journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

29
Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011 Penulisan Journal PCA1M Shamsul Bin Mhd Sayuti No Tarikh / Masa / Aktiviti: Impak 1 Nama: Shamsul Mhd Sayuti No IC : 770311-08-6739 Alamat: SK Putrajaya Presint 9(2) Jln P9A, Presint 9, 62250 Putrajaya SHAMSUL MHD SAYUTI - PESERTA FINALIS PROGRAM CABARAN ANGKASAWAN 1 MALAYSIA FASA 2, 2010 2 23.01.2011 / 4.00 pm – 7.00 pm / Pendaftaran Seramai 28 orang peserta PCAIM telah mengesahkan kehadiran telah mendaftar diri di Planetarium Negara, KL. Pengagihan peralatan telah di buat pada jam 6.30 pm. Setiap peserta dibekalkan dengan 1 unit beg galas, 2 helai t- shirt berkolar, 2 helai t-shirt tidak berkolar, dan sepasang trek shuit. Peserta dapat berkenalan antara satu sama lain. Peserta berpeluang melawat Planetarium Negara yang mempunyai pelbagai maklumat tentang Program Angkasawan Pertama Negara. 3 23.01.2011 / 8.00 pm – 10.30 pm / Taklimat PCA1M En Badrul telah bertindak selaku pengerusi majlis telah memulakan sesi taklimat pada jam 8.15 PM. Dr. Mustafa Din Subari, KP Angkasa memberikan En. Zailani Bin Samberid dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Angkasawan Malaysia (YAM) telah ucapan alu-aluan kepada semua finalis PCAIM Fasa II. Taklimat tentang perincian pelaksanaan PCAIM dijalankan oleh Mejar Dr, Faiz Khaleed. PCA1M akan memberi fokus terhadap aspek modal insan, mengembangkan Peserta mendapat gambaran ringkas tentang perjalanan PCA1M yang akan dijalankan dengan baik. Finalis PCA1M menyedari bahawa PCA1M dapat memberi pelbagai iktibar dalam usaha memantapkan, memperbaiki diri dari segi mentaliti dan fizikal. Peserta akan merasai pengalaman proses penilaian calon Angkasawan Negara.

Upload: danial-cool

Post on 08-Jul-2015

356 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

No Tarikh / Masa / Aktiviti: Impak

1 Nama: Shamsul Mhd Sayuti

No IC : 770311-08-6739

Alamat:

SK Putrajaya Presint 9(2)

Jln P9A, Presint 9,

62250 Putrajaya

SHAMSUL MHD SAYUTI - PESERTA FINALIS PROGRAM CABARAN ANGKASAWAN 1 MALAYSIA FASA 2, 2010

2 23.01.2011 / 4.00 pm – 7.00 pm / Pendaftaran

Seramai 28 orang peserta PCAIM telah mengesahkan kehadiran telah mendaftar diri di Planetarium Negara, KL. Pengagihan peralatan telah di buat pada jam 6.30 pm. Setiap peserta dibekalkan dengan 1 unit beg galas, 2 helai t-shirt berkolar, 2 helai t-shirt tidak berkolar, dan sepasang trek shuit.

Peserta dapat berkenalan antara satu sama lain. Peserta berpeluang melawat Planetarium Negara yang mempunyai pelbagai maklumat tentang Program Angkasawan Pertama Negara.

3 23.01.2011 / 8.00 pm – 10.30 pm / Taklimat

PCA1M

En Badrul telah bertindak selaku pengerusi majlis

telah memulakan sesi taklimat pada jam 8.15

PM. Dr. Mustafa Din Subari, KP Angkasa

memberikan En. Zailani Bin Samberid dan Ketua

Pegawai Eksekutif Yayasan Angkasawan Malaysia

(YAM) telah ucapan alu-aluan kepada semua

finalis PCAIM Fasa II. Taklimat tentang perincian

pelaksanaan PCAIM dijalankan oleh Mejar Dr,

Faiz Khaleed. PCA1M akan memberi fokus

terhadap aspek modal insan, mengembangkan

Peserta mendapat gambaran ringkas

tentang perjalanan PCA1M yang akan

dijalankan dengan baik. Finalis PCA1M

menyedari bahawa PCA1M dapat memberi

pelbagai iktibar dalam usaha

memantapkan, memperbaiki diri dari segi

mentaliti dan fizikal. Peserta akan merasai

pengalaman proses penilaian calon

Angkasawan Negara.

Page 2: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

aspek mentaliti bagi program latihan

angkasawan masa akan datang. Kesukaran

PCA1M pada tahap 35% sebagai cabaran buat

semua finalis. Ujian-ujian yang bakal dilalui

adalah:

Mental

Pengetahuan sains

Kemahiran komunikasi dalam Bahasa

Inggeris

Fizikal

Fear Coping / Stress Coping

Decision Making

Kemampuan mematuhi arahan

keselamatan

Semua peserta dibahagikan mengikut kumpulan,

pembahagian fasilitator dan diberikan tajuk bagi

tugasan Public Speaking.

*Kumpulan 3 akan berada di bawah bimbingan

fasilitator En Syukur.

Ahli Kumpulan Kaizen

Ahli Kumpulan 3:

1. Nadiah Bt Baharum

2. Avila Sanis

3. Shamsul Mhd Sayuti

4. Zul Fadli Bin Rusli

5. James Lau Jenn Yunn

Tajuk tugasan Public Speaking:

*Discuss about microorganism

4. 24.01.2011 / 9.00-11.30 AM / Lawatan Pusat

Sains Negara (PSN). Peserta finalis PCA1M

bertolak dari KBS Kg. Pandan ke PSN. Peserta

berpeluang mendapatkan pelbagai maklumat

tentang sains dan teknologi. Peserta dapat

menggunakan kemudahan akses internet serta

buku-buku rujukan di Pusat Sumber PSN.

Finalis dapat membuat aktiviti mencari

maklumat dan persiapan tugasan public

speaking yang telah diberikan kepada

setiap peserta.

Page 3: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

5. 24.01.2011 / 2.00 PM – 5.30 PM / Lawatan Pusat

Penyelidikan dan Latihan Simulator-G, MINDEF

yang terletak di Pengkalan TUDM, Subang.

Terdapat pelbagai kemudahan latihan bagi

juruterbang tempur. Peserta diberikan taklimat

oleh Kolonel Dr, Zulkifli Md Jusoh sebelum

peserta diberikan peluang untuk menggunakan

latihan simulator-G menggunakan High

Performance Human Centrifuge dengan daya 5G

selama 10 saat. Peserta dapat merasai daya

tekanan 5G menggunakan Centrifuge yang

merupakan peralatan simulasi-G yang tercanggih

masa kini. Angkasawan sebenar perlu

mempunyai kemampuan fizikal bagi menahan

daya sehingga 9G selama 15 saat. Latihan

menahan daya G yang lebih tinggi memerlukan

latihan yang betul dengan cara kawalan

pernafasan, mengeraskan otot kaki dan perut

bagi membolehkan darah yang terkumpul di

bahagian kaki dapat dipam semula ke otak

bersama-sama oksigen bagi elakkan G-lock

terjadi.

Pengalaman merasai 5G di Centrifuge

merupakan pengalaman paling hebat yang

tidak pernah dibayangkan sebelum ini. Saya

sedar bahawa bukan mudah untuk

menjalani latihan sebagai juruterbang

tempur tentera udara yang perlukan

kekuatan fizikal sehingga 9G. Baru sekadar

merasai 5G, 10 saat sahaja sudah agak perit

untuk ditahan dan saya hampir-hampir rasa

pengsan.(G-lock)

Page 4: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

6. 24.01.2011 / 6.30 PM - 11.30 PM/ Perjalanan ke

Kuala Perlis

Persiapan untuk perjalanan ke Jeti Kuala Perlis,

menaiki Bas Pusat Sains Negara. Bas telah

sampai ke destinasi pada jam 7.30 AM.

Bus berhenti di R&R Bukit Gantang.

Pada jam 6.30 AM bus berhenti di sebuah Masjid

untuk solat subuh.

7. 25.01.2011 / 8.30 AM – 10.40 AM/Perjalanan Ke

Langkawi

Kumpulan PCA1M seterusnya meneruskan

perjalanan ke Pulau Langkawi dengan menaiki

feri pada jam 8.30 AM. Pasukan PCA1M sampai

ke destinasi pada jam 10.40 AM dan seterusnya

terus menaiki bus menuju ke Hotel The Baron

Resort.

Setelah Mejar Dr. Faiz Khaleed memberikan

taklimat ringkas peserta bersarapan pagi di

restoran berhampiran jeti sementara

masih ada masa untuk menunggu feri

bertolak ke Langkawi.

8. 25.01.2011 / 2.00 PM - 4.20 PM / Aktiviti 1 /

Ujian Public Speaking

Sesi ujian public speaking dijalankan di bilik

Baron 1. Saya telah dipanggil menjadi peserta

pertama menyampaikan syarahan bertajuk

“Discuss About Microorganism”. Saya agak

terkejut kerana tanpa di duga saya dipilih

sebagai peserta yang pertama untuk sesi ujian

tersebut. Saya telah menyediakan teks ucapan

yang telah disiapkan. Pada saat saya membuat

sesi syarahan saya tidak melihat langsung teks

tersebut. Ahli panel akan membuat penilaian

secara menyeluruh meliputi knowledge content,

cognitive thingking, assesment of odd thingking

and social alienation.

Suatu kerugian yang besar kerana saya

tidak merujuk bahan teks yang telah saya

siapkan menyebabkan aspek isi

pengetahuan sains yang saya bentangkan

menjadi kurang baik. Saya dapat

pengajaran bahawa suatu public speaking

yang baik perlu ada isi fakta sains secara

terpeinci. Gaya penyampaian yang baik

sahaja tidak memadai, ia perlu diiringi

dengan sains content knowlegge yang baik.

Catatan nota kecil dan ringkas pada tangan

adalah perlu bagi membolehkan fakta-fakta

sains dapat disampaikan semasa sesi public

speaking.

Page 5: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

25.01.2011 / 4.20 PM – 5.30 PM / Ujian Psikologi

a) Memori Test -Visual memory

b) Personality

Assesment of personality preferences

jawab set soalan psikologi personaliti

c) Projective techniques

Lukiskan gambar kereta idaman kamu

dan gambar diri kamu sendiri

Lukiskan gambaran dalaman kereta

idaman kamu.

d) Assessment of forgetfulness. Peserta

diminta mengingat semula susunan 10

baris abjad yang telah di tunjukkan pada

sesi awal ujian memori tadi. Jika peserta

mampu mengingat semula semua abjad

mengikut tertib dan susunan yang betul

menunjukkan daya ingatan yang sangat

baik. (tak cepat lupa)

Ujian Psikologi dikendalikan oleh:

Dr Geshina Ayu – Pakar Psikologi from USM

Pn Suzani - Kaunseling Information Science

En Anuar Faizal-Social Management Psycologies

Assesment of visual wording / visualized

items for short term memory ( 6 kali)

Result: ESFJ ,Pada pandangan saya

penilaian personatity diri yang dijalankan

adalah berdasarkan jawapan peserta pada

set kertas soalan yang diberikan. Saya

kurang yakin sejauh mana kebenaran

analisis dan keputusan ujian tersebut

kerana peserta bebas membuat pilihan

jawapan yang tidak menggambarkan

personaliti sebenar.

Tanpa disedari bahawa dengan melukis

gambar tersebut ahli psikoligi dapat buat

penilaian tentang sikap individi dari aspek

utamakan keselamatan, perwatakan diri,

kemempurnaan dan sistematik. Setiap

lukisan ada tafsirannya yang tersendiri.

Lukisan yang baik adalah: Lukisan kereta

Marcedes yang melambangkan kehebatan,

kemewahan keselamatan. Lukisan diri

sendiri adalah berdasarkan saiz kepala yang

dilukiskan. Kalau saiz kepala besar,

menunjukkan sikap ego dan besar kepala,

kalau saiz kecil pula menunjukkan tiada

keyakinan diri. Yang terbaik adalah saiz

kepada yang seimbang dengan saiz badan

keseluruhannya. Kesimpulannya lukisan

yang idel dan sempurna akan

melambangkan kesempurnaan

keperibadian seseorang itu dalam skop

psikologi.

9. 25.01.2011 / 8.00 PM – 10.30 PM/ Aktiviti 2-

Ujian daya kreativiti

Projek reka cipta 1- membina kren angkat

barang. Bahan: kayu chop stik, lidi sate 2 batang,

2 wayar berlainan warna , 1 paku, 1 keping

papan, tape, pisau / gunting.

Projek reka cipta 2-mereka cipta alat penembak

Kren berjaya dibina dan mencatatkan

kekuatan angkatan pin sebanyak 19 unit.

Tembakan bola pingpong tersasar dari

sasaran. Tiada jatuhan tin dapat dicatatkan.

Page 6: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

menggunakan konsep tuas. Peluru penembak

adalah bola pingpong. Alat penembak mampu

melancarkan bola pingpong untuk jatuhkan tin-

tin yang tel;ah di susun bertingkat.

Bahan: 1 unit sudu plastik, botol air mineral 500

ml, 4 unit getah gelang dan 4 batang lidi, pisau,

tape.

10. 26.01.2011 / 7.00 AM – 8.00 AM /

Senaman pagi.

9.00 AM – 11.30 PM / Aktiviti 3 – Abserling /

Repeiling. Jurulatih merupakan bekas anggota

komando telah menunjukkan demonstrasi

aktiviti abserling. Sebelum mula aktiviti peserta

melakukan aktiviti memanaskan badan. Peserta

diminta membuat penurunan dalam 2 kali

sesaran sebelum pendaratan dibuat. Saya dapat

melakukan aktiviti abserling dengan ketinggian

hampir 10 meter tinggi dengan baik tanpa rasa

takut dan gayat. Cuma teknik pendaratan masih

perlu dibaiki supaya posisi semasa pendaratan

lebih stabil.

Page 7: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

11. 26.01.2011 / 11.30 AM – 12.30 PM /

Pertandingan Merempuh Halangan

Peserta dikehendaki membawa kerusi sebagai

beban dan seorang peserta buka semasa aktiviti

larian merempuh halangan. Masa akan

dicatatkan berdasarkan peserta terakhir yang

berjaya sampai dari keseluruhan jumlah peserta

yang ada. Pasukan perlu bijak merancang

strategi supaya beban kerusi dan orang buka

dapat cepat sampai ke garisan penamat.

Sebanyak 2 jenis halangan yang akan digunakan

iaitu halangan titi bergantung dan monkey rack.

Pasukan 5 telah terlibat dengan sedikit

kemalangan semasa orang buta terjatuh semasa

melompat tiang di garisan penamat. Mujur tiada

kecederaan serius.

Page 8: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

12. 26.01.2011 / 2.00 PM

Pergerakan ke lokasi jungle survival, penerimaan

alatan (2 unit khemah, dapur masak tentera, 2

unit mestin) bagi semua kumpulan. Pergerakan

kumpulan PCA1M dalam bentuk single file ke

lokasi based camp.

26.01.2011 / 2.25 PM Aktiviti 4.

Sebaik tiba taklimat ringkas diberi oleh jurulatih

termasuk Kolonel Mejar Zulkifle.

26.01.2011 / 2.30 PM 3.30 PM

Menjawab soalan Psikologi

Set 1: solan dalam bahasa inggeris IQ Test

Set 2: Solan bahasa Melayu tentang personaliti

diri.

26.01.2011 / 3.30 PM – 4.10 PM

Setiap kumpulan menetapkan ketua kumpulan

dan ketua kumpulan di panggil untuk belajar

ikatan manuk. Ketua kumpulan seterusnya

mengajarkan teknik ikatan tersebut kepada

setiap ahli kumpulan. Jurulatih membuat

semakan bagi memastikan setiap ahli dapat

membuat ikatan tersebut.

Setiap kumpulan ditetapkan kawasan bagi

membina khemah masing-masing. Secara

berkumpulan dengan semua ahli memegang tali

Page 9: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

perlu mengaplikasikan ikatan manuk pada

sebatang pokok sebenar dengan syarat tanpa

melepaskan tangan sehingga ikatan tersebut

disiapkan dalam tempoh masa tertentu.

Kumpulan saya (kumpulan 3) berjaya

menyiapkan tugasan dengan catatan masa

terpantas.

13. 26.01.2011 / 4.10 PM – 5.50 PM Aktiviti 5

Treasure Hunt 1- silang kata

Setiap peserta diberikan sebiji telor untuk dijaga

sepanjang masa sebelum aktiviti bermula. Klu

diberi kan peserta secara berkumpulan perlu

mencari klu seterusnya dan menyelesaikan solan

teka silang kata yang diberi untuk mencari klu

dan jawapan yang seterusnya. Traesure Hunt 2-

mencari makanan tersembunyi Peserta diberi klu

bagi mengesan makanan dan 1 tin ikan sardin

yang berada di 2 lokasi yang berbeza.

Kedua-dua tugasan berjaya disiapkan dalam

tempoh masa yang ditetapkan.

Page 10: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

26.01.2011 / 5.30 PM – 7.00 PM / Aktiviti 6 /

Buat Khemah dan Masak / Makan Malam

Berkumpul di Check Point (CP), dan menerima

arahan untuk buat persiapan khemah dan

persediaan masakan untuk makan malam.

Makanan yang telah siap perlu dihidangkan

untuk diadili oleh fasilitator. Avila Sanis telah

membuat pembentangan masakan makan

malam bagi kumpulan Kaizen. Setelah selesai

Kol. Mej Zulkifli mengarahkan pertukaran

makanan, yang mana makanan yang di sediakan

akan di makan oleh kumpulan yang lain.

Agihan tugas diperingkat kumpulan ada yang

dirikan khemah dan buat kerja memasak.

Kumpulan 3 berjaya siapkan khemah dan

hidangkan makanan dengan masakan nasi putih,

lauk ikan sardin yang siap dihias dengan dekorasi

menggunakan daun-daun pokok. Makanan

kumpulan Kaizen dapat pengiktirafan masakan

yangterbaik memandangkan hiasan dan nasi

yang dimasak dengan baik. Namun makanan

tersebut terpaksa ditukar dengan kumpulan lain

dari Kumpulan 2 yang mana nasinya kurang

masak sedikit. Semua ahli berkongsi makan

masakan tersebut.

14. 26.01.2011 / 7.00PM – 9.25 PM / Aktiviti 7

Wisel dibunyikan lebih dari 2 kali dan semua

peserta berkumpul di CP untuk melaksanakan

aktiviti mengesan objek buatan manusia yang di

letakkan dalam kawan yang telah di tandakan

sempadanya. Secara individu peserta perlu

mencatat seberapa banyak objek yang mereka

boleh perhatikan dalam sempadan kawasan

tersebut dalam suasana yang hampir gelap.

Setelah selesai peserta dibenarkan pulang ke

khemah untuk buat pentadbiran berkumpulan

termasuk melaksanakan solat.

Aktiviti ini menguji kebolehan daya

pemerhatian untuk mengesan objek

tersembunyi di dalam kawasan perimeter

yang telah di tetapkan. Antara objek yang

dapat dikesan adalah:duit kertas RM 5,

ubat gigi, sudu, tape, tali,botol ,botol air

mineral,plastik, kertas A4, getah gelang,set

khemah, dll. Ujian ini bagi mengesan ciri-ciri

seorang angkasawan memerlukan daya

pemerhatian dan fokus yang baik.

Page 11: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

26.01.2011 / 9.25 PM – 10.45 PM

Isyarat wisel memanggil semua peserta

berkumpul di CP untuk arahan tugasan

seterusnya. Setiap kumpulan di arah mencari 3

jenis hidupan yang hidup dengan bantuan

sebuah pelita pelaut yang akan dibawa oleh

seorang fasilitator. Setelah tugasan selesai pihak

jurulatih telah menghukum semua peserta untuk

terjun ke laut supaya semua badan basah dalam

tempoh 2 minit. Jika ada yang lewat hukuman

tersebut perlu diulangi semula.

Hukuman dalam bentuk tekan tubi juga

dikenakan kepada semua peserta. Jurulatih akan

terus menghukum sehingga ada keseragaman

dalam pelaksanaan hukuman yang telah

diberikan. Hukuman tersebut benar-benar

menguji ketahanan mental dan fizikal peserta.

Dalam masa yang sama pemerhatian dijalankan

oleh ahli psikologi ke atas setiap peserta melalui

gambar-gambar yang juga ditangkap bagi tujuan

analisa. Peserta terpaksa mengulangi perbuatan

terjun ke laut hampir 3-4 kali sehingga semua

ahli dapat sampai ke CP sebelum 2 minit.

Kumpulan kaizen berjaya menangkap 1

ekor katak puru, 1 ekor anak cicak dan 1

ekor kumbang tanah.

Pengajaran adalah orang yang kuat perlu

bantu orang yang lemah, jangan pentingkan

diri sendiri untuk sampai awal sedangkan

ada peserta lain yang lambat. Peserta yang

sering lambat pula perlu berusaha lebih

gigih lagi supaya tidak menjadi beban

kepada ahli kumpulan yang lain.

15. 26.01.2011 / 10.45 PM – 12.35 PM

Setelah hukuman selesai dan jurulatih berpuas

hati barulah peserta di benarkan balik ke kem

masing-masing dalam keadaan yang tidak selesa

kerana pakaian basah, kurang makanan dan

minuman serta kepenatan.

Daya ketahanan fizikal & mental peserta

diuji supaya tidak cepat mengalah dengan

cabaran yang bakal dilalui. Saya memahami

bahawa Angkasawan perlu mempunyai

kekuatan dari aspek mental dan fizikal

kerana setiap masa penuh dengan cabaran.

Page 12: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

27.01.2011 / 12.35 PM – 1.35 AM

Peserta berkumpul semula di CP, dan di denda

berendam di dalam laut dan tekan tubi sekali lagi

secara berulang kali. Seterusnya semua peserta

diarah memegang tali dan berjalan dalam 1

barisan (single file) menuju ke arah laut. Kami

diarahkan bergerak hampir 100 meter ke dalam

jarak dari pantai untuk direndam dalam keadaan

merangkak dan duduk. Peserta sengaja direndam

supaya merasa kesejukan dengan air laut dan

tiupan angin.

Jurulatih membuat kiraan jumlah peserta dalam

selang masa setiap 15 minit bagi mestikan

peserta semua dalam keadaan baik. Seterusnya

kami di arah merangkak untuk naik ke tebing

pantai dan berbaring di atas pasir pantai dalam

keadaan baring muka melihat ke langit dan kaki

diangkat ke atas.

Setelah jurulatih berpuas hati baru kami di

arahkan naik ke atas pulang ke kem masing-

masing. Semasa hukuman diberikan, peserta

diuji daya ketahanan mental dan fizikal. Selain itu

semangat kerja berpasukan juga dapat dinilai

melalui keseragaman pelaksanaan hukuman

yang dilaksanakan dan keupayaan mengikuti

arahan yang diberikan.

Page 13: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

16. 27.01.2011 / 1.50 AM – 3.30 AM

Berkumpul di CP dan seterusnya mara dalam

format 1 barisan ke kawasan lain yang melalui 2

CP masuk ke kawasan bagi operasi serang

hendap lanun yang dipercayai seramai 2-3 orang.

Pasukan di arahkan supaya hanya menangkap,

tidak mencederakan lanun yang dipercayai

bersenjatakan parang dan tidak membawa

sebarang senjata api. Setelah bersembunyi di

lokasi tepi sepanjang jalan bagi melaksanakan

operasi serang hendap. Operasi serang hendap

gagal kerana sebilangan besar peserta yang

kepenatan telah tertidur dan ada yang tidak tidur

namun tidak memberikan isyarat kepada

anggota lain untuk menangkap lanun yang telah

melalui jalan tersebut sehingga sebanyak 2 kali.

Lantaran kegagalan operasi tersebut semua

peserta dikenakan hukuman tekan tubi,

merangkak, side roll, forward role, berjalan itik,

dan memikul manusia di atas jalan raya yang

berturap.

Persediaan sebelum pergerakan masuk ke

tempat serang hendap.

Page 14: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

27.01.2011 / 3.30 AM – 5.20 AM

Setelah jurulatih berpuas hati dengan hukuman

dan tiada mana-mana ahli yang rela mengundur

diri seterusnya kami di arahkan untuk duduk

secara berasingan dan berjauhan antara satu

sama lain di kawasan Jirat Orang Cina bagi tujuan

penilaian fear coping ke atas peserta dapat

dijalankan.

Tanah Perkuburan Cina (Jirat Cina)

17. 27.01.2011 / 5.20 AM – 7.00 AM

Pergerakan pulang semula ke based camp

menggunakan laluan jalan berturap. Tiba di kem

semua kumpulan di arah buat pentadbiran

sendiri termasuk melaksanakan solat dan

menunggu arahan aktiviti yang seterusnya dari

jurulatih.

18. 27.01.2011 / 7.00 AM – 8.00 AM

Aktiviti senaman, bermula dengan wakil

kumpulan mengetuai sebarang bentuk aktiviti di

hadapan secara bergilir-gilir, warp-up, dan

aktiviti fizikal fitness di tepi pantai yang

dijalankan dalam bentuk station yang

melibatkan beberapa disiplin dan praktis latihan

mengikut arahan jurulatih.

Page 15: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

19. 27.01.2011 / 8.00 AM – 10.00 AM

Penyediaan masakan sarapan pagi untuk

dipersembahkan dan dinilai oleh fasilitator/

jurulatih. Kol. Mej. Zulkifli telah memberikan

sekotak KFC berisi 2 ketul ayam KFC supaya

dapat diagihkan kepada semua peserta dengan

saksama.

Semua peserta mencubit ayam tersebut satu per

satu sehingga 2 pusingan barulah proses agihan

tersebut dapat disempurnakan,Setelah itu

barulah semua peserta dibenarkan bersarapan

pagi. Setiap kumpulan mendapat menu

tambahan 1 keping roti canai.

Dua ketul ayam KFC perlu dibahagi sama banyak

kepada 28 orang peserta PCA1M.

Page 16: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

20. 27.01.2011 / 10.00 AM – 1.15 PM / Aktiviti

Explorace

Pertandingan antara pasukan mempunyai

pelbagai tahap dan jenis tugasan yang perlu

dilaksanakan mengikut format explorace.

Pasukan perlu mencatatkan masa / kuantiti yang

terpantas bagi memenangi aktiviti ini.

Jenis aktiviti:

1.Puzzle game susunan huruf I, dan K (huruf

besar)

2.Permainan sodoku 1

3. Pemainan Sodoku 2

4. Kampung Sana Sani- angkut air dari laut untuk

di isi dalam botol menggunakan kain. Seorang

ahli akan menjadi orang buta akan menerima

cawan plastik yang berisi air untuk dituang

dalam botol. Kumpulan yang menang akan

ditentukan berdasarkan isipadu air yang berjaya

dikumpulkan.

Kaizen berjaya menjadi pemenang tempat

pertama dalam pertandingan.

21. 27.01.2011 / 1.15 AM – 2.45 PM / Aktiviti

Debrifing and Decision Making

Peserta diuji bagi membuat keputusan dan

menerima tekanan berbentuk toucher daripada

jurulatih semasa membuat keputusan.

Page 17: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

22. 27.01.2011 / 1.35 PM – 5.30 PM Aktiviti-

Membina Rakit

Semua kumpulan mengemaskan perkhemahan

dan memulangkan semula peralatan

perkhemahan kepada jurulatih bagi bergerak ke

Kem PLKN untuk melakukan aktiviti membuat

rakit. Pergerakan ke KEM PLKN adalah dengan

berjalan kaki. Semua pasukan membina rakit

menggunakan 6 buah pelampung dan 4 batang

rod. Semua rod dan pelampung perlu diikat

dengan menggunakan teknik ikatan manuk

secara bersilang dua dan di matikan dengan

ikatan buku sila. Jurulatih membuat semakan

ikatan yang telah siap. Jurulatih memberikan

taklimat berakit kepada semua kumpulan

sebelum memulakan perlumbaan rakit. Setelah

berjaya berakit peserta perlu membuka semula

semua ikatan dan memulangkan bahan-bahan

ke tempat yang telah ditetapkan bagi

membolehkan kumpulan melaporkan diri

Page 18: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

kepada jurulatih yang akan mencatatkan masa

menamatkan tugasan berakit.

Pasukan kaitan menamatkan perlumbaan di

tempat ke-3.

Rakit yang telah menamatkan perlumbaan perlu

di buka semula semua ikatan bagi membolehkan

masa dicatatkan oleh jurulatih.

23. 27.01.2011 / 5.30 PM – 6.30 PM / Aktiviti

Permainan Bola di Laut. Peserta PCA1M

termasuk fasilitator / jurulatih bermain bola

pantai di dalam laut.

Pasukan menjaringkan gol terbanyak adalah

pemenang.Pasukan Lanun telah berjaya

memenangi pertandingan tersebut.

24. 27.01.2011 / 8.00 PM – 10.00 PM / Majlis BBQ

Majlis makan malam dijalankan ala BBQ dengan

pelbagai menu hidangan di sediakan oleh pihak

hotel. Peserta berpeluang menikmati pelbagai

menu makanan yang enak setelah tamat latihan

paling mencabar petang tadi.

Majlis BBQ bersama Mr Dr Faiz Khaleed

25. 27.01.2011 / 10.00 PM – 10.30 PM /

Penyampaian Hadiah

Majlis bermula dengan ucapan En Zailani

Samberid selaku CEO YAM, Kol. Mej Zulkifli Md

Jusoh selaku Pengarah PCA1M, Mejar Dr. Faiz

Kumpulan Terbaik: Kumpulan 2

Anugerah Mr. Nice Guy: Emiardy Jemi

Page 19: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

Khaleed, Cik Natrah dan wakil urus setia dari

Pusat Sains Negara bagi mengambil peluang

memohon maaf serta memberikan sedikit

rumusan berkaitan PCA1M yang telah dijalankan

dengan jayanya. Penyampaian hadiah untuk

pasukan terbaik dan anugerah Mr. Nice Guy

telah disempurnakan.

Kumpulan Terbaik “Kumpulan 2”

Mr Nice Guy “Emiardy Jemi”

26. 27.01.2011 / 11.00 PM – 12.00 PM / Aktiviti

Latihan Nyanyian Lagu Angkasa dan Lagu Mosti

dijalankan di bilik Baron 2 dikendalikan oleh

Fasilitator En Badrul. Turut hadir ialah Cik Natrah

serta Cik Rabiatul. Peserta juga berpeluang

membuat tuntutan perjalanan dengan Cik

Rabiatul yang menguruskan bahagian kewangan

di YAM.

Perserta berjaya menghafal 80% lirik lagu

angkasa dan lagu Mosti. Susunan dan

formasi bagi nyanyian juga telah

disusunkan dengan baik.

27. 28.01.2011 / 7.00 AM – 12.00 PM/ Hari Terbuka

Observatori Negara Langkawi (ONL)

Menyertai senam robik, larian 3.5 km sempena

Hari Terbuka ONL dan ceramah Angkasawan

Negara, Dr. Faiz Khaleed.

Berjaya menamatkan larian tempat ke 11

daripada 28 orang peserta PCA1M.

Page 20: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

Observatiro Negara Langkawi (ONL) terletak di

kawasan hutan simpan di Empangan Bukit Malut,

Pulau Langkawi, Kedah. Ia dibina dan lengkap

dengan sistem teleskop robotik yang boleh

dikawal secara jauh (remote) melalui talian

internet dan membolehkan penyelidikan

astronomi dijalankan oleh pakar-pakar astronomi

tempatan, serantau dan antarabangsa.

Page 21: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

28. 28.01.2011 / 12.00 PM- 2.30 PM Melawat Pekan

Kuah, Langkawi. Peserta PAC1M berpeluang

melawat pusat membeli belah Billion di Pekan

Kuah merupakan kawasan bebas cukai.

29. 28.01.2011 / 2.30 PM – 6.30 PM

Makan tengah hari, TEMU DUGA AKHIR FINALIS

PAC1M dan persiapan untuk majlis perasmian

ONL oleh Y.B. Datuk Seri Dr. Maximus Jonity

Ongkili, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi di

ONL, Bukit Malut, Langkawi.

28.01.2011 / 7.00 PM – 10.40 PM

Perasmian ONL dan Penyampaian hadiah kepada

peserta PAC1M dan pengumuman juara PAC1M

juga telah diumumkan sendiri oleh Y.A.B Menteri

pada majlis tersebut. Majlis dihadiri oleh tetamu

jemputan dan pihak media. Selesai majlis semua

tetamu menghadiri majlis makan malam.

Juara PCA1M

Page 22: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

30. 28.01.2011 / 11.00 PM – 12.00 PM

Sesi Debrifing bersama Kol. Mej Zulkifli, Mejar

Dr Faiz Khaleed dan Pakar Psikologi di ketuai oleh

Dr Genisha Ayu. Semua peserta diberikan

taklimat tentang kriteria yang perlu ada bagi

memilih juara. Setiap peserta mempunyai

kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri.

Analisis pakar psikologi membolehkan peserta

sedar akan diri masing-masing dan dapat

memikirkan langkah-langkah proaktif bagi

memperbaiki kelemahan dan meningkatkan lagi

kekuatan diri masing-masing.

Kol. Mej. Zulkifli Md Jusoh ada meminta saya

menyebutkan nama beberapa orang rakan yang

telah saya kenal setelah program berjalan selama

6 har. Saya tidak dapat menyebutkan 27 nama

kawan-kawan yang terlibat dengan PCA1M

dengan lengkap.

Kesimpulan yang saya dapat di sini adalah

kita perlu bergaul secara menyeluruh

dengan semua peserta PCA1M, jangan

hanya fokus kepada ahli kumpulan sendiri

sahaja, pergaulan dengan ahli kumpulan

dari kumpulan lain juga perlu supaya kita

dapat mengenali lebih ramai orang dalam

suatu masa tertentu. Sebaik-baiknya kita

perlu mengingat semua nama-nama

sahabat baru yang kita telah kenali.

31. 29.01.2011 / Perjalanan Balik

7.00 AM Bersarapan pagi di hotel.

8.00 – 9.00 AM, Mengemaskan beg dan daftar

keluar hotel. 9.00-9.30 AM, Sesi perpisahan dan

bermaaf-maafan di antara peserta PCA1M,

Jurulatih, fasilitator dan urus setia. Semua yang

hadir juga mengadakan sesi bergambar

perpisahan sebelum menghantar 18 peserta

yang menaiki kapal terbang ke Lapangan Kapal

Terbang, Pulau Langkawi. Seorang peserta Mohd

Farhan Bin Johari tidak pulang kerana mahu

Page 23: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

tinggal lebih lama di Langkawi di rumah

kawannya. Perjalanan pulang berjalan dengan

lancar.

Peserta PCA1M merasa sedih dengan saat

perpisahan dan merasa gembira kerana telah

berjaya menamatkan cabaran-cabaran PCA1M

dengan jayanya. Kami semua berharap agar

perhubungan yang telah terbina dalam kalangan

ahli akan terus kekal dan segala impak positif

yang telah diperolehi melalui PCA1M dapat

dimanfaatkan untuk penambah-baikan diri

dalam kehidupan seharian.

10.00 AM – 11.00 PM

Seramai 9 orang peserta pula akan mengikuti

perjalanan pulang dengan menaiki feri dan bus

yang disediakan pihak penganjur untuk ke Kuala

Lumpur.

Semua peserta PCA1M yakin akan

kebolehan diri masing-masing yang

mempunyai kekuatan dan kelemahan yang

boleh diperbaiki lagi di masa akan datang.

Peserta dapat mengenal diri masing-masing

dengan lebih baik dan mempunyai azam

bagi meningkatkan lagi kualiti diri supaya

menjadi modal insan yang bertaraf dunia

kepada agama,bangsa dan negara. Saya

yakin semua peserta PCA1M telah dapat

gambaran jelas tentang kriteria pemilihan

calon Angkasawan Negara. Matlamat

program PCA1M ini telah berjaya dicapai

Page 24: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

dan harapan suopaya semua peserta finalis

yang berupaya memindahkan ilmu

pengetahuan dan pengalaman tentang

Program Angkasawan Negara kepada

masyarakat sekitar. Saya akur dengan

keputusan juri yang telah memilih

pemenang PCA1M yang pertama kepada

Awang Shahrizan Bin Awang Abu Bakar.

Moga peluang melawat Star City, Moscow

dapat di kongsi bersama dengan semua

peserta PCA1M. Saya turut berbangga

kerana calon dari Zon Tengah telah dipilih

sebagai Juara kali ini. Syabas diucapkan

kepada Awang Shahrizan. Program PCA1M

wajar diteruskan pada masa akan datang

bagi meningkatkan kesedaran tentang

kepentingan sains dan teknologi dan sains

angkasa kepada manusia.

Catatan:PCA1M fasa kedua anjuran Yayasan

Angkasawan Malaysia diadakan di Pulau

Langkawi. Program berkenaan diketuai oleh

Pengarah Program Angkasawan Negara,

Kolonel Dr Zulkifly Yusoff, dan Angkasawan

Malaysia kedua, Mejar Dr Faiz Khalee

REFLEKSI PCA1M 2011

PCA1M merupakan suatu program pembangunan insan menyeluruh dan baik kerana ia telah berjaya

menggabungkan elemen kekuatan mental dan fizikal dalam bentuk penilaian aspek psikologi yang

sangat sistematik. Peserta dapat dinilai dalam bentuk mental, fizikal, kepimpinan, kerjasama

berkumpulan, kemahiran berkomunikasi, kreativiti, keberanian, dan personaliti diri. PCA1M siri 1 ini

mampu menarik minat yang mendalam terhadap mata pelajaran sains teknologi dan inovasi (STI)

yang banyak memberi manfaat kepada semua manusia di bumi. Perasaan gembira jelas terpapar

pada setiap peserta sebagai tanda kepuasan setelah berjaya menamatkan segala cabaran dalam

PCA1M siri 1. Pada akhir PCA1M siri 1 saya dapat pengalaman baru yang sangat berguna untuk

dimanfaatkan dan dikongsikan bersama murid-murid saya di sekolah. Pelbagai aktiviti dan latihan

yang telah dijalani mempunyai tujuan dan objektif yang tertentu. Pengetahuan dan pendedahan

menjalani ujian pemilihan calon angkasawan akan dijadikan pembakar semangat dalam jiwa bagi

terus berusaha memperbaiki kelemahan diri dan menempuh pelbagai cabaran dalam realiti

kehidupan yang sebenar.

Page 25: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

Alhamdulullah syukur kepada Allah S.W.T. yang telah memberikan saya peluang bagi menyertai

PCA1M fasa 2 dengan jayanya dan tidak ditimpa sebarang kemalangan sewaktu menjalani aktiviti-

aktiviti PCA1M. Terima kasih kepada pihak Yayasan Angkasawan Malaysia, ANGKASA dan MOSTI yang

telah merealisasikan impian saya sebagai peserta finalis Program Cabaran Angkasawan Malaysia

(PCA1M) Siri 1 tahun 2010. Segala pengalaman yang telah diperolehi dari PCA1M pasti tidak akan

disia-siakan. Saya sedar bahawa setiap warga negara Malaysia perlu meningkatkan kefahaman

tentang matlamat Program Angkasawan Negara dan meningkatkan minat dan kesedaran dikalangan

murid-murid sekolah tentang kepentingan subjek sains dan teknologi bagi mencapai status negara

maju menjelang tahun 2020.

Journal PCA1M

Disedialan oleh,

.....................................................

(SHAMSUL BIN MHD SAYUTI)

Page 26: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

Page 27: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

Page 28: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti

Page 29: Journal program cabaran angkasawan 1 malaysia 2011

Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) Fasa II, 2011

Penulisan Journal PCA1M

Shamsul Bin Mhd Sayuti