shamsudin ibrahim biodata pewaris-dr...yang mendapat restu kedua ibu bapa dan perkahwinannya hingga...

8
177 SHAMSUDIN IBRAHIM BIODATA Dr Shamsudin Ibrahim ialah anak kelahiran Besut, Terengganu. Dilahirkan pada tanggal 22 Mei 1952, Shamsudin merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga lima beradik. Shamsudin ialah anak keempat dan dibesarkan di Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Pahang oleh sebab penghijrahan keluarga dari Kelantan ke Pahang kerana tugas bapanya sebagai seorang kakitangan kerajaan. Shamsudin mendapat pendidikan sehingga Tingkatan V di Pahang sebelum melanjutkan pengajian di Institiut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1970–1973 dalam Diploma Sains Perhutanan. Semasa mengikuti pengajian di ITM, beliau mula menyemai rasa cinta serta keinginan untuk menambah ilmu dalam bidang perhutanan. Bagi beliau, kewujudan ekosistem hutan merupakan satu anugerah serta ciptaan yang Maha Agung yang memerlukan penghayatan serta kajian yang teliti untuk memahami proses yang berlaku di dalam ekosistem hutan tropika. Berdasarkan keinginan untuk menambahkan lagi pengetahuan dalam bidang sains perhutanan, Shamsudin mengambil keputusan untuk meneruskan pembelajaran di peringkat Sarjana Muda Sains Perhutanan di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) mulai 1973–1977. Ini merupakan detik permulaan untuk Shamsudin membuat keputusan yang penting dalam hidupnya kerana pada ketika itu pihak Jabatan Perhutanan memerlukan ramai kakitangan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Perhutanan di Semenanjung Malaysia (JPSM). Shamsudin membentang kertas kerja di mesyuarat ILTER (International Long Term Ecological Research) di Beijing, 2005

Upload: hoanghanh

Post on 04-May-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SHAMSUDIN IBRAHIM BIODATA Pewaris-Dr...yang mendapat restu kedua ibu bapa dan perkahwinannya hingga kini kekal sebagai sebuah keluarga yang bahagia. Shamsudin hanya sempat berbulan

177

SHAMSUDIN IBRAHIM

BIODATA

Dr Shamsudin Ibrahim ialah anak kelahiran Besut, Terengganu. Dilahirkan pada tanggal 22 Mei 1952, Shamsudin merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga lima beradik. Shamsudin ialah anak keempat dan dibesarkan di Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Pahang oleh sebab penghijrahan keluarga dari Kelantan ke Pahang kerana tugas bapanya sebagai seorang kakitangan kerajaan. Shamsudin mendapat pendidikan sehingga Tingkatan V di Pahang sebelum melanjutkan pengajian di Institiut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1970–1973 dalam Diploma Sains Perhutanan. Semasa mengikuti pengajian di ITM, beliau mula menyemai rasa cinta serta keinginan untuk menambah ilmu dalam bidang perhutanan. Bagi beliau, kewujudan ekosistem hutan merupakan satu anugerah serta ciptaan yang Maha Agung yang memerlukan penghayatan serta kajian yang teliti untuk memahami proses yang berlaku di dalam ekosistem hutan tropika.

Berdasarkan keinginan untuk menambahkan lagi pengetahuan dalam bidang sains perhutanan, Shamsudin mengambil keputusan untuk meneruskan pembelajaran di peringkat Sarjana Muda Sains Perhutanan di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) mulai 1973–1977. Ini merupakan detik permulaan untuk Shamsudin membuat keputusan yang penting dalam hidupnya kerana pada ketika itu pihak Jabatan Perhutanan memerlukan ramai kakitangan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Perhutanan di Semenanjung Malaysia (JPSM).

Shamsudin membentang kertas kerja di mesyuarat ILTER (International Long Term Ecological Research) di Beijing, 2005

Page 2: SHAMSUDIN IBRAHIM BIODATA Pewaris-Dr...yang mendapat restu kedua ibu bapa dan perkahwinannya hingga kini kekal sebagai sebuah keluarga yang bahagia. Shamsudin hanya sempat berbulan

178

Shamsudin dan keluarga pada 2006

PERKHIDMATAN

Setelah berjaya mendapat Diploma Sains Perhutanan, Shamsudin ditawarkan jawatan sebagai Penolong Pegawai Hutan Daerah Kuantan, Pahang. Sebagai anak muda yang baru tamat pengajian, tawaran bekerja sebagai Penolong Pegawai Hutan Daerah Kuantan itu sungguh sukar untuk ditolak. Maklumlah, anak muda, darah muda. Tetapi semua keghairahan untuk menerima tawaran tersebut dilepaskan demi mengejar cita-cita dan menambah ilmu. Oleh kerana Shamsudin menolak jawatan tersebut, beliau dipanggil oleh Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) untuk menyatakan sebab jawatan yang ditawarkan itu ditolak. Alangkah enaknya pada waktu itu kerana jawatan mencari pekerja, dan keadaan sebegini tidak mungkin akan berlaku lagi. Semasa perjumpaan tersebut Shamsudin menyahut cabaran Ketua Pengarah JPSM untuk meneruskan pengajian dan mendapat Sarjana Muda Sains Perhutanan. Ini merupakan cabaran yang sukar untuk dilupakan kerana membawa erti yang amat besar kepada maruah keluarga dan juga diri sendiri. Hakikatnya cabaran ini membawa keazaman serta kesedaran di dalam diri Shamsudin untuk maju dan mencapai kejayaan dalam pelajaran.

Tahun pertama di universiti merupakan tahun yang sungguh mencabar. Di samping pelajaran sains asas yang perlu diambil, Shamsudin juga berdepan dengan masalah kesempitan kewangan. Pada tahun pertama baki dermasiswa yang diterima cuma 55 sen sahaja setelah ditolak yuran pengajian dan asrama. Ini menambahkan keazaman Shamsudin untuk berusaha kerana berpegang kepada pepatah ”kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya” dan percaya kejayaan tidak akan dicapai tanpa pengorbanan.Shamsudin berjaya menamatkan pengajian Sarjana Muda Sains Perhutanan pada tahun 1977 dan pada

Page 3: SHAMSUDIN IBRAHIM BIODATA Pewaris-Dr...yang mendapat restu kedua ibu bapa dan perkahwinannya hingga kini kekal sebagai sebuah keluarga yang bahagia. Shamsudin hanya sempat berbulan

179

tahun yang sama juga beliau ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Pemelihara Hutan dan ditempatkan di Ibu Pejabat JPSM sebagai pegawai perancang. Shamsudin diletakkan di bawah pengawasan Dato’ Chong Peng Wah, yang memang terkenal dengan ketegasannya. Dato’ Chong melatih pegawainya berdikari, berdisiplin dan mementingkan penghasilan mutu kerja berkualiti dalam tempoh yang ditetapkan. Bimbingan ini berjaya membentuk peribadi Shamsudin untuk menjadi seorang warga kerja yang berdedikasi, berjaya dan cemerlang.

Pada tahun 1978 Shamsudin dipinjamkan sebagai Pengurus Ladang Hutan Kompensatori yang pertama di Ulu Sedili, Johor. Misi utama yang perlu dicapai ialah memantapkan pengurusan ladang hutan serta berusaha mencapai matlamat penanaman pokok Pinus caribaea dan Acacia mangium. Sebelum dipinjamkan ke Ulu Sedili, pengurusan ladang tersebut diketuai oleh seorang Renjer Tingkatan Tertinggi yang bertanggungjawab terus kepada Pegawai Silvikultur. Masalah utama yang dihadapi adalah dalam pengurusan pekerja kerana moral serta disiplin pekerja pada ketika itu terlalu rendah.

Pada tahun 1979 Shamsudin melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis pilihan sendiri yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan yang mendapat restu kedua ibu bapa dan perkahwinannya hingga kini kekal sebagai sebuah keluarga yang bahagia. Shamsudin hanya sempat berbulan madu di Ulu Sedili dalam keadaan kemudahan tempat tinggal yang serba kekurangan.

Selama dua tahun di Ulu Sedili, Shamsudin berjaya membawa perubahan dari segi pengurusan ladang hutan dan kemudian ditukarkan sebagai Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Perhutanan Negeri Johor. Semasa memegang jawatan tersebut, Shamsudin banyak mendapat pengalaman terutama dalam membezakan peraturan yang tersurat dan tersirat dalam pengurusan hutan di peringkat negeri. Pada tahun 1984 beliau ditukarkan bertugas di Institiut Penyelidikan Perhutanan (FRI) Kepong yang pada masa itu masih lagi di bawah pentadbiran JPSM.

Pada tahun 1985 Shamsudin membuat pilihan untuk terus kekal di FRIM walaupun beliau diarah untuk ditukarkan ke Selangor sebagai Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri Selangor. Pada tahun 1985 Shamsudin ditawarkan hadiah pengajian oleh kerajaan Australia untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana di Universiti Townsville, Queensland. Ini merupakan satu pengalaman yang manis apabila beliau mula didedahkan

Page 4: SHAMSUDIN IBRAHIM BIODATA Pewaris-Dr...yang mendapat restu kedua ibu bapa dan perkahwinannya hingga kini kekal sebagai sebuah keluarga yang bahagia. Shamsudin hanya sempat berbulan

180

untuk menjadi seorang pegawai penyelidik. Beliau membuat kajian mengenai hutan paya bakau berhampiran dengan Australian Institute of Marine Science (AIMS). Melalui kajian ini Shamsudin berdamping rapat dengan ramai pegawai penyelidik dari AIMS yang membuat kajian mengenai ekosistem hutan bakau. Di Australia, kawasan hutan bakau merupakan kawasan perlindungan. Shamsudin diberi biasiswa untuk membawa keluarga bersama.

Tamat pengajian Sarjana pada tahun 1987 dan sekembalinya ke FRIM Shamsudin ditugaskan untuk membuat kajian mengenai hutan paya gambut. Pada ketika itu kajian terperinci mengenai hutan paya gambut adalah sangat terhad. Memandangkan ini merupakan satu bidang kajian yang baharu, Shamsudin mengambil kesempatan untuk menjadikannya sebagai bidang kajian ijazah kedoktoran beliau. Shamsudin mendaftar sebagai calon ”split programme PhD” di Universiti North Wales, UK pada tahun 1993 di bawah pengawasan Dr John Hall. Di bawah program ini, Shamsudin hanya perlu berada di universiti selama 12 bulan dan selebihnya di Malaysia menjalankan kajian di Hutan Simpan Paya Gambut, Pekan, Pahang. Shamsudin berjaya mendapat PhD pada tahun 1997 dengan tajuk kajian ”Impact of logging on peat swamp forest vegetation in Peninsular Malaysia”.

SUMBANGAN ISTIMEWA

Selama berkhidmat di FRIM lebih kurang 25 tahun, Shamsudin berjaya menerbitkan 189 hasil penulisan di dalam buku, jurnal dan laporan teknikal yang kebanyakannya berkaitan dengan hutan paya laut dan paya gambut. Selain menjalankan kerja-kerja penyelidikan, Shamsudin juga menjadi ketua penyelidik kepada 15 projek yang dibiayai oleh agensi dari dalam dan juga luar negara, termasuk World Wild Life Fund (WWF) Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB), United Nation Development Programme (UNDP), International Union for Conservation of Nature (IUCN), Danish Cooperation for Environment and Development (DANCED), Wetland International-Asia Pacifi c, Deutsche Gesellschaft fϋr Internationale Zusammenarbeit (GTZ), (FAO), (GEF) dan International Timber Trade Organizations (ITTO). Projek bertaraf antarabangsa terkini yang sedang dijalankan adalah berkaitan dengan ”conservation of biodiversity through improved planning tool” yang dibiayai oleh GEF/ITTO, bermula pada 2007 dan akan berakhir pada 2012.

Shamsudin telah bersara wajib pada bulan Mei 2008, tetapi perkhidmatan beliau disambung secara kontrak hingga sekarang.Kejayaan yang dicapai selama 25 tahun berkhidmat di FRIM ialah hasil kegigihan Shamsudin

Page 5: SHAMSUDIN IBRAHIM BIODATA Pewaris-Dr...yang mendapat restu kedua ibu bapa dan perkahwinannya hingga kini kekal sebagai sebuah keluarga yang bahagia. Shamsudin hanya sempat berbulan

181

menghadapi pelbagai cabaran. Menurut Shamsudin, setiap cabaran yang dihadapi pasti mempunyai penyelesaian cuma penyelesaian akan hanya terhasil daripada kesabaran serta kesungguhan di samping memohon dan bermunajat kepda Ilahi untuk diberi hidayat serta kemudahan dalam menghadapi segala cabaran. Sebagai rumusannya, segala kejayaan yang dicapai dalam kerjayanya sekarang ini ialah berkat kesabaran dan ketabahan menghadapi segala cabaran dan dugaan. Sebagai insan yang lemah, Shamsudin mengatakan beliau sentiasa insaf tentang segala kekurangan yang ada pada dirinya tetapi sentiasa mendampingi dan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa untuk mendapatkan hidayat dan pertolongan. Kejayaan Shamsudin juga ialah berkat doa restu isteri dan anak- anak yang tercinta. Selama berumah tangga 31 tahun Shamsudin dikurniakan lima orang anak dan tiga orang cucu.

NASIHAT UNTUK WARGA FRIM

Shamsudin menasihati warga kerja FRIM agar sentiasa bersedia untuk menyahut cabaran dalam melaksanakan kerjaya dan bukan melihat cabaran itu sebagai suatu bebanan tetapi peluang untuk terus maju dan berjaya. Dalam melaksanakan tugas serta cabaran, sentiasa memohon restu serta pertolongan dari-Nya kerana Dia Yang Maha Pengasih serta Pemurah untuk memakbulkan segala permintaan hamba-Nya.

Di samping itu, kita hendaklah mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kebolehan serta keupayaan diri dalam melaksanakan segala tugas serta tanggungjawab yang diberikan. Keyakinan diri yang tinggi merupakan faktor utama ke arah kecemerlangan dan kejayaan. Kata Shamsudin, kita juga hendaklah sentiasa berfi kiran terbuka dan sedia memberi sumbangan tenaga serta fi kiran kepada mereka yang memerlukan.

Saat gembira semasa hari konvokesyen anak lelaki di

University Sheffi eld, UK, 2005

Page 6: SHAMSUDIN IBRAHIM BIODATA Pewaris-Dr...yang mendapat restu kedua ibu bapa dan perkahwinannya hingga kini kekal sebagai sebuah keluarga yang bahagia. Shamsudin hanya sempat berbulan

182

Dr Shamsudin selaku Pengerusi dan Pengelola “Seminar Ecology and Genetics of Dipterocarps” anjuran FRIM, NRE dan JIRCAS di Genting

Highlands pada 25–26 Januari 2011

Bergambar di hadapan bangunan Permanent Mission of Malaysia to the United Nations, New York semasa mewakili Malaysia di Mesyuarat UNFF

(United Nation Forum of Forest), 2007

Page 7: SHAMSUDIN IBRAHIM BIODATA Pewaris-Dr...yang mendapat restu kedua ibu bapa dan perkahwinannya hingga kini kekal sebagai sebuah keluarga yang bahagia. Shamsudin hanya sempat berbulan

183

Lawatan bersama-sama mantan Timbalan Menteri NRE ke Naning, China, 2007

Lawatan mantan Timbalan Menteri NRE ke kawasan penanaman ladang pokok Eucalyptus di Naning, China

Page 8: SHAMSUDIN IBRAHIM BIODATA Pewaris-Dr...yang mendapat restu kedua ibu bapa dan perkahwinannya hingga kini kekal sebagai sebuah keluarga yang bahagia. Shamsudin hanya sempat berbulan

184

ULASAN KETUA PENGARAH

Dr Shamsudin Ibrahim atau lebih mesra kita kenali sebagai Dr Sam merupakan nama yang menjadi tonggak kekuatan Bahagian Perhutanan FRIM. Sebagai seorang saintis, bagi saya, Dr Sam memiliki karisma yang nyata kuat dan berpengaruh; juga lantang bersuara dan tegas dengan pendirian untuk menjayakan sesuatu. Dua kali saya mencabar—dua kali juga Dr Sam menyahut cabaran saya dengan menyatakan: ”Yes, I will do that!”. Cabaran pertama ketika diajukan persoalan mengenai Buku Climate Change dan cabaran kedua ialah bila saya katakan,”I need the book on Warisan to be pushed for something big”. Beliau menyudahkannya dengan sempurna (enam kali saya baca) dan sempat dilancarkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi serta berjaya memenangi Anugerah Buku Negara 2010 yang juga merupakan satu kebanggaan FRIM. Beliau juga seingat saya tidak pernah mengatakan tidak kepada saya apabila diberikan beberapa cabaran lain—antaranya mengenai status masa hadapan Pasoh, cabaran ramin sebagai peneroka anugerah dunia, hab BioD dan cabaran bancian pokok di FRIM. Selama hampir 25 tahun—barulah warga FRIM mengetahui hampir pasti jumlah pokok yang terdapat di dalam kampus FRIM.

Dr Sam mempunyai keunikan sifatnya yang tersendiri dan saya memang hormat kepada beliau sama ada sebagai seorang saintis mahupun seorang kawan. Jauh di sudut hati—saya memerlukan beberapa orang klon seperti Dr Sam untuk menerus kan perjalanan sains dan penyelidikan perhutanan di FRIM dan juga di Malaysia.

Moga Dr Sam sihat sejahtera, bahagia bersama keluarga dan diberkati Allah jua selama-lamanya.