mohammad

Post on 20-Nov-2015

320 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

buku skrap

TRANSCRIPT

BIODATA DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR ANGKASAWAN NEGARA MALAYSIA

Biodata.

Nama: Datuk DrSheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh MustaphaTarikh Lahir : 27 Julai 1972Tempat Lahir : Kuala LumpurKeluarga : Beliau merupakan anak ke tiga daripada lima orang adik-beradik.Status

: Berkahwin denganDr Halina Mohd YunosAngkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas setelah diumumkan oleh Dato' SeriAbdullah bin Haji Ahmad Badawi(kini bergelar "Tun") pada25 September2007(Selasa) tepat jam 12.00 tengah hari.

PendidikanMenengah : Maktab Rendah Sains MARA Muar. Universiti: ijazah perubatan MBBS di Kolej Perubatan Kasturba, Manipal, India.Kerjaya.

Berkhidmat di Hospital Seremban (1998), Besar Kuala Lumpur (1999) Hospital Selayang (2000-2001). Beliau menjadi doktor ortopedik, dan Pensyarah perubatan pelatih di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).Beliau juga merupakan model sambilan di kebanyakan iklan komersial.

Kulit depan dalam majalah Maskulin November 2006

Tempoh Masa di Angkasa :10 hari, 21 jam, 14 minitMisi Angkasawan Malaysia.

Beliau berlepas ke angkasa pada10 Oktober2007dengan menaikiSoyuz TMA-11yang dilancarkan olehStesyen Angkasa Antarabangsa(ISS). Beliau menyertai program ini di bawah perjanjian bersamaRussiamenerusi program Angkasawan, dan telah kembali ke Bumi bersama ahli-ahliEkspedisi 15,Fyodor YurchikhindanOleg Kotovselepas sembilan hari berada di stesen berkenaan.

Misi selama 11 hari ini telah berjaya dilangsungkan dari 10 Oktober 2007 jam 9.21 malam waktu Malaysia dan selamat kembali ke bumi pada21 Oktober2007pada jam 6.44 petang waktu Malaysia. Beliau merupakan orang Islam pertama yang menjalani ibadah berpuasa dan menyambutHari Raya Aidilfitridi angkasa lepas.

Semasa sidang akhbar NASA dengan ahli-ahliEkspedisi 16pada23 Julai2007, Shukor menyatakan bahawa beliau berharap untuk membawa pelbagai kultur sel hidupan untuk dipelajari semasa penerbangannya.

Agama

Buku panduan ibadah: bagaimana angkasawan untuk mengerjakan ibadah ketika diangkasa lepas; terbitan JAKIM,April,2007.

Sebagai seorangmuslim, dan berpuasa diakhir bulanRamadhan semasa di angkasa lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, telah menerbitkan satu buku panduan untuk muslim di angkasa-lepas.Buku bertajukPerlaksanaan Ibadah di Stesen Angkasa Antarabangsa, dan bermuka-surat sebanyak 18 keping, menerangkan bagaimana untuk mengenalpasti waktu solat, dan masalah yang melibatkan hal berpuasa. Orbit dari ISS menghasilkan satu hari per satu malam, setiap 90 minit,masalah mengenai puasa di bulan Ramadhan juga ditujukan. Panduan ini akan dialih-bahasa dalamRusia,Arab danInggeris. Anan C. Mohd dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, menyatakan, berpuasa semasa perjalanan adalah tidak diwajibkan, maka, Sheikh Muszaphar boleh dibuat untuk melakukanya atau tidak, sekiranya dilakukan, waktu puasa adalah sama dengan waktu tempatan diBaikonur, di mana tempat kapsul dilancarkan.Bagi membolehkan Sheikh Muszaphar meraikanHari Raya Aidilfitripada13 Oktober,2007bersamaan hari Sabtu, bekalan seperti kuih-biskut dansate dibekalkan bagi dimakan bersama angkasawan-angkasawan yang ada di stesen angkasa lepas. Pemilihan Angkasawan Malaysia.

Kerajaan Malaysia telah mengadakanProgram Angkasawan Malaysia bagi memilih calon angkasawan yang sesuai. Seramai 11,275 calon telah mendaftarkan diri dengan pelbagai kelayakan akademik, ketahanan fizikal, emosi, dan mental. Mereka menjalani latihan terakhir diKosmodrom Baikonur,Kazakhstan. Muszaphar dikatakan adalah calon terakhir daripada yang memohon program ini. Kerajaan Malaysia telah bekerjasama dengan kerajaan Russia.Peluang ini sebahagian daripada pakej pembelian jet pejuang Russia bernilai AS$1 bilion (RM3.44 bilion).

Muszaphar dan tiga calon akhir yang lain dipilih pada awal tahun 2006 daripada Program Angkasawan Malaysia. Setelah selesai menjalani latihan di Star City,Russia, Sheikh Muszaphar danFaiz Khaleed akhirnya dipilih untuk latihan 18 bulan di Russia. Akhirnya, beliau dipilih sebagai calon utama Angkasawan Pertama Malaysia, sementara, Faiz Khaleed dijadikan calon simpanan.

Kebanggaan

Putera Arab Saudi,Sultan Salman Abdel Aziz Al-Saudmerupakan angkasawan pertama negara Islam ke angkasa lepas pada 1985. Beliau bertindak sebagai pakar muatan dalam kapal angkasa Amerika ,DiscoverySTS-51-G pada 17 hingga 24 Jun 1985 .Beliau berbangga dengan misi Malaysia ini dan berharap misi angkasa lepas dari dunia Islam sendiri akan terlaksana. Angkasawan Islam dari Syria ialahMohammed Faris dari Syria pergi keStesen Mirdengan roketSoyuz TM-3 pada 22 Julai 1987 hingga 30 Julai1987. Beliau pergi bersamaAlexander Viktorenko dan Aleksandr Pavlovich Aleksandrov.

JuruterbangtenteraAfghanistan,Abdul Ahad MohamadkeStesen Mirdengan roketSoyuz TM6pada29 Ogos1988dengan ditemani 2 angkasawanRussia,Vladimir LyakhovdanValery Polyakovdan tiba di bumi pada6 September1988Dengan kejayaan Dr Sheikh Muszaphar Shukor ini, dunia Islam akan berbangga dengan kejayaan angkasawan Malaysia yang akan membuat pemerhatian dari sudut agama ketika berada diorbitPerkahwinan

Sheikh Muszaphar telah berkahwin dengan Dr. Halina Yusof (lahir 1981 di Kluang), seorang pakar anestesia di Hospital Selayang pada 10 Oktober 2010(iaitu 101010) diSeremban.Sheikh Muszaphar bertemu dengan Dr. Halina sejak2001sewaktu beliau merupakan pensyarah diUniversiti Kebangsaan Malaysia, manakala Dr. Halina ialah pelajarnya sewaktu itu. Mereka dikurniakan 2 cahaya mata perempuan, bernama Sophea Isabella dan Sophea Natasha.

Ikon Inspirasi

Sheikh Muszaphar Shukor dilantik sebagai ikon inspirasi angkasawan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2010 di Kuching, Sarawak pada 20 April 2010. Penamaan

Perlepasan ke angkasa sebagai tetamu kerajaan Rusia, Alexander Karchava, pegawai diplomatik Rusia ke Malaysia, telah menyatakan yang Sheikh Muszaphar adalahAngkasawan Matang Robert Gibson, seorang angkasawan bersara, ditemuramah oleh akhbar tempatan Malaysia, The Star, menyatakan yang Sheikh Muszaphar layak menjadi seorang angkasawan dan layak menerima panggilan tersebut dan pangkat tersebut. Kritikan.

Seorang komentator dariAustralia, Michael Backman, telah menyuarakan komennya dengan mengatakan Malaysia telah membuang duit untuk seorang rakyat Malaysia ke angkasa lepas dengan membazirkan wang sebanyakRM105 juta (bersamaan denganAS$26 juta). Pembaziran ini dikatakan oleh Micheal Backman lagi, sebagai satu nafsu kehendak yang tidak berasas dan hanya untuk memenuhi nafsu tersebut. Bagaimanapun, jumlah tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Malaysia tanpa meminta bantuan asing, dan ramai pihak yang mencemburui fakta ini. Selain itu, ia merupakan pakej pembelian sebanyak 18 jet Sukhoi dari Rusia yang bernilai RM3.42 bilion dengan sebagai balasan Rusia akan membeli minyak sawit Malaysia, memindahkan teknologi angkasa dan melatih seorang rakyat Malaysia menjadi angkasawan pertama. Saman.

Norlina Nordin telah memfailkan saman itu pada 25 Julai 2008 kerana mendakwa Sheikh Muszaphar telah melanggar kontrak pelantikannya sebagai pembantu peribadi dan menuntut ganti rugi melebihi RM90,000.

Pada 14 Oktober 2009, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 27 Oktober 2009 untuk keputusannya berhubung permohonan angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar bagi membatalkan saman yang difailkan seorang ahli perniagaan oleh Norlina Nordin. Pihak mahkamah kemudiannya membatalkan permohonan kes tuntutan saman itu setelah pihak plaintif gagal memfailkan beberapa dokumen yang telah diarahkan sebelum ini pada 18 Mei 2010. Sheikh Muszaphar Shukor kemudiannya berjaya membuat tuntutan balas ganti rugi khas RM25,000. Pendaratan.

Sheikh Muszaphar tiba di Kustanai, Kazakhstan dengan helikopter selepas dari tempat kapsul mendarat

Sheikh Muszaphar di dalam kapal angkasaSoyuz TMA-10Misi selama 10 hari, 21 jam dan 14 minit[26]telah membenarkan Sheikh Muszaphar Shukor selamat tiba di bumi dengan kapsul kapal angkasaSoyuz TMA-10atau lebih dikenaliSpace Drop Zone, mendarat berdekatan bandarArkylk, Kazakhstan(yang terletak 500 kilometer dari bandar Baikonur), petang21 Oktober,2007. Pendaratan berlaku tepat jam 2.37 petang waktu Kazakhstan atau 6.37 petang di Malaysia selepas meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada jam 11.15 pagi (3.15 petang, Malaysia) untuk perjalanan selama tiga jam 23 minit ke bumi.

Pendaratan kapsul tersasar kira-kira 420 kilometer dari lokasi sasaran awal.[27]Perjalanan kembali kebumitelah mengambil masa 3 jam 23 minit.Koleksi Gambar Datuk Dr Sheikh Muszaphar

Ketika kanak-kanak

Ketika remaja

Bersama famili ketika kanak-kanak.

Bersama Misi Kemanusiaan MERCY

Bersama isteri dan anak-anak.

Ketika di ISS